31 October 2009

Detik-Detik Yang Berlalu


Sedih takut menyelubungi diri semenjak dua menjak.Masih segar dalam ingatan lagi perbualan dengan sahabat mengenai ilmu fardhu ain yang mana kita wajib mempelajarinya.

"Nok tanya.Ilmu fardhu ain ado 3 kan?Yang wajib kita belajar gapo?tanya saya.

"Ho la.ada 3.Wajib belajar hok asas jah
1-Berkaitan iman(usuluddin&akidah)
2-Islam(fekah)
3-Ihsan(akhlak@ tasauf)

kata ulama.Haram belajar ilmu lain termasuk lah ilmu fardhu kifayah kalau ilmu fardhu ain xreti(tak tahu) lagi dan duduk dalam maksiat dan dosa tiap-tiap nafas sebab tak belajar ilmu fardhu ain"jelas Indra

"So situasi aku sekarang?"

"Aku nok oyat(bagitahu) pun payoh.Ginila mu g cari guru yang mengajar ilmu fardhu ain sambil belajar di sana.Sebab ilmu fardhu ain la yeh aku rela dicaci dan diperlekeh oleh sain-sain(kawan-kawan) dan guru-guru.Dan termasuk juga aku korbankan SPM aku sendiri,akhirnya sekarang aku dapat mengecapi kejayaan yang sebenar walaupun orang tak kata aku berjaya sebab sesunguhnya orang yang kaya itu adalah orang yang kaya hati"tambah beliau lagi.

"Aku bangga ada sain supo mu.Doa katku jugak"

"Doa-doa juga tapi kita sendiri kena berubah.Tok cekat(letih) dok doa la ni tak memberi kesan apa-apa kalau empunya diri tok sir(tak nak)berubah"pedas sekali nasihat.hehe

Masih mencari lagi the right track.Post kali ini bukan ingin menakutkan kepada pelajar aliran sains dalam bidang seperti kejuruteraan,kedoktoran dan lain-lain amnya.Dan bukan juga menyuruh berhenti belajar dan pergi masuk pondok ke.Tetapi sekadar ingatan buat diri saya juga agar jangan lupa ilmu yang wajib dipelajari dulu.Dalam belajar ilmu sains ke atau ilmu fardhu kifayah dipanggil,jangan kita lupa untuk pergi mencari ustaz-ustaz yang dapat mengajar tentang ilmu yang wajib kita belajar terlebih dahulu.Jangan la kita mencari alasan.Andai diri kita dah belajar pun jangan pula kita tinggal terus untuk terus belajar lebih mendalam lagi tentang ilmu agama ini.Sesungguhnya ilmu yang kita ada hanya setengah kuman dari ilmu-ilmu allah malah lebih sedikit lagi.Jangan kita tersa bangga.Jangan sekali-kali.Tak guna kalau dapat PHD pun tapi hukum hakam tak tahu,sembahyang tak berkualiti dan hati masih kotor.Tak guna dapat dean list pun tapi Allah list tak da pun kita dalam senarai.Alangkah ruginya kan?

"Belajar molek tu bia dapat 4flat@mumtaz"kebiasaan pesanan dari ibu bapa.

Tapi jarang sekali ibu bapa yang memesan

"Ngaji sano tu jangan lupa ngaji agama jugak,taati perintah Allah jauhi larangannya.Solat jemaah jangan tinggal"

Entahla.Takut ada seram pun ada nanti dah kahwin ada anak.huhu(koya).

"Mampukah kita nak jawab pertanyaan malaikat if mati waktu terdekat n weh?"Adli melontarkan persoalan

"Setakat ni kalu aku mati meme tersungkur la.Fail.Dismissed.Tak dok peluang kedua nok repeat.Kalau tak lulus exam boleh lahi repeat@dur.Tak lulus pertanyaan mungkar nangkir Ado peluang lagi ?"erm


"There is no second chance.Itula kalau ilmu lain bersungguh kita ngaji 11 tahun tapi is doesn't work and make any sense kalu tak ngaji agama"Adli meluahkan apa yang terbuku di hati.

Detik-detik terus berlalu, meniti kehidupan,
Permukiman inikan berakhir, meninggalkan kenangan.
Kepiluan mencengkam hati, tak sanggup mengenangkan,
Amanah yang tak terlaksanakan, hasrat tak kesampaian.

Dunia Islam kini kehilangan, ketandusan jiwa yang memahami,
Perjalanan bagai tak berkemudi, terkapai lemas di sudut jahiliyyah,
Tiada daya lagi mengulangi kisah silam.

Suasana makin suram, generasi kian lesu,
Keindahan kini hilang, kerana kegersangan iman,
Hati bagaikan terkunci, dari hidayahMu Rabbi,
Hanyut dalam kelalaian, alam remaja yang mengasyikkan.

Apakah mentari masih sudi, memancarkan sinarnya,
Mungkinkah kebahagiaan semalam bisa hadir kembali.

Islam kini menanti kebangkitan, peribadi penerus perjuangan,
Usahlah dibiarkan berterusan, lirikan senyuman syaitan memanjang,
Sedarlah wahai teman, dari nikmat mempesona.

Masanya kini hampir tiba, untuk melangkah pergi,
Hanya sekalung doa dariku, agar kau subur kembali
.

Awaluddin makrifatullah(Awal agama itu adalah mengenal Allah).Sudahkah kita mengenaliNya?


Teruslah belajar sahabat-sahabat kerana Allah ya.geez

25 October 2009

Menelusuri Sisa-Sisa Hidup


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Bertemu semula di ruang yang tiada sempadan ini, mudah-mudahan hari yang mendatang akan ditempohi dan disulami dengan ketaatan kepada Allah SWT serta menjauhi segala larangan Allah. Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku sekalian jiwa yang selamat sejahtera ialah amat sedikit dosa dalam diri kita.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan RasulNya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar). Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya. "Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan disoal akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari IbnuUmar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi di atas segala perbuatan di Padang Mahsyar. Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24. "Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." SurahYassin : ayat 65.

Pengajaran dari ayat yang tersebut di atas ialah agar kita sentiasa memelihara hubungan baik kita dengan Allah SWT dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala apa yang ditegahNya, dan untuk kita menjadi taat dan patuh kepada Allah dengan kita menjaga 7 anggota badan kita agar ianya tidak merosak atau mencederakan seluruh jasad kita semasa di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Pesan Imam Al-Haris Muhasibii agar kita sentiasa beringat atas 7 anggota badan kita ini:-

1) Menjaga Mata.

Pandanganlah paling banyak mengalih manusia kepada maksiat dari itu haruslah berjaga-jaga dalam pandangan mata kita kerana mata akan dipertanggungjawabkan ke atas manusia yang tidak menjaganya dari maksiat. Elakkanlah dari mengintai keaiban orang lain. Tutuplah aib orang jika ianya mendatangkan kemudaratan dan jauhkan dari penyelidikan. Ingatlah pandangan itu adalah pandangan anak iblis. Meninggalkan pandangan tidak elok dengan penuh keimanan kepada Allah nescaya Allah akan campakkan kelazatan iman dalam diri kita kepada Allah SWT.

2) Menjaga Telinga.

Pendengaran kita ada kait mengait dengan mata dan mulut maka kalau sesuatu yang tidak boleh dipandang mata, maka mulut dan telinga (pendengaran) turut sama tidak boleh terlibat. Tiada anggota yang boleh mendatangkan kecederaan yang sangat parah kepada jasad selain mata dan mulut ialah pendengaran. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (di dalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3) Menjaga lidah.

Lidah adalah anggota yang paling berkesan ke atas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Hendaklah kita bersedia untuk bercakap benar dan carilah cara yang terbaik untuk tidak menyakiti orang lain dengan lidah baik secara terang atau secara sembunyi dan berusahalah untuk meninggalkan bercakap lebih-lebihan. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban ke dalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. Pesan Nabi s.a.w lagi, ”Barangsiapa yang boleh menjamin bagiku akan lidah dan kemaluannya maka aku akan jamin syurga baginya.”

4) Menjaga perut.

Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal. Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.” Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas’ud berkata, Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

5) Menjaga Kemaluan.

Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6) Menjaga Dua Tangan.

Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain. Apabila kamu mempunyai kuasa janganlah gunakan ianya untuk menyakiti orang bawahan kamu atau kepentingan kamu sendiri, kerana kuasa yang ada pada tangan kamu itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

7) Menjaga Dua Kaki.

Memelihara kedua kaki dari berjalan ke tempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati di atas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim. Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuk oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.


Kesimpulannya

Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur (kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu. Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan di akhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali)

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

(sumber haratzblogdrive.com) ....*.... Teringat kata-kata saya kepada seorang sahabat tahun lepas sebelum beliau pergi sambung belajar selepas kami tahu ke mana arah tuju kami selepas SPM "Inada pergi ngaji kat sana jangan lupa la jaga diri dan penting jugak kena jaga makan tu.Jangan kenyang sangat.huhu"pesan saya ikhlas dari lubuk hati.hoho


"Baikla.Faris pun samo la"balas dia.


Tapi selepas setahun lebih dari kata-kata itu saya tengok sahabat saya maintain je tapi saya je yang semakin gemuk atau kak sara panggil "cik cit".Sedihnye
.huhu

Semoga sem baru ini saya dapat menjaga 7 anggota sepertimana yang terkandung dalam kitab penawar bagi hati dan bidayatul hidayah.Dan saya juga berharap rakan-rakan saya dan pembaca juga dapat sama-sama menjaganya.Insyaallah.Akhir kalam,doakan saya dan rakan-rakan agar rajin belajar dan berkat ilmu yang dipelajari.Saya juga ingin memohon maaf jika ada tersalah kata terngupat kat mana-mana.Doakan kami ya

"Terlambatnya masa pemberian Allah(sesudah doa) janganlah hendaknya menyebabkan anda berputus asa,kerana Allah menangung terkabulnya doa anda menurut pilihaNya untuk anda bukan menurut apa yang anda pilih untuk diri anda serta masa yang Dia kehendaki dan bukan pada masa yang anda inginkan.Belum tertunainya janji Allah walaupun waktunya telah ditentukan jangan hendaknya menjadikan anda ragu terhadap janji Allah itu,agar tidak membuatkan cacat penglihatan hati dan memadamkan cahaya hati anda"-Ibnu Athaillah

"ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan sampai kepada orang yang melakukan maksiat"

Semoga diri kita diberkati dan dipermudahkan untuk mentaati Allah dan RasulNya. p/s.baca entry yang lepas kalau lepas ni lama tak update.asif jiddan

23 October 2009

Jiwa Yang Cacat

"Sedaknye mu kate,Mu tak rase lagi.Mu tok tahu gapo makno cinto(ayat dalam anak kelate)"Gyunju memarahi ku.

"Aku rajin keno doh.Sakit weh.Payoh nok lupo.Tapi hati ini milik tuhan biarlah Dia letakkan hati ini kepada yang selayaknya."balas Tae Wong.

"So mu gano loni?.Tak cari orang lain?Rama lagi kan?cadang Gyunju lagi.

"I don't have the inner peace in my heart to love someone..I was shattered by her 1st glance.This helpless heart of mine just like an idiot.hoho"Tae Wong speaking sikit

"Jiwangnyo jawapan.Tapi dulu mu ada cakap lebih kurang "kawan aku rosak sebab perempuan".So sekarang macam mane lak?"Gyunju menyoal lagi.

"Memang betul.Tapi aku cakap camtu sebab tak nak korang ikut cam aku dulu.Insyaallah aku jaga agar tak berjinak-jinak dengan perempuan sebab tu keluar statement gitu.Peringatan pada diri aku jugak"jawab Tae Wong.

"Sama-sama la kita.Walaupun susah kan nak lupa?"Gyunju menggaru-garu walaupun tak gatal.

"Memang susah nak lupakan orang yang kita sayang.Lagipun nafsu sukakannya.Kita minta pertolongan Tuhan.Minta jika dia jodoh kita semoga Allah jaga dia.Nak berhubung lagi atau tidak atas diri masing-masing la"Tae Wong serius.

"Lagi baik kalau tak berhubung sebab syaitan ni licik"Gyunju mengutarakan pendapat.

"Memang nak macam tu tapi entahla.Banyak alasan kita sebagai manusia ni.Susah kalau nak buat benda baik kan?"Tae Wong kecewa.

"Betul-betul"Gyunju tersenyum


Teringat cerita dalam blog Ustaz Khairi(http://dzulkhairi.blogspot.com/2009/10/cerpen-muhasabah-iii_21.html)

"Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”.

Bagaimanakah aku sekarang?

Jiwa yang cacat

Sesekali aku teringin
ceritakan perihal orang di sebelah
ooo seronoknya...

Sesekali juga aku teringin
gemburkan keburukan sahabat
agar diketahui orang
ooo gembiranya

Sekali lagi
aku berasa iri
atas kejayaan yang bukan milikku
ooo sakitnya...

Sesekali jua
aku cuba mencari kelemahan di sekelilingku
kerana aku sahaja yang layak berjaya
ooo angkuhnya...

Alangkah
sekali ini
tiba-tiba ada tangan mencuit
menyedarkan aku
alangkah cacatnya jiwa ini
alangkah

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,dan sesunguhnya merugilah orang yang mengotorinya"As Syams 8-10

""Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita." (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa"

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Kasihanilah wanita wahai lelaki dan kasihanilah lelaki wahai wanita.

Fatimah Syarha ada kata

"Haram ni sekejap je.Nanti halal kamu akan seronok jika kamu bersabar dulu"

20 October 2009

Kembali Belajar


Pada permulaan kitab Risalah Taalim Mutaalim ini, Assyaikh Burhanul Islam Azzarnuji telah menulis:

“Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh-sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat-syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”


Seterusnya Assyaikh Azzarnuji pun menyebutkan adab-adab atau jalan-jalan menuntut ilmu daripada niat menuntut ilmu itu sendiri hinggalah kepada memilih guru dan rakan-rakan, pentingnya mengagungkan ilmu dan ulamak, warak dan pelbagai lagi jalan yang sebenar dalam menuntut ilmu."

Sedih dan Gembira

Bulan 10 ini merupakan bulan yang sedih dan gembira bagi saya.Gembira kerana dah 19 tahun mencapai umur di samping cutin sem dan sedih kerana rakan-rakan abang telah pulang belajar ke tempat pengajian masing-masing kebanyakannya di tanah arab.

Baru lepas menghantar abang di KLIA.Agak sedih kerana abang dah pergi walaupun xdela rapat sangat dengan dia tapi entahla.Sempat hantar abang je yang lain hanya telefon dan mesej.Maaf ye.Kepada Hazwan,Faiq, Najib Azani yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi mesir semoga kalian tsabit di atas jalan yang benar.

"Iq kalu mun rambut panje jugok balik gak aku gocohla.huhu"

Semasa beraye di rumah cikgu Rosmaidah teringat kata cikgu

"Cikgu nok wi adioh ko sep2 balik mesir nyekot rambut mugo panje-panje belako hok dok sano"sindir cikgu.

Dan semasa melawat ke sekolah ustazah Rozana ada bermadah

"Sejuk ko dok mesir rambut panje-panje ni?"

Saya yang belajar dalam malaysia pun kalu takdir saya belajar mesir pun mungkin rambut saya panje jugok.huhu

Teringat kata-kata seorang sahabat yang belajar di pondok

"Meme nabi rambut panje mulo.Tapi kalu kiro zaman loni gak kalu rambut panje ore cop sep rock gapo.Takut jadi fitnah la pulop.Mu tok soh la nok sipe"

"Ajat nok sipe nati masuk gombak.hehe.Rambut HAn TAe WOng tak po doh dale cito Snow Queen"

Tapi orang yang disayangi ada cakap

"Saya tak minat laki rambut panje"

Dan ado sahabat lain ado cakap

"Kalu rambut panje payoh yih nok mandi wojib"


Pengajaran

Sama-sama betul niat la ngaji
Belajar sungguh la mano-mano tempat pun
Nok sipe rambut tak dok hal tapi keno kemas la dan bersedia menerima kritikan ore lain.ngee

Dan sebelum abe pergi dio ado bagi nasihat

Faris
Pesan pada diri jangan tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi pada insan yang tak mengerti
Kerana
Sekali kau memberi selamanya dia di hati
Kerana
Sekali kau dilukai sampai mati tetap diingati
Pesan lagi pada diri
Hati-hatilah dalam memberi hati
Sebab
Ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati


Saya pun ado bagi jugok kata-kata perangsang

"Kalu tok leh Mumtaz tok soh balik la taun depe des.hehe"

Bukan tak suko rakan-rakan balik tapi sebagai peringatan.Dalam hati sedih menunggu rakan-rakan balik pulop padahal.huhu.Menghitung hari...

Gerimis turun perlahan
Wajah kekasih pun terbayang
Dalam daun-daun yang basah
diriku resah
menanti pertemuan yang tenang
CINTA KASIH DAN SAYANG


Minggu depan saya start sem baru.Tolong doa des bia dipermudahkan dan dapat menjaga 7 anggota molep.Semoga kita semua di bawah redaNya.Salam rindu dan sayang buat semua sahabat di mana jua.Sirru Ala Barokatillah

Taatilah allah di mana anda berada


Tribute to rakan-rakan di Tanah Arab

16 October 2009

Mahalnya Sebuah Keyakinan


Rasulullah s.a.w. sangat menghargai perasaan dan sikap tulus yang ditunjukkan oleh umatnya kepada beliau. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berminat membeli seekor kuda dari seorang Badui bernama Sawa` ibn Qais al-Muharibi, yang sedang menariknya menuju ke pasar Madinah. Tawar-menawar antara keduanya berlangsung, dan transaksi jual-beli pun terjadi. Rasul s.a.w. segera menuju ke rumah beliau untuk mengambil wang pembayaran harga kuda tersebut. Beliau berjalan cepat menuju ke rumah, dan meminta Sawa` ibn Qais untuk mengikutinya. Namun si pemilik kuda hanya berjalan santai, sengaja memperlambat langkahnya. Bahkan ia masih saja terus melayani setiap orang yang berpapasan dengannya yang menawar kuda bawaannya itu. Mereka tidak tahu bahwa kuda itu sudah laku terjual kepada Rasulullah s.a.w.

Dalam perjalanan itu Sawa` ibn Qais al-Muharibi mendapatkan pembeli lain yang berani membayar lebih tinggi dari harga yang telah disepakatinya dengan Rasulullah s.a.w. Maka ia pun bergegas menyusul Rasulullah, dan menghampiri beliau seraya berkata: “Apakah Anda jadi membelinya? Kalau tidak, biarlah aku menjualnya kepada orang lain.”

Rasulullah s.a.w. kini menyadari kenapa Sawa` ibn Qais tidak mau berjalan bersama-sama dengannya. Rupanya sesuatu yang tak diharapkan telah terjadi. Namun beliau tetap tenang dan ramah sebagaimana sikap beliau kepada setiap orang.

“Lho, bukankah engkau telah menjualnya kepadaku? Dan sekarang ini kita sedang menuju kediamanku. Aku akan membayar kepadamu harga yang telah kita sepakati bersama tadi,” jawab Rasulullah kepadanya dengan lembut.

“Ah, Anda keliru. Demi Allah, aku memang memutuskan menjualnya kepada Anda, tapi tidak ada harga yang kita sepakati bersama.”

“Kenapa secepat itu kamu menjadi pelupa?” Rasulullah s.a.w. membujuknya agar kembali bersikap jujur.

Sawa’ ibn Qais ngotot, “Tidak, itu tidak benar. Aku belum menjual kudaku ini kepadamu. Sekarang aku telah mendapatkan orang lain yang memberi penawaran yang lebih tinggi dari penawaranmu. Kalau Anda bersedia membayar seperti yang ia tawarkan, silakan. Kalau tidak…. ya terpaksa kujual kudaku ini kepada orang itu,” begitu ancamnya.

Mendengar ada perselisihan, orang-orang yang berada di lokasi itu mulai berdatangan mendekati mereka berdua, dan akhirnya khabar itu merebak luas. Mengetahui duduk persoalannya, beberapa sahabat Rasulullah yang kebetulan ada di tempat itu merasa ada kejanggalan dalam diri Sawa’ ibn Qais; mereka heran kenapa Sawa’ ibn Qais sanggup memperlakukan Rasulullah seperti itu? Namun mereka tidak dapat berbuat banyak karena Rasulullah s.a.w. sendiri tampak tetap lemah-lembut dan berwajah ceria kepada Ibn Qais.

“Bukankah tidak boleh kamu menjual sesuatu yang sudah kamu jual kepada orang lain, karena barang itu sudah menjadi milik orang tersebut?” Rasulullah s.a.w. membujuknya.

“Tidak, aku tidak pernah menjual kudaku ini kepada Anda. Kalau Anda keberatan, silakan datangkan saksi yang dapat membuktikan kebenaran dakwaan Anda ini,” tegas Ibn Qais kepada Rasulullah s.a.w.

Para sahabat Rasulullah terperanjat mendengar ucapan Ibn Qais yang terakhir ini; mereka bagaikan tersambar kilat.

“Celaka kamu. Tidakkah kamu menyadari sedang berbicara dengan siapa kamu sekarang ini? Ini Rasul Allah. Mustahil beliau mengucapkan sesuatu yang tidak benar!”

Rasulullah s.a.w. tetap saja tenang dan lembut dalam menghadapi persoalan itu. Pertengkaran justru mulai terjadi antara para sahabat dengan Sawa’ ibn Qais.

“Aku tidak akan menyerah begitu saja kepada kalian,” kata Ibn Qais, “dia harus menghadirkan saksi yang membenarkan pengakuannya! Titik.”

Sawa’ ibn Qais mantap sekali. Ia amat yakin tidak seorang pun dapat memberikan kesaksian yang membuatnya tunduk kepada kebenaran, karena tak satu manusia pun bersama mereka ketika terjadi transaksi jual-beli tersebut.

Betapa kesal hati para sahabat menyaksikan gelagat orang Ibn Qais. Mereka tidak meragukan sedikit pun bahwa ia berbohong tetapi tak sudi menyerah. Mereka bingung, tidak tahu apa yang harus mereka lakukan terhadap orang Badui itu. Apalagi menyaksikan Rasul s.a.w. yang tetap tenang dan lembut.

Tiba-tiba muncul seseorang dan bergabung ke dalam kerumunan orang-orang itu. Khuzaimah al-Anshari, namanya. Setelah mengetahui apa yang sebenarnya terjadi, ia spontan berkata tanpa basa-basi, “Aku saksinya. Akulah yang melihat, mendengar, dan menyaksikan bahwa Rasul s.a.w. benar-benar telah membeli kuda ini darimu, dan kamu telah menjualnya kepada beliau.”

Mendengar pernyataan Khuzaimah yang meluncur bagaikan anak panah ini, mulut Ibn Qais langsung menjadi terkatup. Tidak mampu lagi ia bercakap. Apa yang menjadi tuntutannya sudah terpenuhi. Ia pun menyerah kepada kebenaran yang ia khianati.

Namun kini giliran Rasulullah s.a.w. yang mengajukan pertanyaan kepada Khuzaimah, “Gerangan apakah yang mendorongmu membuat kesaksian seperti itu, padahal kamu tidak hadir bersama aku dan orang itu ketika terjadi transaksi jual-beli yang diingkarinya itu?”

“Wahai Rasulallah —semoga salam, rahmat, shalawat dan berkat Ilahi tetap tercurah atasmu sekeluarga— aku menjadi saksi atas kebenaran semua pernyataanmu tentang berita-berita besar yang Anda terima dari Sang Pencipta alam semesta, Penguasa dunia dan akhirat. Maka gerangan apakah sebabnya yang membuatku tidak menjadi saksi atas kebenaran pernyataanmu tentang transaksi jual-beli seekor kuda?”

Rasulullah tertegun mendengar pernyataan sahabatnya yang tulus itu; yang mampu secara spontan menerjemahkan keimanannya terhadap kenabian beliau secara sederhana tapi gamblang. Rasul s.a.w. —yang selalu menghargai cinta dan ketulusan orang lain dengan cinta dan ketulusan yang lebih besar— langsung bersabda: “Kesaksian Khuzaimah senilai kesaksian dua orang jujur dari umatku. Barangsiapa yang Khuzaimah memberikan kesaksian atas keabsahan dakwaannya atau kebatilan tuntutannya, maka cukuplah yang demikian itu menjadi sandaran yang adil bagi sebuah putusan yang benar.”

Tidak ada keraguan sama sekali bahwa ketulusan Khuzaimah tersebut adalah bagian dari sikap penghambaannya kepada Allah SWT. Karena itulah Allah SWT memberikan penghargaan kepadanya dengan mengizinkannya bersujud kepada-Nya di atas hamparan yang tersuci dari seluruh ciptaan-Nya yang suci.

Di suatu pagi, Khuzaimah berkata kepada Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulallah, semalam aku mimpi bersujud di atas dahimu.”

Maka dengan serta-merta Rasul yang mulia itu bertelentang, dan dengan penuh kelembutan beliau berkata kepada sahabatnya itu: “Ayo, realisasikanlah mimpi itu. Buktikanlah bahwa yang engkau alami dan engkau saksikan semalam adalah suatu kebenaran.” Maka bersujudlah Khuzaimah al-Anshari kepada Allah di hamparan tersuci itu, di atas dahi Rasulullah s.a.w.


Yakinlah pada janji Allah

Ya Allah Tabahkan hati kami menuju jalanMu

15 October 2009

Kenali Ulama


Al Imam Al Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al Habsyi dilahirkan pada hari Jum’at 24 Syawal 1259 H di Qasam, sebuah kota di negeri Hadhramaut.

Beliau dibesarkan di bawah asuhan dan pengawasan kedua orang tuanya; ayahandanya, Al-Imam Al-Arif Billah Muhammad bin Husin bin Abdullah Al-Habsyi dan ibundanya; As-Syarifah Alawiyyah binti Husain bin Ahmad Al-Hadi Al-Jufri, yang pada masa itu terkenal sebagai seorang wanita yang solihah yang amat bijaksana.

Pada usia yang amat muda, Habib Ali Al-Habsyi telah mempelajari dan mengkhatamkan Al-Quran dan berhasil menguasai ilmu-ilmu zahir dan batin sebelum mencapai usia yang biasanya diperlukan untuk itu. Oleh karenanya, sejak itu, beliau diizinkan oleh para guru dan pendidiknya untuk memberikan ceramah-ceramah dan pengajian-pengajian di hadapan khalayak ramai, sehingga dengan cepat sekali, dia menjadi pusat perhatian dan kekaguman serta memperoleh tempat terhormat di hati setiap orang. Kepadanya diserahkan tampuk kepimpinan tiap majlis ilmu, lembaga pendidikan serta pertemuan-pertemuan besar yang diadakan pada masa itu.

Selanjutnya, beliau melaksanakan tugas-tugas suci yang dipercayakan padanya dengan sebaik-baiknya. Menghidupkan ilmu pengetahuan agama yang sebelumnya banyak dilupakan. Mengumpulkan, mengarahkan dan mendidik para siswa agar menuntut ilmu, di samping membangkitkan semangat mereka dalam mengejar cita-cita yang tinggi dan mulia.

Untuk menampung mereka, dibangunnya Masjid “Riyadh” di kota Seiwun (Hadhramaut), pondok-pondok dan asrama-asrama yang diperlengkapi dengan berbagai sarana untuk memenuhi keperluan mereka, termasuk soal makan-minum, sehingga mereka dapat belajar dengan tenang dan tenteram, bebas dari segala pikiran yang mengganggu, khususnya yang bersangkutan dengan keperluan hidup sehari-hari.

Bimbingan dan asuhan beliau seperti ini telah memberinya hasil kepuasan yang tak terhingga dengan menyaksikan banyak sekali di antara murid-muridnya yang berhasil mencapai apa yang dicitakannya, kemudian meneruskan serta menyiarkan ilmu yang telah mereka peroleh, bukan sahaja di daerah Hadhramaut, tetapi tersebar luas di beberapa negeri lainnya - di Afrika dan Asia, termasuk di Indonesia.

Di tempat-tempat itu, mereka mendirikan pusat-pusat dakwah dan penyiaran agama, mereka sendiri menjadi perintis dan pejuang yang gigih, sehingga mendapat tempat terhormat dan disegani di kalangan masyarakat setempat. Pertemuan-pertemuan keagamaan diadakan pada berbagai kesempatan. Lembaga-lembaga pendidikan dan majlis-majlis ilmu didirikan di banyak tempat, sehingga manfaatnya benar-benar dapat dirasakan dalam ruang lingkup yang luas sekali.

Beliau meninggal dunia di kota Seiwun, Hadhramaut, pada hari Ahad 20 Rabi’ul Akhir 1333 H dan meninggalkan beberapa orang putera yang telah memperoleh pendidikan sebaik-baiknya dari beliau sendiri, yang meneruskan cita-cita beliau dalam berdakwah dan menyiarkan agama.

Di antara putera-putera beliau yang dikenal di Indonesia ialah puteranya yang bongsu; Al-Habib Alwi bin Ali Al-Habsyi, pendiri Masjid “Riyadh” di kota Solo (Surakarta). Dia dikenal sebagai peribadi yang amat luhur budi pekertinya, lemah-lembut, sopan-santun, serta ramah-tamah terhadap siapa pun terutama kaum yang lemah, fakir miskin, yatim piatu dan sebagainya. Rumah kediamannya selalu terbuka bagi para tamu dari berbagai golongan dan tidak pernah sepi dari pengajian dan pertemuan-pertemuan keagamaan. Beliau meninggal dunia di kota Palembang pada tanggal 20 Rabi’ul Awal 1373 H dan dimakamkan di kota Surakarta.

Banyak sekali ucapan Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi yang telah dicatat dan dibukukan, di samping tulisan-tulisannya yang berupa pesan-pesan ataupun surat-menyurat dengan para ulama di masa hidupnya, juga dengan keluarga dan sanak kerabat, kawan-kawan serta murid-murid beliau, yang semuanya itu merupakan perbendaharaan ilmu dan hikmah yang tiada habisnya.

Dan di antara karangan beliau yang sangat terkenal dan dibaca pada berbagai kesempatan di mana-mana, termasuk di kota-kota di Indonesia, ialah risalah kecil ini yang berisi kisah Maulid Nabi Besar Muhammad SAW dan diberinya judul “Simtud Duror Fi Akhbar Maulid Khairil Basyar wa Ma Lahu min Akhlaq wa Aushaf wa Siyar (Untaian Mutiara Kisah Kelahiran Manusia Utama; Akhlak, Sifat dan Riwayat Hidupnya).

Ulama warisatul anbia

Ingatlah


"Mad mai kito g tengok bola malam ni.Mai temey ore gi beli tiket dulu?"abang saya tanya.

"Malas la ore.Erm"jawab saya dalam keadaan mamai(baru bangun).

"Olosla maila temey ore"pujuk abang.

"Dio gi la beli tiket pah claim nga umi"hoho skil jimat saya.

"Takut polis ado la.Nalim ore"dio memujuk lagi

"Oyatla lesen tinggal mesir ngepom supo aritu.Malas ore nok tuka kain ni etek"pemalas betul saya ni.-p

Akhirnya abang saya mengaloh.Rasa kesian jugok tak memenuhi permintaan abang sebab jarang-jarang jah dio mitak tolong.Maafla abe dinie ye

Tarikh 14hb Okt 2009 akan diingati kerana pada hari itu telah terjadi suatu pengajaran dalam hidup saya.

"Yeh mu tengok bola dosa mugo mu tengok aurat laki.Kalu tengok dalam tv xpo"nasihat aimulz dulu.

"ooo"saya kelu.Dalam hati serba salah.

Dan disebabkan nasihat itu maka saya jadi tak berapa minat dah la untuk pergi menonton bola sepak di stadium.Tapi kerana iman saya lemah tambah lagi saya tidak la syadid saya akhirnya pergi menonton perlawanan bola sepak di antara Kelantan vs Tentera pada malam 14hb.Keputusannya Kelantan menang 5-0.Lagipun abe nok fly doh keesokan harinya.So terpaksa la menemaninya.Nok bagitahu dosa takut abe kato gapo pulop.

Alkisahnya sebaik berlangsung perlawanan tiba-tiba jantung saya sakit kembali seperti terkena sembilu.Saya pun teringat akan cerita Team Medical Dragon Season 2 mengenai pesakit jantung.

"Ya Allah kalu aku mati sini xmapuh(takde guno)"

"Bisuil khotimah(penghujung yang tak baik) gini"

Dalam hati tu memang rasa takut sangat-sangat.Teringat kata-kata
aimulz bahawasanya tengok bola(tengok pemain yang tak tutup aurat) berdosa

"Guanola kalu aku mati sini?Nak jawab ganola nati"

Teringatla gapo yang talaqqi dengan Ustaz fairuz di Uia pasal menggunakan amalan-amalan kita sebelum ini untuk minta bantuan Allah dan belas kasihaNya.

"Ya allah semoga doaku sebelum ini ALLAHUMMAKHTIMLANA BIHUSNIL KHOTIMAH WAL TAKHTIM ALAINA BISUIL KHOTIMAH Engkau terima"

Akhirnya lepas 5-10minit reda la penyakit jantung itu.Saya bersyukur.Tetapi apa yang sedihnya tidak lama selepas itu saya hanyut lagi dengan perlawanan di atas padang ditambah penyokong Kelantan yang fanatik membuatkan diri ini terikiut-ikut.Hati menjadi lalai kembali dari Allah

"Kalu kelate boleh g final nok g sero Bukit Jalil"nafsu saya berkata

"Ada lagi niat nok g tempat laro"seolah-olah malaikat menyindir kot di alam lain.

Semasa final piala FA saya dah pergi.Gambar di atas include saya jugak la.erm

Pengajaran

Jangan ingat Allah time susoh saje.Ingatlah Allah selalu.


Fazkuruni azkurkum

Sahabat... Ukhwah kita kerana Allah,tiada tutur yang dapat ku ucapkan kepada Ilahi melainkan lafaz alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan sehingga kini&rasa syukur kerana dikurniakan sahabat sebegini rupa yang sanggup bersamaku tak kira susah ataupun senang,sedia berada di belakangku di saat ini,terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini persaudaraan yang tak boleh di jual beli. Sahabat...diri yang lemah lagi hina ini memohon keampunan atas segala kesalahan yang disedari mahupun yang tidak disengajakan.Maaf andai diri ini tak mampu untuk menjadi sahabat yang baik pada diri setiap sahabat.Doakanlah agar diri setiap dari kita dibimbing menuju jalan keredhaaNya.Doakanlah diri sahabat ini dilapangkan dada ditenangkan hati Andai diri ini sudah tiada,tak usahlah iringi dengan air mata.Cukuplah sekadar dengan al-Fatihah untuk ku


Andai diri saya pergi sebelum minta maaf anggaplah kata-kata di atas yang terakhir dari saya

p/s

ore=ganti nama
nalim=cuak

09 October 2009

Uwais Al Qarni

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru,
rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan,
kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada
tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli
membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut
yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan,
tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan
tetapi sangat terkenal di langit.

Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti
ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru
dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata
Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah
dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan
karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang
dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan
menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai
macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya,
memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik,
karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya
seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari
mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari
mencuri”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili
kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya
penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya
sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang
diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama
Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya
yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.
Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh
dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan
puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar
seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.
Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati
Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera
memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya
kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke
Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung.
Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan
cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru
datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan
kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk
bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang
cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu
yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera
dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini
akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu
hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada
beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan
musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk
bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya
dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah
beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat
membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya
selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi
hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi
menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa
terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan
Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di
rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.
Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa
menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan
kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju
Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir,
bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan
begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari,
semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras
baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni
di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu
rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah
r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi
yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di
rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang
perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada
di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan
Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan
masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan
sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas
pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah
mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa
dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada
sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya
menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan
perasaan haru.

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang
kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa
Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni
langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda
Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun.
Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang
mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya
sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan
ibunya terlalu lama. Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin
berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai
tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau
SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan
bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah
do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni
bumi”.

Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga
kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan
Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda
Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera
mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak
itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu
menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka.
Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya
yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan
kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan
mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju
kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman,
segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan
menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan
bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di
perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi
menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada,
Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya
Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais
menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu
berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar !
Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban
itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah,
yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais
kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”. Dalam pembicaraan
mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah
sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat
itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan
mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:
“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan
Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan
istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni
akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang
negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera
saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya
hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya,
biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar
beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh
Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab
bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus
dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami
sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin
berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan
selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami
memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di
atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai
waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu
kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah,
tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang
terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan
dihantam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !
“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal
dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal
satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami
lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam,
sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu
orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban
asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah
nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di
kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim
oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah
kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?”
tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat
di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam,
tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya
dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan
seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang
tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah
pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan
tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan
ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada
orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika
orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada
orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan
dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan
untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari
mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat
penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah
tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah
orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa
pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman.
Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya
orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan
pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan
orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan
ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap
melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang
tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba
dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan
penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah
kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya
mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk
mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman
mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi
tapi terkenal di langit.


sumber fisan.wordpress.com

-Biarlah ore tak kenal kito pun asal allah malaikat nabi kenal kito.

08 October 2009

Kisah Salafus Soleh

Abdullah Al-Mubarak nama lengkapnya adalah Abu Abdurrahman Abdullah bin Al-Mubarak Al-Hanzali Al-Mawarji,lahir tahuo 118H (736M) dari ayah seorang Turki dan ibu seorang Persia.Abdullah Al-Mubarak terkenal sebagai ahli hadis dan seorang Zahid dalam beragama.Disebutkan bahwa dia belajar pada beberapa orang guru di Merv dan di beberapa tempat kajian ilmu yang lain.Al-Mubarak dikenal pula sebagai ahli dalam banyak cabang keilmuwan ,termasuk tatabahasa dan kesusastraan Arab.Disebutkan pula bahwa Abdullah Al-Mubarak adalah seorang pedagang kaya raya dan suka memberikan sedekah dengan membagi-bagikan harta kekayaanya kepada para fakir miskin.Abdullah meninggal di Hit sebuah kota tepian sungai Euphrat tahun 181 (797 M).Sebagai seorang ulama dia juga menulis beberapa buah kitab,salah satunya adalah dengan tema tasawuf yang sampai sekarang karya itu masih di kaji para peminat sufi.Dikisahkan suatu hari Abdullah Al-Mubarak melewati suatu tempat.Beberapa orang memberitahu pada seseorang yang buta yang tinggal di situ bahwa Abdullah Al-Mubarak waliyullah akan lewat di jalan itu.Mohonlah doa kepada Abdullah Al-Mubarak apa saja yang engkau inginkan.Maka ketika Abdullah Al-Mubarak lewat d jalan itu orang buta itu segera menemuinya dan mengharap sesuatu darinya.Wahai Abdullah-Mubarak.Orang buta tersbut berkata,berhentilah.Maka Abdullah pun segera berhenti.berdoalah kepada Allah untuk mengembalikan penglihatan mataku.Pinta orang buta itu .Mendengar permohonan orang buta it,Abdullah menundukkan kepala lalu berdoa.atas kuasa Allah tiba2 orang buta itu dapat melhat kembali sebagaimana sebelumnya.orang yang tadinya buta itu,seakan tidak percaya bahwa matanya kini telah melihat kembali.dan dengan serta merta dia mengucapkan terima kash atas doa dari Abdullah Al-Mubarak.
-diambil dari buku kisah sufi

07 October 2009

Jangan hina orang lain deh


Dialog 1
Asrif:Janganla g situ lagi Kin.Dosa besar la
Kizar:Oloh mun pun gi jugok mulo nok nasihat ko ore lain.
Asrif:Diam membisu.Baik bertaubat dari dosa besar daripada mun still melakukan dosa kecik ari-ari(dalam hati)
Kin:Takpe aku elak la buat kijo tu

Dialog 2
Asrif:Mul mano molek ore yang dio buat dosa besar dio bertaubat dengan ore yang buat dosa kecik tiap-tiap hari tapi tak bertaubat?
Mulziam:Innaloh ha yuhibbu tawabi na wayuhibbul mutatohhirin.Mestila ore yang bertaubat molek kerana Allah suko.Ore yang buat dosa kecik pun supo pepatoh kato la 'sikit-sikit lamo-lamo jadi bukit'
Asrif:Erm.Sedih jugok aku ore lain ungkit pasal dosa besar aku mulo
Mulziam:Tak perlu dengar la ore nok kato gapo.Tak sudoh sampai mati

Merasakan Diri Paling Hina...

Imam Al-Arif biLlah Sheikh Abdul Wahab As-Sya'rani r.a.:-


"Kami telah berjanji kepada para masyaikh (guru-guru) kami: untuk melihat diri kami paling hina dalam kalangan muslimin, walaupun kepada mereka yang paling fasiq dalam kalangan muslimin tersebut, maka hendaklah kita merasakan diri kita lebih fasiq daripada mereka.




Sesiapa yang tidak meyakini konsep ini, dari kalangan ahli dakwa (yang mendakwa dirinya baik daripada orang lain), maka periksalah dirinya sendiri, dari sudut kefasikan sepanjang umurnya, dan jika dibandingkan dengan sifat kefasikan yang terzahir daripada orang-orang muslimin yang lain, nescaya dia akan dapati sifat kefasikan dirinya lebih banyak berbanding sifat muslimin yang lain dengan yakin, kerana Allah s.w.t. Maha Menutupi Keaiban. Allah s.w.t. tidak pernah menzahirkan sifat-sifat kekurangan para hambaNya yang lain kepada kamu melainkan sedikit sahaja, kerana selebihnya Allah s.w.t. menyembunyikannya daripada kamu. Adapun apa yang disembunyikan olehNya, maka tiada manusia layak menghukumnya dan tiada siapa yan layak melemparkan tuduhan kefasikan terhadap orang-orang yang disembunyikan kefasikannya daripada kita, sedangkan kefasikan diri kita sendiri, sudah jelas kelihatan pada diri kita sendiri, walaupun Allah s.w.t. menyembunyikannya daripada orang lain (maka dengan demikian, tahulah kita bahawa kita adalah yang paling fasiq kerana melihat kefasikan kita termasuklah yang tersembunyi, lebih banyak daripada orang lain).


Fahamilah dan ketahuilah bahawasanya, inilah perjanjian induk yang menjadi ibu bagi terealisasinya perjanjian-perjanjian yang lainnya. Sesiapa yang tidak melaksanakan perjanjian ini, nescaya tidak mampu untuk melaksanakan perjanjian-perjanjian ketaatan yang lainnya, kerana sesiapa yang sentiasa melihat keburukan makhluk, nescaya akan memandang hina kepadanya dan merendah-rendahkan hak-hak mereka, serta tidak dapat mengambil manfaat dan pelajaran daripada mereka, berbeza deengan mereka yang melihat kebaikan makhluk sahaja.


Syariat hanya menyuruh kita melihat kebaikan-kebaikan yang wujud sahaja. Jika pandangan kita terlihat akan keburukan seseorang, maka hendaklah kita menyuruh makhluk tersebut bertaubat kepada Allah s.w.t. dan hendaklah kita menegahnya daripada kesalahan tersebut, dan dalam masa yang sama, tetap menyaksikan terhadap diri kita, bahawa kita lebih rendah martabatnya berbanding hamba tersebut.



Sesungguhnya, syariat hanya menyuruh kita mencegah orang-orang yang melakukan kemungkaran daripada melakukan kemungkaran tersebut sahaja. Adapun memandang hina kepada mereka dan merendah-rendahkan mereka, maka Allah s.w.t. melarang kita daripada melakukan hal yang sedemikian.


Diriwayatkan daripada Imam At-Tirmizi dan Ibn Hibban bahawasanya, Rasulullah s.a.w. telahpun bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memandang hina seseorang muslim, maka ke atasnyalah, laknat Allah, malaikat dan seluruh manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menerima sebarang amalan daripadanya", iaitu samada amalan wajib mahupun sunat.


Sesungguhnya, orang-orang yang fasiq dan zalim, tetap seorang muslim tanpa syak lagi kerana diapun mengucapkan dua kalimah syahadah, maka fahamilah.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sepotong hadis yang lain: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebutir zarrahpun daripada sifat kibr (rasa diri lebih baik daripada orang lain)". Para sahabat r.a. bertanya: "Apakah kibr itu? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Al-Kibr (takabbur) itu, yang menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia", maka fahamilah.


Ketahuilah bahawasanya, tiada satu pintu pun bagi kita, untuk memandang rendah kepada manusia yang lain, melainkan satu jalan sahaja, iaitu dengan kemaksiatan yang telahpun mereka lakukan. Oleh yang demikian, sesiapa yang melihat yang kebaikan manusia yang wujud, tanpa memandang akan keburukan manusia, bererti dia telahpun menutup pintu memandang rendah kepada sesama manusia, berbeza dengan seseorang yang sentiasa memandang akan keburukan manusia, maka dia telahpun membuka pintu untuk merendah-rendahkan manusia yang lain, sehingga membutakannya daripada kebaikan manusia lain. Maka, dengan demikian (merendah-rendahkan manusia lain), dia akan musnah bersama-sama orang-orang yang musnah.


Manusia tidak terlepas daripada dua unsur iaitu kebaikan dan keburukan melainkan para nabi dan para malaikat., tetapi orang yang kamil (sempurna) ialah orang yang sentiasa memerhatikan kelemahan dirinya sehingga hampir tidak terlihat lagi akan aurat orang yang lain, daripada kalangan makhluk Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, amat kurang pengingkaran daripada orang-orang yang mengenal Allah s.w.t. (Al-Arifin) kerana sentiasa melihat akan kebaikan manusia, dan sentiasa membuat kemungkinan dan sangkaan kepada manusia dengan sebaik-baik kemungkinan dan sangkaan, sehingga sesiapa yang tidak mengenal akan hal mereka, akan menyangka bahawa mereka berdiam daripada kemungkaran dengan konsep taslim kepada Allah s.w.t. padahal tidak sedemikian.


Ketahuilah bahawasanya, sekurang-kurangnya, kebaikan yang dapat kamu lihat wahai saudaraku, terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun kamu tidak melakukan kemaksiatan yang dilakukan oleh ahli maksiat tersebut, kemungkinan juga boleh melakukan maksiat tersebut, dalam hukum takluk kekuasaan Allah s.w.t., kerana Allah s.w.t. Maha Berkuasa dalam melakukan apa sahaja. (Jadi, bersyukurlah kepada Allah s.w.t. sentiasa yang telahpun menjaga kita, alhamdulillah).


Aku mendengar daripada saudara lelakiku, Afdholuddin r.h.l. pernah berkata: "Aku malu sangat dengan jiranku." Maka aku bertanya kepadanya: "Mengapa sedemikian?" Lalu dia menjawab: "Hal ini kerana, dialah yang tenggelam dalam lautan zina, liwat, minum arak, dan pelbagai maksiat yang lain, siang dan malam, sehingga aku merasakan bahawasanya, dia (jiran tersebut) sebenarnya sedang memikul kotoran dosa kemaksiatan daripada keadaaanku yang pada hakikatnya berdosa, dan dia memikul kotoran yang asalnya daripadaku. Sesungguhnya, dia termasuk dalam lingkungan rumah-rumahku juga, dan apa sahaja yang memisahkan antara dindingnya dengan dindingku (untuk menyebabkan dia tidak terkesan dengan kehinaan dan kekotoranku)?"


Aku sering mendengar guruku Saiyidi Ali Al-Khawas mengatakan bahawasanya: "tidak sah bagi seseorang hamba yang melangkah ke atas jalan kaum, melainkan dia melihat dirinya paling rendah daripada serendah-rendah lapisan terendah muka bumi ini, yang mana tiada dibawahnya sesuatu yang lebih rendah lagi daripada dirinya..."

Maka dapat diketahui bahawasanya, setiap yang merealisasikan perjanjian ini, dengan melihat dirinya lebih rendah martabatnya berbanding orang lain, maka seluruh kewujudan ini akan menjadi pembantu kepadanya (dalam menuju Allah s.w.t.) kerana setiap kewujudan seperti martabat seorang sheikh kepadanya, yang sentiasa memberi pengajaran dan bantuan dalam perjalanannya menuju Allah s.w.t., maka tidak terhitung banyaknya para guru dan pembimbingnya dalam menuju Allah s.w.t. (kerana dapat belajar daripada setiap makhluk yang wujud untuk sampai kepada Allah s.w.t.). Hal ini kerana, tiada yang berlaku dalam kewujudan ini, melainkan ada keistimewaannya yang Allah s.w.t. letakkan di dalamnya. Maka, orang yang sudah sampai maqam ini (merasakan diri paling hina), akan sentiasa melihat keistimewaan dalam setiap kewujudan dan mengambil kebaikan tersebut sebagai pengajaran untuk diamalkan dalam dirinya, walaupun teman-temannya tidak bersifat dengan sedemikian, kerana kedegilan mereka terhadap keistimewaan yang Allah s.w.t. telah letakkan pada kehidupan mereka.



Dia dapat mengambil iktibar daripada orang-orang yang melakukan kezaliman, penzina, peminum arak dan sebagainya, dengan merenungi dalam diri: bahawasanya Allah s.w.t. yang mengizinkan orang tersebut melakukan hal sedemikian, Dia juga boleh meletakkanku dalam hal yang serupa, maka bersyukurlah kepadaNya kerana kamu tidak melakukannya dengan bantuanNya.


Kemudian, dia dapat mengambil iktibar daripada kesabaran hamba tersebut dalam duduk di bawah takdir dan ketentuan Allah s.w.t., dan kesabarannya dalam menghadapi hinaan manusia ke atasnya dan celaan mereka terhadapnya, serta sikap manusia dalam menjauhinya. Katakanlah kepada dirimu: adapun engkau wahai diri, kalau Allah s.w.t. uji dengan kemaksiatan sebegitu misalnya, walau hanya sekali cuma, nescaya kamu akan merasakan bahawasanya dunia ini terlalu sempit, kerana takutkan kedudukan dan kemuliaan kamu tergugat di sisi manusia, bukan kerana kamu takutkan Allah s.w.t..


Kamu juga boleh mengambil pelajaran bermakna hatta daripada seeokor anjing, yang amat penyayang dan setia kepada tuannya, sehingga sanggup menjaga tuannya, dan sentiasa merintih kerinduan apabila berjauhan daripada tuannya, serta ketaatannya kepada tuannya.


Apabila seseorang hamba yang meletakkan dirinya paling hina dalam kalangan makhlukNya, melihat hal kepatuhan si anjing kepada tuannya tersebut, maka dia akan berkata kepada dirinya: lihatlah anjing itu wahai diri. Lihatlah betapa patuhnya anjing itu kepada tuannya. Bagaimana pula dirimu dengan Tuhanmu, takkala Dia menyuruh kamu melakukan ketaatan namun kamu masih lagi memungkiriNya? Kalau begitu, sifat anjing itu lebih baik daripada kamu.


Lihatlah pula kepada apa yang dimakan oleh anjing tersebut, yang tidak seberapa, berbanding ketaatannya kepada tuannya, dan ia tidak pernah mengeluh dan sentiasa redha dengan apa yang diberikan oleh tuannya walaupun tidak seberapa. Adapun kamu wahai diri, sudahlah ketaatanmu kepada Tuhanmu lebih buruk halnya berbanding anjing tersebut, namun masih memakan makanan yang lazat-lazat anugerah Tuhanmu yang tidak pernah jemu untuk memberi rezeki kepadamu, sedangkan kamu masih sentiasa menderhakaiNya, malah tidak pernah puas dengan apa yang diberi olehNya dan tidak mensyukuriNya.



Begitu juga, si hamba tersebut boleh mengambil pelajaran daripada keldai, bahgal, unta dan sebagainya, tentang kesabaran binatang-bintang tersebut dalam berkhidmat kepada manusia, dalam memikul bebanan dan sebagainya. Bahkan, ada juga yang sanggup menahan pukulan-pukulan tuannya dalam berkhidmat kepada tuannya tersebut.


Lalu, si hamba yang rendah diri tadi pasti berkata kepada dirinya, kalaulah Allah s.w.t. mengujinya dengan hal yang sedemikian, pasti dia tidak mampu sabar terhadap ujian tersebut walau sehari cuma. Bahkan, dia juga tidak mampu sabar dalam berkhidmat kepada manusia.


Begitulah terus, mereka mengambil pengajaran daripada setiap haiwan. Bahkan, ada sebahagian fuqoro' (orang-orang sufi) yang dibuka kepadanya dengan kasyaf, melihat hatta benda-benda yang tidak bergerak seperti batu, hidup dan mengambil iktibar daripada benda-benda tersebut.


Kemudian ketahuilah olehmu wahai saudaraku, sesungguhnya hukum madad (bantuan) itu seumpama hukum air. Air tidak akan mengalir melainkan ke tempat yang rendah sahaja. Adapun tempat yang tinggi, maka air tidak akan mengalir menujunya (tempat tinggi tersebut) secara semulajadi. Adapun tempat yang sama rata, maka air tidak bergerak dan terus bertakung.


Oleh yang demikian, sesiapa yang melihat dirinya lebih tinggi kedudukannya berbanding manusia yang lain, ataupun sama taraf dengan mereka, maka akan tertegah daripada mendapatkan bantuan kepadanya walaupun ada upaya yang boleh untuk bantuan sampai kepadanya, seperti hukum air naik ke tempat yang lebih tinggi, ataupun tempat yang sama rata, tetapi amat sukar untuk merealisasikannya.


Adapun tanda-tanda terealisasinya sifat rendah diri ini ialah, dengan sanggup meghadapi kesulitan dan kesusahan daripada manusia lain. Hal ini kerana, seluruh manusia baginya, bagaikan tuan-tuan kepadanya, sedangkan dia seperti hamba di sisi seluruh manusia tersebut. Kalaulah dirinya menganggap manusia seluruhnya seumpama tuan-tuan baginya, maka, pasti dia sanggup untuk menghadapi penghinaan mereka, cacian mereka, pukulan mereka dan sebagainya Kalaulah seseorang tidak melihat dirinya lebih rendah daripada orang lain, maka dia tidak mampu untuk menghadapi ancaman dan perbuatan buruk manusia lain.

Antara tandanya lagi adalah, dia tidak akan mengecewakan sesiapa sahaja yang meminta kepadanya, dengan memberikan apa sahaja yang mampu diberinya kepada sesiapa sahaja yang meminta daripadanya."


(rujuk buku Al-Bahrul Maurud fil Mawasiq wal 'Uhud).

Sumber mukhlis 101

04 October 2009

Ayat-Ayat Allah Dalam Gempa Di Sumatera


Gempa besar berkekuatan 7,6 Skala Richter melantakkan kota Padang dan sekitarnya pukul 17.16 pada tanggal 30 September lalu. Gempa susulan terjadi pada pukul 17.58. Keesokan harinya, 1 Oktober kemarin, gempa berkekuatan 7 Skala Richter kembali menggoyang Jambi dan sekitarnya tepat pukul 08.52.


Adalah ketetapan Allah Swt jika bencana ini bertepatan dengan beberapa momentum besar bangsa Indonesia, dulu dan sekarang:


Pertama, tanggal 1 Oktober merupakan hari pelantikan anggota DPR dan DPD periode 2009-2014 yang menuai kontroversi. Acara seremonial yang sebenarnya bisa dilaksanakan dengan amat sederhana itu ternyata memboroskan wang rakyat lebih dari 70 miliar rupiah. Hal ini dilakukan di tengah berbagai musibah yang mengguncang bangsa ini. Dan kenyataan ini membuktikan jika para pejabat itu tidak memiliki empati sama sekali terhadap nasib rakyat yang kian hari kian susah.


Bukan mustahil, banyak kaum mustadh’afin yang berdoa kepada Allah Swt agar menunjukkan kebesaran-Nya kepada para pejabat negara ini agar mau bersikap amanah dan tidak bertindak bagaikan segerombolan perampok terhadap uang umat.


Satu lagi, siapa pun yang berkunjung ke Gedung DPR di saat hari pelantikan tersebut akan mencium aroma kematian di mana-mana. Entah mengapa, pihak panitia begitu royal menyebar rangkaian bunga Melati di setiap sudut gedung tersebut. Bunga Melati memang bunga yang biasanya mengiringi acara-acara sakral di negeri ini, seperti pesta perkawinan dan sebagainya. Namun agaknya mereka lupa jika bunga Melati juga biasa dipakai dalam acara-acara berkabung atau kematian.


Kedua, 44 tahun lalu, tanggal 30 September dan 1 Oktober 1965 merupakan tonggak bersejarah bagi perjalanan bangsa dan negara ini. Pada tanggal itulah awal dari kejatuhan Soekarno dan berkuasanya Jenderal Suharto. Pergantian kekuasaan yang di Barat dikenal dengan sebutan Coup de’ Etat Jenderal Suharto ini, telah membunuh Indonesia yang mandiri dan revolusioner di zaman Soekarno, anti kepada neo kolonialisme dan neo imperialisme (Nekolim), menjadi Indonesia yang terjajah kembali. Suharto telah membawa kembali bangsa ini ke mulut para pelayan Dajjal, agen-agen Yahudi Internasional, yang berkumpul di Washington.


Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt


Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:


17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16):Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.


Gaya hidup bermewah-mewah seolah disimbolisasikan dengan acara pelantikan anggota DPR yang memang WAH. Kedurhakaan bisa jadi disimbolkan oleh tidak ditunaikannya amanah umat selama ini oleh para penguasa, namun juga tidak tertutup kemungkinan kedurhakaan kita sendiri yang masih banyak yang lalai dengan ayat-ayat Allah atau malah menjadikan agama Allah sekadar sebagai komoditas untuk meraih kehidupan duniawi dengan segala kelezatannya (yang sebenarnya menipu).


Dan yang terakhir, terkait dengan “Fir’aun dan para pengikutnya”, percaya atau tidak, para pemimpin dunia sekarang ini yang tergabung dalam kelompok Globalis (mencita-citakan The New World Order) seperti Dinasti Bush, Dinasti Rotschild, Dinasti Rockefeller, Dinasti Windsor, dan para tokoh Luciferian lainnya yang tergabung dalam Bilderberg Group, Bohemian Groove, Freemasonry, Trilateral Commission (ada lima tokoh Indonesia sebagai anggotanya), sesungguhnya masih memiliki ikatan darah dengan Firaun Mesir (!).


David Icke yang dengan tekun selama bertahun-tahun menelisik garis darah Firaun ke masa sekarang, dalam bukunya “The Biggest Secret”, menemukan bukti jika darah Firaun memang menaliri tokoh-tokoh Luciferian sekarang ini seperti yang telah disebutkan di atas. Bagi yang ingin menelusuri gais darah Fir’aun tersebut hingga ke Dinasti Bush, silakan cari di http://www.davidicke.com/ (Piso-Bush Genealogy), dan ada pula di New England Historical Genealogy Society.


Nah, bukan rahasia lagi jika sekarang Indonesia berada di bawah cengkeraman kaum NeoLib. Kelompok ini satu kubu dengan IMF, World Bank, Trilateral Commission, Round Table, dan kelompok-kelompok elit dunia lainnya yang bekerja menciptakan The New World Order. Padahal jelas-jelas, kubu The New World Order memiliki garis darah dengan Firaun. Kelompok Globalis-Luciferian inilah yang mungkin dimaksudkan Allah Swt dalam QS. Al Anfaal ayat 52 di atas. Dan bagi pendukung pasangan ini, mungkin bisa disebut sebagai “…pengikut-pengikutnya.”


Dengan adanya berbagai “kebetulan” yang Allah Swt sampaikan dalam musibah gempa kemarin ini, Allah Swt jelas hendak mengingatkan kita semua. Apakah semua “kebetulan” itu sekadar sebuah “kebetulan” semata tanpa pesan yang berarti? Apakah pesan Allah Swt itu akan mengubah kita semua agar lebih taat pada perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya? Atau malah kita semua sama sekali tidak perduli, bahkan menertawakan semua pesan ini sebagaimana dahulu kaum kafir Quraiys menertawakan dakwah Rasulullah Saw? Semua berpulang kepada diri kita masing-masing. Wallahu’alam bishawab. (Ridyasmara)
http://eramuslim.com/berita/tahukah-anda/ayat-ayat-allah-swt-dalam-gempa-di-sumatera.htm



Kiamat sudah dekat

03 October 2009

Petanda Kasih Di Bulan Syawal

“Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!” jerit Haji Ahmad dari kereta.

Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar.

Kilat berdentum di langit, tanda beratnya awan menanggung beban.

Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah semula.

“Hai, janganlah Bedah lupa pula ya. Lebat betul hujan tadi. Sampai nak dengar ceramah pun susah” kata Hajah Asma kepada suaminya. Haji Ahmad mengangguk setuju.

Setibanya mereka di rumah, perasaan lega timbul melihat kain di ampaian sudah diangkat. Memang boleh diharap Bedah anak mereka ini.

Masuk sahaja ke rumah, perasaan lega bertukar gembira. Bersyukur lagi terharu.

Bedah bukan sahaja sudah mengangkat kain dari ampaian, malah sudah siap bergosok, berlipat dan tersimpan di dalam almari!

Sayangkah Haji Ahmad dan Hajah Asma kepada anak seperti Bedah? Suruh angkat sahaja, nak biar atas sofa pun tak apa. Tetapi anak dara yang seorang ni buat lebih dari yang disuruh.

Tentulah sayang!

Yang sunat-sunat tu, tanda sayang!

Inilah jemputan saya kepada pembaca Saifulislam.Com sekalian agar kita sama-sama sempurnakan Puasa 6 Syawwal. Allah wajibkan yang Ramadhan sahaja. Tetapi tambah-tambahlah sedikit sebagai tanda suka dan sayang kepada-Nya dalam beribadah. Puasa 6 hari di bulan Syawwal ini adalah seumpama solat sunat Rawatib yang mengiringi solat Fardhu.

Sesungguhnya…

Puasa Ramadhan tempoh hari tanda taat dan patuh kepada-Nya.

Biarlah Puasa 6 Syawwal ini tanda sayang dan cinta kepada-Nya.


Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” [
Hadith Riwayat Muslim]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


Dengan Syawal berbaki lagi ini sama-sama kita merebut peluang yang ada tanda kesyukuran kepada sang Pencipta

Jalan Lurus



Dialog 1

Ammar:Kak,adik ado perasaan kat seorang gal ni.If adik minat kat seseorang,adik bagitaw terus.Adik dah bagitaw kat die dulu.Die pun same.Sekarang dah lame xkontek adik nak taw gak le perasaan die kat adik mase ni.Ada lagi ke x.So die xjawab dengan clear.Nak melupakan die pun susah.

Kak Nur:Bagi kak,perasaan ini ada pada setiap yang bergelar insan tapi ia bergantung bagaimana kita kawal.If adik tanya die tentang perasaan die kat adik sekarang,die jawab ya or tak pun,adik bukan boleh kawen pun dengan die.Kalau boleh,janganla target contohnya "dia akan jadi pasangan saya" sebabnya tanda macam kita xpercaya takdir Allah.Kita ni keno baiki diri dulu.Insyaallah Allah mengetahui yang terbaik untuk kita.Memang susah,xsalah ada perasaan tapi dik kawal lah sebijak mungkin eh.Adik kak kan kuat semangat.kan2?

Ammar:Entahla kak kuat ke x.Kadang-kadang tewas juge.Pastu adik xperlu kontek la dengan die pasni?

Kak Nur:Bagi kak,xpayah le.Nanti jadi teringat-ingat,bimbang,risau,rindu jadi bende len pulak.Tapi depends la ko adik..

Ammar:Kalu die kontek adik dulu?erm.Nak tanya kak ade gak ke perasaan kat sape-sape sekarang?

Kak Nur:Kalu adik kuat adik jangan reply.Lelaki kene start dulu tegas dalam soal ni.Kak?Kak ado cerita menarik nak share tapi panjang ceritanye nanti free-free kak cerite kak adik ek.Tapi jawapan soklan tadi,kak xde perasaan kat sape-sape sekarang.Dulu pernah la.Alhamdulillah,sekarang perasaan kat study dan family-family.hehe

Ammar:Ok kak terima kaseh.Nanti kita cuti kita diskus balik.Take care

Kak Nur:Sama-sama.Semoga adik tabah.Take care jugak


Dialog 2

Payih:Ana ado masaloh sikit ni.Ana rama(ramai) sain(kawan) perempuan.Dalam rama2 tu adola hok ana keney(jatuh hati).Ana taw(tahu) saloh tapi ana tewas jugok.Nok kembali ke pangkal jalan tu pun payoh.Kaloh ko nafsu sokmo(selalu).Pah gano ek?

Azmi:Rasanya bilamana seseorang itu bergelar remaja atau pemuda,masalah perempuan tok leh(xboleh) lari.Kalu geng-geng agama pun ado hok pening pasal hal ni apotah lagi kito hok xformal ngaji agamo.Yang bezo adalah sejauh mano kito kawal dan bendung nafsu tersebut.Payoh yih.tapi dalam payoh tu kito keno kawal jugok.Sebab tu ambo tengok jalan terbaik adalah kawen.Baru hati teney.

Payih:Kawe nok kawen jugok tapi dio xsedio lagi tambah-tambah parents kawe pun xbagi lagi.Pah demo gano?Demo xdok(xde) sain perempuan ko?Demo atasi gano?.Kawe sero bersaloh jugok.Taw doh xmampu,gi cari doh mulo.Demo jangan jadi po kawe la.Kawe xse tengok sain kawe punoh sebab perempuan po kawe

Azmi:Ado mulo kat sekoloh menengah mugo sekoloh kawe capur.Ado jugokla sain perempuan ni.Tapi yo macam kito jalo(alatan menangkap ikan di laut) la.Kalu raso n sedar benda saloh kito kara(tarik) balik jalo tu.Kawe pun pernah terlanjur.Biasonyo kawe tegor dan hino diri sediri dulu,baru kito sedar.Jangan tunggu nanti dihino di padang mahsyar.Seney je,kalu raso terlanjur,kara balik jalo tu.Banyak orang sedar dah terlanjur tapi tak kara balik.ni yang jadi makin peningnyo.

Payih:Semoga kawe tergolong jugok dale ore yang kara balik tu.Terimo kaseh mi

Azmi:Xdop hal Yih.Kawe pun nasihat diri kawe jugok

Dialog 3

Mad:Umi,mad ado keney ko seseore sini.

Umi:Ngaji la dulu.Nanti kijo umi bagi kawen.Hok jauh nuh gano kiro?Xse tunggu ko?Tunggula dio.

Mad:Entahla umi dio cari ore lain doh kot mugo sapola mad ni ngaji sini jah.mad tunggula setakat boleh.Insyaallah mad ngaji dulu.Sajo luah perasaan ko umi mugo xdop gewe kan lagi nok luoh-luoh.Umi sore jah gewe mad nyo.Huhu

Umi:Yola tu.Mad xsoh caro nok cari lagi.Nanti abis ngaji dapat kijo sumo umi g piney sapo-sapo mad nok.Ngaji sungguhla deh.Nok kawen pun keno prepare dulu."Ajarlah anakmu 20 tahun sebelum dio dilahirkan".Umi xingat hadis ko gapo.

Mad:Ni sayang ko umi.Terimo kasih la mengingatkan balik....

END

Dialog di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.Ingin mengingatkan diri sendiri juga.Kadang-kadang saya cakap tak serupa bikin.Apa yang saya belajar tidak diamalkan.
Ya Allah bantulah kami menjauhi fitnah dunia ini

Andai hari ini tuhan pertemukan pilihan hati tak bermakna ana perlu mengikat hubungan hari ini.Cukuplah sekadar satu kepastian diberi,untuk ikatan yang akan datang.Ana ximpikan nisa' yang ulung,sekadar nisa' seperjuangan.Sejuk mata memandang,penyeri hati yang gundah.Doa ana moga tak terleka dengan perasaan kurniaan yang Maha Esa.Moga Allah memberi kesempatan dan memperkenankan impian hati kecil ini-Adli Adlan

Al-Fatihah buat mangsa gempa bumi di Indonesia.Semoga kita dijauhi oleh Allah bala tersebut.Tinggalkan dosa-dosa kita sebelum ini takut-takut Allah mendatangkan bala dan kita tidak sempat memohon taubat daripadaNya.

Ni lirik lagu jalan lurus Gita Gutawa,Best lirik die

jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita

diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua
jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh

yang keenam shalat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua