
Dengan nama allah yang pemurah dan penyayang.Alhamdulillah masih dapat bernafas lagi.ho2.tak pandai nak intro2.

Dugaan Hidup…
Dugaan hidup datang dan pergi,
Datangnya sebagai ujian,
Perginya sebagai pedoman,
Datangnya tidak diundang,
Perginya meninggalkan seribu satu pengalaman,
Didiklah hati,
Lembutkanlah hati,
Walau betapa resah,
Walau betapa kesal,
Walau betapa pedih,
Terimalah musibah dengan hati yang terbuka,
Jadikanlah setiap detik hidup kita sebagai tanda penghargaan,
Keatas nikmat yang tidak terhingga kurnia-Nya.
Kesabaran,
Akan seNtiasa TERuji,
Bertahan dan tingkatkanlah kesabaran,
Nilailah tahap kesabaran diri,
Sebagai penilaian kepada keimanan diri,
Janganlah ragu,
Janganlah menyesal,
Dan Janganlah bersedih,
Setiap yang berlaku dijanjikan sebagai yang terbaik untuk diri kita,
Jika kita seorang yang bersyukur,
Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui,
Sesungguh manusia dijadikan untuk berfikir…
“Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatan AKU, sesungguhnya mereka akan berada dalam kehidupan yang sempit. Dan KAMI akan membangkitkan mereka ketika hari kiamat nanti dalam keadaan buta. Dan berkatalah(mereka yang berpaling) Wahai RABB, kenapa KAU bangkitkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulu(di dunia) merupakan seorang yang celik? Begitulah telah datangnya ayat KAMI kepada kamu tetapi kamu melupakannya, maka seperti itu jugalah pada hari kau dilupakan pula(oleh ALLAH)”
p/s perjalanan kita masih jauh saifullah@abe mat.he3

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu risau kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. jadi,dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebihwara’, lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya: “Wahai Aba Abdur-rahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.”
Aku berdiri dengan penuh waspada dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat, ku cuba fahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersholat selama 30 tahun.”
Setelah Isam mendengar, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
……..
dan SOLAT aku bagaimana?
"payeh,mu jauh sangat lagi tahap tu.semaye pn dok koya mugo lain.erm.jangan dok galok la kalu tok lepah niti lagi"
http://www.ismaeropah.com


Assalamulaikum.maaf lewat kot artikel pasal maulud nabi ni.Walaupun saya telah menjangkau usia 20 Tahun sempena maulud ini kerana saya dilahirkan pada 12rabiulawwal Umi bagitahu.Namun masih banyak lagi amalan-amalan yang jahat dan jauh dari baginda rasulullah yang kita cintai.Tarikh lahir yang sama pun belum tentu seorang tu jadi baik.erm.Dalam mencari artikel yang menarik untuk dikongsikan inilah yang saya rasa sedih sikit yang saya baca yang padat dan pendek (sebab saya tak minat baca panjang-panjang) pasal maulud.Artikel dari Ustaz Hasrizal yang tak asing lagi.
“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
![]()
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


Bintang malam kembali terang, langit kelabu kini gemilang, mentari terbit tersenyum riang, berbunga mekar hati seseorang. Mengejar cinta teman dunia, mencari kasih dambaan manusia, lupa cinta agung Sang Pencipta, malanglah nasib mereka yang sia-sia.
Sahabat, usah bazirkan peluang bercinta.
Saya juga masih memburu cintaNya.Terima kaseh kak munee.ngee.Faris akan jadi matang.Going to 20.No more be a greatest crocodile
http://www.ismaeropah.com








Mula-mula tengok gambar nih memang rasa nak marah kat tentera israel.Rasa nak gi je palestin.Tapi jihad tidak semestinya kita pergi sana.Jihad dengan nafsu pun telah dikira jihad.Semasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan. Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran. Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah. Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain." Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu), apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara." "Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya." Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara. Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi." Ulama Menyeru Tindakan Balas Ke Atas Pembunuhan Ulama Islam menyeru pembesar-pembesar negara Arab dan Islam, rakyat serta kerajaannya supaya membantu perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin. Demikian reaksi mereka terhadap pembunuhan Syeikh Yassin oleh Israel (laknatullahi alaihi). Dr. Yusof Al-Qardhawi ketika dihubungi oleh Islam-Online berkata "Saya ucap takziah kepada Qardhawi menambah "Syeikh Yassin telah dibunuh oleh tangan-tangan yang zalim dan taghut ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjidnya selepas menunaikan solat Subuh. Beliau telah menemui Tuhannya dalam keadaan suci, bersolat, menyerah diri kepada Allah, redha dan diredhai Allah, tidak ada yang lebih afdal lagi daripada mayat ini." Akan tetapi beliau menyambung "Mati syahid ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dijangkakan Sharon dan konco-konconya, Israel tidak akan mencapai kestabilan dan keamanan". Beliau menjelaskan bahawa "pembunuhan Syeikh Yassin dalam bentuk ini akan menjadi api dan laknat ke atas Israel, darahnya (Syeikh Yassin) akan mengakhirkan hayat Israel yang sudah semakin hampir." Beliau juga meminta rakyat Palestin "supaya berada di saf yang satu...pihak berkuasa dan pergerakan penentangan, rakyat dan kerajaan, menentang kebejatan zionisme yang didalangi oleh Amerika." Beliau menambah "rakyat Palestin dengan segala kemampuannya, wajib meninggalkan segala selisih faham dan sama-sama bangkit menuntut bela di atas kematian Syeikh Yassin dan pembantu-pembantunya." Syeikh Faysal Mawlawi, Setiausaha Jamaah Islam Lubnan meminta supaya fail rundingan (dengan Israel) ditutup buat selama-lamanya, dan bertukar kepada penentangan bersama rakyat dan para mujahid. Mawlawy juga meminta pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan dengan zionis supaya membatalkan semua perjanjian, menyingkirkan duta-duta zionis serta menutup kedutaan mereka.
Syeikh Hamed Al-Baitawi, khatib Masjid Al-Aqsa mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin, Arab dan semua muslimin di atas kesyahidan Yassin. Beliau berkata : "Kerugian kita adalah besar, akan tetapi takziah kita bahawa Syeikh Yassin telah mencapai permitaannya daripada Allah sebagai syahid. Beliau telah memperoleh 'syahadah' ini selepas menunaikan solat Subuh dan bacaan wirid. Kami ucapkan tahniah kepada kamu wahai "as-syaheed", tidurlah dengan damai'. Syeikh Al-Azhar,
diterjemah bebas oleh saya dari laman web islam-online dan al-jazeera p/s tolong doakan saya dan rakan-rakan.ad 5 paper lagi tinggal 17hb-chemistry lab2 19hb-computer 2 20hb-mathematics 4 21hb-physic lab2 22hb-physics 3 |

Anis Hanya Seorang
Perasaannya berkecamuk. Bagaikan kering air mata menangisi berita yang disampaikan oleh Doktor Abdullah. Alangkah remuknya hati seorang isteri yang ingin menghadiahkan cenderamata yang cukup berharga buat seorang suami yang tercinta. Dia menangis teresak-esak. Basah lenjun bantal di bilik tidurnya menjadi mangsa. Namun, apa lagi yang mampu dilakukan Anis selain menangis. Ya, takdir adalah satu hakikat yang perlu diterima, namun jiwanya diakui terlalu lemah untuk menerima ujian ini.
"Ya Allah, tabahkan hati ini…" Anis merayu di dalam tangis. Hanya kepada Allah mampu dipanjatkan doa agar dirinya ditabahkan dalam menghadapai ujian ini. Anis sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan suaminya nanti apabila mendengar berita ini.
"Anis, kenapa ni…? Abang rasa dari tadi kan Anis menangis..?" Muhammad yang baru saja pulang dari kerja cuba bersuara dengan lembut memujuk isterinya yang sudah dilanda banjir.
"Abang…. tadi Doktor Abdullah telefon. Dia nak cakap dengan abang… Tapi bila Anis bagitau abang tak ada, dia sampaikan satu berita.."
"Berita? Berita apa ye..?"
"Abang….." Anis di dalam sedu cuba mencari kekuatan untuk mengungkap khabar.
"Doktor Abdullah mengesahkan, hasil pemeriksaan kita baru-baru ini, kita tidak akan mendapat anak. Anis tak mampu mengandung bang…..!!" Anis menggagahkan dirinya bersuara sekalipun diiringi tangis yang semakin kuat.
