31 July 2009

The Arrival




29/7

"Mad,abe dinie sapa doh KLIA tus"Umi saya memberitahu dengan suara yang gembira saya rasa.

"Sukola umi anok kesayangan balik doh.hoho"balas saya dengan nada bergurau.

"Mad pun umi saye(sayang) jugok eh"balas Umi dengan tenang.

"Hola gurau jah tadi"saya meminta maaf.

Abang saya pulang untuk bercuti musim panas dalam 2 bulan lebih dari mesir.Dia mengambil jurusan perubatan di Universiti Cairo.Sekarang baru selesai Tahun Dua.

Biasanya abang saya pulang awal 3minggu lagi tetapi kerana risau akan keputusan peperiksaan akhir dia menunggu sehingga keputusan diumumkan.Alhamdulillah dia lulus semuanya.

Terasa baru semalam menghantar abang ke KLIA masa abang saya ingin menyambung tahun dua awal bulan oktober tahun lepas.Sekarang dah menyelesaikan tahun duanya.



Post kali ini ingin mengucapkan selamat pulang kepada rakan2 di Mesir terutamanya dan rakan2 yang lain seperti di Jepun,Jordan dan Australia yang akan menyusul pada bulan 9 kot.

Selamat pulang wira dan wirawati negara.



Pengalaman Rakan2 Di Mesir

"Mujurlah kuliah aku tak dok tino(perempuan).Tidok gak susoh jugop aku nok ngaji"luah Muhammad rakan saya yang belajar perubatan di Al-azhar semasa bertemu di Kb Mall cuti sem saya baru-baru ini.

"Kuliah aku ado jugop tino(perempuan) tapi ikhtilat sano terjago.Tapi aku sero luaran la terjago sebab balik dumoh cetim(chatting) jugop kot masing2.huhu."balas Ahmad yang belajar perubatan juga di universiti Tanta.

"So lagi aku pelik tino mesia sano kalu jupo laki melayu kat mano2 relo g pusim kot len(tukar jalan lain) kerana nok jago ikhtilat.Hok peliknyo jupo laki arab rilek jah jale xdop kona2 kot len(tidak menukar arah perjalanan).Laki arab nga laki melayu bezo gano gak?."Muhammad berkongsi cerita.

Saya hanya menjadi pendengar yang setio bersama teman-teman Uia dan Uitm yang bercuti juga pada pertemuan itu.Teringin juga untuk belajar di sana.

"Ji,nati kito g jugopla wat medik sano.Pah cari minah-minah arab etek"gurau saya.

"Holas yeh.huhu"jawab fauzi dengan senyuman.

Saya berminat juga untuk belajar di bumi anbia tetapi belum tiba masanya lagi.Ado rezki tidak ke mana.

Banyak lagi cerita-cerita panas dikongsi bersama oleh teman-teman yang belajar di Mesir.Tetapi tidak sesuai untuk diceritakan.Nak tahu tanya sendiri rakan2 kita di sana.

Kesimpulan

Belajarlah kerana Allah nescaya akan beroleh kebaikan
Jagalah diri kita di mana saja kita berada dari godaan syaitan yang licik
Kepada yang berkenaan kalau nak jaga ikhtilat pun jagala sepenuhnya jangan ambil separuh2 je.
Qada dan Qadar di tangan tuhan dan jangan berputus asa.Carilah hikmah di sebalik ketentuan tuhan.
Hargailah peluang yang ada di depan mata.

Ibn Athailah berkata:


Terlambatnya masa pemberian Allah(sesudah doa) jangan hendaknya menyebabkan anda berputus asa kerana Allah telah menanggung terkabulnya doa anda menurut pilhanNya untuk anda bukan menurut apa yang anda pilih untuk diri anda serta masa yang Dia kehendaki dan bukan pada masa yang anda inginkan.Belum tertunainya janji Allah walaupun waktunya telah ditentukan jangan sesekali menjadikan anda ragu-ragu terhadap janji Allah itu agar tidak membuatkan cacat penglihatan hati dan memadamkan cahaya hati anda.

30 July 2009

Isra Mikraj




Bulan Rejab kian sudah melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, berlalunya Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan menyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.


Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).

Sebab Berlaku

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Hikmah

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui, (QS. 16:43)

9 Mimpi Rasulullah Sebelum Isra' Mikraj

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Gambaran Allah Untuk Nabi Semasa Isra Mikraj Tentang Tipu Daya Dunia

Dalam perjalanan Isra' Mi'raj, Rasulullah s.a.w diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil.

Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:



Peristiwa:Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang
Maksud: Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur

Peristiwa: Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti
Maksud: Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang

Peristiwa: Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka
Maksud: Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat

Peristiwa: Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah
Maksud: Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.

Peristiwa: Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan
Maksud: Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.

Peristiwa: Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung, digunting lagi tanpa henti
Maksud: Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.

Peristiwa: Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi
Maksud: Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.

Peristiwa: Seekor lembu keluar daripada satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh
Maksud: Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.

Peristiwa: Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu
Maksud: Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi

Peristiwa: Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti
Maksud: Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam

Peristiwa: Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti
Maksud: Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.

Peristiwa: Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti
Maksud: Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah

Peristiwa: Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu
Maksud: Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat

Peristiwa: Nabi tercium bau yang amat harum
Maksud: Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.

Peristiwa: Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu-lalang
Maksud: Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak

Peristiwa: Sekumpulan orang berenang dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya
Maksud: Gambaran orang yang makan riba'

Peristiwa: Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
Maksud: Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.


Dalam perjalanan Mikraj dari Baitul Maqdis naik hingga ke Sidratul Muntaha melalui tujuh lapisan langit, Rasulullah s.a.w berjaya menempuh pelbagai ujian dan rintangan sehingga ke Mustawa. Di sini Malaikat Jibril berhenti kerana tidak mampu melangkah lebih jauh lagi.

Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan bersendirian hingga ke 'Arasy. Inilah kemuncak yang paling agung, di mana Baginda menerima perintah solat 50 waktu sehari semalam. Atas nasihat Nabi Musa, Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah untuk dikurangkan sehinggalah menjadi 5 kali sehari semalam.

Inilah mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Baginda sebagai satu pengiktirafan Allah kepada Nabi dan Rasul teragung sepanjang zaman.


BERSABDA RASULULLAH SAW, “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

25 July 2009

Dr Marwa as- Syarbini Kenalkah Kita?


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang

Alhamdulillah semalam dapat juga saya menghadiri kuliah Ustaz Fadhli di Masjid Taqwa.Mengubat duka setelah tidak terpilih untuk menghadiri Kuliah Pagi Jumaat Tuan Guru pad paginya.

Ustaz Fadhli adalah bekas pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chondong dan kini sebagai pensyarah di Nilam Puri.Kuliahnya di hadiri ramai ahli kariah yang cintakan ilmu agama walaupun masih ramai yang tidak hadir.Namun alhamdulillah masih ramai hati-hati yang cintakan budaya ilmu ini.

Pada setiap malam jumaat ustaz mengajar tafsir di masjid tersebut dan pada malam yang saya pergi Ustaz menafsirkan Surah As-Saf ayt 1-5.Maafla saya tak ingat semua yang dibicarakan kerana tidak mencatitnya.

Apa yang saya ingat Ustaz ulas adalah ayat ke-2 yang bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Sebab turun ayat ini adalah kerana umat nabi pada zaman tersebut bertanyakan kepada nabi apakah amalan yang paling baik di sisi Allah?.Maka turunlah ayat ini.

Apa yang mahu dikongsikan pada posting kali ini adalah mengenai kematian saudari kita yang mempertahankan haknya sebagai muslimah untuk memakai jilbab di Jerman walaupun sudah 2minggu kerana saya pun baru mengetahui berita ini.Arus perdana di Malaysia pun tidak menghighlightkan berita ini.

Untuk tidak mengelirukan
Arab&Eropah:jilbab=tudung
Malaysia:jilbab=purdah

Yang dimaksudkan jilbab dalam posting kali ini adalah tudung bagi tuan-puan yang mulia.

Ustaz Fadhli mengulas mengenai bagaimana dia dibunuh dan mengkaitkan dengan cerita Khalifah Mu'tasim.Berikut apa yang diceritakan lebih kurang macam Ustaz Fadhli saya membuat sedikit tambahan dari NikNasri.com.

Dr Marwa as-Syarbini Mati Syahid kerana Tudungnya

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.


Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .Adakah logik mati tersalah tembak kerana untuk menyudahkan tikaman 18 kali ia mesti mengambil masa yang lama.Apakah yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap Alex sebelum itu?.

Khalifah Muktasim

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam.

Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita yang tinggal di negeri bukan wilayah islam meminta tolong kerana dirinya diselak kainnya oleh yahudi dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah(Dimanakah kamu wahai Mu'tasimah)!’.Keluhan ini didengari oleh orang dan menyampaikan berita kepada Khalifah Mu'tasim. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya dengan menakluk wilayah tersebut.Bagaimanakah kita sekarang?Masih ada lagikah pemimpin yang sedemikian?Apakah peranan kita?.Yang adanya wanita suka apabila diselak kainnya dan rela hati menunjukkan maruahnya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

(disunting dari pelbagai sumber)


Ibrah dari peristiwa ini

Orang lain di luar sana bermati-matian mempertahankan hak untuk pemakaian jilbab dan menurut perintah Allah dengan sebaiknya hingga menggapai syahid.Namun situasi kita di Malaysia khasnya perempuan-perempuan tidak segan silu mendedahkan aurat.Malah ada yang apabila ditanya kenapa tidak memakai tudung.Ini jawapannya

"Saya tak boleh hidayah lagi la.Jangan memaksa"jawab si fulan

Ada juga yang memakai tudung tapi masih terdedah di sini sana.Gaya tudung pun bermacam-macam sekarang.Nak berfesyen tidak salah tetapi mestilah mengikut syariat agama.Biarlah menutupi dada-dada anda.Kalau yang labuh janganlah sengaja disingkatkan lagi atau dibelitkan lagi macam tudung Yuna.

Tutuplah diri saudara-saudara yang saya sayangi sebelum kain kafan menutupmu.Masih ada lagi kesempatan selagi malaikat tidak menjemput dirimu.Saya tahu hidayah milik Allah tapi kita berhak mencarinya.

Bangunlah wahai umatku.Kepada rakan-rakan yang belajar di eropah atau negara-negara sekular sabarlah dan tabahlah dalam menunaikan hak kita sebagai seorang muslim.

Koleksi Gambar.Sedekahkan Al-Fatihah buat roh beliau

23 July 2009

KTM



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dapat juga untuk On9.Boleh update blog sedikit sebanyak.

Dalam bulan ini sudah 2x saya menaiki KTM.Yang pertama semasa pulang dari ijtima' dari stesen Nilai ke Kl Sentral.Dan yang kedua semasa mahu pergi ke walimah Fikri dekat Bangi dari stesen Kl Sentral ke UKM.

Apa yang ingin dikongsikan dengan saudaraku sekalian adalah mengenai perbatasan atau had lelaki dan perempuan muslim yang bukan muhrim semasa menaiki tren@kenderaan awam ini.


Cerita
18 hb Julai 2009

Hari ini merupakan hari yang saya nantikan.Malam ini saya akan pulang ke kampung halaman di Kelantan.Sebelum itu saya mesti menduduki peperiksaan English Level 6.

Bangun tidur seperti biasa seolah-olah tiada apa yang penting akan berlaku hari ini.Mengapa begitu?English adalah subjek yang saya tidak mengetahui apa yang perlu dibaca,diulangkaji etc.

Saya melihat jam di handphone.Masih awal.Ada satu mesej yang belum dibaca.Junior saya menghantar mesej memberi kata-kata selamat berjaya.Tersedar dari mimpi yang indah.

Melangkah ke tempat peperiksaan di Ax102 dengan tenang.Rasa tidak selesa apabila melihat ramai perempuan di tempat peperiksaan.Apakan daya kena jaga mata lagi la jawabnya.

Pukul 8.30 pagi peperiksaan bermula.Passage yang perlu dibaca agak susah.Banyak perkataan yang saya tidak ketahui makna perkataannya.Soklan "meaning" saya hentam je.Selepas disemak balik alhamdulillah ada yang betul ada yang salah.Bersyukurlah dengan usaha yang tak seberapa.Pukul 10 peperiksaan tamat.Rasa-rasa boleh nak lulus.Tapi nak score memang satu keajaiban.

Pulang ke mahallah dan menyambung tidur sementara menanti pukul 12 untuk ke majlis walimah bro Fikri di Bangi.

Pukul 12 saya tersedar dari tidur dan dalam keadaan masih terpinga bersiap-siap untuk ke Kl Sentral

Sedikit kelewatan untuk bertolak kerana menunggu rakan saya membasuh pakaiannya.Dalam hati ini terasa nak marah,Tekan butang pause bab kata Ustaz Hasrizal. Namun tak baik ada sifat ammarrah dalam diri.Menunggu dengan penuh setia.

Pukul 12.35 baru bertolak dari CFS IIUM.Sedikit kelam kabut kerana saya tertinggal kad matrik dan terpaksa berkejaran balik ke bilik semula.Malas membuat masalah dengan pak guard dan mak cik guard yang semua orang di sini benci.Walaupun saya juga rasa tidak puas hati dengan guard di sini namun itu adalah tugas diorang.Berkasih sayanglah sesama manusia.

Bas metro 12 tiba yang akan membawa kami ke Kl Sentral.Agak sesak di atas bas namun masih ada lagi peluang untuk bernafas

'Silap r aku xpaka baju tangan panje ari nie.Sekalo(biasa) aku paka(pakai) sokmo(selalu)'keluh Syafiq.

Rakan saya mengeluh kerana untuk mengelakkan diri dari tersentuh wanita yang bukan muhrim di atas bas sana.Saya sebelum ini tidak mengambil berat akan hal ini.Oleh itu aku cuba sedaya upaya mengelakkan diri dari tersentuh kali ini.Terima kasih menyedarkan saya.

Tiba di Kl Sentral pada waktu zohor.Syafiq membawa saya ke tingkat 4 untuk solat di sana.Surau di tingkat 4 jarang orang yang menggunakannya.Satu maklumat terbaru bagi diri ini.Selesai solat kami berjumpa dengan 2 orang lagi sahabat kami yang turut ingin pergi ke majlis perkahwinan itu.

Tren KTM yang akan kami naiki terlewat 20minit.Ini sudah menjadi satu kebiasaan bagi para penumpang KTM menghadapi situasi seperti ini.Saya sebenarnya sangat benci untuk menunggu.

"Kadang-kadang kita perlu menunggu untuk mendapatkan hasil yang baik"getus hatiku.


Seorang sahabat kami hilang dari pandangan.Puas kami mencari tambahan handphonenya bateri habis membuatkan tidak dapat dihubungi dalam keriuhan manusia.Rata-rata penumpang saya rasa peminat Man U.Mereka menanti tren untuk ke stesen Bandar Tasik selatan dan ambil transit ke Bukit Jalil dengan Star Lrt.Pada petang ini akan berlangsung perlawanan antara Man U dengan pilihan Malaysia di stadium Bukit Jalil.Berapa ramai lagi yang akan terlepas solat asar?.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk naik tren terlebih dahulu,Ada jodoh bertemu rakan kami di stesen sana.

Tanpa disangka saya bertemu dengan 3 orang sahabat saya dari sekolah Maahad dulu iaitu Mad Nor,Hakim dan Adib.Mereka datang dari Uitm Shah Alam untuk ke Mid Valley.


"Nok gi mano?Kuat round Kl sep demo?.huhu"aku menyapa.

"Sekat(sejak) aku dok Kl n kat dengan rm400 lebih doh abes.erm"Adib mengadu.

"Xpola pandai-pandai la jago diri des.Beres ado gapo helo rr.Tren nok sapa doh n.Doa lako sep kito.Sedak!"aku mematikan perbualan.

Tren tiba.

Astaghfirullah.Penumpang berasak-asak untuk masuk ke dalam tren.Kepada yang pernah mengalami situasi ini pasti tahu bagaimana keadaannya.Perempuan lelaki bergesel-gesel.Mujurlah saya dan sahabat saya berjaya mengelakkan diri dari bergesel dengan perempuan yang bukan muhrim kami.Kami menjauhkan diri dari dekat dengan perempuan.

Semasa tren berhenti di stesen Mid Valley saya melihat memang lelaki dan perempuan rilek je tanpa rasa bersalah berlanggar satu sama lain.Stesen Mid Valley memang ramai penumpang naik di situ di samping Kl Sentral.Mereka belum menyedari apakah natijah di sebalik itu yang akan kita terima di hari sana.

"Ya allah jauhkan aku dari fitnah wanita"saya mendengar dengusan dari sahabatku.

Sedih saya mendengarnya.Sebelum ini saya seolah-olah rela diri ini bersentuhan dengan perempuan semasa menaiki kenderaan awam.Tiada langsung rasa bersalah.

"Fiq,kalu aku nikoh,aku xbagi zaujah aku naik tren gini.Relo naik teksi mahal pun"saya menegur syafiq tatkala tren dalam keadaan stabil sedikit setelah beberapa stesen dilewati.

"Wojib doh tus Yeh.Semoga dijauhkan kito dari gini lagi"balasnya.

Cadangan

Kepada pengusaha KTM,LRT dan kenderaan awam asinglah tren bagi perempuan dan lelaki.Buatlah gerabak ini untuk lelaki sahaja dan gerabak ini untuk perempuan sahaja.Kesianlah kepada wanita-wanita di luar sana.Mereka seolah-olah rela benda ini menyelubungi mereka walaupun mereka tahu ini salah.Pengusaha-pengusaha pun kebanyakannya islam.Apa salahnya mengasingkan antara lelaki dan perempuan.Rasa-rasanya tiada yang membantah.

Alhamdulillah bertemu semula dengan rakan yang hilang tadi di Kl Sentral.Kami selamat sampai di rumah pengantin.Sedikit kecewa kerana pengantin lelaki lesap.hoho.Saya berjumpa dengan rakan abang saya di Mesir.Tak sangka rupanya kakaknya bernikah dengan sahabat saya.

"Weh aku nak balik nga gapo n.Malam n nok naik bas doh.tinggal bas gak nayo(kesian)."soal saya dengan cemas.

"Xpola aku suh dio ni ata kat stesen KTM"balas Syafiq.

"Oloh naik KTM lagi.dohla aku sore(seorang)"balasku dengan sedih.

Selesai kami makan mujurlah senior saya di Kuantan yang saya tidak kenal mahu pergi PJ gak.Alhamdulillah tidak perlu berdepan dengan lautan manusia di atas tren.

"Nek mercedes aku ari n"saya melonjak kegembiraan.

Itulah pentingnya berukhwah sesama islam
Terima kasih abang-abang.Semoga jasa antum di balas.
Senior saya memandu kereta Mercedes milik ayahnya.Rasa bangga menaikin

"Satu hari aku ingin memilikinya juga dan naik bersama keluargaku"saya memasang angan-angan.

Kesimpulan

Jangan pandang rendah pada segala hukum yang termaktub dalam Al-quran dan Hadis
Jagalah perhubungan antara lelaki dan perempuan
Jika kita menolong orang lain di lain masa orang lain menolong kita
Sabarlah dalam menempuh dugaan

p/s selamat pengantin baru buat Fikri dan Izzaidah.Semoga bercinta hingga ke syurga

18 July 2009

Tabarruj



Untuk saudaraku.Saya menyayangi saudara-saudaraku sesama islam.Moga-moga ada manfaat dengannya.

Pengertian Tabarruj


Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang gangguan maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj)


Tabarruj juga berarti berhias dengan memperlihatkan kecantikan dan menampakkan keindahan tubuh dan kecantikan wajah.
Qatadah mengatakan: Iaitu wanita yang jalannya dibuat-buat dan genit.

Muqatil mengatakan: Tabaruj adalah tindakan yang dilakukan seorang wanita dengan melepaskan jilbabnya, sehingga tampak darinya gelang dan kalungnya.
Ibnu Katsir mengatakan: Iaitu wanita yang keluar dari rumah dengan berjalan di hadapan orang laki-laki, yang demikian itu disebut sebagai tabarruj jahiliyah.
Bukhari mengatakan: Tabaruj merupakan tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.

Larangan Tabarruj Dan Kaitannya Dengan Wanita Islam


Maka dengarlah wahai wanita-wanita Islam semua, segala suruhan Allah swt andainya anda semua beriman denganNya, Allah ada berberfirman :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”( QS An Nur : 31)



Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud : Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..

Bukanlah terhenti di bahagian kepala dan leher sahaja malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Pastikan kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada. Wanita-wanita Arab pada zaman Jahiliyah dahulukala ada yang berkelumbung kepala dan menutup bahagian leher mereka.Tetapi muka mereka terdedah, bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Kadang kala baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu walaupun sudah dikancing biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada, dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol.Oleh itu wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar, dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini.Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya maka sudah jelas ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak. Awas ! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud :

dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu (q.s al-ahzab: 33)

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (al-a'raf: 26)

Tengok al-ahzab: 59

Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.” “Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan”
Selain itu beliau juga bersabda:
" ada dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya, yaitu: suatau kaum yang bersamanya cambuk seperti seekor sapi yang digunakannya untuk mencambuk orang-orang, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi *******, genit, kepalanya seperti punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk surga, sesungguhnya bau surga itu tercium dari jarak ini dan itu". (H.R Ibnu Khuzaimah).
Diriwayatkan dari Aisyah R.A, dia menceritakan ketika Rasulullah sedang duduk-duduk di masjid, tiba-tiba ada wanita yang berjalan dengan penuh sombong dengan perhiasannya, lalu Beliau berkata:
" Wahai sekalian manusia, laranglah wanita-wanita kalian memakai perhiasan dan wangi-wangian di masjid, karena sesungguhnya bani Israil tidak dilaknat kecuali setelah wanita-wanita mereka memakai perhiasan dan wangi-wangian di masjid" (HR. Ibnu Majah).

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.

