Saya selalu bertengkar dengan dia sewaktu kecil disebabkan hal-hal yang remeh.Selalu bergaduh dan pernah bertumbuk.hehe.Maafla abe deh tak hormat dio dulu.Biasala jiwo panas kecik-kecik mulo.Ada aje yang tak puas hati.erm
Pada tarikh ini 21 tahun yang lalu abang sulung saya telah dilahirkan di perkampungan Pulau Gajah dekat Pengkalan Chepa.Satu-satunya cucu Haji Che Lah yang lahir di sana.
Walaupun pada zaman kanak-kanak sering berkrisis dengannya namun air yang dicincang takkan putus.
Saya sebenarnya terlewat untuk menghantar mesej kepadanya kerana terlupa.Sorila abe weh.
"Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-21
Moga-moga Amal koho(semakin) Meningkat
Ilmu Semakin Bertambah
Akhlak Ahsan
Ngapa(hafalan) Ingat Cair Molep
Dan Cepat Kahwin .-.
Jadilah Insan Bertakwa
Umpama Permata Di Celahan Kaca"
Itu adalah mesej yang sempat saya hantar yang menjadi trademark ucapan hari lahir saya kepada semua yang saya ingat hari lahirnya.Kita bertemu dekat raya nanti abe deh.
No comments:
Post a Comment