28 March 2012

Kisah dari seberang



Ketika ku berumur 15 tahun ku mula mengenalinya.Mengenali dari jauh sahaja.Beliau seorang yang "free hair" dan berpakaian ala barat.Mungkin dalam diriku ku pernah memandang hina padanya waktu itu kerana beliau tidak menutup aurat.

Pada umur 17 tahun aku bertemunya kembali.Sedikit ada perubahan pada penampilan beliau.Sudah memakai tudung tapi masih tidak menepati lagi syarat yang dikatakan menutup aurat dengan sempurna.Lepas peperiksaan SPM aku sudah tidak tahu perkembangan beliau.

Ketika umurku 19 tahun aku bertemu beliau kembali melalui laman sesawang.Aku perhatikan beliau telah banyak berubah sejak mengikuti usrah di kampus baru.

Ketika beliau berumur 20 tahun, beliau telah menyambung pelajaran ke luar negara.Di sana, beliau semakin faham dan sayang untuk menjaga agamanya.Lebih bersemangat menebarkan dakwah.

Mungkin jika dipanjangkan umur beliau,bila umurnya menjangkau 24 tahun tatkala pulang menyumbang bakti di tanah air nanti, beliau sudah memakai purdah dan menjadi pendakwah yang hebat.

Benarlah kata guruku Habib Ali Al Jufri:

"Kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk.Hinalah maksiat tapi jangan kamu hina si pelaku maksiat.Hinalah kekufuran jangan kamu hina si kafir.Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kepada Allah, janganlah kamu memandang orang yang berdosa dengan pandangan yang hina. Ia adalah pandangan yang dilarang kerana ia menzalimi hati. Pandangan sedemikian menjadikan hati menjadi gelap..”


Semoga beliau istiqamah.Dosa-dosanya yang terdahulu mungkin Allah telah ampuninya.Tetapi dosa aku yang mungkin pernah memandang hina pada beliau suatu ketika dulu belum terampun.

Pengajaran buatku.Jangan melihat orang lain yang berbuat maksiat dengan pandangan yang hina sebaliknya tolong mereka dan doakan mereka.Tidak lupa juga untuk sentiasa bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk menjadi hamba yang taat.

Habib Ali Al Jufri juga menambah:

Kerana diibaratkan maksiat itu bau busuk yang ada pada seseorang.Bau busuk takkan hilang jika semua pandai mencaci maki semata-mata.Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.

from unknown

Masamu Tidak Ternilai


Masa berlalu dengan pantas bila buat perkara yang disukai syaitan.

Ya Allah berkatilah masaku agar tidak terbuang dengan perkara yang akan membuatku merana di akhirat kelak.

Perancangan itu penting.Perlu mencari semangat kembali.

Masa mu hanya ada sekarang ini kerana masa akan datang belum tentu kamu hidup.Gunakanlah sebaiknya!

Go Go Go Faris

22 March 2012

Belum Tiba Waktunya Lagi






Barangsiapa yang bermaksiat pada allah dalam keadaan tertawa maka dia akan masuk neraka dalam keadaan menangis~Habib Zain Bin Ibrahim Bin Sumaith

Pak Hamka juga berpesan

"Lelaki itu dayus jika menjalinkan hubungan dengan perempuan yang bukan mahram"

Ya Allah ampunkanlah aku