Ada pula dikalangan wanita yang bertudung disamping tudung ini diletakkan pula diatasnya sulaman bunga dan corak yang menarik, manakala rambutnya yang dibahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung dan terjuntai menutupi sebahagian dahi . Andainya angin meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu. Ada fesyen pula rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, selepas itu diletakan dengan kain tudung semakin jelas bentuk tubuh dan keindahan mahkotanya. Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang dan kononnya supaya dianggap orang bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman. Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian adalah salah. Allah swt lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini beerti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up . Ada pun di kalangan wanita bertudung sudah sempurna menutupi dada dan bahagian tubuhnya yang lain, tetapi mengenakan seluar panjang seperti ‘jean’ dan berbagai fesyen seluar di pasaran . Dengan hanya memakai baju lengan panjang separa bawah pinggul dan memakai seluar sebenarnya masih belum sempurna menutup aurat dan perbuatan ini boleh diistilahkan sebagai bertabarruj, sedangkan tabarruj itu haram. Ini kerana orang masih boleh melihat rentak dua kaki anda ketika berdiri dan ketika kaki dihayunkan ketika berjalan . Tetapi jika anda memakai kain mustahil orang lain dapat memerhatikan hayunan kaki anda. Jadi tidak salah sekiranya anda memakai kain dan memakai seluar panjang di dalamnya. Kerana rata-rata wanita beralasan bahawa memakai kain atau jubah menyukarkan mereka untuk bergerak apatah lagi melakukan aktiviti yang lasak di era moden ini. Ini adalah pernyataan bagi orang yang beralasan kerana lebih mengutamakan hawa sendiri dari perintah Allah. Sedangkan kita diperintahkan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia. Seterusnya kita melihat firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya
Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut. Perempuan beriman dilarang memukul atau menghayun kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Ini akan mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi sekiranya mendengar bunyi gemerincing pada gelang kaki tersebut. Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(QS Al Ahzab : 59 )


Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada aurat wanita juga. Pengaruh suara wanita ke atas hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi , berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan? Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau perfume ketika keluar dari rumah . Di mana Rasulullah saw bersabda
“Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)


Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki terutama bagi mereka yang mempunyai syahwat hayawaniyyah. Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan dihadapan mereka.Andainya makanan yang enak terbentang dihadapan mereka, mata siapakah tidak terbeliak? Selera siapakah tidak terbuka? Natijah daripada ini pula Allah swt tidak ketinggalan untuk memerintahkan kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya :

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(QS Annur : 30)

Demikian juga Allah menyuruh wanita supaya menahan pandangan mereka dalam surah An Nur , ayat 31.


Kesimpulan

Tabarruj merupakan ciri kebodohan.Hendaknya seorang wanita muslimah mengetahui bahawa tabarruj merupakan ciri kebodohan dan keterbelakangan. Merupakan suatu dosa jika seorang wanita membiasakan diri ke tempat-tempat dansa dan tempat-tempat maksiat lainnya.

Sabda Rasulullah: " Wanita itu mempunyai kekurangan akal dan agama".

Setiap kali akal wanita itu berkurang, maka semakin terlihat tabarruj mereka. Dan setiap kali kebodohan mereka bertambah, maka mereka akan lebih parah dalam berhias dan berbuat senonoh yang menyerupai wanita-wanita jahiliyah dahulu.

Pergerakan ini pasti akan menghadapi fitnah, siksa dan ujian.
Hingga kita mati dan gugur sebagai syahid.
Dan akan tabah orang yang tabah.
Dan ia akan tetap berjalan dalam pergerakannya.
(Sayyid Quthb, Fiqih Pergerakan)


Wallahu'alam. ** Fiqih Wanita, Syaikh Kamil Muhammad 'Uwaidah **

"Maafla kalu terasa wahai saudaraku des.Mengetahui lebih baik daripada tidak mengetahui"

14 July 2009

Mengapai Cinta Untuk Mengejar RedhaMu





18 haribulan tujuh ini adalah hari bersejarah bagi diriku.Pada hari itu tanggungjawabku semakin besar.Setiap pekerjaanku perlu memikirkan si dia.Kini aku perlu mematangkan diriku untuk menempuh cabaran baru bagi mengejar redha Ilahi untuk menuju ke syurga cinta bersama dengannya.

Perkenalan Bermula

Pada waktu tersebut aku masih baru di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya.Terasa sebak kerana keluargaku tinggal jauh di sebarang laut(oversea).Walaupun aku sebelum ini pernah berpisah dengan diorang semasa belajar di sekolah menengah namun jauhnya tidakla sangat.

"Tahniah,anta dilantik menjadi fasilitator untuk pengajian study circle bagi sem ini"jelas Shafiq dengan lirikan senyuman.

Study circle adalah istilah baru yang digunakan di sini kerana untuk menghapuskan perkataan usrah yang telah menjadi satu fobia dikalangan pelajar."Study circle is compulsory to all student that passed Fardhu Ain test when they took this exam during 1st Year student".Sesiapa yang tidak lulus secara automatik akan ditempatkan dalam kelas Fardhu Ain kelas.

"Kenapa aku terpilih untuk memegang jawatan ini??"monologku sendirian.

Aku sebenarnya rasa tidak layak untuk menjadi fasilitator kerana diriku masih lagi 'sumat' dalam bahasa kampungnya atau tidak alim dalam bahasa bandarnya.

"Petang ini akan diadakan perjumpaan bagi fasi-fasi baru sem n.Kau datang ye?"pinta Nazir.

"Insyaallah kalau ada kelapangan dan Allah mentakdirkan ana untuk datang"balas aku dengan senyuman manis.

Walaupun hati sedang memberontak sama ada untuk menerima atau menolak amanah yang berat ini.

Petang itu hujan turun dengan sedikit renyai.Aku bersiap untuk ke perjumpaan bagi fasi-fasi baru.Perjumpaan akan berlangsung di Lecture Hall A bersama dengan Dean For The Centre For Foundation Studies.

Dengan langkah perlahan aku berjalan melewati tangga untuk ke Central Spine bersama dengan sahabatku Suid.

"Kenapa nampak hang xbermaya je?"soal Suid pekat dengan bahasa utaranya.

"Aku sebenarnya xnak jadi fasi n.Banyak lagi yang perlu ana belajar"balasku sayu.

"Xpela kita p denga' dulu ye.Yang tu kite cter smula"Suid cuba memujuk.

Dewan itu penuh dengan kopiah putih dan tudung labuh.Aku yang tidak memakai kopiah ini terasa sedikit segan untuk melangkah masuk.Namun entah apa yang membuatkan kaki ini melangkah.

Majlis bermula dengan bacaan ayat suci Al-quran oleh salah seorang fasi.Aku rasa dia dari DQ(Darul Quran).Sungguh mengasyikkan dan aku hanyut dengannya.Ayat yang dibacakan dari Surah Al-Baqarah 25-31

Majlis diteruskan dengan ucapan advisor seterusnya peceramah jemputuan Ustaz Najimuddin.

"Antum semua telah dipilih oleh Allah untuk memeganng amanah ini.Tidak kira sapa anta/anti kita semua mesti menjalankan tanggungjawab yang disandang dengan penuh dedikasi"jelas Ustaz dengan tegas.

Kita semua adalah khalifah di muka bumi ini.

"Dan ingatlah ketika Allah berfirman kepada para malaikat.'Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi'mereka berkata.'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami bertasbih memujimMu dan menyucikanMu?'Dia berfirman'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."Al Baqarah 30.

Ustaz menghabiskan tazkirah dengan membacakan ayat tersebut.

Rasa bersalah timbul pabila memikirkan isi tersirat di dalam ayat tersebut.Kita diciptakan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi.Tidak kira kita siapa pun kita. Anak datuk?Anak nelayan? etc.Amanah ini wajib dipikul oleh semua.Amat malu jika tidak melaksanakan amanah ini kepada malaikat.

Majlis berakhir dengan sesi baiah.Kami semua dengan bersemangat melafazkan ikrar untuk memegang amanah ini.

Selesai majlis ini aku menuju pulang dengan azam baru untuk melaksanakan tugas sebagai 'daie' untuk semua.Di pintu masuk aku terlihat seorang muslimat yang bertudung pink yang sejuk mata pabila dipandang.Aku jatuh hati dengannya.Ake segera beristighfar kerana ustaz aku di pondok telah mengajarkan agar jangan memandang akan wanita yang bukan halal untuk kita kerana akan membawa kepada zina hati dan zina mata.

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" An Nur 30

Bagi muslimin kita perlu menjaga mata kita dari melihat muslimat yang bukan muhrim kita kerana boleh membawa kepada gelap hati.Justeru,jagalah pandangan kita.Banyak lagi yang boleh dipandang.

Selepas beberapa hari majlis perjumpaan tersebut wajah muslimat itu sering bermain di fikiranku.Walaupun aku berlindung dengan Allah namun mungkin imanku baru senipis kulit bawang untuk menangkis fitnah wanita.Aku terus hanyut dibuai angan-angan yang sia-sia.Sepanjang sem1 tahun 1 aku di sini wajahnya sering menerjah di fikiran ini walaupun aku tidak bertemu dengannya dan tidak mengetahui empunya nama.

Hari-hari berlalu.Semasa sem2 tahun 1 aku di sini,dengan takdir Allah aku dipertemukan dengan muslimat itu semula.Namun pertemuan ini bukan hanya sementara tapi boleh dikatakan setiap hari kerana aku sekelas dengannya bagi matapelajaran matematik dan kimia.

Ini satu cubaan berat bagiku.Sebelum ini walaupun tidak berjumpa namun wajahnya sering muncul di mindaku.Ini kan pula terpaksa bertemu dengannya.Ampunkanlah aku.

Aku dilantik menjadi class representative bagi kelas matematik dan kimia dan dia sebagai assistantku.Secara automatiknya aku perlu ada nombor dia.Ini kerana senang bagiku untuk menghubunginya bagi memaklumkan sebarang perubahan jadual kerana lecture matematik dan kimia akan memberitahuku terlebih dahulu.Di Uia ini kebiasaannya kerap berlaku pertukaran jadual.

Kami sering berhubung atas dasar kerja pada awalnya.Namun akhirnya aku telah jatuh cinta pada kelembutannya,agamanya,dan redup wajahnya.

Pada suatu malam yang dingin aku telah menghantar satu SMS kepadanya meluahkan rasa hati ini.Alhamdulillah mendapat respon positif.

Hari mendatang kami hidup dalam fantasi cinta.Walaupun tidak pernah bercakap di talian telefon namun kami sering berbalas mesej.Ini telah membawa kepada zina hati.

Allah Masih Sayang

Aku menghadiri Talk pasal cinta di AMF Hall.Penceramahnya adalah Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Miftah

Ustaz itu menyebut tentang batas-batas pergaulan antara wanita dan lelaki.Ustaz menyebut tidak salah untuk bercinta asal pandai menjaga batas-batasnya.Namun batasnya memang aku tidak menjaganya sebelum ini dan aku rasa kebanyakan orang yang bercinta zaman sekarang memang tak menjaganya tidak kira status ustaz sekalipun.Terasa pedih ulu hati ini dan malu kepada Sang Pengcipta.

Ustazah Fatimah penulis novel terkenal juga memberi sedikit nasihat yang terus menyuntik ubat hati.

"Cinta itu suci dan bersih jangan kita mengotorinya.Larangan Allah hanya sementara jadi bersabarlah adik-adik.Ramai dah yang tewas dengannya.Bermujahadahlah"nasihatnya

Di akhir majlis ustaz berpesan.

"Bagi yang tidak ada lagi jangan cuba mencarinya dan bagi yang dah ada seeloknya berkahwinlah untuk menjaga iman.Allah akan menolong kita"ujar ustaz sebagai seorang abang. Di samping bercerita tentang perkahwinannya di usia muda yang banyak di bantu oleh tangan-tangan yang baik.

Selepas itu aku berazam untuk mengambilnya sebagai suri hidup ini.Dia sudi untuk hidup bersamaku.Namun halangannya dari kedua ibu bapa kami.

Aku menghantar mesej melalui sms kepada ibunya mengenai hasrat hatiku untuk menjadikan anaknya sebagai isteriku.Maknya membalas

"Mak cik takde hal dengan niat baik anak tapi mak cik nak tengok dia berjaya dulu.Paling awal pun tahun tiga di Kuantan"



Aku akur dengan kata-kata itu.Akhirnya kami berpisah,namun aku sering berhubung dengan ibunya.

Sebelum itu aku juga menyatakan hasrat dan masalah ini kepada ayahku di kejauhan.

"Kalau kau nak kawen ayah xkesah kerana susah nk menjaga hati ini.Tapi ayah harap sangat kau habiskan dahulu hafalan al-quran kau tu dulu"pinta ayahku.

Hari-hari berlalu.Semasa aku mengambil short sem di taun akhirku di sini aku telah berjaya khatam menghafaz senaskah al-quran.Allah mempermudahkan untuk aku menghafaznya.Alhamdulillah

Aku telah memberitahu berita ini kepada ayahku.Dan dia merestui niatku untuk berkahwin.Aku bertanya kepada keluarga mengenai hasrat hatiku namun jawapannya tetap sama.Aku pasrah.

Semasa cuti baru-baru ini sambil menunggu untuk mendaftarkan diri di main campus aku telah pergi ke Kubang Bujuk untuk memanaskan balik hafalan-hafalan ku di sana.Aku telah men 'off' kan handphoneku selama beberapa minggu sepanjang di sana tiada lagi berhubungan dengannya bagi menjaga sebarang unsur luar mengangguku.Teringat nasihat guru Imam Syafie,Waqi' mengenai aduan Imam Syafie tentang lemah hafalannya.Waqi' berpesan

"Ilmu itu nur dan nur itu tidak akan hadir kepada pembuat maksiat"

Pada hari terakhir ku di sana.Aku bangun berdating dengan tuhan di waktu yang sunyi meluahkan segala masalah yang aku hadapi.Mata ini basah.

"Ya Allah aku lemah dengan godaan dan aku ingin menjaga iman ini.Jika dengan perkahwinan ini dapat menjaga imanku percepatkanlah jodohku Ya Allah"aku memohon dengan bersungguh-sungguh.

Tamat sudah perjalanku di Kubang Bujuk ini.Semoga dapat menjadi tetamu di sini lagi

Kuasa Tuhan

Aku meng 'On' semula handphoneku.Bertalu-talu mesej masuk.Mataku tertangkap pada satu mesej yang dihantar oleh ibu dia.Ibunya dengan rela bersetuju dengan hasratku untuk berkahwin dengan puterinya.Aku terkejut kerana sebelum ini ibunya dengan tegas tidak membenarkan kami berkahwin.Dengan kuasa Allah,akhirnya ibunya terbuka hati merestui perkahwinan kami.

Dan tarikh yang dipilih adalah 18hb /7 /2009



Love at 1st Sight
Has Brought Up
The Courage
Of Two Hearts
To Know Each Other
Thus
Brings
To A More Blessed Tide
A Wedding




Kesimpulan


Kisah ini di ubah suai berdasarkan cerita sahabat saya yang akan berkahwin pada 18 hb ini.Dia menjemput saya untuk ke majlis perkahwinannya semasa kami bertemu di Ijtima' Dunia baru-baru ini di Nilai.Dia menceritakan kisah perjalanan hidupnya sebelum sampai ke tahap ini.Kata-kata yang tidak boleh saya lupakan adalah.

"Ana kahwin n kerana untuk menjaga iman.Iman ana nipis faris"dia menjelaskan.

"So macam mana nanti kat kuantan??"tanya saya

"Kami duduk asing-asing.Nanti stabil baru kami tinggal sama.Kitorang dah amik persetujuan.Kita kena tengokla matlamat asal perkahwinan.Bukan nak kan body nya semata-mata"terang dia.

Memang betul apa yang dikatakannya.Saya baru sedar

Saya juga pernah jatuh hati kepada beberapa orang muslimat di sini.Tapi sekadar jatuh hati.Ini disebabkan kerana tidak menjaga mata.Jagalah mata anda.

Saya pernah bercinta dulu dan berhasrat ingin mengahwininya.Namun saya tidak secekal sahabat saya ini untuk menempuh dugaan ini.Akhirnya kami berpisah.Walaupun saya masih mencintainya namun saya berasa malu untuk meluahkannya semula dan mengajaknya berkahwin.Namun saya sering teringat doa yang diajarkan oleh muslimat tersebut.

"Allahumma Inni Asaluka Hubbaka Wahibbu Ma Yuhibbuka"

Percayalah kepada Allah.Walaupun pahit untuk menelan namun mawaddah warahmah yang ingin dikecapi segala cubaan perlu ditempuhi.Matikan perasaan itu.Bermujahadahlah Faris!!

Pesanan Untuk Sahabat-Sahabat

Jagalah mata ini dari memandang akan wanita yang bukan muhrim kita

Jagalah batas pergaulan dengan wanita


Sibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat daripada memikirkan orang yang kita cinta


Carilah cinta Allah terlebih dahulu nescaya cinta manusia akan hadir


Kepada yang berkapel atas nama sekalipun sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Dan Melihat

Ketahuilah syaitan itu licik


Janganlah kita mencari murka Allah Dan malula kepadaNya


Kepada yang mampu cepat-cepatkan berkahwin banyak berkatnya


“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” [Hadith al-Bukhari : 3224]

Benarlah janji Allah

Attoyibat Liltoyyibin



Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

09 July 2009

Subuh Beransur Pergi


"As-solatu khoirun minal naum"

Panggilan ini sudah lama tidak menyapa di telingaku.Ku merinduinya namun diri ini masih larut dibuai mimpi indah di atas katil yang empuk.

"Payes mu nok g subuh sejid gak gerok aku sekali"pinta syamsul roomate saya.

"Masalahnya aku pun bangun lambat.Orang da abes kalu pegi pun.Mak Guard da kunci pintu pagar.Erm"jawab saya dengan rasa bersalah.

Rasa bersalah sejak akhir2 ini sering kecundang dengan tidur dan tertinggal berjemaah subuh.Sebenarnya dah bangun sebelum subuh.Cuma untuk meneguk air sahaja@menutup alarm jam.hehe

"Ustaz caner eh ana nak bangun tidur awal?"soal saya kepada Ustaz Zul

"Anta tidur awal la dan sebelum tidur berniat untuk bangun awal.Kalau boleh anta baca surah al-mulk dan doa tidur juga.Dan lebih cantik anta niat bersungguh-sungguh nak qiam plus nak solat subuh berjemaah"jawab Ustaz Zul dengan senyuman manja.

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?.Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh(Jibril)dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah(malam itu) sampai terbit fajar"Surah Al Qadr 1-5.
Walaupun ayat ini membincangkan kelebihan malam lailatul qadar tapi ia juga ada perkaitan dengan qiamullail.Bertuahlah sesiapa yang selalu berqiam di malam hari.Semoga kita tergolong dari hamba yang dipilih oleh sang Pencipta untuk sujud kepadaNya di waktu itu.Amin

"Orang-orang yang berdoa'Ya Tuhan kami,kami benar-benar beriman,maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka.Juga orang yang sabar,taat,menginfakkan hartanya dan orang yang memohon ampunan pada waktu fajar"Al Imran 16-17

Banyak ganjaran yang diperoleh oleh seorang yang sering berqiamullail.Ayat di atas ganjarannya diintisarikan dalam ayat ke 15.Sila rujuk.hehe>nak suruh tengok quran.

Solat

Sebahagian dari kelembutan Allah terhadap manusia selaku hambaNya ialah menyedikitkan bilangan solat di samping waktu untuk melaksanakannya begitu luas.Kerana itu Allah menjadikan perintah solat yang asalnya 50kali sehari semalam turun menjadi 5 kali saja.Namun yang 5 ini pun pada zaman kini ada yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan.Hal keadaan ini merupakan keringanan Allah kerana Allah mengetahui adanya kelemahan pada diri hamba itu,seiring dengan keterbatasan kemampuan kemanusiaan.Sebab secara lahiriah manusia tidak mampu terus-terusan melakukan hubungan lahiriah dan batiniah dengan Allah dalam perlaksanaan ibadat sehingga sedikit sekali waktu terbuang melakukan tugas-tugas selaku manusia dalam kepentingan hidupnya.Sesungguhnya perintah solat hanya 5kali sehari semalam,tetapi balasannya dilipat gandakan oleh Allah.Ini merupakan kurniaan Allah kerana hambaNya berhajat kepadaNya,tidak dapat melepaskan dirinya daripadanya.Cuma kemampuannya sebagai manusia tidak sanggup melaksanakan perintah solat yang diperintah itu terlalu banyak jumlahnya.

Solat 5 waktu yang diperintahkan Allah itu dapat kita lihat hikmah-hikmahnya sebagai berikut: Solat Subuh-diperintahkan Allah supaya hambanya dapat bersyukur kepada Allah atas nikmatNya yang begitu penting dan nyata,iaitu kemunculan pagi hari dan cahaya sinar matahari saban hari sebagai dasar utama dalam mencari rezeki dan melaksanakan tugas hidup pada siang hari itu.

"Dan kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan"An-Naba 11

Dan solat subuh merupakan penampal dalam mengatasi kelalaian yang telah terjadi sepanjang hari.

Solat Zuhur-merupakan kesyukuran kita kepada Allah bahawa dengan nikmatNya kita telah diselamatkan daripada pengaruh kepanasan matahari yang membahayakan,di mana jika sekiranya Allah menghendaki sinar-sinar kepanasan dari cahaya matahari itu dapat dijadikannya membahayakan kita,seperti kepanasan yang ada pada api neraka.
"Maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir"Al-Baqarah 24

Di sudut lain kita telah dapat melaksanakan tugas-tugas penting yang telah kita isi antara Subuh dengan Zuhur.

Solat Asar-Waktu Asar adalah waktu di mana siang akan pergi dan malam akan menjelma,maka solat asar yang kita kerjakan adalah merupakan saksi buat kita terhadap Allah bahawa kita sepanjang hari tidak lupa kepadaNya,dan sebagai penutup bagi tugas-tugas kita pada hari itu,kita tutup dengan beribadah kepadaNya.Meskipun kita dapati sesuatu yang tidak baik yang telah dikerjakan pada pagi hari dan siangnya sebelum waktu asar itu.
Solat Maghrib-diperintahkan Allah untuk dikerjakan pada permulaan malam.Agar waktu-waktu di malam hari,kita buka dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah.Sebagaimana kita buka di siang hari dengan solat subuh sebagai permulaan kegiatan kita untuk selama 12jam yang akan kita hadapi.Solat maghrib mengandungi banyak hikmah pengharapan agar hal-hal yang baik yang akan terjadi di malam hari berhasil hendaknya dan dipelihara Allah.

Solat Isya-merupakan perpisahan kita dari waktu-waktu yang dapat kita isi dengan kebaikan untuk menghadapi tidur dan istirehat,di mana tidur dan istirehat itu merupakan kesenangan bagi jasmani lahiriah kita di samping batin kita terhenti hubungannya dengan Allah selama kita masih dalam keadaan tidur.

"Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat,dan menjadikan malam sebagai pakaian"An Naba 9-10

Solat isya juga menggambarkan akhir waktu dalam melaksanakan ketaatan kita kepada Allah.
Kesimpulan



Bagi muslimin marilah kita solat berjemaah di masjid,surau dan etc.
Kepada yang mengambil lewa perintah solat tunggulah balasannya di hari sana
Tidurlah awal di waktu malam supaya senang untuk terjaga di pagi hari
Kalau terjaga di waktu pagi sebelum subuh ringankan diri untuk solat 2 rakaat dah memadai