![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPO-qpMSrD5G46B5EwerdaRZUbq2Lor-05BziRPVFyVE0rstaw58IZsn3bV5VyDb3Iu86AV5h-gK5A-xCNNZuFBMZhDWpqRYGxhj136Wos498lYPnpTH5J8BHvfYJMn6_U8dClJdUAbi8/s320/sebanyak-3-juta-kitab-suci-al-quran-dicetak-di-madinah01.jpg)
Sempena Nuzul Al-Quran ini marilah kita membuat azam baru untuk memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran di waktu lapang.Kita jadikan membaca Al-Quran sebagai kewajipan setiap hari.Satu muka surat pun sudah cukup setiap hari jika malas sangat asalkan istiqamah.Kalau 1 juzuk pun apa salahnya.
"Baiklah baco quran dari baco mesej tu payeh weh"tegur Syafiq.
Banyak kelebihan membaca Al-Quran
Antara faedah membaca al-Quran adalah;
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)
Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran." Kepada sahabat dan sahabiah Darul Quran terutamanya dan sahabat-sahabat penghafaz yang lain yang menghafaz Al-Quran jagalah hafalan anda.
"Nak hafal senang je nak jaga itu susah"
No comments:
Post a Comment