07 December 2010

Kerana Hidup Tak Semudah Itu


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...

Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insan.

Moga hidupmu tidak sia-sia.

Moga matimu tenang di sana

Moga mendapat syurga


Salam MAAl HIJRAH.

Marilah kita berhijrah daripada kefasikan kepada keimanan yang hakiki

2 comments:

Budakmatakecikpakaicerminmate..=D said...

Salam Maal hijrah....semoga^.^

Liana said...

salam maal hijrah semoga kehadiran setahun lagi kita di dunia yg penuh mehnah ini membawa seribu rahmat dan ibadah padaNya. Amin