29 December 2010

Persinggahan


Semakin lama kita hidup di dunia ini, semakin banyak ujian dan cabaran dunia yang kita lalui, manis, pahit malah kadang-kadang ia mengundang 1001 perasaan apabila kita berhadapan dengan ujian ini. Umpamanya sebuah pelayaran di tengah lautan, air laut yang tenang tiba-tiba di landa ombak besar dan angin ribut. Penumpang-penumpang berusaha mahu menyelamatkan diri masing-masing, ada antara mereka yang jatuh, malah ada yang teggelam di lautan dalam. Ada pula penumpang yang berjaya berenang ke tepian pantai dan sekali lagi ia berusaha berlayar untuk sampai ke destinasi sebenar. Walaupun mereka tidak tahu apa yang bakal dilalui dalam pelayaran seterusnya samada berjaya atau tidak, mereka tetap teruskan dengan bekalan amal ibadat yang dibawa serta satu niat mahu bertemu Yang Maha Pencipta yakni Allah S. W. T.
Kita sekadar musafir yang singgah di dunia ini buat mencari bekalan untuk di bawa ke destinasi sebenar. Renung-renungkan bersama



Album : Nur Irsyad
Munsyid : Nur Irsyad
http://liriknasyid.com

Dunia bagai pulau kecil di tengah lautan
Tempat persinggahan semua insan
Dalam pelayaran arahan Tuhan

Tibalah kita di dunia untuk persinggahan
Hanya seketika beroleh bekalan
Hingga tiba masa sambung perjalanan

Kita insan dalam pelayaran
Merempuh lautan menuju ke kebahagiaan
Jangan lupa nakhoda berpesan
Leka kita jangan
Masih jauh perjalanan ke Syurga

Setelah tamat tempoh masanya persinggahan
Semboyan berbunyi melaung seruan
Teruskan perjalanan membawa bekalan

Sedarlah betapa dunia hanya sementara
Usah terlepaskan keredhaan Nya
Akhir nanti sesalan tiada gunanya


Dunia adalah tempat di mana setiap insan akan melalui tetapi ia hanya bersifat sementara.
Dari itu , dengarlah kita akan pesanan Rasulullah s.a.w pada kita dan janganlah kita lalai dengan perihal dunia.
Inilah masa nya untuk kita manfaatkan peluang yang ada dengan melakukan amalan kerana kelak akhirat jua yang akan kekal selamanya.

1 comment:

sinar_islami said...

Dunia yang kita diami untuk mengejar akhirat yang kita cari... :)