03 July 2011

2nd day Holiday


Permulaan hari ini perlu memberitahu sepupu saya yang saya menolak untuk bekerja dengannya disebabkan saya mahu menumpukan kepada pengajian ilmu fardhu ain di samping menjadi driver kepada umi dan adik2 saya...

Pagi tadi pergi hantar adik ke sekolah menengah lama saya yakni Maahad Muhammadi Lelaki...Mujurlah tidak bertemu dengan guru-guru lama saya...huhu...Banyak kenangan di situ dan tarbiyah pun bermula di situ...Malu nak ziarah sorang-sorang di tambah lagi dengan saya hanya belajar di universiti tempatan...hoho

Petangnya berpeluang belajar kitab dengan Ustaz Wan Arshad atau terkenal dengan nama Ustaz Wan Omar di rumahnya bersama junior Maahad dulu...Tapi saya tak mengingati mereka sebab perbezaan kami 4-5 tahun.

‎"Di beri kesempatan untuk berada dalam majlis ilmu merupakan nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yang terpilih"
~Syaikhna al Musnid Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله تعالى

Kelmarin juga keluarga saya menjemput isteri kepada sepupu saya baru kahwin untuk menikmati jamuan bagi mengalu-ngalukan kedatangan ke dalam kelurga besar kami...

Pada lewat petangnya ada game Kelayakan Piala Dunia 2014...Alhamdulillah Malaysia layak walaupun tewas...

Sekian


p/s


semoga sahabat saya di Jordan tabah menghadapi ujian yang bertimpa-timpa...Allahumma amin







No comments: