01 May 2010

Kembali


Assalamu'alaikum..

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki segala kebesaranNya, Tuhan yang tiada berhajat kepada selainNYa malah SelainNya lah yang berhajat kepadaNya.

Selawat dan salam kepada junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia dan suci. Dan mereka yang mengikut mereka itu hingga ke hari kiamat

.(kata-kata aluan dari seorang sahabat yang bernama Adli Adlan dalam blognya).Maafla ya sodiki saya malas nak tulis dan fikir sendiri.adesh.Ni link blog dia.http://medan-maaz.blogspot.com/

Setelah sebulan tidak update kerana masalah hati yang serius kini saya kembali.ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah yang membolak-balikkan hati akhirnya dapat juga menempuh hari-hari sukar.Lupakan yang lepas.Buang yang keruh ambil yang jernih peribahasa yang selalu digunakan untuk mendapatkan markah lebih dalam subjek Bahasa Malaysia masa SPM muda-muda dulu.Tapi tak dapat tinggi pun.

Selama sebulan ini banyak yang saya pelajari dan banyak yang ingin dikongsikan.Kalau diikutkan rasa malas lagi nak update tapi teringat akan kata-kata masa permulaan ada blog dulu.Beginilah bunyinya.Biasalah dulu-dulu ayat bajet baik.ohaiyo

""ana tertarik untuk memiliki blog sendiri kerana kata2 ustaz zaharuddin dalam blognya "walaupun saya tidur ilmu saya masih dibaca oleh orang lain".ini bermakna pahala2 akan tetap tersalur.ana menjadikan saifulislam,ustaz zaharuddin dan ustaz dzulkhairi sebagai mentor ana dalam menelusuri alam blog ini.mungkin buat permulaan ana hanya akan mengepost sebulan sekali je kot kerana barang keperluan harian tidak mencukupi serta ilmu pengetahuan perlu dipertingkatkan lagi.untuk mempunyai blog yang mantap,interaktif&ilmiah pemilik blog memerlukan pengetahuan yang luas dalam bidang agama isu2 semasa dan pengalaman yang berharga.ana akan cuba menyusun setiap post2 semoga akan memberi faedah buat diri ana sendiri dan berharap bermanfaat untuk orang lain.
semoga niat ana diredhai""

Kalau dibacakan balik rasa segan pulak.Biasala saya seorang yang pemalu sifat segan mesti ada.Pengakuan berani mati betul.waklu...(cam ayat kak fareda.sorry kak pinjam).Ayat macam ustaz pulak kalau perati betul-betul.Tak leh bla.dush2

Semoga perkongsian selepas ini ada yang bermanfaat.Ni lagu yang selalu saya layan masa-masa puah.

Kembali

Album :
Munsyid : Tashiru
http://liriknasyid.com


Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohonampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongannya

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan Dalam Ujian

Mode sekarang puas.Teringat kata-kata pedih dihantar oleh seorang sahabat

"Kepuasan itu ialah gedung yang tak akan puas"

Later continue

1 comment:

Melatidaisy said...

salam ziarah fares..

selamat kembali..teruskan perjuangan :))