Cha ya nun ta alif. CINTA. Tema kali ini memang menarik untuk diperkatakan. What is L.O.V.E. Ana tersenyum~
Asyik terasa asyik kalau bicara cinta
Apalagi cinta kepada diriNya
February muncul kembali dan tanggal itu datang lagi. Maka setiap inci bumi sibuk mencari kunci-kunci bagi membuka hati-hati yang diimpi. Memburu buah hati kesayangan mencari teman mencipta kenangan berpegangan tangan di sepanjang jalan.
Astaghfirullah, istighfar di hati memandu pulang ke pangkal jalan. Tiba-tiba,
1 message received
enti
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti
yang bakal mengukirkan senyuman di setiap pagi
di hari-hari yang pasti
bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti
tetapi ana selalu tersenyum dalam hati
agar senyuman ini ‘mahal’ di hari penyarungan cincin ke jari
bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti
tetapi ana bimbang senyuman ini bakal pudar layu
di hari-hari yang pasti
bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti
tetapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana
tika mana ana dan enti bukan lagi sekadar ‘ana’ dan ‘enti’
di har-hari yang pasti
bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti
tetapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti
di hari-hari yang pasti
bukan ana tidak mahu membalas SMS enti
tetapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini
enti yakinlah,
bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Ilahi
kerana hari ini masih bukan hari yang pasti
enti,
intailah sebentar hari-hari yang pasti
tika itu andai ana jatuh enti hulurkan tangan memberi ana harapan
tika ana bersedih enti berikan senyuman yang mendamaikan
tika ana keseorangan entilah teman
tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan
tika itu, ana dan enti
bukan lah ‘ana dan enti ‘lagi
kerana…
ia adalah hari-hari yang pasti
antara abbi dan ummi
berdoalah untuk hari-hari yang pasti
di sana bunga c.i.n.t.a akan mekar bersemi
Bintang malam kembali terang, langit kelabu kini gemilang, mentari terbit tersenyum riang, berbunga mekar hati seseorang. Mengejar cinta teman dunia, mencari kasih dambaan manusia, lupa cinta agung Sang Pencipta, malanglah nasib mereka yang sia-sia.
Sahabat, usah bazirkan peluang bercinta.
Saya juga masih memburu cintaNya.Terima kaseh kak munee.ngee.Faris akan jadi matang.Going to 20.No more be a greatest crocodile
Dank für das Advicing mich meine ältere Schwester
Spieler müssen stark sein
http://www.ismaeropah.com
2 comments:
salam ..
tersentuh hati perempuanku..
semoga dipertemukan dengan wanita yg solehah ye dik :)
wah..adik kita..!!!
dah matured skrg...
Moga Allah thabatkan di jalan ini...
Teguh berdiri walaupun jalan penuh onak duri..
Post a Comment