02 August 2009

Memikat si dia mengikut Sunnah


"Yeh, jolo(betul) ko mu nok kawen n?"soal Zakir kepada saya di waktu bulan kehitaman.

"Hola abe jek wes.Ko mun tokse(tak nak) kawen??"balas saya dengan nada gurauan.

"Bakpo gak mun nok nikoh awal sangat??.Gelenya(gatal) tes.haha"Zakir memangkah(condemned) saya.

"Tok taw lagi ado jodoh awal gak aku nikoh la.wek."saya membalas balik.

"Aci oyat gak gano caro nok pikat ore tino ikut sunnah ni.Haha"Zakir bertanya sambil tersenyum.

"Aku ado baco dalam al-ahkam.net pasal ni.Nati kito on9 la malam n.Aku nok study chem nga math dulu exam ai isnin nga selaso n.Mu takpo abis doh exam.Bereh?"saya balas dengan molek.


"Holas yeh"balas Zakir dengan mulut muncung.hoho

Alhamduluillah dapat juga update blog di waktu senja ini walaupun agak sibuk dengan peperiksaan yang akan saya duduki esok dan lusa.Tolong doa la des dipermudahkan. Ini adalah cara-cara memikat si dia(perempuan) mengikut sunnah.Kepada yang dah berpunya jika nak minta si dia menjadi permaisuri kita mintalah dengan sebaiknya mengikut ajaran islam yang syumul ini.Jangan mengikut nafsu semata-mata.

Cara-cara memikat si dia menurut Sunnah:

1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah(wali) si gadis itu.
Contoh: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (Bukhari dan Muslim)
Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dengan ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda

2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta'ah (muslim 1525). Imam Nasa'iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (Sahih anNasa'iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tersebut.

4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.
Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman.
ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si dia menurut asSunnah.

Saya amat tertarik untuk mengulas yang no-2.Ramai remaja kini menggunakan cara tersebut dengan salah.Kalau belum mampu lagi sabarlah dulu dari meluahkan kalimah cinta itu.Jodoh pertemuan di tangan tuhan.Semoga dipermudahkan dan jangan salah menggunakannya.

Selamat Mencuba.




Firman Allah yang bermaksud:

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..”

(sumber-al-ahkam.net)

No comments: