29 December 2010

Persinggahan


Semakin lama kita hidup di dunia ini, semakin banyak ujian dan cabaran dunia yang kita lalui, manis, pahit malah kadang-kadang ia mengundang 1001 perasaan apabila kita berhadapan dengan ujian ini. Umpamanya sebuah pelayaran di tengah lautan, air laut yang tenang tiba-tiba di landa ombak besar dan angin ribut. Penumpang-penumpang berusaha mahu menyelamatkan diri masing-masing, ada antara mereka yang jatuh, malah ada yang teggelam di lautan dalam. Ada pula penumpang yang berjaya berenang ke tepian pantai dan sekali lagi ia berusaha berlayar untuk sampai ke destinasi sebenar. Walaupun mereka tidak tahu apa yang bakal dilalui dalam pelayaran seterusnya samada berjaya atau tidak, mereka tetap teruskan dengan bekalan amal ibadat yang dibawa serta satu niat mahu bertemu Yang Maha Pencipta yakni Allah S. W. T.
Kita sekadar musafir yang singgah di dunia ini buat mencari bekalan untuk di bawa ke destinasi sebenar. Renung-renungkan bersama



Album : Nur Irsyad
Munsyid : Nur Irsyad
http://liriknasyid.com

Dunia bagai pulau kecil di tengah lautan
Tempat persinggahan semua insan
Dalam pelayaran arahan Tuhan

Tibalah kita di dunia untuk persinggahan
Hanya seketika beroleh bekalan
Hingga tiba masa sambung perjalanan

Kita insan dalam pelayaran
Merempuh lautan menuju ke kebahagiaan
Jangan lupa nakhoda berpesan
Leka kita jangan
Masih jauh perjalanan ke Syurga

Setelah tamat tempoh masanya persinggahan
Semboyan berbunyi melaung seruan
Teruskan perjalanan membawa bekalan

Sedarlah betapa dunia hanya sementara
Usah terlepaskan keredhaan Nya
Akhir nanti sesalan tiada gunanya


Dunia adalah tempat di mana setiap insan akan melalui tetapi ia hanya bersifat sementara.
Dari itu , dengarlah kita akan pesanan Rasulullah s.a.w pada kita dan janganlah kita lalai dengan perihal dunia.
Inilah masa nya untuk kita manfaatkan peluang yang ada dengan melakukan amalan kerana kelak akhirat jua yang akan kekal selamanya.

27 December 2010

Aku Sangat Rindu Untuk Bertemu Mereka


Pernah suatu ketika,sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat.Tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w..Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w..Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar..baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya..Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w..

"Bukankah kami ini ikhwanmu?..

Rasulullah s.a.w menjawab..

"Tidak,kamu semua adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"


Sama-sama kita perbanyakkan selawat

Sampai masa nanti kita memerlukan syafaat baginda

Oleh itu berselawatlah sebanyaknya.Semoga baginda mengingati kita tatkala kita meminta syafaat baginda di akhirat sana

Jangan menyesal di kemudian nanti tatkala kita memanggil baginda sebaliknya baginda tidak mengendahkan kita kerana kita di dunia tidak pernah berselawat ke atas baginda

bab kata pepatah

sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

24 December 2010

Amalan-Amalan Mulia


Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. (Sayidina Umar bin Khattab)


Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa). Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. (Sayidina Uthman bin Affan)


Selalu ketawa menggelapkan hati

Selalu berzikir akan membersihkan hati

Mana satukah pilihan hati?

Ayuh banyakkan berzikir mengingati Allah di awal pagi,siang hari dan malam yang sunyi

Selamat beramal~




20 December 2010

Ukhwah


"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

Bersahabatlah kerana Allah

Janganlah kerana

hartanya
ilmunya
kecantikannya
pengaruhnya

kelak kamu yang akan merana

Semoga saya menjadi seorang sahabat yang baik juga seperti kamu semua




17 December 2010

Adakah Kita Telah Dijamin Syurga?


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda;

“Wahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim)

Kata Hukama'

Dosa besar orang lain sedikitpun tidak memudaratkan diri kita tapi dosa kecil kita boleh memudaratkan diri kita


Sedangkan Rasulullah bertaubat lebih kurang 70 kali lebih sehari dan kita 70 hari belum tentu bertaubat sekali.

Sedarlah

dosa mata melihat banyak mana dah?

dosa telinga mendengar?

dosa mulut berkata-kata?

dosa tangan menjamah?

dosa kaki melangkah?


tiba-tiba kita tidak mahu bertaubat kepada Allah..Adakah kita telah mempunyai tiket untuk ke syurga sepertimana 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga atau ahli badar?


Saidina usman tatkala melalui perkarangan sebuah perkuburan beliau menangis sehingga basah janggut sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.

Orang bertanya kenapa beliau menangis

Beliau menjawab""kubur adalah persinggahan pertama sebelum persinggahan di hari akhirat,jika berjaya seseorang daripadanya maka perkara selepasnya akan terlebih mudah.Dan jika gagal daripadanya maka selepas daripadanya terlebih sukar."


Sebagaimana yang diketahui bahawa Allah bersifat penyayang kepada hamba-hambaNya dan pemurah kepada semua makhluk sama ada yang beriman kepadaNya atau menyekutuiNya,kasih Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.Nokhtah kehidupan manusia akan berakhir sama ada menuju kebahagiaan ataupun kecelakaan.Saat-saat mati tidak mengenal manusia,muda atau tua. Apabila disebut 'mati' maka timbullah perasaan takut lebih-lebih lagi kepada mereka yang merasa dirinya jauh dari Allah.

Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah,hanya pada sisiNya sajalah mengetahui tentang hari kiamat dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui(dengan pasti)apa yang akan diusahakannya esok.Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan lagi meliputi pengetahuannya."(surah Luqman 34.

Kehidupan didunia hanyalah sekali,begitu jua kematian.Mati tidak mengenal usia dan darjat.Tidak diketahui oleh manusia sehingga Nabi sendiripun tidak mengetahuinya.Sebelum kita dihitungkan di akhirat ,marilah kita yang menghitung diri kita terlebih dahulu.

Renungilah Firman Allah yang bermaksud;"Dan ditiupkan sangkakala,maka mereka keluar dengan segera berlari dari kuburnya menuju kepada Tuhan mereka,mereka berkata,"Aduhai celakalah kami!Siapa yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami(kubur)?"Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasulNya.Tidak ada teriakan itumelainkan sekali teriakan sahaja,maka tiba-tiba mereka dikumpulkan kepada Kami,maka hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pundan kamu tidak dibalasi kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka."Surah Yasin,ayat 51-55.


Luqmanul Hakim pernah berpesan kepada puteranya: “Wahai anakku, bersegeralah kamu bertaubat, kerana maut itu datang secara tiba-tiba, dan apabila malaikat maut datang, dia tidak memberitahumu terlebih dulu.”


16 December 2010

Berdamai


"Sesungguhnya pintu-pintu surga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Semua dosa hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu akan diampuni, kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya terdapat kebencian dan perpecahan." Lalu dikatakan: 'Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah kedua orang ini hingga mereka berdamai! '(HR. MUSLIM)

Jika ada kesalahan pada diri ini sedia maafkanlah

Jika ada hasad pada hati buangkanlah jauh-jauh

Kerana mati semakin menghampiri

Takut-takut nanti merana diri


Berkasih sayanglah sesama insan


13 December 2010

7 Sunnah Yang Perlu Diamalkan


1=Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.

3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)

2=Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

3=Jangan Tinggalkan Masjid


Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


4=Jaga Solat Dhuha


Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

5=Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)

6=Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :


"Orang yang selalu berwudhuk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7=Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)


*************************************************


Sempena semester yang bermula ini saya berharap dapat mempertingkatkan sahsiah diri dengan mengamalkan sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh nabi ini.YA ALLAH PERMUDAHKAN KAMI BERAMAL DENGAN AMALAN JUNJUNGAN BESAR KAMI INI


jangan lupa yaaa

1-tahjud
2-baca quran
3-solat berjemaah
4-solat dhuha
5-sedekah
6-selalu ada wudhuk
7-istighfar

Semester baru,azam pun baru.Ikhlaskan diri menuntut ilmu

12 December 2010

Lalai


Lalai itu menegahkan daripada kebajikan dan fikir itu kehendak kepada kebajikan.Ketahuilah sesungguhnya lalai itu kufur bagi orang yang salik(menuju allah) dan sesat bagi orang yang takut akan allah.Dan orang yang berakal itu tiada hampir ia kepada yang lalai.Bagaimana kita sekarang?

sabda nabi

"tiada sembahyang itu melainkan dengan hadir hati"


sahabat yang dikasihi kerana allah.

berapa banyak manusia yang bersembahyang tetapi sembahyangnya hanyalah sia-sia kerana sembahyang itu tiada harus melainkan tetap hati kita kepada Allah.

Bagaimana cara untuk menetapkan hati kepada Allah?

Untuk menetapkan hati kepada sesuatu itu kita perlu mengenalinya terlebih dahulu.Setelah mengenali Allah akan timbullah rasa takut dalam diri kan?

Rasa takut ini tidak akan timbul melainkan dengan kita berfikir yang setiap perkara yang dilakukan di muka bumi Allah akan dibalas di akhirat kelak.

Mengikut ahli sufi berfikir itu akan kita perolehi melalui proses mujahadah yakni sedikit makan,berkata-kata,tidur dan qanaah(berpada-pada).Bersediakah kita?

mengurangkan makan

tinggalkan percakapan yang sia-sia

berlebihan tidur

Berhentilah dari terus lalai kerana lalai itu rumah syaitan.Sesiapa yang mendiaminya tiadalah dia boleh berjalan menuju Allah dan tiada ubat melainkan mati



10 December 2010

Menjadi Hamba Allah Yang Baik


tersentuh fikiran ini bagaimana mulianya hati nabi yang kita sayangi???

tetap menguntum senyuman bila di benci..

tetap bersifat tenang bila di musuhi..

tetap sedia membantu walau disakiti..

tetap tidak berputus asa menyeru walau diusir pergi..

kenapa kita ???

mudah bersikap membenci bila dikasari..

mudah berputus asa bila yang di lakukan tak menjadi..

mudah berasa kecewa bila orang lain tak memahami..

mudah terguris bila dilukai..

ayuh sama-sama kita mentarbiah diri ini,agar sifat yang indah menghiasi diri..kerana role model kita dalah nabi..itulah sifat hamba Allah yang hakiki


Sama-sama menuju ke hadrat Ilahi

07 December 2010

Kerana Hidup Tak Semudah Itu


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...

Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insan.

Moga hidupmu tidak sia-sia.

Moga matimu tenang di sana

Moga mendapat syurga


Salam MAAl HIJRAH.

Marilah kita berhijrah daripada kefasikan kepada keimanan yang hakiki

06 December 2010

Gadis Idamanku

Wanita solehah, yang merupakan wanita pilihan yang tidak terdedah kepada lelaki yang bukan mahram, diumpamakan seperti bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah. Wanita sebegini akan menjadi penghuni syurga, sebagaimana kisah ibunya Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Syeikh Abdul Qadir Jailani hasil dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dgn Fatimah. Abu Saleh adalah seorang pemuda yg sgt cinta kpd Allah. Kewarakannya boleh dilihat dari sejarah hidupnya.

MENGAMBIL YANG BUKAN HAK MILIK SENDIRI


apple

Atas rasa takut kepada Allah, Abu Salleh menyusuri hulu sungai tersebut semata-mata untuk mencari tuan punya epal itu bagi meminta maaf (halal). Setelah berhari-hari berjalan tanpa sebarang bekalan makanan, akhirnya Abu Saleh menjumpai sebatang pokok epal dan yakinlah dia bahawa epal yang dimakan tempoh hari adalah dari pokok itu. Tanpa membuang masa, Abu Saleh terus pergi berjumpa dengan tuan punya pokok epal itu, iaitu Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin R.A.

Abdullah Saumi mengenali kewarakan Abu Saleh yang begitu luhur dan berkeyakinan beliau dari keturunan yang baik. Melihat perangai dan akhlak Abu Saleh yang begitu luhur dan mulia, Abdullah Saumi telah jatuh hati dan tidak sanggup berpisah dengan pemuda itu. Lalu Abdullah Saumi membuat helah akan memaafkan kesalahan Abu Saleh tetapi dengan bersyarat. Syaratnya, Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12 tahun untuk menguruskan kebun epalnya. Abu Saleh telah menerima hukuman itu dan bekerjalah ia dengan taat selama tempoh tersebut

MENGAHWINI GADIS BUTA, PEKAK, DAN LUMPUH


Setelah 12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat lagi bahawa beliau rela memaafkan kesalahan Abu Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup mengahwini anak perempuannya yang buta matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua-dua tangannya serta kakinya. Kemudian mereka mesti tinggal di situ bagi tempoh 2 tahun lagi bagi membolehkan beliau melihat cucunya. Syarat tersebut sungguh berat, tetapi demi mencari keredhaan Allah, diturutinya juga.

Photobucket

Setelah diakad nikah maka masuklah Abu Saleh ke dalam bilik anak perempuan Abdullah Saumi yang sudah sah menjadi isterinya. Alangkah terkejutnya Abu Saleh apabila mendapati wanita di hadapannya mempunyai rupa paras yang sangat jelita dan tidak cacat. Lantaran itu, tidak mahu didekatinya wanita tersebut kerana disangka bukan isterinya.

Abu Saleh segera menemui Abdullah Saumi. Akhirnya orang tua itu menerangkan hakikat kata-katanya kepada Abu Saleh.

"Aku katakan anak perempuanku itu buta matanya kerana dia tidak pernah memandang lelaki yang bukan muhrimnya, pekak telinganya kerana tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh kedua-dua tangannya kerana tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan, dan lumpuh kedua-dua kakinya kerana tidak pernah melangkah ke tempat-tempat mungkar."

Selepas itu barulah Abu Saleh mahu menyentuh isterinya. Dan hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu, maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya, iaitulah Syeikh Abdul Qadir Jailani.

MUTIARA INDAH


Demikianlah mutiara indah para wanita solehah, yang betul-betul mencontohi bidadari-bidadari di syurga. Mereka seolah-olah wanita pingitan yang tidak mendedahkan diri dan auratnya di hadapan lelaki bukan mahram. Tidak memandang kepada lelaki dan tidak dipandang oleh lelaki. Memelihara kesucian dirinya daripada terdedah kepada yang bukan mahram

05 December 2010

Petua Dari Para Nabi


1-Apabila kamu sedang solat jagalah hatimu dan fikiranmu

2-Apabila kamu berada di rumah orang lain jagalah matamu

3-Apabila kamu berada dalam majlis jagalah mulut dan lidahmu

4-Apabila kamu menghadiri jamuan makan maka jagalah perangaimu

5-Ingat selalu pada Allah

6-Ingat akan mati

7-Lupakan semua budi baik kamu pada orang lain

8-Lupakan semua kesalahan-kesalahan orang lain terhadap kamu


miss ur smile=)


Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit

04 December 2010

Renungan


Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain


Kuatkan iman dengan selalu memperbaharuinya

Gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah untuk kebaikan bersama

Malulah pada Allah jika ingin berbuat maksiat

Pertingkatkan amal soleh selagi masih di beri kesempatan


p/s terima kasih kak munee di atas nasihat yang diberikan baru-baru ini.Terasa molek dalam diri.Jaga diri sano tu.Jangan seksi-seksi...=)

02 December 2010

Looking from the Bright Sight


Ustaz, Terus terang , saya merasa kehidupan dunia ini hampa, tidak ada yang istimewa dan layak disyukuri. ” Seorang lelaki mencurahkan rasanya hati pd seorang ustaz.

” Saya tidak puas atas apa yang saya miliki, isteri, pekerjaan, kehidupan dan kemampuan yang saya miliki sepertinya tidak sesuai dgn harapan. Saya selalu merasa menjadi orang yang kekurangan di dunia ini. “

” Semakin kuat saya berusaha untuk merubah keadaan, yang saya terima adalah semakin banyak kekecewaan. ” Katanya menunduk


“Ya…aku mengerti apa yang kau alami, itu manusiawi.. ” Kata Ustaz tersenyum. ” sekarang aku akan ambil satu kertas putih kosong dan aku tunjukkan padamu … nah, apa yang kamu lihat ? “

“Aku tidak melihat apa-apa… semuanya putih,” jawab lelaki itu.

Sambil mengambil pen hitam dan membuat satu titik ditengah kertasnya
“Nah.. sekarang apa yg kamu lihat?

“Saya melihat satu titik hitam, tadz “

“Pastikan lagi !”

“titik hitam ! “, Jawabnya yakin.

“Sekarang aku tahu penyebab masalahmu. Kenapa engkau hanya melihat satu titik hitam saja dari kertas tadi? cubalah ubah sudut pandangmu,

Menurut ustaz yang ustaz lihat bukan titik hitam tapi tetap sebuah kertas putih meskipun ada satu noda didalamnya, ustaz melihat lebih banyak warna putih dari kertas tersebut sedangkan kenapa engkau hanya melihat hitamnya saja dan itu pun hanya setitik ?”.

“Sekarang mengertikah kamu ? Dalam hidup, bahagia atau tidaknya hidupmu tergantung dari sudut pandangmu memandang hidup itu sendiri,
jika engkau selalu melihat titik hitam tadi yang bisa diertikan sbg kekecewaan, kekurangan dan keburukan dalam hidup maka hitamlah kseluruhannya.

“Disekelilingmu penuh dengan warna putih, yang artinya begitu banyak anugerah yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,


begitu banyak kebaikan dari istrimu daripada kekurangannya yg sedikit yg kau nampak,

begitu banyak kebaikan dari pekerjaanmu ttp yg kau nampak ialah kesusahan, padahal byk org diluar sana byk yg menderita karena mencari pekerjaan.

Begitu banyak orang yang lebih miskin bahkan lebih kekurangan daripada kamu, kamu masih memiliki rumah untuk berteduh, aset sebagai simpananmu di hari tua, tabungan , dan teman-teman yang baik yang selalu mendukungmu. Kenapa engkau selalu melihat sebuah titik hitam saja dalam hidupmu ?”

betapa mudahnya melihat keburukan orang lain, padahal begitu banyak hal baik yang telah diberikan orang lain kepada kita…

betapa mudahnya menyalahkan dan mengingkari- Nya atas kesusahan hidupmu, padahal begitu besar anugerah dan karunia yang telah diberikan oleh-Nya dalam hidup kita…

betapa mudahnya menyesali hidup kamu padahal banyak kebahagiaan telah diciptakan untuk kamu dan menanti kamu..

“Mengapa kamu hanya melihat satu titik hitam pada kertas ini?

PADAHAL SEBAHAGIAN KERTAS INI BERWARNA PUTIH ?, sekarang mengertikah engkau?”, ucap ustaz

“Ya saya mengerti. Betul, ini tetap kertas putih.. hanya saja ada titik kecil hitam ditengahnya”,

26 November 2010

Dunia oh Dunia


Dunia akan berakhir dan akhirat itu destinasi yang pasti.Bagaimanakah kita menggunakan dunia untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran akhirat?

Sesungguhnya dunia ini hanya sekadar persinggahan untuk satu perjalanan yang masih jauh dan penuh berliku bagi yang tiada bekalan.Dan amatlah bertuah bagi yang menyediakan bekalan yang mencukupi.

Sabda nabi

"Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar di bawah sepohon kayu yang rendang,selepas beristirehat seketika untuk menghilangkan penat,beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan."

berkata ulama'

"Bermula dunia itu terlebih sedikit daripada yang sedikit.Bagi orang yang asyik dengan dunia(yang sia-sia) jadi terlebih hina dari benda yang hina(anjing & babi)."


Itulah dunia di sisi para ulama'

Orang yang kaya.....akan meninggal dunia juga

Orang yang megah.....akan meninggal dunia juga

Orang miskin......akan meninggal dunia juga

Orang yang tawaduk.....akan meninggal dunia juga


Sementara masih di beri kesempatan ini.Gunalah se-optimumnya sisa-sisa hidup untuk mendekatkan diri kepada Allah,mengenaliNya,mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Dunia hanyalah tempat ujian.Jalanilah ujian itu dengan terbaik.4flat di sisi Allah!!!

weeeeeee~


Al fatihah buat datuk saudara saya yang meninggal pagi tadi.semoga roh beliau dicucuri rahmat.(Bagusnya mati pagi jumaat)

23 November 2010

Allah Saya Sangat Baik


Kita tidak akan sekali dapat menjangka

apakah yang Al-Hakim aturkan buat kita

bijaksanaNya melampaui ilmu yang ada

lantas acuan siapakah yang lebih baik daripada milikNya


Adakala kita tidak suka

adakala kita tersangat gembira

aturanNya bukan pilihan kita

di hujungnya ada redha

dan pada redha itu ada bahagia yang tiada tandingnya


siapakah yang mendidik diri berbaik sangka

kepada Allah yang memahami diri memlebihi kita

Disuruh usaha sudah berusaha

selesai sudah tanggungjawab hamba

maka mengapa tidak kita tunduk pada ketentuanNya?


Apa guna raungan bila gagal?

Apa guna riya’ bila berjaya?

Apa guna kecewa bila tidak mendapat yang dikehendaki kita?

Ini semua yang Allah susun untuk kita

Apakah kamu menyangka

kamu jurutera takdir yang lebih mengetahui segala?


Apa yang Allah susun untuk kita

sentiasa terbaik dan membawa bahagia

hatta dugaan dan tribulasi

semuanya untuk kebaikan kita hamba yang bernama manusia

siapakah yang mendalami

siapakah yang meneliti

sungguh manusia adalah hamba yang merugi


~Hilal Asyraf~

0638PM

011110

Dalam bilik, Irbid, Jordan

Bila Rindu

Puisi Apa yang Allah Susun Untuk Kita




http://ms.langitilahi.com/gambarapa-yang-allah-susun-untuk-kita/




Kita sering berdoa


“ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku….”


Tetapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik untuk diri kita adalah yang terburuk untuk kita menurut pandangan Allah.

“………….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…” (QS: 216)

Sebaliknya, berdoalah…”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku dari sisimu, yang Engkau rasakan terbaik untukku…”.

Terkadang juga manusia itu lupa, bahawa yang dilaluinya dan diterimanya itulah yang diminta daripada Allah. Kita terkadang sering lupa, yang datang itulah yang terbaik untuk kita. Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang amat berat datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran kita.

Suatu ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang kesabaran menghadapinya. Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang. Sedangkan kita lupa, bahawa ujian itulah yang kita minta daripada Allah, sesuatu yang ‘terbaik’ untuk kita. Ibrah yang ‘terbaik’ untuk kita…untuk menjadikan kita yang ‘terbaik’ di pandangan Allah.

Begitulah, setiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu, amat tinggi nilainya di mata Allah, tiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah, tinggal pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk mendapatkan yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya……

Janganlah kita menjadi hamba yang kufur akan nikmat-Nya, hanya kerana belum diberi apa yang diinginkan. Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya. Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita.



sumber

http://hatiperantau.wordpress.com/2009/06/05/allah-pasti-memberi-yang-terbaik/


Kadangkala, Allah berikan kepada kita, apa yang kita tidak layak untuknya.

Bukan untuk kita merasa terseksa dan terpaksa. Lemah dan rasa tidak berdaya.

Tetapi Allah mahu kita naik, pada tahap yang dikehendakiNya, sehingga layak untuk kita apa yang telah diberikanNya-hilal asyraf