
Bismillahil Rahmani Rahim
Menurut Imam al-Ghazali, puasa (dari kaca mata tasawuf) terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Shaum al-Umum(puasa orang kebanyakan)
sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.
2. Shaum al-khusus(puasa khusus)
ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan
maksiat dengan enam perkara berikut:
- menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata islam.
 - menjaga lisan daripada berdusta, memfitnah dan mengucap kata-kata keji.
 - menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar.
 - menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif.
 - menjaga agar tidak makan berlebihan di saat berbuka puasa.
 - menjaga hari agar berada antara Khauf(takut) dan Raja'(berharap) dan sedar bahawa Allah berhak menerima dan menolak ibadah puasa kita.
 
3. Shaum Khusus al-Khusus(puasa golongan yang khusus daripada khusus)puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu:
- para nabi.
 - al-Siddiqun(orang-orang yang jujur)
 - al-Muqarrabin(orang-orang dekat dengan Allah.
 
Renungilah
No comments:
Post a Comment