"Innalillahi wainna ilaihirajiun…." Muhammad mengeluh panjang. Menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Anis pasti suaminya turut menangis..
***********
Rumahtangganya cukup bahagia. Malah tiada siapapun yang dapat menafikan kebahagiaan rumahtangga mereka. Seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati kepada gadis idamannya yang rupa-rupanya dalam diam turut menyimpan kasih yang terpendam. Anis, satu nama yang cukup gah di kampus pengajian mereka satu masa dulu. Menjadi idaman bukan seorang di kalangan pemuda-pemuda yang terlibat dengan gerakan di kampus. Tiada siapa menduga di dalam diam, hubungannya terbina dengan cukup indah dan terjaga dengan seorang seniornya, Muhammad. Walaupun berbeza negeri kelahiran dan jarak umur yang agak jauh memisahkan mereka, namun takdir Allah SWT mempertautkan antara dua hati, Muhammad dan Anis.
Masih terbayang jelas di ruang fikiran Anis, episod demi episod di dalam hubungan kasihnya dengan Muhammad, insan yang kini bergelar suami. Tanpa sebarang dating dan hubungan terlarang antara dirinya dengan Muhammad, mereka dijodohkan setelah mendapat persetujuan di antara kedua-dua belah keluarga. Rupa-rupanya, Muhammad melakukan langkah yang lebih ke hadapan apabila bertindak nekad menghantar rombongan peminangan ke rumahnya.
Mereka dijodohkan dengan begitu ringkas. Tanpa majlis perkahwinan yang memakan belanja yang besar dan tanpa diiringi paluan kompang yang menggamatkan seluruh kampung, mereka akhirnya bergelar suami isteri yang sah. Saat-saat manis bermula di dalam kehidupan bagaikana bunga-bunga yang kembang mekar disirami titisan-titisan hujan. Keharuman melebar ke segenap ruang pelusuk taman.
Anis akui, suaminya cukup baik. Perkongsian hidup dengan Muhammad baginya adalah satu pengalaman yang cukup indah. Tidak sesekali Muhammad meninggikan suara biar betapa letih menguasai dirinya. Bahkan, cukup bahagia dirinya sebagai seorang isteri dilayan dan dibelai oleh suami sebaik Muhammad. Anis akui, bagaikan tiada suami yang lebih baik dari Muhammad.
Namun, dugaan Allah pasti akan menimpa sesiapa sahaja di kalangan hambaNya. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, hidup yang mana tidak dilanda ujian. Sepanjang 5 tahun perkongsian hidup dengan Muhammad, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Anis sering melirik cemburu apabila melihat anak-anak kecil bermain riang di hadapan rumah. Apatah lagi apabila mendengar tangisan bayi, bagaikan tertarik-tarik naluri keibuan di dalam dirinya untuk turut sama mempunyai cahaya mata. Namun, Muhammad sering kali bijak memujuk emosinya, "Kalau dapat anak, kita tak mungkin dapat berpimping tangan lagi…."
Anis sering tersenyum apabila mendengar gurauan Muhammad sekalipun hati kecilnya begitu yakin bahawa Muhammad seperti dirinya, begitu merindukan kehadiran seorang cahaya mata. Hinggalah akhirnya, dia mencadangkan agar mereka bertemu doktor….
***********
"Anis sudah yakinkah dengan keputusan ini..?" Muhammad meminta kepastian dari isterinya.
"Anis yakin bang… Anis sudah istikharah.. Anis yakin, inilah pengorbanan Anis untuk abang.."
"Anis, abang tidak perlukan satu lagi sayap.. Cukuplah Anis menjadi sayap kiri abang dalam perjuangan.."
"Abang… tapi abang perlukan zuriat. Anis tak mampu nak berikan abang zuriat…" Lemah suara Anis sambil menahan perasaan. Tanpa disedari manik-manik halus mula berkumpul di kolam matanya menanti masa untuk ditumpahkan.
"Anis…." Muhammad menggenggam erat tangan isterinya.
"Abang bukan seperti lelaki yang lain. Cukuplah seorang isteri buat abang melayari hidup ini. Abang kasihkan Anis, dan selamanya kasih ini tidak akan berubah. Ingatkah dulu.. kita pernah berjanji, kasih kita tidak akan terlerai, selama-lamanya, kan? Anis masih ingat?"
Anis terdiam. Ruang fikirannya memutar semula satu demi satu episod manis yang menemukan dirinya dengan Muhammad. Ya, mereka pernah berjanji… hidup bersama dengan kasih dan cinta yang dibina hinggalah tiba ketentuan Allah. Mereka juga pernah berjanji, akan menjaga keutuhan mahligai yang dibina agar kekal bahagia… bahagia hingga ke anak cucu. Sekali lagi Anis sebak apabila mengenangkan gurauan Muhammad yang mahukan anak yang ramai..
"Abang……" Anis mencari kekuatan yang sering kali hilang sejak akhir-akhir ini.
"Abang, Anis tahu abang kasihkan Anis. Namun, abang juga perlukan zuriat. Kahwinilah dia bang… Anis kenal dia. Malah bagi Anis, itulah yang terbaik yang mampu Anis persembahkan buat abang…"
"Kalau abang ternyata tidak mampu berlaku adil, bagaimana? Anis bersedia untuk menerima? Anis…. persoalan ini berat.. terlalu berat buat abang.."
"Tidak abang… Anis yakin dan kenal siapa abang… Abang, Anis rela berkorban, untuk kebahagiaan abang…" Semakin hebat tangisan Anis mengiringi pengakuannya. Muhammad mengerti, bukan mudah untuk seorang isteri melalukan pengorbanan seperti Anis.
***********
Langit yang mendung malam itu bagaikan mengerti bagaimana perasaan seorang isteri yang ditinggalkan keseorangan. Anis membelek perlahan album kenangan sewaktu bermulanya kenangan indah bersama Muhammad. Kadang-kadang tersenyum bila mengingati bagaimana kemanisan cinta mereka bermula yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Malam itu, cukup sejuk diiringi dengan hembusan angin yang seolah-olah mengundang turunnya hujan yang lebat dari langit. Namun, gundah di hati Anis lebih hebat dari itu..
Malam itu, dalam satu majlis yang serba ringkas Muhammad dijadualkan akan diijabkabulkan dengan Zulaikha, insan yang akan menjadi madu Anis. Petang tadi, Anis sudah mempersiapkan Muhammad untuk menjadi bakal pengantin. Saumniya turun dari rumah dengan langkah yang berat. Anis tahu, hati Muhammad masih berbelah bahagi.
Zulaikha, bekas junior Anis semasa di kampus dicadangkan Anis sendiri untuk diperisterikan oleh suaminya. Insan yang bakal berkongsi kasih sayang dengannya sepanjang hayat. Anis kenal siapa Zulaikha dan cukup menyenanginya. Cuma, kadang-kadang Anis termanggu sendirian, betulkah apa yang dia lakukan? Dan mampukah dia menghadapi hidup ini kelak? Biarpun sesekali penyesalan bertandang, namun Anis yakin, itulah pengorbanan yang paling agung yang dapat dilakukan olehnya seorang isteri. Dan sekali lagi, Anis merasakan, manik-manis halus terasa suam menuruni pipinya. Anis cukup pasti, waktu ini tentu suaminya sudah lena di dalam kehangatan layanan isteri barunya. Namun, biarlah dia pula menikmati kelazatan bermunajat kepada tuhannya.
Bagaimanapun, langkah Anis terhenti seketika. Ada seseorang cuba membuka pintu pagar dan memasuki halaman rumahnya.
"..Abang..!!" Anis terkejut kepulangan serta merta suaminya di waktu yang tidak sepatutnya. Lantas spontan dia tunduk mencium tangan suaminya, namun kali ini tidak seperti biasa, Muhammad tidak ingin melepaskan tangannya.
"Anis…..!!"
"Abang berbincang panjang dengan Zulaikha dan ayahnya. Abang tidak akan berkahwin lain… Anis, dalam hidup abang, Anis hanya seorang…!!" Serentak dengan itu, Anis teresak-esak di dada suaminya.
Ahmad Fadhli bin Shaari
11 Januari 2004
http://nuryanie.blogspot.com/p/s cerita ini ditulis oleh S/U akhbar MB Kelantan yang baru dan tiada kena mengena yang hidup atau yang mati