30 June 2010

Permata yang bernilai itu bukan untuk dipamerkan


“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawab dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”


Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”


Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.


“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

sumber (dalam caption gambar saya sayang islam via fb nurul isdiyantie)

p/s

pilihlah yang mana anda mahu dengan izin allah.mahu yang mahal atau yang murahan?

kerna permata yang bernilai itu tidak dipamerkan.Jika anda rasa anda cantik,janganlah menayangkan gambar-gambar anda kepada tontonan umum.Fitnah itu terlebih besar.Lebih-lebih lagi gambar yang tidak menutup aurat.Takut-takut setiap kali orang melihat gambar anda yang tidak menutup aurat akan menjadi asbab dosa anda bertambah dalam keadaan yang anda tidak sedar.

Banggakah kita melanggar hukum tuhan yang menyuruh hambanya menutup aurat sebaliknya anda mempamerkan aurat tanpa rasa segan silu?

Sesungguhnya azab allah itu pedih dan keras.Ada berani?

saya sayang akan sahabat dan saudara saya.Ya allah ampunilah dosa kami sebelum ini dan kuatkanlah kami menuju redhaMu

25 June 2010

Menuju ke penghujungnya


Dengan nama allah yang pemurah lagi maha penyayang

Sering ku panjatkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan Rahmat dan HidayahNya Yang Maha Esa

Dalam kecelaruan dunia ketika ini...Daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua dan menuntuni kita ke jalan diredhaiNya.

Ketahuilah realiti kita hari ini

Manusia tidak lagi Takut kepada Tuhannya...

Manusia tidak lagi dapat membezakan yang Hak dan yang Batil

Manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana Pahala dan yang mana Dosa

Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya walaupun kehidupan seharian kita kadang kala kita Lupa kepadaNya dan kadang kala kita Ingat kepadaNya.


Tapi yang pasti ...

Terlalu banyak masa kita habiskan Bukan untukNya


Ingatlah hidup hanyalah sekali.Tiada lagi peluang kedua.Janganlah kita menyesal bila mati nanti.Menyesal ketika itu tiada gunanya.

Oleh itu,sama-samalah kembali kepadaNya

Tuhan Yang Maha Pemurah

Tuhan Yang Maha Penyayang

"Tidak menjadi sesuatu yang ganjil bagi Tuhan untuk mengampunkan dosa-dosa kita jika Dia mahu walaupun seluas lautan tapi sebenarnya kita yang ganjil kerna tidak mahu meminta ampun kepadaNya"

Percayalah ....

kita tak akan rugi apa-apa jika memohon ampun akan dosa-dosa yang kita telah perbuat kepadaNya

Mati semakin menghampiri

Cukuplah mati menjadi pengajaran bagi kita



17 June 2010

Masih Tewas


Tatkala ahli sufi ditanya mana satu yang mereka pilih di antara solat 2 rakaat dan syurga firdaus.

ahli sufi tersebut menjawab:

"aku memilih solat 2 rakaat"

Sungguh saya terkejut mendengar jawapan ini kerana semua kita yang hidup ini semua mengidamkan syurga.Jika diberi pilihan sebegitu sudah tentu saya pun tanpa perlu berfikir akan memilih syurga.Rezki datang bergolek siapa yang tak nak kan?

Ahli sufi ditanya lagi mengapa beliau memberi jawapan yang sedemikian

Inilah jawapannya

"Sesungguhnya solat itu untuk tuhanku sedangkan syurga itu untuk aku"

Begitulah ikhlasnya golongan ahli sufi mengejar cinta allah dan mereka merasa asyik dengan kekasih mereka.Sedangkan kita?

Kita masih mengejar akan dunia yang fana ini.Sampai bila mahu menjadi hamba dunia?

Saya juga masih tewas dengan dunia...


14 June 2010

Pesanan Imam Al Ghazali


  • Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.
  • Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu sahaja.
  • Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.
  • Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sedar.
  • Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.
  • Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”

10 June 2010

Syafaat Rasulullah Harapannya


Dengan hati tulus penuh cinta, Rabi`ah mengabdikan diri kepada Rasulullah s.a.w. Seharian, dari pagi hingga petang, ia terus-menerus berada di tempat Nabi s.a.w. berada; memenuhi kecintaan beliau, melaksanakan apa saja yang dikehendaki oleh beliau dan keluarga. Bahkan setelah melaksanakan shalat ‘Isya sekalipun, ia tidak meninggalkan kediaman Nabi s.a.w. Kalau Nabi s.a.w. telah memasuki kamar istrinya, Rabi`ah tetap berjaga-jaga di situ, di depan pintu rumah Nabi s.a.w., khawatir kalau-kalau Nabi s.a.w. memerlukannya di malam hari.

Rabi`ah pernah menuturkan pengalamannya, “Sampai tengah malam, aku masih saja mendengar munajat (“bisikan mesra”) Nabi s.a.w. kepada Tuhan, Sang Pencipta dan Penganugerah: ‘Subhaanallaah wal-hamdu lillaah….. —Mahasuci Engkau ya Allah, Maha Terpuji Engkau ya Allah’. Munajat itu terus terdengar olehku hingga aku benar-benar lelah dan pulang ke rumah, atau tertidur di situ.”

Nabi s.a.w. memperhatikan ketulusan hati dan kesetiaan bakti sahabatnya ini. Beliau ingin menunjukkan kepadanya, betapa beliau menghargai itu semua. Beliau ingin membalas kebaikannya itu dengan sesuatu yang benar-benar membuat sahabatnya gembira.

“Wahai Rabi`ah, mintalah dariku sesuatu, aku akan memberikannya kepadamu,” kata Nabi s.a.w. di suatu hari.

“Kalau begitu, wahai Rasul Allah, berilah aku waktu untuk berpikir. Aku akan me-nyampaikan kepada Anda apa yang aku harapkan dari Anda dalam kesempatan yang lain.”

Nabi s.a.w. menyambut baik gagasan tersebut. Rabi`ah pun kembali ke rumahnya. Pikirannya terus berkelana dalam renungan, Apa yang patut kuminta dari Nabi s.a.w.? Aku harus hati-hati dalam menentukan pilihan. Kesempatan yang istimewa ini tak boleh sia-sia. Kekayaan duniawikah yang kuminta, sedangkan aku tahu kefanaan jua akhirnya? Dan Allah Sendiri telah menjamin rezki setiap makhluk. Rezkiku pasti datang dan ia akan mencukupiku. Aku akan meminta dari Nabi s.a.w. sesuatu yang berkenaan dengan kehidupan akhirat yang abadi. Sesuatu yang luar biasa, dengan memanfaatkan kedudukan Nabi yang mulia dan khusus di sisi Allah SWT.

“Apa sudah kamu fikirkan, Rabi`ah?” tanya Nabi s.a.w. setelah kembali bertemu dan berduaan dengan sahabatnya itu.

“Benar wahai Rasul Allah, sudah kufikirkan dan kurenungkan. Yang kuinginkan ialah, Anda sudi memberiku syafa`at, memohonkan untukku kepada Allah agar sudi membebaskan dan menyelamatkanku dari neraka, serta aku diizinkan untuk boleh bersama dengan Anda di surga kelak.”

Mendengar permintaan Rabi’ah ini, Nabi s.a.w. terpegun sesaat; kemudian dengan cepat beliau bertanya:“Siapa yang menyuruhmu untuk menyampaikan permintaan tersebut?”

“Demi Yang telah Mengutusmu dengan segala kebenaran, tak seorang pun yang memberiku saran begitu. Aku sendirilah yang berfikir dan merenung, setelah mendapat tawaran istimewa dari Anda, wahai Rasul Allah. Aku menyadari kedudukan Anda yang istimewa di sisi Allah Yang Maha Kuasa. Haruskah kuminta darimu dunia, sedangkan kefanaan jua akhirnya? Apalagi Allah telah menjamin rezki para makhluk-Nya. Rezkiku pasti datang, dan pasti mencukupiku pula. Maka aku berkesimpulan, bahwa akhiratlah yang harus ku dapatkan”

Rasulullah s.a.w. kembali terpegun. Kali ini cukup lama beliau berdiam diri tanpa sepatah kata pun, tapi kemudian beliau berkata: “Aku pasti memenuhi permintaanmu, wahai Rabi’ah. Hanya saja bantulah aku dalam membaiki kekurangan-kekurangan yang ada padamu dengan cara engkau memperbanyak ibadah.”

http://www.haddad-alwi.com/category/kisah/


kejarlah akhirat nescaya dunia dengan sendirinya datang


"dok ralit cedey ko dunio sehinggo lupo nok cedey ko akhirat"


ralit=leka

cedey=buat bekalan

08 June 2010

Tarbiyah

Babo zik

Jika benar aksiologi sebuah tarbiah itu adalah untuk menyucikan hati, maka bagaimanakah pandangan tarbiah terhadap aksi bantahan yang menggunakan kelasakan fizikal atau kelicikan berfikir? Bagaimana pula pandangan tarbiah terhadap manipulasi media yang dimainkan sebagai bahan propaganda yang mana; kesemua ini mengeraskan lagi keinginan hati untuk tunduk dan tadharru’ kepada pencipta.

Maka tarbiah ada jawapannya. Mengikut sejarah kehidupan para sahabat yang mulia, orang yang terbiasa dengan peperangan ada masa-masa tertentu untuk direhatkan. Tujuan rehat itu, selain rehatnya adalah untuk memulihkan kekuatan fizikal dan mengubat rasa rindu terhadap keluarga atau ketenangan, ia juga sebagai satu peluang untuk tentera Islam melenturkan kembali hati yang keras agar lembut dan mudah khusyu’ kepada Allah.



Maka mata yang terbiasa melihat darah yang terpancut di hadapan mata mestilah diubat dengan titisan air yang takutkan Allah. Badan yang dipenuhi debu pasir peperangan mestilah dihiasi dengan debu sendu dan sebak munajat yang bertali arus. Suara kuat yang dilaungkan untuk membangkitkan semangat, memberi arahan dan menakutkan musuh diganti dengan suara perlahan berdoa dan meminta harap kepada Allah.

Tarbiah ada jawapan kedua. Tarbiah tidak mengizinkan kesemua orang keluar berperang serentak. Maka di sana ada golongan yang direhatkan khas untuk menuntut ilmu sepuncak-puncaknya agar kelak mereka yang akan memberikan peringatan kepada golongan tentera Islam. Peringatan agar mereka tidak berbangga dengan kemenangan jika mereka menang. Peringatan agar mereka tidak lemah semangat jika mereka kalah. Peringatan agar mereka bersungguh memburu syahid. Juga di samping menambahkan ilmu dan thaqafah dalam dada agar bertambah utuh dan kukuh.

Tarbiah menyediakan jawapan ketiga. Sahabat handai, atau mungkin isteri harus memainkan peranan penting untuk sentiasa menghembuskan keimanan dalam diri pejuang. Mungkin seorang ahli gerakan Islam pulang daripada aksi demonstrasi yang sarat dengan amarah (seperti contoh himpunan mansuhkan ISA), maka sahabat yang tidak berkesempatan untuk pergi kerana ada masalah, atau isteri, atau sesiapa sahaja yang berkesempitan, atau mungkin ketua gerakan (meskipun ia pergi), mestilah sentiasa memperingatkan agar pejuang tidak leka untuk membersihkan hati mereka dari masa ke masa agar perjuangan mereka diredhai oleh Allah.

Inilah aksiologi dalam tarbiah. Segalanya kembali kepada satu hakikat yang terang-benderang, iaitu pembersihan hati dalam membentuk jiwa yang bersyukur kepada Allah yang Maha Kuasa.



al marhum syeikh muhammad bin syed alawi al maliki al husni via babo zik ado pesey "jangan isap rokok dan jangan kecek kosong kerana akan menjadi fitnah kepada jemaah kito.syeikh pun xterimo ado murid yang isap rokok mitok nok ngaji dengan dio mulo".ni salah suatu dari tarbiyah yang diterapkan oleh syeikh muhammad bin syed alawi kerana syeikh amat menitik beratkan perkara dalaman.Jika seseorang itu merokok apakah persepsi masyarakat terhadap orang yang membawa ugama.


"ustaz tu yang ngaji ugama pun isap rokok apatah lagi kito yang jahil nih"mungkin kata-kata masyarakat terhadap golongan agama yang merokok.


Pesan ustaz Yahya

"jangan golongan belajar ugama merogolkan agama.lagipun,ore ngaji ugama buat saloh, ore lain napok@mengato selalu kalu ore biaso-biaso buat saloh diore senyap jah tak bising pun kan?."

indahnya berdamping dengan ulama'

sayo berbuat maksiat sedangkan sayo tahu itu doso.awop lebih mulio dari sayo kerana awop buat maksiat sebab awok xtahu itu doso.ya allah ampunikanlah dosa-dosa kami yang telah lalu dan bantulah kami menempuh hari yang mendatang agar dalam taat kepadaMu

04 June 2010

Doa Rasulullah Yang Diharapkan


Harmalah ibn Zaid merempuh bulatan para sahabat yang sedang mengelilingi Rasulullah s.a.w. Ia datang tiba-tiba dengan segala beban kerisauan yang terlihat di wajahnya. Ia langsung menghampiri Rasulullah dan duduk betul-betul di hadapan beliau.

“Keimananku hanya bertumpu di sini wahai Rasul Allah.” Sambil berkata itu Harmalah mengarahkan telunjuknya ke lidahnya.“Sedangkan kemunafikan berakar di sini,” katanya kemudian, seraya menempelkan telapak tangannya ke dadanya. Ia lalu berkata lagi, “Hati ini, wahai Rasul Allah, tidak pernah mengingat Allah kecuali jarang-jarang. Bantulah aku hingga segera terbebas dari kerisauan yang terus membelengguku ini.”

Dengan lembut penuh empati Rasulullah s.a.w. menyemak dengan saksama keluhan dan pengaduan tamunya itu, namun beliau tetap tenang tanpa suara. Tak sepatah kata pun terucap dari mulut beliau yang mulia. Mungkin beliau ingin mendengarkan keluhan Harmalah ibn Zaid hingga tuntas, sebagai tanda orang itu benar-benar serius untuk bertaubat dari kemunafikan; dan ia benar-benar yakin bahwa beliaulah yang mampu memberinya rasa tentram. Ternyata Harmalah mengulangi sekali lagi keluhannya tersebut kepada Rasulullah s.a.w., dengan cara yang sama.

Kemudian Rasulullah s.a.w. —sambil memegang ujung lidah Harmalah— berkata dalam do’a:

“Duhai Tuhan Pemilik segala Sifat Maha Sempurna, anugerahkan dia lidah yang jujur, yang tiada berkata kecuali kebenaran; hati yang mampu menikmati kedermawanan-Mu dalam setiap kejadian, yang tiada berdetak kecuali dengan pujian kepada-Mu. Anugerahkanlah dia cinta kepadaku dan cinta kepada orang-orang yang mencintaiku. Dan jadikanlah semua persoalan hidupnya menuju kepada kebaikan.”

“Wahai Rasul Allah, aku memiliki teman-teman yang seluruhnya adalah munafik sepertiku. Aku selama ini diterima sebagai pemimpin mereka. Sudikah Anda jika kusebutkan tentang mereka satu per satu?” kata Harmalah kepada Rasulullah s.a.w.

“Tak perlu kamu melakukannya. Siapa saja di antara mereka yang datang kepadaku dengan penuh penyesalan, sebagaimana yang kamu lakukan ini, maka kami akan memintakan pengampunan dari Allah baginya,seperti yang sudah kami lakukan untuk kamu. Namun barangsiapa masih dalam kemunafikan, maka Allah jua yang paling berhak menyelesaikan persoalannya.”

Rasulullah s.a.w. merindukan kepulangan orang-orang yang berdosa tanpa perlu mencemarkan harga diri mereka.Jalan pulang itu gapailah dengan segera sementara masa masih ada kerana kelak kita akan berduka


http://www.haddad-alwi.com/category/kisah/

01 June 2010

Cinta Selepas Kahwin



"Umi nok nikoh bules?"tanya saya.


"xleh sebab tak abes ngaji lagi.nak bagi binin(isteri) makey gapo nati?makey pasir ko?"umi bertegas.

"ore gilo bules makey dan lembu-lembu kat padang pun bules hidup.rezki tangan tuhan kam?"saya jawab dalam hati jah la nih.ha2.So sabar jah la dulu faris.


Insyaallah panjang umur 7 tahun lagi la saya kahwin itupun kalu ado orang masuk meminang saya-p




Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


Dipetik daripada buku "PSIKOLOGI CINTA" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

"Ketika kita pinta cinta Allah,Allah akan membentangkan cinta makhlukNya kepada kita. Disaat itu,tegarkanlah hati,dan pilihlah cinta Allah,cinta pertama,cinta utama dan selamanya''


Cepat kahwin cepat boleh anak.Kepada yang dah berumur semoga cepat kahwin=).Yang masih belajar kuatkan hati.Anda sememangnya kuat untuk menghadapi dugaan itu


31 May 2010

Cinta Selepas Bertunang



Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Mengikut ceramah ustaz azhar ganun.Jika seorang lelaki itu meluahkan perasaan kepada seorang perempuan.Lelaki tersebut mengatakan yang dia ingin mengahwini perempuan itu nescaya sudah dikira bertunang lah mereka berdua andai kata perempuan itu menerima permohonan lelaki itu walaupun tanpa melalui ibu bapa seseorang perempuan.


Berdasarkan ceramah ni sudah ramai la kawan2 saya yang dah bertunang=).mabruk2.Tapi kalu secara baik sepatutnya menyuarakan hasrat kepada ibu bapa perempuan nih.Baru macho.hu2.Contoh

"mak cik/pak cik,saya keney(suko) ko anok mok cik/pak cik nih"ha2.

So...


"ado istilah gewe dop dalam islam"tanya hadi.


"aku raso xdop tapi doh orang gune istilah gewe tu.xpel .diorang lebih pandai dari ulama2 terdahulu"sindir omar.


Tapi ramai juga yang salah faham bila dah bertunang sudah dianggap halal.adesh.Masih tidak halal bagimu ya?.Ingat tu baik-baik.=).Nak halal@gatal sangat kene la kawin cepat-cepat ye bang?hu2.


rahsiakan pertunangan khabarkan pernikahan


Dipetik daripada buku "PSIKOLOGI CINTA" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

29 May 2010

Cinta Sebelum Kahwin


Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

~later

( cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan)

pesan senior mesir


"dosa hok sebelum ni pun tak mampu doh nk bowok bilo jupo tuhe.ni doso kalu gewe gak.berani lagi ko nok gewe?.kalu gewe tu comey.comey lagi ainul mardhiah"


Dipetik daripada buku "PSIKOLOGI CINTA" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

25 May 2010

La Tuzrimuhu

Seorang pendidik yang bijaksana akan memperhatikan segala hal yang berhubungan dengan anak didiknya dari segi intelektual, emosional, kesihatan fizik, dan persiapan mentalnya. Ia akan memilih cara yang paling tepat, aman dan bijaksana bagi setiap anak didik yang akan dicerahkan. Dasarnya adalah kelembutan.

Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w. dan sejumlah sahabat sedang berada di masjid beliau di Madinah, tiba-tiba muncul seorang Arab Badwi. Ia langsung menuju ke salah satu penjuru masjid. Apa yang ia lakukan di situ? Sungguh luar biasa: ia membuang air seninya. Pantas para sahabat dengan serentak membentak: “Hei, berhenti, berhenti….jangan kamu kencing di masjid.” Mereka pelik dan sangat berang.

Orang Arab Badwi itu juga pelik dan bingung, ia tidak membayangkan akan diperlakukan begitu. Rasulullah s.a.w. yang juga menyaksikan peristiwa itu, tentunya ikut terkejut. Namun beliau mampu menguasai emosi. Dengan cepat beliau berkata, menegur para sahabat: “L? tuzrim?hu. Jangan kalian ganggu dan potong kelancaran kencingnya.”

Kini para sahabat yang heran mendengar instruksi Rasulullah tersebut, namun mereka mematuhinya dengan tulus. Orang Badwi itu pun kembali melanjutkan kencingnya hingga benar-benar selesai. Kemudian Rasul s.a.w. memanggilnya, dan dengan segala kelembutan beliau berkata memberinya pelajaran: “Rumah-rumah Allah tidak tepat untuk dijadikan tempat buang air kecil dan segala sesuatu yang bersifat najis. Rumah-rumah Allah hanya difungsikan untuk ibadah dan berdzikir kepada Allah, shalat, dan membaca Al-Qur’an.”

Kemudian beliau menugaskan salah seorang dari sahabat untuk mengambil air dan membersihkan bahagian masjid yang ternajis oleh kencing orang Badwi itu dengan menggunakan air yang dibawanya.

Demikianlah akhlak Nabi yang mulia. Dengan kepala dingin dan berfikir jernih penuh kelembutan, beliau mengatasi persoalan yang tak menyenangkan dengan cara yang simpatik. Cuba bayangkan apa yang bakal terjadi seandainya beliau biarkan saja di antara sahabat ada yang bertindak keras kepada Arab Badwi yang bodoh dan tidak berbudaya tersebut? Boleh jadi terganggu dan takut yang diakibatkan oleh teriakan dan bahkan “pukulan” —bila dibiarkan oleh Rasulullah— akan berakibat buruk pada kesehatan orang itu karena harus menghentikan penyaluran air seni yang sedang meluncur lancar. Boleh jadi pula ketakutan akan membuat orang Badwi itu lari meninggalkan posisinya sehingga air seninya tercecer ke berbagai tempat. Jika itu yang terjadi, sudah pasti air secebuk tak akan cukup untuk membersihkan masjid dari najis-najis yang ditinggalkannya; dan tidak cukup pula untuk ditangani oleh hanya seorang sahabat.

Lebih penting dari itu semua ialah implikasi negatif yang ditimbulkan oleh cerita buruk tentang Islam yang bakal tertanam dalam hati si Badwi yang ketakutan itu; baginya Islam adalah kasar, tidak bersahabat, tidak suci dan lain-lain…..boleh jadi ia tidak akan pernah tertarik lagi dengan masjid, Islam dan Nabi-Nya. Siapakah yang berdosa, orang bodoh yang tidak tahu adat-istiadat atau orang mengerti yang kasar dan tidak empati? Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sungguh Islam ini mantap, mengagumkan, spektakuler…….. maka perkenalkanlah ia dengan penuh kelembutan.”


http://www.haddad-alwi.com/page/3/


p/s


Faham situasi dan tegurlah dengan berhikmah.Look into the future.Kelembutan itu penting bukan kita menjadi lembut.hehe

22 May 2010

Hanya Bertaraf Hamba


Saya terbaca satu hadis yang sangat baik untuk dikongsi bersama. Hadis itu menjadi pilihan Abu Bakar al-Jazairi untuk dimasukkan dalam kitab pengajian beliau. Saya lupa riwayat siapa. Jelasnya, ia merupakan pesan nabi saw kepada Muaz bin Jabal.

Kata nabi saw kepada sahabat besarnya itu, “Hai Muaz, demi Allah, aku sangat-sangat mengasihimu. Janganlah kamu meninggalkan solat kecuali kamu berdoa, Allahumma, bantulah hamba dalam mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu serta memperelokkan amal kepada-Mu.”

Ajaran doa nabi saw ini sangat bagus. Ia menggambarkan simbolika kelemahan dan kefakiran manusia sebagai hamba. Maka sebagai hamba yang lemah, kepada Allah taala jugalah tempat kita bergantung sepenuhnya. Bahkan yang menariknya ialah, Muaz diminta oleh nabi saw untuk mengadu kepada Allah taala agar Allah taala membantu beliau untuk sentiasa ingat kepada-Nya. Ini satu keindahan dalam berbahasa.




Seolah-olah saya berkata kepada ibu saya, “Ibu, tolonglah peringatkan saya agar saya bangun seawal pagi esok untuk membantu ibu mengemas rumah.” Atau seorang kawan berkata kepada kawannya, “Bantulah saya untuk sentiasa merinduimu dalam doa.”

Contoh yang diberikan saya masih kurang menarik sebenarnya kerana contoh tersebut hanya terkait antara hamba dengan hamba. Tetapi sekarang doa itu merujuk kepada satu pengkisahan, seorang hamba yang ingin berbakti kepada Tuhannya, maka ia meminta kepada Tuhannya agar ia dibekalkan kekuatan untuk berbakti. Ini satu keelokan dalam beramal ibadat.

Ada tiga elemen yang ditekankan oleh nabi saw dalam doa tersebut. Pertama, zikir kepada Allah taala. Kedua, bersyukur kepada-Nya. Ketiga, memperelokkan amal ibadat kepada-Nya.

Hamba yang sentiasa mengingati Allah boleh diperihalkan sebegini, agar lebih nampak. Apabila ia mendapat sesuatu nikmat maka ia bersyukur ALHAMDULILLAH. Apabila ia mendapat musibah ia redha dan bersabar seraya mengungkapkan INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJI’UN. Apabila ia melihat suatu perkara yang tidak diingini, ia mengatakan, NA’UZUBILLAH.

Apabila ia melihat kebesaran Allah taala, pantas sahaja ia melafazkan SUBHANALLAH. Mendengar kemenangan Islam, ALLAHU AKBAR. Takjub dengan sesuatu [erkara, MASYA ALLAH. Ketika memohon kekuatan agar dapat melepaskan diri daripada kesulitan termasuklah cengkaman Iblis supaya melakukan kejahatan, LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH AL-‘ALIYYUL ‘ADZIM. Apabila ia melakukan kesilapan, ia membaca ASTAGHFIRULLAH dengan penuh penghayatan. Ini adalah gambaran orang yang sentiasa ingatkan Allah taala dalam banyak hal.

Kita teruskan sedikit lagi. Ia membaca doa dalam setiap keadaan. Baik semasa memakai baju atau memasuki tandas, memulakan makan dan bersama isteri, semasa lapang mahupun susah, memulakan pekerjaan atau sebagainya, semuanya dimulakan dengan doa atau zikir.

Perasan atau tidak, kehidupan kita penuh dengan kalimah tahmid ALHAMDULILLAH. Tidak sah solat kita melainkan perlu kita ungkapkan kalimah ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN pada setiap rakaat. Bangun sahaja daripada tidur, kita mengucapkan ALHAMDULILLAH. Apabila kita ingin tidur, kita juga membaca tasbih Fatimah yang mana terkandung dalamnya ucapan tahmid sebanyak 33 kali. Apabila keluar tandas, masih juga GHUFRANAKA ALHAMDULILLAH… Selepas sahaja makan, ALHAMDULILLAHI ALLAZI AT’AMANA…maka seluruh kehidupan kita sarat dengan kesyukuran.

Hanya yang buta tidak bersyukur. Setiap saat, bahkan setiap detik kita mendapat nikmat. Nafas dan udara ini adalah nikmat daripada Allah taala. Seluruh anggota tubuh badan kita, nikmat daripada Allah taala. Mata yang kita guna untuk melihat, nikmat daripada Allah taala. Semuanya nikmat daripada Allah taala.


Maka jika kita ingkar dengan nikmat Allah taala ini, dan kita ingin melakukan kerosakan di muka bumi, maka dengarlah baik-baik cabaran yang dilemparkan oleh Ibrahim bin Adham. Satu, kamu buat bumi sendiri atau. Kedua, kamu buat makanan sendiri atau. Ketiga, kamu buat udara sendiri atau. Keempat, kamu tangguhkan kematian dengan Malaikat Maut atau. Kamu lawan Malaikat yang mahu lemparkan kamu ke dalam neraka. Tapi, MAMPU KE?

Hamba yang dekat dengan Allah taala sentiasa bersyukur kepada Allah taala dan sentiasa berbaik sangka dengan-Nya. Tidak kira ia mendapat nikmat atau tidak, hati dan lisannya tetap sentiasa bersyukur. Jika ia mendapat musibah sebesar mana sekalipun, ia tetap bersangka baik dengan Allah taalam. Sebagai contoh,

Ketika ia mendapat kejayaan dalam temuduga kerjaya, ia bersyukur kepada Allah taala. Ia berjaya kerana Allah taala. Ia memulangkan segala pujian yang berhak menerimanya iaitu Allah taala. Jika ia gagal, ia berpesan kepada dirinya, “Mungkin aku ada silap dengan Allah, maka hari ini aku gagal. Aku mesti tingkatkan amal kepada Allah dan sentiasa ingat kepada-Nya.”

Inilah tanda aras kejayaan seorang mukmin yang merindui Allah taala.

Ketiga, nabi saw berpesan kepada Muaz dalam soal memperelokkan amal ibadat.
" dan sedikit sekali dari hamba-hambaKU yng bersyukur" (34:13)

cuba kita renung balik ayat di atas dengan kehidupan seharian kita.

sebelum makan, kita tidak lupa untuk membaca bismillah, tetapi selepas makan, jarang yang menyebut alhamdulillah.

sebelum tidur, kita tidak lupa membaca doa tidur, tetapi selepas bangun tidur, jarang yang menyebut alhamdulillah.

sebelum masuk tandas, kita amalkan doa memasuki tandas, tetapi selepas keluar tandas, jarang yang membaca alhamdulillah

apabila nikmat Allah berada di hadapan mata, kita ingat kepada ALlah, tapi selepas habis kita menikmati kurniaan Allah, kita terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah.

dzulkhairi.blogspot.com

itulah realiti kehidupan kita..
manusia sering terlupa.. termasuklah saya sendiri..