02 July 2011

Hari Pertama Cuti


Hari ini majlis kesyukuran sempena perkahwinan sepupu saya di Pengkalan Chepa...Agak meletihkan...Dan alhamdulillah selesai sudah...Susah juga nak kahwin n...Banyak perkara yang perlu difikirkan...Jangan fikir hendak kahwin sahaja tetapi tidak memikirkan tentang perkara selepas kahwin...No job no talk quote from my beloved cousin...huhu...Sangat merindui abang di mesir yang akan pulang bulan 8 ini...Semoga pernikahan ahli keluarga terdekat di lain hari abang dinie dapat bersama...


Pada malamnya alhamdulillah terpilih mendengar kuliah Ustaz Sanusi yang menghuraikan kitab Hidayatus Salikin karya Syeikh Daud Fathoni...Malam ini Ustaz membicarakan adab bagi seorang muallim...Ada 17 adab semuanya...Saya akan menulisnya di lain penulisan...Sesunguhnya Syeikh Daud Fathoni merupakan ulama yang tersohor di zamannya.Namun begitu beliau sangat tawadduk dengan ilmu beliau...Adapun kita ilmu sedikit tetapi takabbur...Maka sama-sama lah bermuhasabah...Ini antara syair-syair Syeikh Daud Fathoni...


Inilah yg senantiasa ku simpan, dan menyebarkannya..Hingga aku sampai bersamanya, apa yang menjadi cita2 padanya..

Kekalkanlah bersamanya, jauhilah orang yg menjauhinya..Ilmu itu adalah keindahan sesuatu, engkaulah yg menanggungnya..

~Puisi Arab Syeikh Ahmad al-Fathani dimelayukan cucundanya Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah dan Hjh Zaharah Awang

1 comment:

jaya jr said...

huhu,selamat bercuti bersama keluarga dan teman-teman payeh..nice2