05 May 2010

Takpe Lambat Lagi


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani.Sesungguhnya janji Allah itu pasti dan azab Allah itu pedih.Semoga kita semua berlepas diri dari mendapat balasan buruk di sana nanti.

Musim kemarau baru-baru ini melanda negeri saya Kelantan ini.(negeri lain tak tahula).Hampir sebulan hujan tidak turun ke bumi rasanya.Walaupun hujan turun sebentar baru-baru ini tapi sekarang panas balik.Amat panas dan terasa bahang kepanasannya walaupun duduk dalam rumah.

"Kau datang tak petang ni man?"tanya Syahir.

"Datang punya.Aku kan orang penting.ha2.Kalau aku tak datang korang tak leh go on punya"balas Rahman.

Bermula kisah

Rahman adalah seorang pelajar yang nakal di sekolahnya.Perbualan di atas menuntut dia untuk pergi ke sekolah mengikuti latihan kawad.

Rahman menghidupkan motor EX5 kesayanganya untuk menuju ke sekolah yang jarak lebih kurang 7km dari rumahnya.Waktu menunjukkan jam 1.45 petang.Masih ada kelibat matahari yang berlegar di angkasa.

Rahman memecut laju di jalan raya mengejar masa kerana latihan kawad akan bermula jam 2.00petang.Sampai di persimpangan lampu isyarat menunjukkan warna merah.Dan Rahman mengetahui lambat lagi giliran untuk lampu bertukar hijau kerana lampu isyarat baru sahaja bertukar merah.(Merah tanda berhenti seperti yang saya belajar dalam kursus KPP time ambil lesen motor dulu).ho3

"adus tak sempat pulak tadi dengan lampu.lama lak nak kene tunggu ni...dah la panas!"monolog dalaman Rahman.

Seperti biasa.Jika penunggang motosikal seorang yang boleh dikatakan bijak seperti saya.waklu.ha3.Diorang akan menggunakan jalan pintas dengan membelok ke kiri dan seterusnya ke kanan untuk pergi ke laluan yang lampu akan bertukar ke hijau sebentar lagi kerana tidak mahu menunggu.Itulah yang biasa saya buat.erm(orang yang selalu buat akan tahu skill ini.Tapi kalau memandu kereta tak boleh.Besar sangat).

Hendak dijadikan cerita Rahman kemalangan disebabkan sifat tidak sabarnya ini dan patah kaki.

Pengajaran

Ibrahnya di sini yang boleh saya ambil.

"Mu taw dop nanti akhirat sano kito keno tunggu sebelum kito dibicarokan apa yang kita buat di dunia ni.Maso kito nak tunggu tu kito tak taw berapa lamo keno tunggu sebab Allah tidak state.Tak dop appoinment cam kita hidup dunia.1000 tahun lagi kah atau sejuta tahun ke kene tunggu?Kalu tunggu lampu isyarat tak leh doh di dunia yang beberapa minit saja,kat sano nanti gano agok-agok?Boleh bertahankah?.Sebagai tambahan matahari sejengkal jah atas kepala kita nanti.Atas dunia ni matahari berjuta kilometer dari kito.Itupun rasa panas doh.Macam mano eh sano?

Maka bertuahla sesiapa yang mendapat naungan Allah di hari sana



Hadith:

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kita bagaimana?

Dalam ketujuh-tujuh golongan itu adakah kita termasuk di dalamnya dengan amal yang kita telah kerjakan selama kita hidup di dunia ini?

Semoga kita semua dapat muhasabah diri sendiri sebelum izrail datang menjemput.Pintu untuk pulang kepada Allah itu luas.Sama ada kita nak atau tak nak.Sediakan bekal yang mencukupi dan tinggalkan barang-barang yang membebani seperti dosa untuk dibawa bertemu Allah.

"Ya Allah kuatkanlah kami"

Jangan ada dalam hati

"takpe lambat lagi"

Sebab kita tak tahu bila kita akan dijemput.Jangan sangka kita akan dijemput di waktu tua.Ramai juga yang dijemput di waktu muda kan?Fikir-fikirkanlah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula?
Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)









1 comment:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hurm.

insaf bace :( kerdilnya.