Mula-mula tengok gambar nih memang rasa nak marah kat tentera israel.Rasa nak gi je palestin.Tapi jihad tidak semestinya kita pergi sana.Jihad dengan nafsu pun telah dikira jihad.
"Nok g palestin konon,jihad nga nafsu pun tok leh lawe lagi"itu kot sinis syaitan kepada saya.
Semoga kita semua dapat bermujahadah dengan nafsu serakah yang ada dalam diri.Terutama bagi saya nafsu akan tidur menyelubungi dalam diri.
Pesan Imam Syafei
"Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat,dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan bercakap,mengurangkan makan dan berpada-pada dengan rezki"
Bila semua ditanya begini
"Lepas mati nih mu nak masuk syurga ko nerako?"
Dan semestinya semua akan menjawab
"syurga"
Tapi masalah di sini nya amalan yang kita buat sekarang ini membawa kita ke syurga ke?.Kebanyakannya yang kita selalu buat adalah amalan ahli neraka.Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami.Semoga sama-sama dapat bermuhasabah sebelum ajal menjemput.
Dan akhirannya.semoga dapat mengambil iktibar dari kisah syuhada Syeikh Ahmad Yasin ini.Teringat kata-kata senior Farid yang belajar di mesir dalam staus YM dia semalam.
"Jangan dok meto gak dok atah bumi Allah ni dan jangan bodo gak sambut valentine".
Maksud dalam ayat skema
"Jangan jadi orang tak bersyukur la tinggal atas bumi allah n dan jangan jadi bodoh pergi sambut valentine".
Status Ym dia mungkin timbul disebabkan kekecewaan kepada anak-anak muda yang menyambut valentine semalam.Berapa ramai yang mengorbankan teruna dan dara semalam?.Sedihnya.
Di bawah kronologi peristiwa pengeboman kepada syeikh ahmad yasin.
Semasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan. Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran. Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah. Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain." Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu), apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara." "Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... " Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya." Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara. Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi." Ulama Menyeru Tindakan Balas Ke Atas Pembunuhan Ulama Islam menyeru pembesar-pembesar negara Arab dan Islam, rakyat serta kerajaannya supaya membantu perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin. Demikian reaksi mereka terhadap pembunuhan Syeikh Yassin oleh Israel (laknatullahi alaihi). Dr. Yusof Al-Qardhawi ketika dihubungi oleh Islam-Online berkata "Saya ucap takziah kepada saudara-saudaraku dalam Hamas dan di Palestin, saya juga ucap takziah kepada kaum muslimin dan juga kepada saya sendiri" dengan menekankan bahawa Syeikh Yassin bukan sahaja lambang bagi perjuangan rakyat Palestin tetapi juga bagi orang-orang Islam seluruh tempat. Qardhawi menambah "Syeikh Yassin telah dibunuh oleh tangan-tangan yang zalim dan taghut ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjidnya selepas menunaikan solat Subuh. Beliau telah menemui Tuhannya dalam keadaan suci, bersolat, menyerah diri kepada Allah, redha dan diredhai Allah, tidak ada yang lebih afdal lagi daripada mayat ini." Akan tetapi beliau menyambung "Mati syahid ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dijangkakan Sharon dan konco-konconya, Israel tidak akan mencapai kestabilan dan keamanan". Beliau menjelaskan bahawa "pembunuhan Syeikh Yassin dalam bentuk ini akan menjadi api dan laknat ke atas Israel, darahnya (Syeikh Yassin) akan mengakhirkan hayat Israel yang sudah semakin hampir." Dr. Yusof Al-Qardhawi menyeru seluruh umat Islam di segenap penjuru dunia supaya "menyokong dan membantu (support) perjuangan Palestin", sambil menegaskan bahawa pembunuhan Syeikh Yassin "menunjukkan bahawa apa yang dinamakan rundingan damai dan segala perbincangan itu adalah bohong semata-mata, tidak layak melayan thugah ini melainkan dengan kekuatan dan jihad. Inilah dia zionisme, ia tidak berperikemanusiaan dan tidak berakhlak. Beliau juga meminta rakyat Palestin "supaya berada di saf yang satu...pihak berkuasa dan pergerakan penentangan, rakyat dan kerajaan, menentang kebejatan zionisme yang didalangi oleh Amerika." Beliau menambah "rakyat Palestin dengan segala kemampuannya, wajib meninggalkan segala selisih faham dan sama-sama bangkit menuntut bela di atas kematian Syeikh Yassin dan pembantu-pembantunya." Syeikh Faysal Mawlawi, Setiausaha Jamaah Islam Lubnan meminta supaya fail rundingan (dengan Israel) ditutup buat selama-lamanya, dan bertukar kepada penentangan bersama rakyat dan para mujahid. Mawlawy juga meminta pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan dengan zionis supaya membatalkan semua perjanjian, menyingkirkan duta-duta zionis serta menutup kedutaan mereka.
Syeikh Hamed Al-Baitawi, khatib Masjid Al-Aqsa mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin, Arab dan semua muslimin di atas kesyahidan Yassin. Beliau berkata : "Kerugian kita adalah besar, akan tetapi takziah kita bahawa Syeikh Yassin telah mencapai permitaannya daripada Allah sebagai syahid. Beliau telah memperoleh 'syahadah' ini selepas menunaikan solat Subuh dan bacaan wirid. Kami ucapkan tahniah kepada kamu wahai "as-syaheed", tidurlah dengan damai'. Syeikh Al-Azhar, Dr. Mohamed Sayed Tantawi mengutuk pembunuhan yang dilakukan ke atas Syeikh Yassin. Beliau menegaskan bahawa pemimpin Hamas itu adalah "orang yang membenarkan yang haq dan menyalahkan yang batil, apabila dia mengatakan sesuatu, beliau berkata bagi tujuan mempertahankan agamanya dan tanahairnya." Ditanya tentang peranan Al-Azhar terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin oleh tangan penjajahan Israel, Tantawi berkata : "Peranan Al-Azhar adalah kutukan yang keras, dan menyeru umat Arab dan Islam supaya berada di saf yang satu bagi mempertahankan hak rakyat Palestin, dan juga mengajak dunia supaya memerangi Israel dan mengisytiharkan perang ke atasnya."
diterjemah bebas oleh saya dari laman web islam-online dan al-jazeera p/s tolong doakan saya dan rakan-rakan.ad 5 paper lagi tinggal 17hb-chemistry lab2 19hb-computer 2 20hb-mathematics 4 21hb-physic lab2 22hb-physics 3 |
1 comment:
Moga syahidnya pejuang2 terdahulu membangkitkan kesedaran generasi hari ini...
Post a Comment