01 October 2009
Tazkiyah
Alhamdulillah selamat sudah menduduki final exam semester 1 tahun ke 2.Semalam abah saya menelefon bertanya khabar tentang peperiksaan.
"Gano exam?.Beres ko?"
"Alhamdulillah boleh nok lulus.huhu"
"Olos keno bia dapat A la.Pah nok kejar scholarship"tegas abah lagi
"Insyaallah try sem depan pulop.hoho"jawapan yang biasa diberikan untuk menyedapkan hati kedua ibu bapa.
Kali ini mengenai muzakarah saya dengan seorang kak mengenai masalah di masa hadapan.Muzakarah ini berlaku tidak dijangka tatkala saya tertekan nak menduduki exam.Sempat lagi mikir masa depan deh paris
Kak:Kak nok tanya ni dik.Bilo nak pilih isteri,adik pilih isteri pakai tudung labuh @biaso?
Saya:Kenape tanya soklan gitu?Kak pulop nok hok pakai kopiah@dop suami tercinta tu.huhu
Kak:Hehe.kalu kak gak,kalu boleh nok hok pakai kopiah.alhamdulillah.asalkan boleh bimbing kak..Cepat la.jawab dulu soklan kak.
Saya:Nok hok paka tudung labuh kalu buleh.Milih sangat ko kalu gini?.erm.Bakpo tanya bena ni?
Kak:Sajo kak nok tanyo.kalu contohla ore hok adik sayang paka tudung biaso.Then,adik letak syarat if dio paka tudung labuh baru adik terima dio sebagai isteri nanti.Then,katakanlah dio xpakai,adik sanggup ke tolok dio sebab xpakai tudung labuh?.
Saya:Erm.xtolok sero.terimo jah.hehe.nanti dio jadi zaujah adik ko(sapola nok xtaw) baru adik oyat molep suruh pakai tudung labuh.dop pun adik bowok dio gi tempat-tempat orang rama pakai tudung labuh ko@ore mengajar pasal kepentingan menutup aurat@adik letak kat mano-mano dalam rumoh pasal moleknyo tudung labuh ni.Semoga dio mendapat hidayah kalu terbaca ko.huhu.Tudung labuh ni gano kak?Tudung bulat ko?
Kak:Kak pun xtaw.sajo jah..xbermakno hok plain tu.boleh jadi hok bidang 60 tu kan.hehe.baguslah adik fikir gitu gak.Ajarla isteri nati molep deh.kak pun setakat ni dok paka lagi tudung labuh.harap-harap pakai nati
Saya:Kak xpaka lagi ko?aik.asal menutup dada kan kalu xsilap?.tudung hok biaso-biaso ni pun ado jugak hok labuh.adik xpandai mano bab-bab tudung ni.kalu tudung labuh gak mesti ingat tudung labuh hok kak yan paka.padahal istilah tudung labuh tu menutupi dada.erm,xtawla kak ni pun xtaw nok nikoh nga sapo lagi ni.ado ore nok xtaw ni.hoho
Kak:Kak setakat ni bukan pakai tudung supo kak yan la.hok biaso jah tapi menutupi la.bukan kak nok kawen la.xdok calon pun.cumo fikir jah sebab kak ni biaso-biaso jah.tambahan kak baru bertunang.dia pakai tudung labuh.
Saya:Ngaji sano jugok ko sain kak tu?umur?.tadi adik oyat ko adik xtaw nok nikoh nga sapo-sapo lagi ni.kak saloh pehe.huhu.adik minat perempuan pakai tudung labuh supo kak yan(sebab umi pakai gitu jugak).tapi loni adik adola sero sayang ko perempuan pakai tudung biaso jah.xmilih sangat tapi kalu pakai tudung gitu alhamdulillah kak
Kak:A'ah saim kak nagji sano.tunang dio mesia.owh gitu ko?saloh pehe.pah,adik terimo la nati if ore tu pakai tudung biaso?lepas kahwin baru uboh.bagusla gitu gak.
