kawan saya menyanyi lagu ini dan tagged saya dalam fb...best2
30 July 2011
Dengan KuasaMU
kawan saya menyanyi lagu ini dan tagged saya dalam fb...best2
26 July 2011
Semakin Menghampiri
Ramadhan semakin hampir...apakah persiapan kita?
Habib Kazim berkata
1. Mempersiapkan diri dgn niat yg baik².
2. Menzahirkan rasa gembira ツ dengan kedatangannya.
3. Memberikan hak seperti yg telah ditetapkan ke atasnya (berupa amal² keta'atan).
21 July 2011
3 years
Teringat ayat yang diberikan oleh sahabat saya melalui khidmat pesanan ringkas suatu ketika dahulu
"ilmu itu disembelih dengan benda di antara dua paha perempuan"
antara kitab yang perlu dikhatamkan adalah:
2-musolli(bab solat)
5-muhimmah(bab cari jodoh)
belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad
saya sangat bertuah mengenali dan terpilih menghadiri pengajian ilmu dari guru yang mursyid dan bersanad...alhamdulillah nikmat yang tiada tolok bandingnya...
sesungguhnya hati yang kotor tidak dapat menerangi hati yang kotor jua...hanya hati yang bersinar dapat menerangi hati yang kotor seperti saya ini...
16 July 2011
Kursus Kahwin 1st Day
huhu....memang sunke senlop las dengar penceramah ceramah hari ini...tak bunles cerita banyak-banyak...nantikan tak best nak pergi dengar kepada siapa-siapa yang baca post ini sebab cam dah hambar la dah tahu slot apa kan?
suka tu jangan la sampai suka seolah-olah masuk syurga...insaf
Kalu nk doa kena rendah ht...Ngaku kslhn yg tlh buat br minta dgn Allah...Hendaklah kamu bersama Allah...kalu xleh,bsama la org yg bsama Allah...
jgnlah kalian myibukkan diri kalian dgn byk myebut mnusia, krn itu adlh bencana. Sibukkanlah kalian dgn menyebut Allah (dzikir padaNya) krn itu adlh rahmat.
ALLAH adalah segala2nya...
حياتي وموتي وروحي إليك يا ربي
13 July 2011
Bersabarlah Wahai Hati
akhirat kelak saiyidatina Fatimah akan berjalan menuju ke syurga dalam keadaan semua lelaki-lelaki(kecuali ayah beliau, Nabi Muhammad saw) menundukkan kepala & wajah mereka kerana semasa hayatnya beliau tidak memandang lelaki ajnabi & berusaha agar dirinya tidak dipandang oleh semua lelaki.Dan semua wanita yang melakukan seperti saiyidatina Fatimah ini (menjaga pandangan dari memandang&dipandang lelaki ajnabi)akan berjalan dibelakang beliau bersama-sama menuju ke syurga
Hanya Allah yang tahu...
Ya Allah kurniakan kami isteri solehah,bertakwa dan sejuk mata memandang...sesungguhnya kepadaMu segala ketentuan itu...Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaMu...
amin
Segala Pengajaran Yang Indah-Indah (part3)
Sambungan kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.
Berkata Allah Tabaraka wa Ta'ala: Hai anak Adam, padakan oleh kamu dengan yang sedikit supaya kayalah engkau(rasa memadai dengan yang sedikit sebab orang yang betul-betul kaya adalah orang yang merasa memadai apa yang ada..tidak berhajat pada yang lain) dan tinggalkan olehmu dengki supaya senanglah hatimu(jika ada perasaan dengki salah satu penyakit hati) dan jauhkan olehmu akan segala yang haram supaya ikhlaskan akan agama.(supaya bersih agama)
Dan barangsiapa meninggal ia akan mengumpat-umpat akan seseorang nescaya zahirlah kasih baginya.(kerana dosa mengumpat itu hanya allah ampun jika orang yang diumpat itu memaafkan..maafkan saya)
Dan barangsiapa menjauhkan dirinya daripada segala manusia nescaya sejahteralah ia daripada fitnah mereka itu.(sebab tiada orang kenal dia)
Dan barangsiapa sedikit perkataannya nescaya sempurnalah aqalnya.
Dan barangsiapa redha ia dengan barang yang sedikit, maka sungguh percaya ia akan Allah Ta'ala.(kalau redha pada yang sedikit yang banyak akan mari)
(Hai anak Adam), engkau dengan barang yang engkau ketahui tiada engkau amalkan, maka betapa engkau menuntut akan ilmu yang belum engkau ketahui.(yang kita tahu pun sukar nak amal macam mana nak amal dengan ilmu baru?)
Hai anak Adam, engkau kerjakan di dalam dunia seolah-olah engkau tiada mati selama-lamanya dan engkau himpunkan akan harta seolah-olah engkau kekal selama-lamanya.(kuat kita kejar dunia seolah-olah kita tak mati nanti)
Hai dunia, dinding olehmu akan daku daripada orang yang loba (tamak) akan dikau dan daripada orang yang mengkehendak kelebihan daripadamu(peminat-peminat dunia) dan jadikan olehmu akan dirimu manis pada mata segala orang yang menilik kepadamu dan segala orang yang gemar kepadamu.(minta jauh dari orang-orang yang terpesona dengan dunia ibarat kita berjalan-berjalan di hutan yang tebal beramai-ramai.salah seorang dari kita terpesona dengan buah rambutan dan berhenti mengakibat rakan yang lain meninggalkan dia.berpisahlah mereka.maka sesatlah dia di hutan tersebut)
11 July 2011
Sedih
Alhamdulillah tadi berkesempatan pergi solat maghrib di masjid muhammadi...Terkejut boleh berjumpa dengan Sultan Kelantan...Tiada polis pun yang escort...tiada karpet kuning pun yang menyambut...Bersyukur dikurniakan Sultan yang melazimi solat berjemaah...Enshalllah ada barokah di bumi Kelantan...
Terkesan dengan untaian ceramah dari Ustaz Lutfi tadi...Sebenarnya tidak mengetahui dia akan mengajar di situ sebab malam isnin saya tidak tahu di mana kuliah maghrib yang menjentik hati saya untuk pergi...Tadi tergerak untuk ke masjid muhammadi kerana hari ini saya sedih...Selalunya saya sedih saya akan pergi ke masjid sana untuk menenangkan hati...Ada sesuatu yang sepesel di sana yang sukar untuk dinyatakan...Mungkin disebabkan ulama hebat dulu mengajar di sana...alhamdulillah
Antara untaian-untaian kata yang menarik tadi
1-mnglkan khndk yg tngi =sero cukup dh
2-mnglkn kasih kpd dunia=tngl yg nafsu suko
3-bkekalan dgn zikrullah=sebutlah allah dgn ht
4-sgera bertaubat bila mlakukan dosa=mhinakan diri ke allah
5-mnglkn angan2=jgn berangan sj tp kijoan xbuat
baru ht mnjd gementar bila dengar ayat2 allah.
'hal dunia kta xkebuluran dh bekalan.tp hal akhirat kta kbuluran.sma2 buat psiapan.kta pn xlama dh'~ustaz lutfi
Crying are words can't express...
08 July 2011
Bersih
05 July 2011
Three
Hari ketiga adalah hari Isnin...Bangun pagi tu on9 dulu lepas solat subuh...Lama juga on9 hampir 2 jam juga...Lepas tu tido sampai la kena tengah hari...Kena ambil si kembar dan aqil...
Then kena pergi ambil umi kat sekolah dia..Gendong naik motor je dengan umi..Risau juga kerana takut jadi apa-apa...So bawa slow je...Tak nak jadi penyebab kehilangan umi...Nauzubillah
Petangnya berpeluang terpilih belajar dengan Ustaz Wan Omar...Hari ini bab pakaian dan tauhid...Susah untuk dibicarakan kerana perlu belajar lebih lagi..Belajar dari guru banyak kata-kata dan pengalaman beliau ceritakan..Paling menarik pasal Tok Kenali..
Malamnya pergi dengar Ustaz Wan Omar lagi..Kitab Bab Solat...Apa yang ingin dikongsi post kali ini mengenai orang yang tidak mahu solat...Masyaallah.Ada lagi ya orang yang tak nak solat...Setelah Allah bagi berbagai nikmat pada mereka...Ustaz juga bercerita mengenai neraka al-falaq yang disediakan untuk orang yang tidak solat.
al falaq merupakan salah satu pintu dari neraka...disediakan untuk org yang tidak mengerjakan solat sedangkan beliau sehat...luasnya ibarat seribu tahun perjalanan pun tidak habis ke penghujungnya dan dalamnya ibarat dilemparkan batu seribu tahun pun tidak smpai ke dasarnya
Ada lagi yang meremehkan solat ini...Dosa meninggalkan solat tidak diampunkan melainkan kita qadha...20tahun kita tidak solat maka kena la kita qadha...Jika semasa kita mengqadhakan itu ditakdirkan kita meninggal dunia enshaallah allah akan mengampunkan disebabkan kita telah berusaha...Bertaubatlah selalu jangan bertangguh
03 July 2011
2nd day Holiday
Permulaan hari ini perlu memberitahu sepupu saya yang saya menolak untuk bekerja dengannya disebabkan saya mahu menumpukan kepada pengajian ilmu fardhu ain di samping menjadi driver kepada umi dan adik2 saya...
Pagi tadi pergi hantar adik ke sekolah menengah lama saya yakni Maahad Muhammadi Lelaki...Mujurlah tidak bertemu dengan guru-guru lama saya...huhu...Banyak kenangan di situ dan tarbiyah pun bermula di situ...Malu nak ziarah sorang-sorang di tambah lagi dengan saya hanya belajar di universiti tempatan...hoho
~Syaikhna al Musnid Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله تعالى
Sekian
p/s
02 July 2011
Hari Pertama Cuti
Pada malamnya alhamdulillah terpilih mendengar kuliah Ustaz Sanusi yang menghuraikan kitab Hidayatus Salikin karya Syeikh Daud Fathoni...Malam ini Ustaz membicarakan adab bagi seorang muallim...Ada 17 adab semuanya...Saya akan menulisnya di lain penulisan...Sesunguhnya Syeikh Daud Fathoni merupakan ulama yang tersohor di zamannya.Namun begitu beliau sangat tawadduk dengan ilmu beliau...Adapun kita ilmu sedikit tetapi takabbur...Maka sama-sama lah bermuhasabah...Ini antara syair-syair Syeikh Daud Fathoni...
Kekalkanlah bersamanya, jauhilah orang yg menjauhinya..Ilmu itu adalah keindahan sesuatu, engkaulah yg menanggungnya..
~Puisi Arab Syeikh Ahmad al-Fathani dimelayukan cucundanya Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah dan Hjh Zaharah Awang
01 July 2011
Cuti
Alhamdulillah jam 5.30 petang 29.06.2011 tamatlah pengajian tahun satu saya di Universiti...Ada tiga tahun lagi untuk dihabiskan...
Semoga cuti 2bulan ini dapat digunakan dengan sebaiknya....Jaga 7 anggota...Semoga saya kuat...Masalah cinta pun tidak selesai lagi...Semoga Allah memberi yang terbaik...Alhamdulillah dikurniakan umi dan abah yang baik