Alhamdulillah dapat juga update
Minggu lepas agak sedih kerana pasukan favourite saya Arsenal dalam EPL tewas di tangan musuh utama Manchester United.Walaupun mendahului di separuh masa pertama hasil jaringan cantik Arshavin namun sedikit kealpaan di separuh masa kedua membuatkan Arsenal kecundang 2-1.Tetapi untuk merebut kejuaraan EPL masih jauh untuk membuat congakan kerana masih berbaki 36 perlawanan.
"Sedih pado putus cinto lagi la arsenal kaloh n.emm"saya merintih.
"Alohla kejar lagi dunio tu.Sedih sangat pasal dunio tu lagi"Syamsul menegur dengan ayat yang pedih
Puasa
Selepas separuh sudah kita berpuasa di bulan ramadhan tahun di tahap mana kita berada sekarang?
Apakah jaringan kita setakat sebelum separuh masa kedua ini bermula jika dikaitkan dengan perlawanan bola sepak untuk merebut Kejuaraan Taqwa?
Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.
Andai kata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.
Tambah-tambah dekat nak raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.
Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Kejuaraan Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Kejuaraan Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Kejuaraan Taqwa itu tidak berada di tangan kita.
Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?
Moga kita tergolong dikalangan orang yang bertakwa di akhirnya
Sumber saifulislam.com
No comments:
Post a Comment