Saya:Terimo jah.xkan nok tolok.nok cari hok kito sayang payaoh kan kak?ermtengok dulu la kak.ado jodoh gak ado.payoh jugok nok lupo sekarang.nape sain kak dio xnikoh selalu?koho keno jago adola.erm
Kak:Tu la kak xtaw sebab kawan kak xoyat pun dio tunang.kak tahu pun dari kawan.memang koho keno jago kalu bertunang.emm.xpolah adik,terimalah dan cuba ubah ke arah kebaikan.kak doa yang terbaik untuk adik kak ni.sekurangnya dah jumpo yang berkenan.kak ni tunggu 5 tahun lagi.hehe
Saya:Adik pun 5-6 tahun lagi jugok.erm.sero lama la pulop kak.sob3.keno menyibukkan diri dengan mugo lain la dulu.tu la mulo sapo suruh gelenya.hoho
Kak:Hehe.biasola perasaan xleh nok halang.tapi laki kuat lagi dari perempuan.
Saya:Kuat gapo maksud kak?.bena kat sini pun rama.tapi xcinta pun.adik nok kawen dengan ore yang adik cinta.hoho
Kak:Kuat tahan perasaan.boleh survive.perempuan ni lemah kawal perasaan
Saya:Ooo gitu deh.tapi adik tengok perempuan ni kuat jah tahan.kalu gitu adik keno jadi kuatla.doa-doa la
Kak:Insyaallah laki kan ado 9akal,tapi satu nafsu.perempuan ni 9nafsu tapi 1 akal.Cuma malu yang membolehkan perempuan ni kawal perasaan sendiri.
Saya:Ooo gitu deh.adik pun keno kawal la dulu sebelum kawen ni.adik nak jaga diri molek-molek dulu dan mugo jodoh adik nati kalu panje umur dio pun jago diri dio jugak.kak pun jaga diri kak jugok.Insyaallah kak boleh hok molek.
Kak:Insyaallah,harap-harap la deh.doakan kak la jugok,kalu bukan dengan doktor dengan ustaz hafiz insyaallah.hehe.tinggi angan-angan.gurau jah.
Saya:Kak berhak nok berangan gitu.Tapi adik minat ko doktor loni.-p.Nak dengan hafizah jugak mulo cumo ore oyat bahayo.Ikutla dengan sapo-sapo pun..
Kak:Insyaallah
-Muzakarah ini telah diedit untuk memudahkan.Kalau ado sedikit ketidakfahaman tentang dialog-dialog.sila bertanya kepada rakan-rakan orang kelantan.
Komentar
Kalau kita nok cari hok molep kito keno jadi molep dulu.Saya pun nok yang molep jugak tapi molepkah saya?.Kepada lelaki jangan la mempermainkan wanita.Bantulah mereka menjaga diri mereka sehingga satu ikatan yang sah.Jangan kita memberi alasan.
Saya pun sering jugok beri alasan.
Semoga sinar cahayaMu membekas di hati ini selamanya bukan hanya sementara.Sisa-sisa hidup yang mendatang harapnya diriku tunduk patuh kepada perintahMu.Tidak lagi menurut pandangan nafsuku.
"Mul gano ek nok membuang perasaan dan dari fikir "nok" @ "suko" nok buat benda-benda maksiat yang kita tahu saloh tapi kita kadang-kadang tewas."saya bertanya
"Manusia ini sering cinta benda yang dio suko minat dan lain lagi.Kita keno check balikla gapo benda yang kito cinta tu.Kalu perampuan harta benda yang kita suko maka benda-benda tu la yang mari dalam kepala kito.Kalu Allah yang kito suko maka Allah la yang kita ingat sokmo.Mengaji la usuluddin dulu"Mul menjawab.
"Aku oyat doh kan mulo suruh tinggal benda-benda xpekdoh tapi mu xse dengar."jelas dia lagi
"Bukan xdengar,cumo entahla turun naik iman ni"erm
"Tapi loni aku tengok telago cari timbo.Mu nok ko perempuan gitu?.Nok keluar rumoh pun perempuan payah sebenar keno ado ore teman ikut hukum tapi zaman sekarang xdop doh teman-teman.So lagi kalu mu nok hok molep mu keno baiki dirimu dulu.Tinggalkan la dosa-dosa tu.Hati xbersih lagi kalu diri tu bersalut dosa.Allah xberi petunjuk pada orang-orang fasik"
"Kalu mu g kedai jual barang perhiasan.Permata hok mahal dio xtunjuk depan-depan ni.Dio letok dalam bekas kaca dalam peti besi kan.Tapi mu tengok loni,perempuan pamerkan mahkota-mahkota mereka dan banyak lagi.Kalu dok luar pun dalam friendster facebook habis gambar nok tunjuk biar ore lain tengok.Still leh tengok lagi.Bukan aku oyat semua wanita rosak,tapi nok suh mu sedar mu nok cari hok molep mu sendiri keno jadi molep dulu.Alzani la yankihuha illa zani dalam surah An nur.Lepas tu ulama Tasawuf Syeikh Abdul Wahab Sya'rani ado kato ko anok murid dio."kalu mu nak taw hubungan aku dengan allah setaro mano mu tengok zaujah aku gano".Zaujah syeikh ni meme kalu nok gambarkan bagusla.Makan sekali nga syeikh.Nok g mano-mano dengan syeikh.Kiro tidak mempamerkan diri dio kepada yang bukan muhrim kalu xdop tujuan gapo-gapo.Setaro mano zaujah kito nati ni kalu kito gini?Mu nok cari gitu boleh tapi mu keno beruboh dulu.Xpo sempat lagi nok kembali ke pangkal jalan semula"terang Zaimul panjang lebar dalam perbualan tadi.
"Terimo kasehla Mul.Doa katku biar beruboh kalu mu bangun malam-malam"
"Nok doa pun mu keno usoho jugak.Mu xusoho sio-sio jugok doa pun.Mu ralit dok kontek perempuan dio jadi gano nga mun?.Muhrim mu belako.Ingat kito ado maruah diorang ado maruah.Jangan kito pulop ajok diorang buat maksiat.Sio-sio tidak amalan yang mu buat.Aku xrugi gapo.Nak dapat 10 A kalu doa sajo pun xleh kalu xdop usoho.Saloh konsep gitu.Aku pun peringat ko diri aku jugok.Fazakkir fainna zikro tanfaul mukmin"...Dialog bersama seorang rakan yang tidak jenuh memberi nasihat dan peringatan.Pedih-pedih jugok.
Sempena ulang tahun ke-19 ini saya minta maaf segala salah silap kepada yang mengenali.Saya ini banyak buat silap mengepom mengajak buat maksiat mengumpat semua sama ada di belakang depan akan datang dah lepas.Semoga tidak diulangi.Semoga Allah buka pintu hidayah kita dan doa kita tidak terhijab.Sabar la dulu si Faris
[67]
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
[68]
(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita”.
[69]
(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,
[70]
(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”.(Al-Zukhruf)
Tak mungkin syurga di akhirat menjadi habuan kita andai dunia bersalut neraka.Dunia ladang akhirat,apa yang disemai pada hidup yang sementara ini,itulah tuaian di akhirat yang kekal abadi.Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta hingga terkecap syurga dunia.Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan.Rumahku syurgaku..Baiti jannati.kejayaan bukan sebuah destinasi,ia adalah sebuah perjalanan.BERCINTALAH SAMPAI KE SYURGA.WAHAI-WAHAI INSAN BERCINTA.
(sero ayat dalam buku bercinta sampai ke syurga tapi xsure salin mesej kawan)
“ Bukanlah Hari Raya itu bagi mereka yang (hanya) mengenakan pakaian baru, tetapi Hari Raya itu adalah bagi mereka yang bertambah ketaatannya kepada Allah SWT ”
Terima kasih Zaimul dan Kak.Tak lupa kepada rakan-rakan saudara-saudari yang mengingati hari tua saya ini.Yusri,Mamat,Shahid,Syamsul,Fadhil,Najib,Farez,Abe Dinie,Abe Wafi,Abe Rul,Adli Adlan,Zaimul,Nik,Jack,,Khairi Hamdan,Adlyl Wafi,Selah,Adik Mimi,,Kak Cik,Kak Sarah,Farhan,Adik Najat,Adik Fatihah,Fatimah,Adik Nabihah,Adlina,Dalilah,Hajar,Wan,Aisyah,Zatil,Tea qah,Adik Farah.Adik Azni.Anis.
Dunia itu hanya keperluan bukan tujuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment