Alhamdulillah
Sedih ada gembira pun ada
Sedih kerana ramadhan telah pergi
gembira kerana kembali kepada fitrah
Berlalunya ramadhan menandakan syawal pun menjelma
kita umpama dilahirkan semula
kembali kepada fitrah yakni suci dan bersih
semoga kita jangan kotorinya lagi dengan dosa-dosa
mungkin ini ramdahan terakhir untuk kita....
Ada masanya ketika ribut cabaran
melanda menerjah diri
pada sekeping hati, teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti
ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani
terusik persaudaraan
tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan
Sampai masanya aidilfitri bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula
Terciptalah KEMAAFAN, terukir KEAMPUNAN
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hari raya
Pada nur ramadhan yang terus membara
sinar kemeriahan syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan
yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada FITRAH
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada allah
berkah di hari raya
MAAFKAN saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga UKHUWWAH terjalin selamanya
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
dari saya Fakkirul Hub Ilalloh
No comments:
Post a Comment