23 October 2009

Jiwa Yang Cacat

"Sedaknye mu kate,Mu tak rase lagi.Mu tok tahu gapo makno cinto(ayat dalam anak kelate)"Gyunju memarahi ku.

"Aku rajin keno doh.Sakit weh.Payoh nok lupo.Tapi hati ini milik tuhan biarlah Dia letakkan hati ini kepada yang selayaknya."balas Tae Wong.

"So mu gano loni?.Tak cari orang lain?Rama lagi kan?cadang Gyunju lagi.

"I don't have the inner peace in my heart to love someone..I was shattered by her 1st glance.This helpless heart of mine just like an idiot.hoho"Tae Wong speaking sikit

"Jiwangnyo jawapan.Tapi dulu mu ada cakap lebih kurang "kawan aku rosak sebab perempuan".So sekarang macam mane lak?"Gyunju menyoal lagi.

"Memang betul.Tapi aku cakap camtu sebab tak nak korang ikut cam aku dulu.Insyaallah aku jaga agar tak berjinak-jinak dengan perempuan sebab tu keluar statement gitu.Peringatan pada diri aku jugak"jawab Tae Wong.

"Sama-sama la kita.Walaupun susah kan nak lupa?"Gyunju menggaru-garu walaupun tak gatal.

"Memang susah nak lupakan orang yang kita sayang.Lagipun nafsu sukakannya.Kita minta pertolongan Tuhan.Minta jika dia jodoh kita semoga Allah jaga dia.Nak berhubung lagi atau tidak atas diri masing-masing la"Tae Wong serius.

"Lagi baik kalau tak berhubung sebab syaitan ni licik"Gyunju mengutarakan pendapat.

"Memang nak macam tu tapi entahla.Banyak alasan kita sebagai manusia ni.Susah kalau nak buat benda baik kan?"Tae Wong kecewa.

"Betul-betul"Gyunju tersenyum


Teringat cerita dalam blog Ustaz Khairi(http://dzulkhairi.blogspot.com/2009/10/cerpen-muhasabah-iii_21.html)

"Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”.

Bagaimanakah aku sekarang?

Jiwa yang cacat

Sesekali aku teringin
ceritakan perihal orang di sebelah
ooo seronoknya...

Sesekali juga aku teringin
gemburkan keburukan sahabat
agar diketahui orang
ooo gembiranya

Sekali lagi
aku berasa iri
atas kejayaan yang bukan milikku
ooo sakitnya...

Sesekali jua
aku cuba mencari kelemahan di sekelilingku
kerana aku sahaja yang layak berjaya
ooo angkuhnya...

Alangkah
sekali ini
tiba-tiba ada tangan mencuit
menyedarkan aku
alangkah cacatnya jiwa ini
alangkah

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,dan sesunguhnya merugilah orang yang mengotorinya"As Syams 8-10

""Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita." (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa"

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Kasihanilah wanita wahai lelaki dan kasihanilah lelaki wahai wanita.

Fatimah Syarha ada kata

"Haram ni sekejap je.Nanti halal kamu akan seronok jika kamu bersabar dulu"

No comments: