11 November 2010

Milik Kita


mafhum hadis yang diceritakan oleh ustaz dalam kuliah maghrib yang saya dengar semalam

Pada suatu masa itu Rasulullah diberikan seekor kambing oleh orang yang pemurah.Beliau pun membahagikan kambing itu kepada masyarakat sekitar untuk dimakan.Baginda pun teringat yang Aisyah melihat sewaktu kambing itu diberikan.Lalu baginda mengambil sedikit bahagian dari kambing iaitu sebelah kaki itu untuk dibawa pulang ke rumah untuk isterinya.

aisyah bertanya tatkala baginda sampai di rumah dengan hanya membawa hanya sebelah kaki kerana sapatutnya seekor kambing:

"mana milik kita ya rasulullah?.Sesungguhnya tadi saya melihat ada orang yang menghadiahkan seekor kambing kepada ya rasulullah."

baginda menjawab

"milik kita adalah kambing yang berkaki 3 yang kita akan tunggang di akhirat.Adapun ini bukan milik kita"

Di sini dapatlah difahami yang setiap yang kita belanjakan untuk kebaikan itulah milik kita.Janganlah kita merasa rugi dan sayang untuk membelanjakan harta kita untuk tujuan kebaikan kerana itulah yang akan menjadi harta yang bernilai tatkala perjumpaan dengan Sang Pemilik kita.Pelaburan yang untung k?weee


sekadar perkongsian


Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja. Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1678

terima kasih fatma mesej hadis ni.

No comments: