29 September 2009

Rindu


Saya merindukan ramadhan yang berlalu sudah.Semoga dapat bertemu lagi.Hari mendatang tidak lara lagi harapnya dengan benda sia-sia.Ya Allah bantulah hamba yang hina ini.Hanya bacaan doa sheikh sudaisi di akhir ramadhan mengubat rindu ini pada bulan yang mulia.Terima kasih Abe Dinie rekod des.ngeee

"Tatkala ramadhan telah pergi,Qiam malam menjadi sepi,Membaca al-quran liat sekali,Istighfar tidak diingati,Berdoa kepada ya Robbi jarang sekali,Solat berjemaah tidak seceria lagi"

Moga-moga kita teruskan amalan-amalan soleh di bulan ramadhan yang telah kita lakukan untuk bulan-bulan yang lain juga.

"Hadirnya syawal menandakan kita kembali kepada fitrah yakni suci lagi bersih.Jangan kita kotorinya lagi dengan dosa-dosa"

Di sini saya sertakan artikel dari Mufti Perlis

RAMADAN sudah meninggalkan tapak semaian ibadat yang mekar di hati seorang mukmin. Jiwanya masih lagi dipengaruhi bekas amal salih, sabar dan reda menahan hawa nafsu, munajat dan sujud, tadabbur al-Quran dan sedekah, doa yang panjang, tangisan dan taubat pada akhir malam.

Semua itu amat bermakna bagi membersihkan jiwa. Maka, pada Syawal ini janganlah disurutkan langkah ke belakang dan dikotori jiwa dengan maksiat. Apatah lagi untuk memutuskan diri dengan ‘pencen ibadat’?

Jika demikian tentu sia-sia madrasah Ramadan dalam membentuk karakter jiwa yang bersih, tahan lasak melawan hawa nafsu dan kuat mujahadah. Syawal yang mulia seharusnya menggamit jiwa untuk kembali kepada fitrah.

Dunia kembali kepada wajah yang jelek dan huru-hara akibat perangai manusia bersifat seperti syaitan. Kembali bergolak dengan kejahatan dan kezaliman di mana-mana, dosa dan maksiat dianggap sesuatu yang lumrah dan semakin lembik suara mengajak kepada amar makruf nahi mungkar. Apakah ini semua berlaku kerana berakhirnya Ramadan?

Tidak, sesungguhnya Ramadan dijadikan sebagai bulan pembekal iman dan penguat semangat ketakwaan orang mukmin. Kekurangan ilmu dan ketandusan kefahaman agama menjadi sebab dan punca sesetengah umat Islam tidak mampu menterjemahkan semangat Ramadan sepanjang kehidupan mereka.

Janganlah kerana berpegang secara silap kepada hadis Rasulullah SAW yang menyatakan syaitan diikat pada Ramadan maka ada yang pandai-pandai beranggapan dosa dan maksiat yang dilakukan kini bukan atas kemahuan mereka, tetapi kerana rasukan serta hasutan syaitan selepas rantai dilepaskan.

Bukankah manusia sudah dibekalkan dengan kekuatan dan senjata untuk melawan pengaruh syaitan? Allah menolong hamba-Nya dan memberi penjagaan serta bimbingan wahyu untuk menyelamatkan manusia daripada kejahatan makhluk itu.

Mengapa menuduh syaitan menjadi punca kemerosotan iman, padahal setiap insan dibekalkan akal, hati, mata dan telinga untuk menerima hidayah Allah? Rasul diutuskan dan agama diturunkan dengan sempurna.

Bukankah Allah memberi jaminan dan perlindungan kepada setiap hamba-Nya daripada gangguan syaitan? seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Bagi manusia ada malaikat yang selalu mengikutinya secara bergilir, di depan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra’d, ayat 11)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Hampir-hampir neraka itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan orang kafir, penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: Benar ada. Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar. Dan mereka berkata: Jika kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Surah al-Mulk, ayat 8-11)

Antara amalan yang membuat syaitan berputus asa menggoda manusia ialah dengan kembali kepada Allah selepas tersilap langkah. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat lemah bagi orang yang sentiasa dekat dengan Allah dan menyedari bahawa ada Malaikat Hafazah dan Malaikat Rakib juga Atid yang menemani serta memerhati pergerakan amalan mereka.

Sehingga melalui lisan Nabi-Nya SAW dinyatakan setiap anak Adam pasti berdosa. Mereka tidak terlepas daripada gangguan syaitan, bahkan dalam aliran darah mereka melainkan orang yang menang dan kuat melawan pengaruhnya dengan pertolongan Allah.

Hal ini dinyatakan Baginda SAW yang bermaksud: “Bahawasanya Rasulullah SAW pernah keluar dari rumah Aisyah pada waktu malam, lalu aku (Aisyah) berasa cemburu terhadapnya. Apabila Baginda kembali dan melihat apa yang aku lakukan, Baginda bersabda: Wahai Aisyah! Apakah engkau cemburukan aku? Aku menjawab: Bagaimanakah orang seperti aku ini tidak cemburu kepada orang sepertimu? Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Kenapa begitu? Apakah syaitan merasukmu? Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah aku mempunyai syaitan? Sabda baginda: Benar. Aku bertanya lagi: Apakah syaitan itu berada pada semua orang? Sabdanya: Benar. Aku bertanya lagi: Pada dirimu juga ada syaitan? Sabda Baginda: Benar, akan tetapi Tuhanku menolongku terhadap syaitan itu sehingga akhirnya dia menyerah kalah.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Betapa lemahnya manusia apabila Allah melepaskan genggaman-Nya ke atas hati mereka, apabila Allah memalingkan pandangan rahmat-Nya dari jiwa mereka dan apabila Allah membiarkan mereka menjaga diri sendiri tanpa kekuatannya-Nya.

Sebaik-baik jalan keluar bagi menyelamatkan diri ialah dengan menghapuskan dosa lalu dan kembali kepada Allah dalam keadaan bertaubat. Jika tersilap lagi, bangkitlah semula dan jangan berputus asa mencari jalan pulang.

Sikap optimis dalam mencari hidayah dan melazimi taubat kepada Allah adalah amalan terbaik yang membuat syaitan menangis berputus asa. Bayangkanlah, ketika syaitan sudah hampir mencapai matlamatnya untuk menyesatkan seorang insan, tiba-tiba dengan segenap kekuatan insan itu berpatah balik pulang kepada Allah. Pasti syaitan laknatullah tersungkur menghumbankan wajah mereka ke tanah menangis sambil berkata: “Oh alangkah ruginya, sedikit saja lagi aku hampir menyesatkannya!”

Amalan seterusnya yang membuat syaitan berputus asa ialah membentuk benteng hati bersama ulama dan orang salih. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang menginginkan kebahagiaan syurga, hendaklah dia melazimkan diri dalam jemaah. Sebab syaitan suka kepada orang yang bersendirian.” (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi)

Pergaulan sihat mesti dilandaskan iman dan takwa. Memilih sahabat adalah ibadat. Setiap insan mesti memastikan dirinya berada dalam lingkungan iman yang baik, amal salih berterusan dan ilmu semakin meningkat serta penghayatan mendalam dalam kehidupan seharian. Keadaan sebegini memusnahkan impian syaitan laknatullah menyesatkan manusia beriman.

Kedudukan ulama ikhlas dan orang salih yang warak kadang-kadang dipinggirkan disebabkan perbezaan pandangan serta tindakan mereka terhadap orang jahil. Setiap perbezaan dan khilaf dalam masyarakat adalah ketentuan Allah yang berlaku pada setiap zaman.

Sudah selayaknya orang yang faham dan alim berlapang dada atas perlakuan orang jahil seperti Rasulullah SAW diarah untuk merendahkan ’sayapnya’ (menurut bahasa al-Quran) di hadapan orang kurang memahami.

Demi membentuk benteng teguh menangkis serangan syaitan laknatullah, tiada jalan terbaik selain mengikuti sunnah Rasulullah SAW, bersaudara dengan orang salih dan menimba ilmu daripada pewaris Nabi.

Penulis ialah Mufti Perlis sekarang dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my


27 September 2009

Mesej Aidilfitri (4)


Last ni

1-Jari dsusun maaf dipinta.Andai ada tersilap bicara,adat kita manusia biasa,tiada yang sempurna melainkan yang Esa.Selamat Hari Raya Aidilfitri,ampun maaf dr tgn ke ht.maaf zahir&batin..dr islah & keluarga-Selah 20/9 10:50

2-Ketupat pulut diatas para,hendak direbus di tepi perigi,sms dihantar penganti kad raya,tanda ingatan di aidilfitri...maaf zahir batin-Cg Rosmaidah 20/9 11:00

3-Walau langkah tak bertemu,tangan tak berjabat,ucap tak terdengar,mata tak bertatap,tapi izinkan hati memohon maaf zahir & batin.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-Kak Jubin 20/9 11:04

4-''Biar hati sjernih air,jgn pula dpenuhi lumpur,kalau salah kami belum berakhir,diharap diampun dgn rasa bersyukur''.''Jka budi dipenuhi ikhlas,jgn ia disulam tuba,jka ada salah yg belum dibalas,harap ampun dihari raya''.''Biar amarah disunting senyum,ibarat pekerti disulam kasih,diharap halalkan makan dan minum,ibarat rezki yg tidak disisih''SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR&BATIN-Kak Farawahida-20/9 11:19

5-Salam..Eid Mubarak.May the blessings of Almighty Allah be showered on you and your family this Eid and always.May Allah continue to guide,bless and protect us all,unite us and always keep us on the straight on the straight path.Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir&Batin.-Kak Yan 20/9 14:28

6-Walau langkah dua ribu,tangan sepasang,ucap tak terdengar,mata tak bertatapan,tai iznkan mesej memohon MAAF ZAHIR&BATIN..Selamat Hari Raya Aidilfitri.=)ikhls dr kami..Hadzr&isteri2 yg t'cnta..include kevser-U Hadzir 20/9 14:44

7-Jika ada langkah yg menoreh ht,ada tingkah membekas luka,ada lisan yg tak terjaga,ada jnji yg xtrtunai,ada ht yg berprasangka serta ucapan berbunga dusta,mohon dibukakn pintu kemaafan..Mohon Maaf Segalanya!Salam Aidilfitri!Maaf Zahir&Batin..kullu am wa antum bikhair!-laila-Laila 20/9 15:03

8-Perginya Ramadhan ditangisi.Datangnya Syawal disyukuri.Salam kemaafan di Aidilfitri,Tanda ingatan kekal abadi-Ikmal.Adura.Firas Ilman.Faris Irfan-Madame Adura 21/9 00:43

9-SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR&BATIN.Syukran faris.Jdlh anak dan murid yg taat.Hormatilah ayah ibu & guru,insyaallah akn ada keberkatan dlm pelajaran & kehidupan.Drpd Ust Muhadir 23/9 14:22

10-Slmt hari raya aidilfitri 1430H.mntk maaf byk2 skiranya ada slh slp dsb.mga2 ramadhan yg brlalu mmberi natijah yg baik pd kta-U Muntaqim 25/9 20:37

Setakat itu je untuk mesj raye.Saya mengucapkan banyak2 terima kasih kepada yang mengingati diri ini.Kepada yang saya tak letak diorang mesej sebab terdelete tapi ingat nama-nama yang hantar.Azim Hakimi,Kex Anis,Kak Farah,Kex Rafiqa,Abu Zar,Ali Sofwan,Aza,Fikri Othman,GM Useriey,Kak Cik Ayah Mat,Kak Farhana,Kak Lyn,Kak Norfarahani,Kex Assif,Kex Hajar,Kex Farhan,Kex Rabien,Kex Zul,Mamat Cok,Mamat Nur,Nasrun dan tak ingat.Kepada yang tak hantar pun tak de hal sebab doa dihantar.Amin.Saya pun tak sempat nak hantar semua.Hanya doa juga dihantar.al-Fatihan buat lecture sem lepas saya Miss Marlina telah pergi buat selamanya.Fuh lego habis dah tulis pasal mesej.wallahuaa'lam

26 September 2009

Mesej Aidilfitri (3)


Alhamdulillah dapat jugak tulis.Malas nak bertangguh-tangguh.

1-nk b'pntun gk r sket rye2 ni.. ''esok ialah hari raya selamat hari raya'' mmm.mntk maaf byk2 eh if ad terguris mne2 bhgian hti,taun ni xde opn house,sry-U Arifeen 20/9 1:21

2-pejam celik dh lma kita kwan.pejam celik esok dh raya.makin pejam celik,makin byk slh silap.smentara sih celik ampun maaf & Selamat Hari Raya diucap.Maaf Z&B-xtaw 20/9 2:30

3-maen mercun time raye.mkn ktupat time raye,mkn lemang time raye.ni LG satu slt Aidilfitri pon time raye jgok seme nk raye Sel@m@t Hari R@ye maaf zahir batin n mohon halal sgalenye..hehe U Syamsul 20/9 4:01

4-Laungan takbir d pg hari,memecah sunyi kriangan dseri,SMS pganti kad raya&diri.Bkn lupakan tradisi tp ikut tknologi d hujung jari "Slm kemaafan d Aidilfitri dari nik&isteri..mai jale rmoh nie..-U Nik 20/9 4:01

5-Slm Aidilfitri.Ramadhan kdatanganmu dirai..Pemergianmu ditangisi..Engkau datang dgn rahmat...Buat hamba yg merindui Cinta yang hakiki...Untuk-Mu Rabbul'Izzati.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir&Batin..Kullu'aam wa antum bikhoir(Halim ex-MML '07)-Halim 20/9 5:32

6-Jika ht sjernih air,jgn biar ia keruh...jika hati sputih awn,jgn biar ia mendung..jika ht seindah bulan,hiasi ia dgn iman dan taqwa..jika hati tersentuh oleh salah silap,mohon dberi kemaafan...Salam Aidilfitri Mohon Maaf Zahir & Batin-Sede 20/9 6:23

7-Salam..Aidilfitri Aidul Mubarak Maaf Zahir Batin,ikhlas drpd M.Faiq(ejaan jawi)-Faiq 20/9 7:33

8-Roti sebuku petai sepapan,Daun ketupat daun palas,Biarkan SMS ni jaddi pgganti kad ucapn,Tnda ingtn yg tulus ikhlas..Selamat hari raya,maaf zahir dan batin..=)-U Adik Najat 20/9 7:58

9-Sebening air wudhuk,sesuci alquran,semerdu alunan zikir,seindah solat 5 waktu,setenang hati yg tiada rasa benci&dendam,andai tanganku tak sempat berjabat,jika muka tidak sempat bertatap,bukalah pintu maaf untukku..Selamat menyambut Aidilfitri.Ya Allah,ak syg akn sahabat ini..amin..Maaf zhr dn batin..-Mazni Jepun 20/9 8:39

10-SEBULAN SUDAH KITA BERPUASA..LAPAR & DAHAGA DUGAAN UTAMA..MALAM BERTERAWIH USAH DLUPA,PELENGKAP MALAM BULAN YG MULIA,..HARI RAYA KINI MENJELMA,BERSUA KITA DI HARI BAHAGIA,AMPUN & MAAF MOHON DIPINTA,AGAR HENING SILAP & DOSA..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR & BATIN-Kex Aisyah 20/9 10:07

Ada satu lagi siri kot.Untuk siri ni tak tau nak pilih yang mana.Kesemuanya dihantar dengan tulus ikhlas.Saya pilih yang mazni jepun la dan sede.Ayat diorang mengingatkan tentang si Dia..Thanks all

Mesej Aidilfitri (2)


Alhamdulillah selesai 2 exam.3 more to go.AA'NAKUMULLAH.Ada lagi mesej yang awal dihantar.Terlepas pandang.Yang mula-mula hantar pada 25 ramadhan lagi.

1-Walau jauh manapun jarak kita...lama manapun tak jumpa...kita TETAP PANDANG langit yang sama,jadi kita sebenarnya tak pernah jauh.KITA...tetap dekat dihati.Selamat menyambut aidilfitri...kemaafan dipinta...terlajak kata..terlanjur bicara...maaf zahir dan batin-Raja 16/9 22.41

2-Asslmualaikum..akhi/ukhti,smpn Aidilfitri,sy slaku hmba yg b'dsa kpd Khalik&makhlk mmohon kmaafan..smda kslhn yg jls@t'smbnyi..smg dgn kmaafan t'sbt,ALKHALIK mngmpuni sy..sm2lh kt bgkt mnggakkn agm ALLAH,bkn hny pnyokg..smg kredaan ALLAH b'sm kt..(hntr awl sbb lps ni clcm blok msg)-U Mad Is 18/9 1:57

3-Ktika tgn xdpt dihulur dan wajah yg xmngkn bersua,izinkan ke2 tgn bersimpuh memohon maaf ats lisan yg x trjaga,jnji yg trabai,ht yg brprasngka & prbuatan yg menyakitkn.Seribu kemaafn dipinta...Slm aidilfitri,maaf zahir & Batin.-U Aziema

4-Di Aidilfitri mulia,maaf dipinta andai TERkasar bahasa...TERsilap bicara...TERmarah yang tak kena...TERtanya tak tentu hala...TERsasul yang tak sengaja...TERpukul kat mana-mana..TERpekik di telinga..TERhantuk di kepala..TERpinjam harta benda..TERmoody tak semena-mena..TERumpat bila-bila..TERusik yg sengaja dan macam-macam lagi yang adaa..Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin-adik Fatihah Syuhada 19/9 20:49

5-adklnya t'ctus dosa dlm tawa,t'slit luka dlm gurauan,t'lints keangkuhan dlm snyuman.Maafkn sgla khilaf & slh.slm aidilfitri..maaf zahir batin-U Farhana Sain Fadil 19/9 22:09

6-Dlm kerendahan hati,ada ketinggian budi.dlm kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dlm kelembutan lidah,ada keterlanjuran kata.Dlm gurau dan senda,ada khilaf dan dosa.Harap dmaafkan segala-galanya.Selamat Menyambut Adilfitri.Maaf Zahir Batin.Semoga kita sm2 drahmati Allah S.W.T..-Adk Azni&Poji 19/9 22:55

7-Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf andai terkasar bhasa dan tersilap kata.Smoge kita semua dlimpahi rahmatNya-nuradani-Kex Adani-20/9 00:23

8-Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir dan Batin.Tika ini daku susun 10 jari pohon ampun andai daku pernah myakiti kamu..jmput dtg kerumah..dr haiqal,istri n kluarga.Haha-U Haiqal Rep-20/9 00:23

9-B4 Aidilfitri dtg B4 Ramadan p'gi B4 operator bz B4 msg asyik pending B4 kdt abis KU nk ucpkn Slamat Ari Raya Aidilfitri mhon maaf zahir & Batin.0-0 ye..=)-Asmaa 20/9 00:23

10-Salam..Aidilfitri Al Mubarak lisohibi al mahbub faris akmal(ejaan jawi)-Najib Azani 20/9 00:23

Yang paling terharu dari najib azani.Walau kami jarang berhubung tapi saya sayang sangat kat dio.Lepas ni semakin jauh kami berpisah sebab dia akan melanjutkan pelajaran di bumi anbia dalam bidang agama.Semoga kita dapat bertemu lagi najib des.Sedihnyo.Masih ado banyak lagi mesej yang dihantar.Insyaallah saya tulis dalam blog ini sebab mahu dijadikan kenangan.Nok sipey dalam henset tak cukup memory.Banyak sangat mesej.huhu.Time kaseh kepada penghantar-penghantar.

23 September 2009

Mesej Aidilfitri (1)


Ini antara sebahgian mesej cute2 sain2 adik2 cikgu2 hantar mengucapkan salam aidilfitri.Mesej aidilfitri mula dihantar pada 26 ramadhan.Awalnya dah hantar.huhu

1-slm.kpd ukht dan akhi skalian,sblm celcom block sy dr bmsg,ingin skali sy mgucapkn SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.maafkn sy jka ad tlnjur myakiti hti sy jka ad tlanjur myakiti hti sdra/ri skalian.sy bkn lah smpurna.smoga dpt kta bsm lg d rmadhan yg dtg i'Allah-drpd frh dan anak2-Adk Farah 17/9 20:45

2-Salam,rasanya diri ini tidak layak mymbt hari kemengnn...salam aidilfitri,maaf ats sgl kesalahan dhl,skrg dan akn dtg,moga ukhwah terjalin diberi rahmat-TW Hilmi 18/9

3-SeLaMat HaRi RaYa PeMBuKa SaPa,,Maf CoZ uCap aWaL Pula,,BuKaN eXCited aTaU TeRuJa,,CuMa Dah aGaK NaNTi 'LINE MeSTi bUZy GiLa,,-MAAF ZAHIR & BATIN-.-Adk K Yan 19/9 3:13

4-..di "kejauhan jarak yg mmisah..hati terasa ingin menyapa.."apa khabr imanmu shbtku?.."peliharalah nyalaan imanmu dgn tahajjud,zikir,istighfar&tilawatul Quran..mOga cinta-NYA memberi mu kekuatn utk terus mengharungi arus kehidupn..SeLaMaT menyambut ahir ramadhan-semoga kte bertemu ag ramadhan akan datang..amin.pubpro2 in memory-Tw Wan 19/9 9:56

5-slam brkias wt pggnti dri d kjauhn..rndukn dtk2 brsama..mga saat indh bsa diulg kmbli..pstiny wk2 i2 prnh rs trsn2h,ht trclar..dksmptn ini,ku ph0n maaf pnuh ikhls..mga mmpu mngubt skt i2..slm ukhuwwah fillah..mga ktmu lg rmdhan akan dtg..i.ALLAH..smile Tw Siti 19/9 10:53

6-Seiring t'benam mentari d akhir ramdhan,tibalah kini bln syawal.pesan ini sbg gnt jbt tgn utk M'mhn maaf & ke'khilafan.Slmt m'ymbt hari raya Aidilfitri.Tw K.Na 19/9 15:19

7-kambing ranggi naik LRT,katak pisang tercekik tulang,walau SMS saja yg diberi,itu tandanya ingatan tak hilang "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN"-Kere 19/9 17:45
sd
8-posto...posto...Kad raye smpi.buka la.----Dlm b'mesra mgkin t'kasar bahasa,Dlm b'gurau mgkin ada y blum dkota,Dlm b'bicara mgkin ada y myinggung rasa-Jika ada kemaafan jua lah y ku pinta"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN'-U Fatimah Amal 19/9 17:46

9-Walau jauh bukan halangan,SMs dihantar tanda p'hubungan,kupohon maaf selam berkenalan,Salam aidilfitri tanda ingatan.Selamat hari raya maaf zahir batin...Dgn ingatan tulus ikhlas...-Enchekk Eirul Che Ruslan-Abe Rul Che Lan 19/9 17:47

10-Sunyi sungguh pg td.sepi..awan mendung seakan menangisi Ramadhan yg bakal pergi sdikit masa lagi..sayu..seolah hari lebaran yg ktika kecil dlu dinanti2..sdh tiada ertinya lg..dn rmdhn yg dianggap meletihkan dri..mnjdi bln yg kta mahu ianya kekal abadi..hny tgal sjam shj lg,bln yg dlmnya amalan sunat mdpt pahala amln wajib,pahala amln wjb diganda70x..maka,dgn segala kudrat yg ada,sama2 kta rebut bbrp waktu yg trsisa ini..BZikir,bdoa,bce quran...istgfar-U Syafiq Nik 19/9 18:40

no 10 adalah saya pilih yang terbaik.tenkiu syafiq menyedarkanku selalu.Mesj lain ada lagi.later.ada yang dah delete sebab memory full.Kesian handphone murah kan

20 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah

Sedih ada gembira pun ada

Sedih kerana ramadhan telah pergi
gembira kerana kembali kepada fitrah

Berlalunya ramadhan menandakan syawal pun menjelma
kita umpama dilahirkan semula
kembali kepada fitrah yakni suci dan bersih
semoga kita jangan kotorinya lagi dengan dosa-dosa
mungkin ini ramdahan terakhir untuk kita....


Ada masanya ketika ribut cabaran
melanda menerjah diri
pada sekeping hati, teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti

ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani
terusik persaudaraan
tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masanya aidilfitri bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula

Terciptalah KEMAAFAN, terukir KEAMPUNAN
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hari raya

Pada nur ramadhan yang terus membara
sinar kemeriahan syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan

yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada FITRAH
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada allah
berkah di hari raya

MAAFKAN saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga UKHUWWAH terjalin selamanya

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

dari saya Fakkirul Hub Ilalloh

15 September 2009

Letih


"Laparla umi"rungutku jam 1 tengah hari.haha.

"Dok Uia tok lapar ko?"balas umi

"Uia tido jah sekalo(biasenye).heee"beta(balas) saya.

"Lebih pado Alia nga Adila la(adik bongsu saya) lapar"umi menyindir.

Alhamdulillah dapat balik dengan selamat ke Kelantan.Agak terharu disambut oleh semua ahli keluarga.huhu.

Perbualan di atas menunjukkan diri saya semakin malas di akhir-akhir ramadhan ini.Solat terawih pun liat nak berjemaah.erm.Study untuk exam final pun ala kadar tiada kesungguhan seperti SPM mulo.Kenapala semakin tua semakin malas.Semoga baki ramadhan yang tinggal saya dapat memanfaatkannya dengan semaksimumnya dan menjadi rajin selepas ini.

"Malula etek(juga) ko(kepada) kakak2 abe2 dan ore lain dapat dean list mumtaz sumo(semua).Mu dapat ala kadar sokmo.Bagi naik lagi pointer tu.erm"

Post kali ini adalah ayat-ayat sedap jah la sebagai booster kepada saya sendiri yang gersang hati ini mencari noktah ke jalan yang benar(sirotul mustaqim).

"Manusia yang paling LETIH ialah mereka yang besar keinginan dan harapannya"


Kata-kata hikmah

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.

Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

12 September 2009

Salam Perantauan

Alhamdulilah.Post kali ini berkaitan salam perantauan dari sepupu saya di Australia.Tahun ini kali pertama beliau beraya diperantauan.Dapat juga beliau masuk dalam ucapan ini ye di Utusan.Semasa saya berada di tingkatan 5 terdetik jugak perasaan ingin menghantar ucapan sebegini bila masuk universiti kerana bajet dapat sambung luar negara gak.Alhamdulillah rezki di Uia.Takpela dalam negara pun.

"Sedap tengok ore ngaji jauh.Bilo la sep kito pulop ek?"keluh saya kepada Nik.

"Insyaallah ado rezki kito.Ngaji molep sini dulu"cuba memujuk.

Yang pakai baju hijau biru berdiri paling tengah itulah sepupu saya.

"Semakin tinggi kamu ya.Saya je tak tinggi2.huhu."

Nama Pengirim: AHMAD HELMI, AHMAD RIDHUAN ALAUDDIN, AMMAR IZZUL ISLAM BIN MOHAMAD DAUD, AMZAR AZMI, ARIFF FADHALAN BIN AMIN, HAFIZUDIN HAMZAH, KAIXIONG, LUQMAN BIN ZULKIPLY, MOHD AIZAT FARID BIN HASAN, MOHD IZZAT EMIR BIN RAZMI, MOHD NAIM BIN YUSOF, MOHD SAIFUL RIDHUAN BIN CHE RAZAK, MOHD SYAFIK, MUHAMMAD AFIFI SHAKIR BIN MAHMOOD SABRI, MUHAMMAD ‘AMMAR ANUAR, MUHAMMAD SAFWAN ABDUL WAHID, TAN PERNG YIH, RAHIMIN BIN RAHMAN, ZULHASNOR BIN HASAN.

Lokasi Pengirim: ADELAIDE, AUSTRALIA.

Nama Penerima: AYAHANDA DAN BONDA, AHLI KELUARGA, SANAK SAUDARA, GURU-GURU DI KOLEJ BANDAR UTAMA (KBU),TAYLOR̢۪S UNI COLLEGE, MRSM PENGKALAN CHEPA, MRSM JASIN, MRSM LANGKAWI, MRSM KUANTAN, MRSM TRANSKRIAN, MRSM LENGGONG, SM SAINS SULTAN MAHMUD, SM SAINS LABUAN, SM SULTAN ISMAIL, SMAP KAJANG, KISAS, MAAHAD MUHAMMADI(L), MAAHAD TAHFIZ PULAU CHONDONG, ST. JOHN INSTITUTION KUALA LUMPUR, SAHABAT HANDAI, PENAJA KAMI, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA), SERTA SEMUA YANG MENGENALI KAMI.

Lokasi Penerima: KOTA BHARU, TUMPAT, PASIR MAS (KELANTAN), BANGI, KELANA JAYA (SELANGOR), ALOR GAJAH (MELAKA), SETIU (TERENGGANU), BUKIT MERTAJAM (PENANG), SLIM RIVER (PERAK), LABUAN (SABAH), KAMPUNG BARU (KUALA LUMPUR), BAHAU (NEGERI SEMBILAN), DAN SELURUH MALAYSIA.

Ucapan: KAMI PARA PELAJAR DI UNIVERSITY OF ADELAIDE, JURUSAN KEJURUTERAAN, PERAKAUNAN DAN SENI BINA, TAHUN PERTAMA, MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILAIDHA 1430H KEPADA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA DENGAN KEDATANGAN LEBARAN INI AKAN MEMBAWA SERIBU KEGEMBIRAAN INSYAALLAH. DOAKAN KESELAMATAN DAN KEJAYAAN KAMI DI SINI.

Pengenalan Gambar:

BERDIRI DARI KIRI: LUQMAN, AH PERNG, HELMI, AFIFI SHAKIR, AMMAR, IZZAT EMIR, ZULHASNOR

DUDUK TENGAH DARI KIRI: SAFWAN, HAFIZUDIN HAMZAH, ARIFF, SYAFIQ, NAIM, AMZAR.

DUDUK DEPAN DARI KIRI: KAI XIONG, MAD, IMIN, SAIFUL, AMMAR, AIZAT(BANDU).



11 September 2009

Tingkatan Puasa


Bismillahil Rahmani Rahim

Menurut Imam al-Ghazali, puasa (dari kaca mata tasawuf) terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1. Shaum al-Umum(puasa orang kebanyakan)
sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

2. Shaum al-khusus(puasa khusus)
ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan
maksiat dengan enam perkara berikut:
  • menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata islam.
  • menjaga lisan daripada berdusta, memfitnah dan mengucap kata-kata keji.
  • menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar.
  • menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif.
  • menjaga agar tidak makan berlebihan di saat berbuka puasa.
  • menjaga hari agar berada antara Khauf(takut) dan Raja'(berharap) dan sedar bahawa Allah berhak menerima dan menolak ibadah puasa kita.

3. Shaum Khusus al-Khusus(puasa golongan yang khusus daripada khusus)puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu:

  • para nabi.
  • al-Siddiqun(orang-orang yang jujur)
  • al-Muqarrabin(orang-orang dekat dengan Allah.
puasanya dianggap oleh mereka tidak jika mereka lalai walaupun seketika dari mengingati Allah.Cuba bayangkan dengan diri kita?.Mungkin jika kita ditingkatan ini semua puasa kita belum tentu lagi sah.
Renungilah

07 September 2009

Bacalah


Sempena Nuzul Al-Quran ini marilah kita membuat azam baru untuk memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran di waktu lapang.Kita jadikan membaca Al-Quran sebagai kewajipan setiap hari.Satu muka surat pun sudah cukup setiap hari jika malas sangat asalkan istiqamah.Kalau 1 juzuk pun apa salahnya.

"Baiklah baco quran dari baco mesej tu payeh weh"tegur Syafiq.

Banyak kelebihan membaca Al-Quran

Antara faedah membaca al-Quran adalah;

  • Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
  • Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
  • Memperoleh pahala yang banyak;
  • Membahagiakan rakan seperjuangan;
  • Menghapus kesalahan dan dosa;
  • Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
  • Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
  • Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
  • Memelihara umur manusia;
  • Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
  • Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.


  • Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya:

    "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)

    Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran." Kepada sahabat dan sahabiah Darul Quran terutamanya dan sahabat-sahabat penghafaz yang lain yang menghafaz Al-Quran jagalah hafalan anda.

    "Nak hafal senang je nak jaga itu susah"

    2nd Half


    Alhamdulillah dapat juga update

    Minggu lepas agak sedih kerana pasukan favourite saya Arsenal dalam EPL tewas di tangan musuh utama Manchester United.Walaupun mendahului di separuh masa pertama hasil jaringan cantik Arshavin namun sedikit kealpaan di separuh masa kedua membuatkan Arsenal kecundang 2-1.Tetapi untuk merebut kejuaraan EPL masih jauh untuk membuat congakan kerana masih berbaki 36 perlawanan.

    "Sedih pado putus cinto lagi la arsenal kaloh n.emm"saya merintih.

    "Alohla kejar lagi dunio tu.Sedih sangat pasal dunio tu lagi"Syamsul menegur dengan ayat yang pedih

    Puasa

    Selepas separuh sudah kita berpuasa di bulan ramadhan tahun di tahap mana kita berada sekarang?

    Apakah jaringan kita setakat sebelum separuh masa kedua ini bermula jika dikaitkan dengan perlawanan bola sepak untuk merebut Kejuaraan Taqwa?

    Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

    Andai kata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

    Tambah-tambah dekat nak raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

    Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Kejuaraan Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Kejuaraan Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Kejuaraan Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

    Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?


    “Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”

    Moga kita tergolong dikalangan orang yang bertakwa di akhirnya

    Sumber saifulislam.com