22 May 2010

Hanya Bertaraf Hamba


Saya terbaca satu hadis yang sangat baik untuk dikongsi bersama. Hadis itu menjadi pilihan Abu Bakar al-Jazairi untuk dimasukkan dalam kitab pengajian beliau. Saya lupa riwayat siapa. Jelasnya, ia merupakan pesan nabi saw kepada Muaz bin Jabal.

Kata nabi saw kepada sahabat besarnya itu, “Hai Muaz, demi Allah, aku sangat-sangat mengasihimu. Janganlah kamu meninggalkan solat kecuali kamu berdoa, Allahumma, bantulah hamba dalam mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu serta memperelokkan amal kepada-Mu.”

Ajaran doa nabi saw ini sangat bagus. Ia menggambarkan simbolika kelemahan dan kefakiran manusia sebagai hamba. Maka sebagai hamba yang lemah, kepada Allah taala jugalah tempat kita bergantung sepenuhnya. Bahkan yang menariknya ialah, Muaz diminta oleh nabi saw untuk mengadu kepada Allah taala agar Allah taala membantu beliau untuk sentiasa ingat kepada-Nya. Ini satu keindahan dalam berbahasa.




Seolah-olah saya berkata kepada ibu saya, “Ibu, tolonglah peringatkan saya agar saya bangun seawal pagi esok untuk membantu ibu mengemas rumah.” Atau seorang kawan berkata kepada kawannya, “Bantulah saya untuk sentiasa merinduimu dalam doa.”

Contoh yang diberikan saya masih kurang menarik sebenarnya kerana contoh tersebut hanya terkait antara hamba dengan hamba. Tetapi sekarang doa itu merujuk kepada satu pengkisahan, seorang hamba yang ingin berbakti kepada Tuhannya, maka ia meminta kepada Tuhannya agar ia dibekalkan kekuatan untuk berbakti. Ini satu keelokan dalam beramal ibadat.

Ada tiga elemen yang ditekankan oleh nabi saw dalam doa tersebut. Pertama, zikir kepada Allah taala. Kedua, bersyukur kepada-Nya. Ketiga, memperelokkan amal ibadat kepada-Nya.

Hamba yang sentiasa mengingati Allah boleh diperihalkan sebegini, agar lebih nampak. Apabila ia mendapat sesuatu nikmat maka ia bersyukur ALHAMDULILLAH. Apabila ia mendapat musibah ia redha dan bersabar seraya mengungkapkan INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJI’UN. Apabila ia melihat suatu perkara yang tidak diingini, ia mengatakan, NA’UZUBILLAH.

Apabila ia melihat kebesaran Allah taala, pantas sahaja ia melafazkan SUBHANALLAH. Mendengar kemenangan Islam, ALLAHU AKBAR. Takjub dengan sesuatu [erkara, MASYA ALLAH. Ketika memohon kekuatan agar dapat melepaskan diri daripada kesulitan termasuklah cengkaman Iblis supaya melakukan kejahatan, LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH AL-‘ALIYYUL ‘ADZIM. Apabila ia melakukan kesilapan, ia membaca ASTAGHFIRULLAH dengan penuh penghayatan. Ini adalah gambaran orang yang sentiasa ingatkan Allah taala dalam banyak hal.

Kita teruskan sedikit lagi. Ia membaca doa dalam setiap keadaan. Baik semasa memakai baju atau memasuki tandas, memulakan makan dan bersama isteri, semasa lapang mahupun susah, memulakan pekerjaan atau sebagainya, semuanya dimulakan dengan doa atau zikir.

Perasan atau tidak, kehidupan kita penuh dengan kalimah tahmid ALHAMDULILLAH. Tidak sah solat kita melainkan perlu kita ungkapkan kalimah ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN pada setiap rakaat. Bangun sahaja daripada tidur, kita mengucapkan ALHAMDULILLAH. Apabila kita ingin tidur, kita juga membaca tasbih Fatimah yang mana terkandung dalamnya ucapan tahmid sebanyak 33 kali. Apabila keluar tandas, masih juga GHUFRANAKA ALHAMDULILLAH… Selepas sahaja makan, ALHAMDULILLAHI ALLAZI AT’AMANA…maka seluruh kehidupan kita sarat dengan kesyukuran.

Hanya yang buta tidak bersyukur. Setiap saat, bahkan setiap detik kita mendapat nikmat. Nafas dan udara ini adalah nikmat daripada Allah taala. Seluruh anggota tubuh badan kita, nikmat daripada Allah taala. Mata yang kita guna untuk melihat, nikmat daripada Allah taala. Semuanya nikmat daripada Allah taala.


Maka jika kita ingkar dengan nikmat Allah taala ini, dan kita ingin melakukan kerosakan di muka bumi, maka dengarlah baik-baik cabaran yang dilemparkan oleh Ibrahim bin Adham. Satu, kamu buat bumi sendiri atau. Kedua, kamu buat makanan sendiri atau. Ketiga, kamu buat udara sendiri atau. Keempat, kamu tangguhkan kematian dengan Malaikat Maut atau. Kamu lawan Malaikat yang mahu lemparkan kamu ke dalam neraka. Tapi, MAMPU KE?

Hamba yang dekat dengan Allah taala sentiasa bersyukur kepada Allah taala dan sentiasa berbaik sangka dengan-Nya. Tidak kira ia mendapat nikmat atau tidak, hati dan lisannya tetap sentiasa bersyukur. Jika ia mendapat musibah sebesar mana sekalipun, ia tetap bersangka baik dengan Allah taalam. Sebagai contoh,

Ketika ia mendapat kejayaan dalam temuduga kerjaya, ia bersyukur kepada Allah taala. Ia berjaya kerana Allah taala. Ia memulangkan segala pujian yang berhak menerimanya iaitu Allah taala. Jika ia gagal, ia berpesan kepada dirinya, “Mungkin aku ada silap dengan Allah, maka hari ini aku gagal. Aku mesti tingkatkan amal kepada Allah dan sentiasa ingat kepada-Nya.”

Inilah tanda aras kejayaan seorang mukmin yang merindui Allah taala.

Ketiga, nabi saw berpesan kepada Muaz dalam soal memperelokkan amal ibadat.
" dan sedikit sekali dari hamba-hambaKU yng bersyukur" (34:13)

cuba kita renung balik ayat di atas dengan kehidupan seharian kita.

sebelum makan, kita tidak lupa untuk membaca bismillah, tetapi selepas makan, jarang yang menyebut alhamdulillah.

sebelum tidur, kita tidak lupa membaca doa tidur, tetapi selepas bangun tidur, jarang yang menyebut alhamdulillah.

sebelum masuk tandas, kita amalkan doa memasuki tandas, tetapi selepas keluar tandas, jarang yang membaca alhamdulillah

apabila nikmat Allah berada di hadapan mata, kita ingat kepada ALlah, tapi selepas habis kita menikmati kurniaan Allah, kita terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah.

dzulkhairi.blogspot.com

itulah realiti kehidupan kita..
manusia sering terlupa.. termasuklah saya sendiri..



No comments: