04 July 2009
Allah Lebih Menyayangimu
Awan mendung memenuhi atmosfera Pusat Asasi UIA Petaling Jaya mendengar khabar duka dari Perak tentang pemergian sahabat ana walau tidak berapa 'kacip' dia selaku senior yang baik di sini membuatkan diri ini sayu.Dia adalah jiran bilik ana semasa sem1 tahun 1 di sini.
Kami sering bertemu di bilik mandi ketika subuh&maghrib.Dia sering menguntumkan senyuman manis tiap kali bertemu.Senyum itu adalah sedekah.
Ana juga sering bertandang ke biliknya untuk maulid bersama dengan roommatenya Bro Saufi di akhir sem3.Kami juga sering bermaulid bersama di surau UKC.Dia selalu dipilih untuk membaca maulid oleh Bro Saufi kerana beliau memiliki suara emas.
Ana mula mengenalinya semasa menghadiri malam kebudayaan Minggu Taaruf 08/09 mula-mula menjejakkan kaki di UIA ini.Dia membuat persembahan nasyid bersama kumpulannya dari Darul Quran IQNID kalau tak silap.
Setiap kali melihatnya sering teringatkan akan abang ana di Mesir kerana mereka memiliki wajah yang hampir sama di samping keadaan fizikal juga.Kali terakhir ana bertemu dengannya semasa di short sem.Keadaannya tidak menunjukkan yang dia ada menderita kesakitan.
Dia merupakan antara tenaga yang bertungkus-lumus menjayakan pengajian kitab Penawar Hati bersama Ustaz Muhaidir.Moga-moga sumbangan baiknya itu membuahkan hasil di sana.Dia juga antara ahli jawatankuasa yang menganjurkan Seminar Pembangunan Ummah di Masjid Wilayah awal Februari baru-baru ini.Ana mengetahuinya kerana mendaftarkan nama kepadanya menyertai program tersebut.
Di saat-saat terakhir hidupnya dia masih lagi bersemangat untuk mendaftarkan diri di UIA Kuantan dalam bidang Allied Health Science walaupun beliau mengetahui peluangnya tipis.Semangatnya boleh kita contohi dalam kehidupan seharian iaitu segala sesuatu mungkin terjadi dengan kuasa Yang Maha Esa.
Namun Allah lebih menyayanginya lagi.Walaupun pemergiannya pahit untukku tapi ini adalah ketentuan Yang Maha Esa.Hanya doa yang mampu kukirimkan.Semoga dirimu dicucuri rahmat.
Kematian itu pasti datang
Andai ia menjemput di saat ini ana belum mampu untuk menjawab salah satu soalan Mungkar & Nangkir apakah yang ana lakukan di masa muda ana.
Gunalah masa muda kita sebaiknya
Jangan dibazirkan dengan sesuatu yang sia-sia
Kita akan dipertanggungjawabkan
Al-Fatihah buat arwah Nabil Bin Marwan
-Ketua Pelajar SMK Integrasi Jempol Sesi 2005
-Darul Quran Gen7
-Allied Health Science 07-09 Uia Pj
-MRC Dakwah&Tarbiah Mahallah Umar Al-Khattab 08/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment