15 November 2010

Kelebihan Hari Arafah


Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah yang mana bagi jemaah haji mereka diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji , disunatkan berpuasa. Pada hari ini juga disunatkan untuk mengumandangkan takbir.


Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)



Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)



Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) set
ahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)


Dab bagi di Malaysia kita disunatkan berpuasa pada 9 zulhijjah mengikut kalendar di Malaysia bukan kalendar Mekah yakni 16/11/10

Semoga umi dan abah dapat mengerjakan rukun islam kelima ini dengan sempurna dan selamat pulang

sumber http://hanyaditarafhamba89.blogspot.com/

1 comment: