Pada 1Julai tidak lama dahulu lahirlah seorang bayi perempuan di sebuah kampung di tepi sungai Kelantan.Kampung yang terkenal dengan masjid Kg. Laut.Kelahirannya tanpa laungan azan sang ayah yang telah meninggal dunia semasa dia dalam kandungan.Dia membesar bersama ibunya yang tercinta selama beberapa tahun sebelum ibunya berkahwin lain.Dia terpaksa berpindah dari Kg Laut ke Slow Machang yang terletak di Pasir Mas atau lebih terkenal dengan Pengkalan Pasir kerana satu pilihan raya kecil tidak lama dulu di Dun tersebut..Bapa barunya begitu baik sekali terhadapnya.Dia bersekolah di situ sehingga ke tingkatan 3.Namun semasa dia di tingkatan empat dia bertukar sekolah ke SMK Kampung Laut dan terpaksa berpisah dengan ibunya dan ayah barunya disebabkan pengangkutan pada zaman itu.Dia belajar di situ selama 2 tahun sebelum menyambung pelajarannya di SMK Puteri Kota Bharu.Dia berulang-alik dari rumahnya di Kg. Laut menaiki motobot untuk ke sekolah.Tamat STPM dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan di Melaka.Selama beberapa tahun di sana dia mendapat sijil dan menjadi seorang guru di Sk Pulau Gajah di Pengkalan Chepa.Di bawah Dun Chempaka kelolaan Tok Guru Nik Aziz.Ketika umurnya 23 dia mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka yang pemalu berusia 29 tahun.Sebelum dikurniakan anak sulung bapa barunya telah pergi mengadap ilahi.Selama 22tahun mendirikan rumah tangga setakat ini dia dikurniakan dengan 8orang anak lelaki dan 4orang anak perempuan.Namun anak lelaki yang bongsu telah jua pergi terlebih dahulu.Ibunya juga kembali ke rahmatullah semasa dia baru melahirkan anak ke-8 beliau.Kini dia menjadi pendidik di SK Kota Jembal atau lebih terkenal dengan Kedai Lalat.
Dia yang dimaksudkan adalah umi saya yang tersayang.Walaupun semalam saya telah menelefon beliau namun ingin saya mengucapkan sekali lagi Selamat Menyambut Ulang Tahun yang Ke-45 dari anakandamu di kejauhan.Nantikan kepulangan anak2mu di akhir bulan 7.Insyallah abang Dinie kat mesir pun akan pulang umi.Kami rindu sama umi dan abah di Kelantan..Terima Kasih membesarkan kami semua anak2 selama ini dan melayan karenah2 kami semua.
2 comments:
jiwang molek tu...
jd ank yg baek sokmo ya..!
Post a Comment