27 August 2009

PUASA: PENGAJARAN KISAH THOLUT DALAM SURAH AL-BAQARAH

246]Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

[247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

[248] Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman".

[249] Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

[250] Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

[251] Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

[252] Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

[253] Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

[254] Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

Kupasan panjangnya boleh didapatkan daripada rakaman ceramah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad dalam pengajian tafsir menggunakan tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 (klik untuk download). Kita diseru melihat kisah ini kerana terdapat suatu pengajaran yang perlu kita ketahui.

Pada masa itu, Bani Israel meminta Nabi Samuel untuk dilantik seorang ketua (raja), untuk memerangi Jalut dan pengikutnya yang telah menghalau mereka dari perkampungan mereka. Ditanya jika difardukan perang, adakah mereka akan pergi berperang, mereka katakan sanggup. Tetapi bila difardukan ramai pula yang berpaling melainkan sedikit yang tinggal.

Kemudian Nabi Samuel memaklumkan Allah SWT telah melantik Tholut, seorang rakyat biasa yang tiada darah raja ataupun nabi, serta tiada kekayaan. Maka Bani Israel ini pula persoalkan mengapa Tholut dilantik, dan merasakan beliau tidak layak sedangkan Allah telah kurniakan kebijaksanaan dan kekuatan. Mereka meminta bukti bahawa Tholut lebih layak menjadi ketua.

Lalu didatangkan kepada mereka bukti iaitu turunnya Tabut iaitu peti kayu bersalut emas dengan dibawa Malaikat. Dalam riwayat (ada yang daif), di dalam peti itu terdapat gambar nabi-nabi dari Nabi Adam hingga yang terakhir selain adanya cebisan-cebisan Kitab Taurat peninggalan Nabi Musa dan Nabi Harun, kasut dan tongkat Nabi Musa, Serban Nabi Harun serta sumpit.

Akhirnya mereka bersetuju Tholut menjadi pemimpin mereka. Maka Tholut membawa tenteranya seramai 70,000 / 80,000 / 120,000 (berbeza mengikut riwayat), termasuk Nabi Daud. Pada waktu itu ialah musim panas. Tentera-tenteranya kehausan dan meminta Tholut memohon didatangkan air. Maka Tholut memaklumkan akan mereka temui sebatang sungai dihadapan, nanti.

Tetapi Tholut berpesan, sungai itu adalah ujian Allah SWT, bahawa sesiapa yang meminumnya dengan banyak maka dia bukanlah tergolong dalam golongannya melainkan yang hanya meminumnya sekadar secebuk ditangan. Lalu mereka temui sungai di antara Urdus (Jordan) dan Palestin. Tanpa mengingati pesanan Tholut, mereka meminum air sungai itu sepuas-puasnya melainkan sedikit sahaja yang mengikut pesanan Tholut. Diriwayatkan hanya 313 orang sahaja yang mengikut pesanan Tholut.

Setelah berehat, mereka meneruskan perjalanan dengan menyeberangi sungai itu. Tetapi hanya yang mengikut pesanan itu sahaja yang melepasi, sedangkan yang lain tak dapat menyeberangi sungai itu. Mereka takut dan keberatan untuk teruskan perjalanan untuk berperang.

Mereka yang tinggal itu tetap yakin walaupun hanya sedikit sedangkan lawan mereka sangatlah ramai berpuluh-puluh ribu. Akhirnya, dengan izin Allah SWT, mereka menang dan Nabi Daud telah berjaya membunuh Jalut.

Banyak pengajaran yang terdapat di dalam kisah ini, antara yang boleh saya senaraikan ialah:
  • Tetap dan yakinlah dengan perintah dan ketentuan Allah SWT. Seperti dalam kisah ini, Allah SWT telah menetapkan Tholut sebagai pemimpin mereka. Sebagai orang yang beriman, seharusnya ketetapan itu diterima tanpa bantahan. Kisah ini juga jangalah tidak diyakini kebenarannya. Ambillah pengajaran daripadanya. Suatu perintah itu tentu ada hikmah yang tersembunyi.
  • Berbuka puasalah sekadar mengurangkan rasa lapar, bukannya makan dan minum sepuasnya setelah masuknya waktu berbuka. Ia boleh menyebabkan kita berasa malas untuk menunaikan solat Maghrib selepas itu, serta Isya' dan solat sunat Taraweh. Begitu juga diwaktu tidak berpuasa. Apabila makan, janganlah terlalu kenyang, sebaliknya kosongkan sedikit ruang di dalam perut kita untuk pengudaraan yang baik kepada perut.
  • Puasa orang yang beriman sebenarnya dapat membina kekuatan, bukannya menyebabkan badan menjadi lemah. Muhasabahlah diri kita, bagaimana puasa kita. Adakah dengan berpuasa, badan kita menjadi lemah? Lihat sahaja tentera Tholut yang lemah imannya tidak terdaya meneruskan perjuangan, sedangkan mereka yang minum sekadar seceduk air itu mempunyai kekuatan untuk menghadapi musuh yang ramai.
  • Doa orang berpuasa adalah mudah dimakbulkan Allah SWT. Maka banyakkan lah berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat apabila kita berpuasa.
Setakat itu sahaja daripada hamba yang daif ini. Semoga ia memberi pengajaran kepada kita semua. Sebarkanlah kupasan kisah ini, seperti yang telah disebutkan di dalam terjemahan ayat terakhir yang saya petik di atas:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim."

sumber tak ingat

24 August 2009

Pulang Paku Buah Keras

Add Video
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la..setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

""Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.."

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?".

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Pengajaran

Kepada pendakwah-pendakwah dan yang buat kerja islam kita mesti memberi nasihat dengan berhemah dan bersedia dengan situasi yang tidak dijangka seperti soalan yang ditanya oleh gadis tersebut.Oleh itu kita perlu ada ilmu.Carilah ilmu yang bermanfaat

Kata Imam Al-Ghazali

"Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah takutmu kepada Tuhanmu,menambah gemarmu kepada akhirat serta mengurangkan gemarmu kepada dunia"

sumber(AbyRad'Blogs)

Article from: Virtualfriends.net (amyluna)

21 August 2009

Kembali Menyapa


Dia kembali menyapaku tahun ini. Tapi entah kenapa, aku tetap begitu, seolah-olah acuh tidak acuh dengan kehadirannya. Padahal dia begitu setia denganku. Selagi maut tidak memisahkan kami, dia pasti akan kembali setelah pengembaraan yang panjang. Setiap tahun! Ah, kau terlalu setia.
Kerenah aku yang masih belum matang tidak membuatkannya putus asa denganku. Dia tetap setia bersamaku. Mengajarku erti sebuah pengorbanan, walaupun aku tidak mahu mengerti. Mengajarku erti kesabaran, walaupun aku tidak mahu memahami. Mendidikku erti sabar walaupun aku tidak cuba mendalami. Melatihku untuk mengabdikan diri kepada ALLAH walaupun aku tidak mahu menuruti.
Sudah jenuh mereka di kelilingku menasihatiku agar menghargai kehadirannya, supaya aku menggunakan peluang keemasan yang sebentar cuma untuk beribadah bersamanya. Kata ibu, dia anugerah ALLAH, jangan kau sia-siakan. Ayah pula mengeluh, bilalah kau akan menghargainya, nak?
Aku tidak mengerti, sihir apa yang digunakannya untk memukau kedua orang tuaku? Apa yang baiknya tentang dia? Apa kuasa yang dia ada? Sehingga dia tetap tidak jemu melayanku, walaupun aku tidak mengendahkannya. Ah, kau terlalu setia!
Namun sesuatu telah hadir dalam perasaanku ketika ini. Sepekan sebelum dia meninggalkanku. Perasaan sedih untuk berpisah dengannya. Perasaan rindu yang bakal menggamit hatiku. Perasaan bersalah atas sikap aku selama ini. Ya ALLAH, apa erti semua ini? Adakah aku telah jatuh cinta kepadanya?
Aku kerap kali mendengar dari mulut orang lain ketika dia di permusafiran. Kedatangannya dirai, detik bersamanya dihargai, pemergiannya ditangisi. Hebat, dia terlalu hebat! Sehingga aku terasa kerdil bersamanya. Ditambah pula dosa-dosa silamku, aku malu terhadapnya.
Air mataku mengalir, di sepertiga malam. Dia datang menyapaku, tatkala aku berwirid panjang di atas hamparan sejadahku.
Aku akan pergi lagi, bermusafir kembali.
Kata-katanya itu menghiris jiwaku. Air mata semakin laju.
Aku tidak mahu berpisah denganmu, aku bimbang andai maut menjemputku.
ALLAH adalah sebaik-baik tempat kembali.
Dia memujukku. Aku berterusan membisu, cuba menahan tangisan, bermanis muka dengannya.
Segala tarbiyah yang aku curahkan kepadamu tiga pekan yang lalu, kau gunalah sebaik mungkin. Aku datang bukan untuk kau berlakon di hadapanku, tetapi untuk melatih dirimu dekat dengan ALLAH. Aku akan gembira andai kau berterusan sebagaimana aku lihat sekarang. Namun andai kau berubah lepas ini, aku…
Kata-katanya terhenti. Tangisanku semakin jelas kedengaran.
Ya ALLAH, andai aku bisa memujuk Engkau, aku mohon untuk Kau menahannya daripada meninggalkanku. Namun ku sedar, ia tidak mungkin berlaku kerana melanggar sunnah-Mu. Namun ku mohon agar Engkau mempertemukan aku dengannya lagi. Kerinduan dan kecintaan yang mula berputik, biarlah kekal mekar di dasar hati. Segala tarbiyah yang aku terima daripadanya, biarlah aku dapat amalkan sehingga aku bertemu lagi dengannya. Andai maut memisahkan kami, matikanlah aku dalam husnul khatimah. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Aku akan terus merinduimu. Jangan tinggalkan aku Syahr Ramadhan!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini semakin meningkat

Mafela Biru

Cerpen ini dihantar oleh sahabat saya yang baru diketahui rakan saya semasa kecil dulu yang pergi ke sekolah menaiki van yang sama melalui emel,Jejak kasih akhirnya berjumpa.Sangat sedih membacanya.huhu.Sumber saya tidak mengetahui dia ambil dari mana.Selamat membaca dan mengambil iktibar daripadanya.

Mafela Biru


Usai solat Zuhur dan berdoa, dia terpaku seketika. Fikirannya masih menerawang ke arah kata-kata ibunya melalui telefon tadi. Sambil melipat telekung, perbualan dengan ibunya tadi seolah-olah diputarkan kembali.

“Maria, ibu tak tahu nak kata apa lagi. Umur Maria dah nak masuk 28.. takkan la nak tunggu umur sampai 30..ibu tak suka tengok anak ibu kawin lambat. Fikirlah sendiri, suami macam mana lagi yang Maria nak. Nabil tu bukannya ada rupa saja, pangkat tinggi..kaya pulak tu. Kakak dan abang kau pun setuju kalau kau terima aje lamaran dia. Fikirlah baik-baik,”.

“Entah la bu.. bagilah Maria masa dulu. Banyak perkara tengah Maria fikir sekarang.” Itulah jawapan yang sering dilontarkan tatkala ada orang yang merisik dirinya.

Bukan dia menolak untuk menegakkan sunnah Rasullullah s.a.w itu, tapi hanya dia sahaja yang memahami dirinya sendiri. Seperti pilihan-pilihan yang datang sebelum ini, pastinya dia akan merujuk dulu pada yang maha menentukan sesuatu keputusan, Allah s.w.t. Dengan istikharah beberapa kali, dia yakin petunjuk yang diberikan Allah kepadanya adalah tepat.

Tetapi pilihan kali ini, Nabil…hatinya seolah-olah menolak mentah-mentah. Bukan dia tidak kenal siapa Nabil itu. Nabil yang selalu mengacaunya, dan pernah ingin memegang tangannya semasa kali lepas sewaktu pulang ke kampung. Adakah suami seperti itu yang didambakannya? Bolehkah dia menjadi suami soleh yang boleh memandu rumahtangga Islami yang selalu diimpikannya? Kalaulah ibu faham, desis hatinya.

Kakinya segera melangkah menuju ke wad A4. Tanggungjawabnya tidak harus dilupakan sama sekali. Dia tahu, itulah amanah Allah padanya. Sesibuk atau seletih mana pun, sebagai seorang doktor, Maria tetap mengukir senyuman kepada pesakit-pesakitnya. Masa rehat sekalipun, dia akan melawat wad atau dihabiskan sedikit waktu untuk membaca Al-Quran .

Bagi Maria, mukjizat Al-Quran itu bukan saja boleh menenangkan jiwa sesiapa membaca atau mendengarnya, tetapi mampu menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit-pesakitnya dengan izin Allah. Melawat wad kanak-kanak, tidak pernah rasa bosan baginya.

Bagi Maria, melihat wajah-wajah comel mereka mampu memberi ketenangan dan menyejukkan jiwa. Suara tangis kanak-kanak memaksa hatinya untuk memujuk mereka. Melihat muka-muka mereka menderita, timbul rasa simpati dalam dirinya.

Selalu bermain di fikirannya, untuk memiliki anak-anak comel seperti mereka. Sudah lama dia menantikan untuk bergelar ibu tetapi belum tiba masanya dia menjadi seorang isteri kepada seseorang. Dia yakin sekali Allah pasti akan mengurniakan suami soleh yang didambakannya kelak. Oleh sebab itu, dia tidak putus-putus berdoa.

Langkah kakinya menuju ke bilik-bilik sakit di wad pesakit jantung. Sunyi sekali. Dia melangkah masuk ke dalam memerhatikan pesakit yang baru dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur tadi. Kata rakannya di unit jantung, Dr Bahtiar pesakit mengalami kecacatan septum ventrikel. Itulah yang dialami oleh kanak-kanak kecil di hadapannya kini.

“Ya Allah.. dia terlalu kecil …mengapa diuji berat sebegini,”getus hatinya. Wajah mulus kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu diperhatikannya. Dia masih terbaring lesu tanpa ditemani sesiapa. Tertulis di hujung katilnya, MARDHIYA QISTINA MUZAMMIL..nama yang sangat comel, secomel orangnya. Ingin saja dia memeluk kanak-kanak itu. Andai aku adalah ibunya, pasti aku sentiasa menemaninya dalam keadaan begini. Rasa simpatinya menebal.

Maria tahu waktu pembedahan jantungnya dalam masa terdekat ini, menurut kata Dr Bahtiar tadi. Pintu terkuak dan seorang wanita lewat 60an masuk. Maria sedikit terkejut, namun terus dia melemparkan senyuman dan memberi salam. Wanita tua itu membalas senyumannya walaupun agak tawar sambil memandang pada wajah comel itu. Tiba- tiba saja wanita tua itu menitiskan air mata lantas bersuara.

“ Hati makcik kadang-kadang tak tahan melihat wajahnya saat dia tidur macam ni. Makcik takut kalau dia terus tidur dan meninggalkan makcik. Makcik takde anak perempuan, dan makcik tak nak lagi kehilangan cucu perempuan. Tolong makcik, nak. Walaupun dia masih kecil, dia budak yang bijak, dan sangat baik. Walaupun ibu dia tinggalkan dia, dia tak pernah bertanyakan ibunya…dia tak pernah susahkan ayahnya yang sibuk. Dia betul-betul menjaga hati papa dan neneknya. Tolonglah doktor, makcik tak nak kehilangan dia ,”.

Air mata Puan Nuraini semakin laju membasahi pipinya. Maria agak faham hati dan perasaan seorang nenek terhadap cucu perempuan tunggalnya. Sememangnya anak ini terlalu tabah, dan kini Allah mengujinya lagi.

“Sabarlah makcik..saya mungkin tak berada di tempat makcik tapi saya faham apa yang makcik hadapi sekarang..banyakkanlah berdoa makcik. Kami di sini akan berusaha sedaya upaya..selebihnya, itu adalah hak Allah, mohonlah pertolongan padaNya agar dia dapat diselamatkan.” Maria mendekati dan memeluk bahu wanita itu.

“Insyaalah.Terima kasih doktor. Jarang dapat jumpa doktor seperti kamu, nak. Anak makcik, ayah Mardhiya ni pun doktor, tapi sekarang bukak klinik sendiri. Katanya, hospital ni terbaik dalam rawatan jantung, jadi terus Dhiya ditukarkan ke sini. Tapi, memang makcik ni kurang sabar sikit bila berhadapan dengan ujian agaknya. Mak cik kagum lihat anak lelaki makcik..pelbagai ujian yang dia terima, dia nampak sabar..tenang sekali walaupun makcik tahu, dia sering menitiskan air mata di masjid. Dulu, isterinya nak pergi tinggalkan dia dengan anak dia, dia tenang lepaskan..walaupun makcik tahu hatinya perit. Kini, anaknya pula menderita. Tapi, anaknya pun sama, ikut sabar dan tabah macam papanya. Kalau makcik tahu nak jadi macam ni, makcik tak kasi dia kawin dengan mat saleh tu dulu. Astaghfirullahalazim… maafkan makcik, nak. Makcik tak sepatutnya makcik luahkan masalah makcik pada kamu. ”
"
Tak apa lah makcik..saya faham perasaan makcik. Kadangkala bila luahkan apa yang terpendam di hati..kita akan rasa lebih ringan dan insyaalah tenang, jadi, makcik jangan malu dengan saya.,” Maria mengukir senyuman walau dalam hatinya kembali memikirkan masalah yang diungkit ibunya siang tadi.

* * * * * * * * * * * *

“Macam mana dengan Dhiya kat sana, Ummi?” Puan Nuraini tidak segera menjawab. Dia menghenyakkan tubuhnya ke sofa, mendekati anak lelakinya.

“Macam biasa la Mil. Petang tadi dia tidur je masa ummi pegi. Ummi hairan la Christina takkan tak ingat langsung kat anak dia ni? Anak tengah sakit camni taknak jenguk langsung! Ummi tak faham betul dengan dia tu!”. Wajah Puan Nuraini sedikit berubah.

“Ummi jangan cakap macam tu. Dia bukan tak nak ke sini, cuma dia takut ummi dan Dhiya lagi terluka. Walaupun dia dah balik ke agama asalnya, dia tetap ibu kandung Dhiya. Pasti dia juga rindu Dhiya. Dah takdir yang hidayah tak betul-betul sampai ke dalam hatinya, atau mungkin salah saya yang tak berjaya didik dia jadi muslim sebenar. Jadi, Ummi janganlah terlalu membenci dia lagi dan tolonglah jangan ungkit lagi pasal ni.” Muzammil menjawab tenang.

Selepas menyalami ibunya, dia segera berangkat untuk menjenguk anaknya di hospital. Janjinya pada diri sendiri, sesibuk macam manapun dirinya, pasti dia akan mencari masa untuk Dhiya, dan mendengar tasmi’ hafalan Dhiya. Baginya, dia mahu Dhiya mengenal Penciptanya dahulu melalui sentuhan al-Quran di hatinya yang bersih. Dialah mama, dialah papa kepada Dhiya sekarang.

Barang-barang kesayangan Dhiya dibawa bersama untuk menemani dia sewaktu di hospital. Antaranya, buku ‘Fairy tales’ yang dibeli di Ireland oleh bekas isterinya semasa Dhiya berumur 1 tahun dan… mafela kesayangannya yang kini menjadi barang kesayangan Dhiya. Mafela yang sangat istimewa buat dirinya. Mafela yang sentiasa menyelimuti lehernya semasa menuntut di Ireland dahulu. Mafela yang menemani Dhiya selepas ditinggalkan ibunya. Mafela yang mengingatkan Dhiya tentang dirinya. Mafela pemberian seorang gadis yang betul-betul mencintainya suatu ketika dahulu!

* * * * * * * * * * * *

Maria masuk setelah memberi salam. Kelihatan anak comel itu tersenyum manis padanya sambil menjawab salam.

“Doktor suka tengok Dhiya ceria pagi-pagi ni. Bertuah nenek dapat cucu macam Dhiya, cantik dan pandai!” Pujian Maria membuatkan Dhiya tersengih lebar. Seketika Dhiya diperiksa dan jantungnya kelihatan masih berfungsi normal.

“Doktor nak dengar tak Dhiya hafal surah Al-Waqiah? Dengar Dhiya baca ye,” sambil memperbetulkan jubahnya dan duduk, Maria memperhatikan bacaan Dhiya.

Sememangnya, bacaannya baik sekali dengan makhrajnya yang jelas. Hatinya berbisik, alangkah bagusnya sekiranya dia miliki anak seperti Dhiya, baru sahaja 4 tahun umurnya, tapi sudah berjaya menghafal surah Al-Waqiah, Al-Rahman dan surah-surah pendek dalam juz Amma, seperti kata neneknya. Sekiranya dia miliki anak kelak sudah pasti akan dididiknya seperti Dhiya. Dia sudah pasti ingin lahirkan zuriat yang comel, soleh dan solehah mengikut acuan Al-Quran.. tapi,sudah pasti dia perlukan seorang suami yang benar-benar boleh membentuk diri dan anak-anaknya dengan akhlak Islami.

Bukan dia terlalu memilih atau memandang dirinya sempurna dalam memilih calon suaminya..tidak sama sekali. Tetapi, itulah keluarga yang diidaminya…keluarga yang dipenuhi dengan limpah mahabbah wal rahmah oleh Allah s.w.t, dan melahirkan generasi soleh setanding Salahuddin Al-Ayubi, Al-Biruni, Al-Khwarizmi, Ibnu Sina, Umar al-Khattab dan generasi solehah, seperti Aisyah r,a, Fatimah az-Zahra, Khadijah dan Sumaiyyah.

Itulah yang dipintanya di dalam doa setiap hari. Fikirannya kembali menuju kepada Dhiya tatkala kanak-kanak itu menghabiskan bacaannya. “Subhanallah. Bagus sekali bacaan Dhiya. Doktor kagum sangat dengan Dhiya, dan..Allah juga pasti sangat sayang pada Dhiya. Siapa yang ajar Dhiya hafal Quran?”

“Papa. Papa kata Allah sayang pada orang yang selalu baca Quran. So..Dhiya pun nak Allah sayang Dhiya jugak. Semalam pun papa datang ajar Dhiya.. pastu dia bagi chocolate 'kisses' sebab Dhiya dah ingat surah Al-Waqiah,”.Bibirnya mengukir senyuman bangga.

Tidak dinafikan, hati Maria tertanam sedikit kagum pada papa Dhiya itu. Maria mendekati Dhiya sambil mengelus-ngelus rambut perangnya. Semasa memegang tangan Dhiya, matanya tertancap pada sesuatu yang dipegang oleh Dhiya. Ia betul-betul kelihatan sama. Dia segera memohon untuk beredar! Entah kenapa hatinya terusik apabila memandang barang yang dipegang oleh Dhiya tadi. Maria menangis!

“Kenapa kau harus menangis?? Mungkin ia kelihatan sama tapi ….ia memang sama! Atau kau marah pada diri sendiri sebab barang tu menyebabkan kau kembali ingat pada dia? Orang yang pertama telah kau jatuh cinta..? Atau kau ingin usirnya dari fikiran takut cintamu pada orang yang bukan jodohmu??” hatinya berkata-kata pada dirinya sendiri.

“Ya Allah..aku pernah mencintainya dan merinduinya. Aku tak pasti…aku mencintai kerana apa atau kerana akhlak dan pekertinya. Ampunkanlah aku sekiranya ini membawa dosa kerana hatiku kembali mengingati seseorang yang aku tak pasti di mana atau tak mungkin ku milikinya jika dia bukan jodohku,” Air matanya menitis lagi. Dia yakin sekali lelaki itu mungkin kini sudah berumahtangga dan mengecapi kebahagiaan yang indah.

* * * * * * * * * * * *

Suara azan Asar telah berkumandang dari surau An-Nur, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. Sungguh gemersik dan syahdu. Dia tahu, suara itu selalu diminatinya, iaitu suara yang sama membaca al-Quran sebelum solat Maghrib semalam. Entah kenapa dia jatuh hati pada suara itu. Sering dia bertanya pada Anis, rakan sebiliknya tentang pemilik suara itu. Kata Anis, dia senior mereka di tingkatan 5 Alpha. Orangnya tinggi,berkulit sawo matang dan rakan-rakan memanggilnya Najmi. Tetapi, tetap dia tidak dapat meneka yang mana satu orangnya. Manakan tidak, wajah dan nama semua pelajar lelaki tingkatan 3 pada masa itu pun tidak dapat diingatnya, inikan pula pelajar tingkatan 5. Sememangnya matanya jarang memandang lelaki, apatah lagi bercakap dengan lelaki.

Walaupun hanya di sekolah sains biasa, dia gembira kerana sekolah itu menekankan aspek keagamaan terhadap pelajarnya. Melalui program usrah muslimat yang diketuai oleh kak Fauzana, Maria mula mempelajari ilmu agama secara mendalam. Dia bersyukur kerana rahmat Allah sentiasa bersamanya. Semakin hari dia dapat rasakan perasaan aneh dalam dirinya. Semakin lama dia mendengar suara itu, hatinya semakin jatuh cinta pada suara itu. Segera dia beristighfar kerana bimbang hatinya terleka dari Allah.

“Aku rasa kan Maria, kau ni bukan saja dah jatuh cinta pada suara abang Najmi tu, tapi juga orangnya kan?” gurau Anis padanya. Dia hanya menidakkannya dan mengatakan tumpuannya kini pada pelajaran.

Pernah dia menemani Kak Fauzana ke bilik pengurusan badan dakwah semasa menjadi AJK Sambutan Maulidur Rasul dulu, dan ketika itu dia mula mengenali wajah orangnya. Sememangnya wajahnya cukup tenang. Ketika itu mereka berkerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan program tersebut, secara tak langsung Najmi mengetahui nama panggilannya..Maria.

Namun, cukuplah masa itu sahaja, sesama mereka berdua juga tidak pernah bersapa. Cukup hanya semasa mengutarakan idea semasa perbincangan umum. Bagi Maria, batas pergaulan harus dijaga, sekiranya tiada urusan penting..tiada guna dia bersapa mesra dengan lelaki bukan mahramnya.. walaupun ternyata hatinya mengidami pendamping soleh seperti Najmi suatu masa kelak..

Dia masih ingat kata Kak Fauzana.. “Kita kini hanyalah seorang pelajar. Dan tanggungjawab kita adalah belajar dan rasa cinta dan sayang kita haruslah pada Allah, rasul serta ibu bapa kita. Buat masa ini, cinta kita bukan lagi untuk lelaki kerana mereka tak berhak dicintai selagi mereka belum bergelar suami kita. Namun, sekiranya perasaan cinta itu tetap datang, Islam menyuruh kita supaya bernikah untuk mengelakkan daripada zina dan fitnah. Jika itu tidak dapat dilakukan lagi kerana kita masih seorang pelajar, harus kita elakkan daripada timbul rasa cinta dan syahwat”. Maria memilih untuk membuang perasaan itu, walaupun ternyata nama itu tersimpan jauh dalam lubuk hatinya.

*********

Assalamualaika ya akhi…Najmi, Maaf kiranya saudara agak terkejut dengan kedatangan surat ini. Saya kagum dengan sikap saudara, suara saudara mengalunkan ayat-ayat Allah selama di Sekolah Menengah Sains. Maafkan saya..harus saya akui, saya juga hanya insan biasa yang tak mampu melawan fitrah di hati ini.. saudara muslimin yang baik, saya doakan agar saudara sentiasa dilimpahi rahmatNya Saya tahu ini bukan masanya kita bercakap tentang ini, soal hati dan perasaan. Saya yakin Allah beserta dengan orang yang sabar dan Allah sedang menguji hati saya ketika ini. Anggaplah hadiah pemberian saya tanda ucapan tahniah dari saya sempena melanjutkan pelajaran ke oversea.Iinsyallah, perasaan ini akan hilang bersama pemberian saya kepada saudara. Terimalah dengan ikhlas.Maat taufiq wa najjah M.Qibtiah

Muzammil kembali teringat isi surat ringkas yang diterimanya sebelum dia berangkat ke Ireland. Surat yang disisipkan pada mafela biru tua yang dikaitkan nama..NAJMI. Bungkusan itu diterima melalui seorang rakan yang juga tidak tahu dari siapa. Dia memang dapat rasakan gadis itu mencintainya.

Memang ramai yang dikenali meminatinya dahulu tapi tidak satu pun yang dilayannya. Tapi gadis ini cukup berbeza, terlalu ‘low profile’ sehingga orangnya pun dia tak tahu siapa. Biasanya, mereka akan memberi nombor telefon lah, e-mel lah.. tapi satu pun dia tak pernah contact balik. Baginya pada masa itu bukanlah waktu mengejar cinta tapi cita-citanya sebagai doktor menjadi keutamaan.

Selepas menamatkan MBBSnya di Ireland, Muzammil berhasrat untuk bertugas di sana untuk menimba pengalaman. Tidak disangka-sangka, anak pemilik rumah yang disewanya sangat mencintainya. Christina James namanya. Minatnya terhadap Islam memungkinkan Muzammil untuk berdakwah dan menariknya untuk memeluk Islam. Jadi, dia berkeputusan menikahinya.Tetapi, hampir dua tahun berkahwin, Christina ternyata tidak dapat menyesuaikan diri dengan agama barunya.

Paling menyedihkan, sedikit kata-kata Muzammil tidak lagi diambil peduli. Muzammil mula faham, Christina hanya menunjukkan minat pada Islam semasa ingin mendapatkannya dahulu. Dia yang bersikap keanak-anakan itu, kembali meneguk arak semasa Muzammil sibuk di hospital. Akhirnya, Muzammil terpaksa menceraikannya setelah Christina memutuskan untuk bersama lelaki lain dan ingin kembali ke agama asal.

Dengan penuh kepiluan, dia pulang ke tanah air setelah berjaya menuntut anaknya, Mardhiya Qistina…itulah permata hatinya kini, diberi nama mengikut huruf pangkal nama gadis yang tidak dikenali, yang tulus mencintainya dahulu…

* * * * * * * * * * * *

Maria menyapa Dr Bahtiar yang melewati di luar wad yang dilawat olehnya. Dia juga berasa hairan kerana terlalu menyayangi dan mengambil berat terhadap anak itu. Lantas menyebabkan dia sedikit risau.

“ Kami dah bincang tentang penyakit dia berdasarkan penelitian diagnosis.Bayangan gelombang jantungnya menunjukkan dia menghidapi sakit jantung secara semulajadi. Pada mulanya saya sangka ia bahaya. Tapi, persen pengaliran darahnya 25% sahaja, sedangkan pembedahan biasa memerlukan 30% atau ke atas. Juga tiada kemunculan tekanan darah pada paru-paru, menunjukkan tiada tanda bahaya.Walaupun pembedahan dilakukan, keadaan badannya yang kecil dan lemah memungkinkan adanya komplikasi lain. Jadi, asalkan mendapat rawatan susulan di bawah jabatan perubatan, ia akan pulih secara perlahan-lahan semasa pesakit membesar,” kata doktor bedah utama pembedahan Dhiya itu.

Ditunjukkan kepada Maria hasil diagnosis untuk dipastikannya sendiri. “Alhamdulillah, anak kecil itu tidak perlu dibedah,”hatinya melafazkan kata syukur. Laporan perubatan Dhiya di tangan Dr Bahtiar diteliti oleh Maria. Nama penuh Dhiya ditelitinya berkali-kali. MARDHIYA QISTINA BINTI MUZAMMIL NAJMI. Najmi.. Mungkinkah nama Najmi ialah Muzammil Najmi?? Maria terkesima.

* * * * * * * * * * *

“Mil pernah jumpa doktor perempuan yang kadang-kadang ada datang melawat Dhiya tak?” Puan Nuraini tiba-tiba bersuara setelah lama menyepi di dalam kereta. Dia dalam perjalanan ke hospital semula bersama anaknya setelah pulang sebentar pada pagi itu untuk memasak bubur kegemaran Dhiya.

“Tak ada la Mi. Saya selalu jumpa kawan saya, Dr Bahtiar je. Kenapa?”

“Manis sangat orangnya….macam nama tuannya, Dr Maria Qibtiah. Dia selalu pakai jubah. Orangnya masih bujang lagi Mil, hari tu mak tanya.Takkan Mil tak pernah jumpa?” Muzammil terkesima mendengar nama itu. Maria Qibtiah. M Qibtiah. Dia cuba memastikan dari ibunya.

“Dia pernah tanya pasal Mil tak, Mi?”

“Takde pun. Ummi pernah cerita pun pasal anak Ummi pun doktor dan pasal Dhiya.tu je.Kenapa Mil kenal dia ke?”

“Entah la..”Jawab Muzammil acuh tak acuh.Fikirannya masih memikirkan soal tadi, dan hatinya dapat mengagak sesuatu.

“Eh, pelik pula jawapan budak ni,”.Puan Nuraini mengerutkan dahi tanda hairan.

* * * * * * * * * * * *

Susuk tubuh berkot putih itu masih di tepi Dhiya yang masih tidur. Dia kini memegang mafela di tangan Dhiya, diperhatikannya…dan di tepinya, tertulis nama NAJMI. Maria menangis lagi. Dia menangis lagi, marah kepada diri sendiri kerana masih mencintai lelaki itu walaupun sudah bertahun-tahun berlalu, hatinya tetap menafikan.

Dia terlalu mengidami lelaki sesoleh Najmi sejak dahulu lagi. Dia tahu, Najmi mungkin tidak tahu sama sekali tentang dirinya.. dan dialah pemberi mafela itu.

“Mustahil dia mencintaiku, bahkan tidak akan memandang diriku. Sedangkan tentang diri aku pun dia tak tahu. Pemberianku mungkin dianggap seperti dari sesiapa saja dikenalinya. Astaghfirullahalazim..maafkan aku ya Allah kiranya aku berfikir bukan-bukan,”

“Doktor ada di sini rupanya” Puan Nuraini segera mendekatinya selepas menutup pintu. Segera dilapkan air matanya dan memberi ruang untuk Puan Nuraini duduk. Dia memohon untuk pergi dengan alasan mempunyai urusan lain, khuatir perasaannya diketahui oleh orang tua itu.

Belum sempat dia membuka pintu,, sesusuk tubuh sasa dan tinggi lampai masuk…dan Maria memandang wajahnya. Mereka saling berpandangan. Namun, segera wajahnya ditunduk. Dia masih dapat mengecam wajah itu,wajah lelaki yang pernah dicintainya tak banyak berbeza…hanya sedikit berkumis. Dipaksa dirinya untuk senyum dan segera dia mengatur langkah untuk keluar. Rasa kaget bercampur malu kini menyelubungi hatinya. Dia tak pasti, lelaki itu mengenalinya atau tidak.

Muzammil tahu, itulah Maria yang pernah dikenalinya, pelajar tingkatan 3 dahulu yang pernah mencuri hatinya. Namun, dia tidak pernah menganggap dirinya setanding untuk gadis sebaik dan sesolehah Maria. Sekarang, Muzammil pasti, dialah Maria…Maria Qibtiah, dan kini sudah jelas, gadis yang dicintainya dulu rupa-rupanya mencintainya..Dia pasti tidak berdiam diri lagi, kerana dia yakin tidak bertepuk sebelah tangan..

“Maria, tunggu dulu!” Maria berhenti tanpa membalikkan tubuhnya kearah Muzammil.

“Saya tahu awak masih kenal saya. Saya Najmi..Muzammil Najmi yang awak pernah kenali dahulu. Kenapa awak lari dari saya….awak takut saya tahu yang awak bagi mafela tu? Atau awak takut jatuh cinta pada saya lagi? Maaf, saya tak tahu nama penuh awak Maria Qibtiah..ibu saya dah beritahu saya tentang awak. Saya tahu saya ada peluang kali ni. Saya tahu apa tersirat di hati awak, Sekiranya awak sudi…dan Allah izinkan, kita segera taaruf dan saya akan melamar awak.” Maria memejamkan matanya. Air mata syukurnya gugur ke bumi.

* * * * * * * * * * * *

Majlis berjalan dengan lancar. Suasana agak sunyi selepas ramai tetamu sudah pulang. Maria menitiskan air mata lagi…air mata kesyukuran ke hadrat illahi. Dia tahu, Allah menyayanginya,memelihara kesuciannya sehingga dia bertemu kembali dan diijabkabul dengan lelaki yang dicintainya kerana Allah. Rahmat dari Tuhan iyang dilimpahkan sangat dirasainya kerana kini memiliki suami soleh dan sekaligus anak solehah seperti Dhiya.

“Sayang, kenapa menangis ni?”Muzammil mendekatinya.

“Terima kasih abang…kerana menikahi Maria”. Air matanya jatuh perlahan-lahan.

“Kenapa cakap macam ni.?Abang nikahi Maria kerana mencintaimu kerana Allah, dan Maria isteri solehah yang abang idamkan. Abang sepatutnya berterima kasih pada Dhiya yang sanggup menerima abang dan Dhiya.Abang cintaimu selama-lamanya..Insyallah,Doakan agar Allah sentiasa mencurahkan rahmahNya kepada kita.”

Kelihatan Dhiya mengintai mereka dari tepi pintu kamarnya. Dia beransur sihat kini di bawah jagaan Maria yang kini bekerja bersama suaminya di Muzammil Medical Centre. Cepat-cepat Maria meleraikan pelukan suaminya itu. Dhiya meluru masuk memeluk ibu barunya..

“Papa, papa kena tidur kat rumah ibu ke malam ni? Boleh Dhiya tidur sama ngan ibu dan papa tak? ” soal Dhiya sambil tersengih. Maria tersenyum menantikan jawapan Muzammil. Agak lama menantikan sebelum Muzammil menjawab.

“ Malam esok boleh kan sayang?Malam esok balik rumah kita nanti , papa janji kita tidur sama-sama ok,” jawab Muzammil memerhatikan reaksi puterinya.

“Ibu pun janji!” Maria menambah.

“Tapi mana papa letak mafela Dhiya ye?”

“Oh.. ada kat bilik papa. Nanti Dhiya ambik kat bilik papa ye sayang,” Muzammil menjawab sambil tersenyum.

Dia faham Dhiya selalunya tidak boleh tidur tanpa mafela itu. Mafela itu seolah-olah pengganti dirinya semasa ketiadaannya. Memang tidak hairan Dhiya begitu sayangkan mafela itu.

“Alright,papa.Good night papa! Good night ibu!” Dhiya tersenyum tanda setuju lalu keluar setelah bersalam dan mencium pipi papa dan ibunya.

“Kenapa ada kat bilik abang? Mafela tu kan dah jadi Dhiya punya?” Maria sengaja bertanya.

“Semalam Dhiya tidur kat bilik abang. Jadi, ada kat bilik abang lah. Tapi, walaupun abang bagi pada Dhiya, ia tetap mafela kesayangan abang… sebab ia dari seseorang yang abang cintai tanpa abang sedari. Dan sekarang …abang dah milikinya,” kata-kata Muzammil menyebabkan Maria tersentuh. Dia tertunduk malu.

“Kesian pulak kat Dhiya, tak boleh tidur dengan abang malam ni.” Maria cuba mengalih topik.

“Habis tu, sayang tak kesiankan abang?” Maria faham maksud kata-kata Muzammil itu. Malam itu sememangnya milik mereka berdua. Malam yang indah yang mereka sinari dengan cahaya ibadah cinta dalam hubungan mahabbah yang suci dan diredhai olehNya. -layyinul qalbi-


p/s there is a long way to go.thanks god give such a time to seek your forgiveness.Forget everything

19 August 2009

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir Ke-51 Buat Insan Tersayang Abah di Kelantan.Minta maafla mad takde gambar abah yang boleh diletakkan di sini.erm

Semoga panjang umur murah rezeki dan sehat selalu

18 August 2009

Cinta Itu Kan Fitrah




Teringat mesej yang diterima dari kawan saya Adli.Saya membacanya semula tetapi ada sedikit missing.




Cinta Itu Kan Fitrah




“Cinta itu kan fitrah. Tak salah bercinta,” Kata si fulan 1.


“Islam tak larang lelaki dan wanita berhubung,” Si fulan 2 pula menyampuk.



Ya. Memang betul bahawa lelaki dan perempuan boleh berhubung. Dan patut saling mengenali jika ada hasrat untuk bernikah. Malah Nabi Muhammad turut menyuruh kita supaya melihat terlebih dahulu bakal pasangan kita itu. Ada satu kes pada zaman Nabi Muhammad yang berlaku antara Habibah binti Sahl dengan Tsabit bin Qais. Habibah tidak pernah melihat bakal suaminya sebelum berkahwin sampailah tiba malam pertama. Habibah sangat terkejut bila bertemu suaminya sehingga dia pergi berjumpa Nabi Muhammad.

“Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk wajahnya....” :: HR Al Bukhari dan An Nasa’i ::

Tetapi semua di atas ini bukanlah alasan untuk kita melanggar semua peraturan yang telah digariskan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mahu berkenalan itu adalah perlu, tetapi perlu mematuhi batas pergaulan.


Degup-degup Ta’aruf


“Saya bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya,” Kata Jabir bin Abdullah.
Ungkapan Jabir bin Abdullah ini membawakan perasaan tegang, lucu dan menunjukkan degup di dada kian terasa untuk berkenalan.

Memang Nabi Muhammad menyuruh para sahabat untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang ingin dinikahi.
Tetapi para sahabat tidaklah mengambil peluang tersebut – mengenali dengan cara berdua-duaan, berbual-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Kerana mereka sedar ada batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Dan mereka faham jika itu yang agama pinta, mesti ada sebabnya. Apa yang perlu diwaspadai adalah ketika degup-degup itu dihasut oleh syaitan. Lalu menjadi serong. Tersimpang jauh dan menyesatkan. Sampaikan perkara yang salah kita katakan betul.

Inilah yang ingin dibincangkan dalam entri kali ini.
Simpan Itu, Untuk Yang Halal Bagimu

“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.” :: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::

Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah. Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul. Bagi yang sudah berpasangan, katakan kepada pasangan anda, “Kalau yang kamu ingin beri itu adalah pesona tatkala saya masih belum layak menerimanya, maka saya harap itu bukan untuk saya. Ya, indera yang boleh memacu kita ke arah zina itu, saya harap bukan untuk saya selagi saya belum berkahwin dengan kamu.” Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.

Bantu Aku Menjaga Pandanganku

Pernah saya lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan. Nampak macam tidak salah.

"
Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat depan-depan."

Ya, tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan masalah. Itu bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.

“Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?”

Ini baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini,sehari tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu. Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu. Boleh kuruskan badan.
Mahu dikatakan
"Sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut"

Orang kata
"Lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman."

Cuba kira sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi. Betapa pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.Jihad terbesar umat islam adalah melawan nafsu.

Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat
Wahai perempuan,

"Tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi?

Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara. Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyengat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa ghairah yang tinggi. Saya bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.

Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika. Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.

Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.

Bantu Aku Bernafas

Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.

“Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.” :: HR Abu Dawud dan At Tirmizi ::

Sekali lagi ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak patut.

Kulitku Sangat Peka

Seorang naqib saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit babi. Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Tetapi dengar pula hadis yang ini:

“Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.” :: HR At Thabrani dan Al Bahaiqi ::
Masih lagi saya ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia. Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?

Kawal Kata-kata

Orang kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata. Cukuplah mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.

“Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.”

“Saudari, rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.”


Bezakan dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang.

Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.Apabila dah berkahwin buatlah ayat yang macam mana sekalipun.

Jaga Jarak

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.” :: HR Al Bukhari dan Muslim ::

Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga. Kalau mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library. Dan kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak. Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar.Bukankah rakan sekuliah yang sama jantina ramai?

Berkenalan Sebelum Berkahwin


Saya cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.

3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).

4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.
Dan adat Melayu janganlah diabaikan.

Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik? Orang waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri. Janganlah kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.
Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?


Sumber: Nikmatnya Pacaran Selepas Pernikahan.

Ampunkanlah Aku YA ALLAH.




14 August 2009

Bisakah Mendapatkannya

Alhamdulillah dapat juga menghidu nafas yang segar di waktu ini sedangkan yang lain telah pergi meninggalkan kita.Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah kelmarin.Saya agak terkejut pada mulanya mendengar khabar duka ini.Setiap yang bernyawa pasti menemui mati.

Masih teringat lagi lagu popular Rabbani yang berjudul Pergi Tak Kembali.Kini Ustaz Asri pergi tak kembali.Hanya usaha dakwah beliau yang tinggal dan kita perlu meneruskannya.

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Kenangan

Teringat mesej yang dihantar senior Farid dari Mesir mengingatkan agar jangan bercinta lagi di usia remaja ini.Genap setahun dah mesej ini dihantar.

"salam..selamat ari raya...baso dio doh yih,manusia ni mudah kaloh nga nafsu...kawe hanyo sekadar berkongsi jah,selebihnyo gatung ko demo...demo kena pikir sendiri setaro mano kito nk bawok gewe nie,sebenarnya kito duk kumpul dosa sehari2...kalu sero hebat blh gewe comel,comel lagi ainul mardhiah..xsoh runsing la yih,demo ngaji dulu...tggl benda hk x molek...p ramlee rajin kato,buang yg keruh amik yg jernih".

Apa yang saya tertarik adalah mengenai kecantikan Ainul Mardhiah.Hehe.Jadi post kali ini saya ingin berkongsi mengenai cerita Ainul Mardhiah yang saya dapati dari internet.
Senior Farid
Ainul Mardhiah

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah Ainul Mardhiah bermula disini
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar(saya tidur sebelum zohor juga tetapi kasirullah)huhu. (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana. Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi. Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... Wallahu wa'lam

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Dihati lelaki bernama kekasih

(sumber soffee 077)


Allahumma Inni Asaluka Zaujatan Solihatan Watakiyyatan Wajamilatan


"Kalu mu nok molek-molek yih zaujahmu nanti sebelum tu mu keno jadi molep dulu.Attoyibat liltoyyibbin"nasihat Fuad kepada saya.


Jika kita ingin yang terbaik jadilah yang terbaik terlebih dahulu.Semoga ku kembali ke pangkal jalan.

Selamat Hari Lahir Abang Wafi


Saya selalu bertengkar dengan dia sewaktu kecil disebabkan hal-hal yang remeh.Selalu bergaduh dan pernah bertumbuk.hehe.Maafla abe deh tak hormat dio dulu.Biasala jiwo panas kecik-kecik mulo.Ada aje yang tak puas hati.erm

Pada tarikh ini 21 tahun yang lalu abang sulung saya telah dilahirkan di perkampungan Pulau Gajah dekat Pengkalan Chepa.Satu-satunya cucu Haji Che Lah yang lahir di sana.
Walaupun pada zaman kanak-kanak sering berkrisis dengannya namun air yang dicincang takkan putus.

Saya sebenarnya terlewat untuk menghantar mesej kepadanya kerana terlupa.Sorila abe weh.


"Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-21
Moga-moga Amal koho(semakin) Meningkat
Ilmu Semakin Bertambah
Akhlak Ahsan
Ngapa(hafalan) Ingat Cair Molep
Dan Cepat Kahwin .-.
Jadilah Insan Bertakwa
Umpama Permata Di Celahan Kaca"


Itu adalah mesej yang sempat saya hantar yang menjadi trademark ucapan hari lahir saya kepada semua yang saya ingat hari lahirnya.Kita bertemu dekat raya nanti abe deh.

10 August 2009

Kisah Nabi Sulaiman


MUKADIMAH



Firman Allah SWT yang bermaksud



“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat akan tetapi yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”



Di zaman yang mencabar ini banyak wasilah-wasilah dan uslub dakwah yang digunakan mengikut perkembangan semasa selagi mana ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.Walaupun begitu perjalanan dakwah kaum-kaum terdahulu tidak diabaikan begitu sahaja,ianya terus dijadikan pengajaran untuk para pendakakwah menyesuaikan waqi’e semasa.



Kisah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis yang terdapat pada surah an-Naml merupakan suatu nilai dakwah yang menarik untuk direnungi bersama.Hanya dengan perantaraan seekor burung Hud-Hud,Nabi Sulaiman berdakwah kepada Puteri Balqis ternyata yang batil tunduk pada yang hak.



Kisah ini difirmankan oleh Allah SWT dalam surah an-Naml yang bermula dari ayat 20-30,mengisahkan tentang kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Sulaiman yang dapat memerintahkan jin,manusia dan binatang.Namun dengan kesempurnaan yang begitu besarpun baginda tidak merasa megah dan sombong bahkan tetap bersyukur dengan kurnian Allah.



Sikap yang sebegini perlu diambil perhatian oleh segenap lapisan masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pemimpin.Ini adalah kerana setiap kekuasan dan kekayaan yang dimiliki bukannya milik mereka akan tetapi hanyalah sebagai amanah yang Allah kurniakan kepada mereka untuk disampaikan pada yang berhak.



PENGARAJARAN



Daripada kisah ini dapat kita ketahui bahawa peranan dakwah bukan saja ditaklifkan kepada Nabi-Nabi dan ulama’ terdahulu saja akan tetapi kepada seluruh umat Islam yang beriman dengan Allah dan Rasulnya.Sabda Rasulullah yang bermaksud

“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat”.

Akan tetapi golongan agamawan adalah mereka yang sangat digalakkan untuk menyebarkan mesej dakwah Islam.Maka amat memalukan jika golongan agamawan ini lari dari kewajipan mereka yang sebenarnya iaitu menyeru kepada kebenaran dan menegah kemungkaran.Sedangkan seekor burung Hud-Hud yang kecil mampu untuk memikul beban dakwah yang akhirnya membuatkan Puteri Balqis tunduk kepada Islam.Sekiranya golongan agamawan mempunyai semangat sepertimana Hud-Hud ini dengan berbekalkan kekuatan,kecerdikan,keimanan dan tawakal nescaya dakwah Islamiyah akan berkembang ke serata pelusuk dunia.Akan tetapi apakah malangnya nasib umat Islam yang mempunyai bakal-bakal agamawan yang masih leka dihadapan kaca-kaca ajaib,dibaluti selimut hikmat sedangkan musuh-musuh Islam rancak merancang umat Islam untuk menjatuhkan Islam melalui penganutnya sendiri.



Firman Allah SWT



”Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung(yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata’mengapa aku tidak melihat Hud-Hud?adakah ia dari mereka yang tidak hadir?” an-Naml 20 .



Nabi Sulaiman ditaklifkan oleh Allah SWT sebagai utusan dan Nabi untuk mengajak kaumnya kepada Islam tidak leka dan lalai dalam memerhati gerak-geri dan tingkah laku umatnya.Ayat tersebut menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya sikap dan sensetiviti kepada setia pendai’e dalam memerhati hal ehwal mad’unya.Pada pandangan psikologi,dakwah akan lebih berkesan dengan adanya maklumat-maklumat tentang hal ehwal mad’u kerana melaluinya uslub dakwah dapat disesuaikan dengan cara hidup mereka.



Para pendakwah perlu mengemukakan dalil dan hujah yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah dalam menghadapi kemungkinan berlakunya perdebatan dengan mad’u.Tanpa ada dalil yang mantap mengakibatkan mesej dakwah yang akan disampaikan tidak akan diterima oleh mad’u.



Maka dengan hujah yang jelas dan tepat telah menyelamatkan Hud-Hud dari dikenakan azab dan siksaan bahkan ianya dijadikan sebagai perantaraan yang penting dalam dakwah Nabi Sulaiman kepada kaum Saba’.Firman Allah yang bermaksud



“Demi sesungguhnya!aku akan menyiksanya dengan siksaan yang seberat-beratnya,atau aku akan menyembelihnya,kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang dan nyata” an-Naml 21.



Seterusnya Firman Allah



“Hud-Hud itu tidak lama kemudian datang sambil berkata (kepada Sulaiman) ‘Aku dapat mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya” an-Naml 22.



“Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan (Balqis) yang memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar” an-Naml 23.



Ayat ini menunjukkan ketekunan dan ketabahan Hud-Hud dalam mencari dan mengumpulkan maklumat yang benar tentang kaum Saba’kemudian menyampaikannya kepada Nabi Sulaiman sepertimana yang dilihatnya tanpa mengubah atau memalsukannya walaupun terpaksa mengharungi kesusahan dalam mendapatkannya.Inilah sifat yang sepatuntnya ada kepada mereka yang bergelar pendakwah bukannya sifat yang ada pada sesetengah golongan agamawan yang menggunakan ilmu hanya untuk kepentingan dunia dan hawa nafsu semata-mata.Apabila merasa tertekan mereka sanggup berpaling dari tujuan dan matlamat sebenar demi menjaga periuk nasi mereka tanpa memikirkan balasan diakhirat yang menanti.Matlamat dan tujuan sebenar dakwah Islamiah adalah menyeru kepada beribadah seperti yang ditegaskan oleh Allah dalm firmannya yang bermaksud

“Katakanlah,inilah jala(agama)ku,aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak(kamu)kepada Allah dengan hujah yang nyata,maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik”.surah yusof 108



Justeru para pendakwah perlulah melengkapkan dirinya dengan maklumat-maklumat dan ilmu yang mantap agar dapat mempertahankan kemurnian Islam.Hud-Hud ketika ia menyampaikan laporan tentang keadaan kaum Saba’ dan pemimpinnya tidak sedikitpun laporan yang disampaikan tersebut diubah dan diselewengkannya dari apa yang dilihat dan didapatinya.



Demikian sifat yang ada pada Hud-Hud yang diterjemahkan dalam al-Quran melalui firmannya yang bermaksud



“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah dan syaitan pula memperelok pada pandangan mereka akan perbuatan syirik mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar) Oleh itu mereka tidak mendapat petunjuk” an-Naml 24



“(Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi dilangit dan dibumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan”. an-Naml 25



Pada zaman yang serba moden ini pelbagai wasilah dakwah boleh digunakan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat serta halatuju dakwah Islamiah.Antara yang dapat kita lihat pada hari ini ialah seperti jaringan internet,medan nasyid,penulisan,ceramah dan banyak lagi.Sebagai contoh Nabi Sulaiman telah menggunakan penulisan sebagaimana yang digunakan oleh junjungan besar Nabi Muhamad SAW dalam berdakjwah kepada Puteri Balqis dan kaumnya.Firman Allah yang bermaksud



“Pergilah dengan membawa suratku ini lalu jatuhkanlah kepada mereka,kemudian berpalinglah dari mereka,lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”



Mesej yang telah disampaikan melalui wasilah-wasilah tadi hendaklah dengan menggunaan uslub yang baik serta jelas dan mudah diterima.Firman Allah yang bermaksud



“Berkata ia (Balqis)’Hai pembesar-pembesarku,sesungguhnya surat itu dari Sulaiman dan sesungguhnya isinya “Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,bahawa janganlah kamu sekelian bersikap sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri.”



Dengan menyatakan perbincangan tentang sesuatu masalah ,ianya akan dapat menyelesaikan masalah tanpa berakhir dengan keburukan bahkan memberi petunjuk kepada kebenaran,hal ini terbukti kepada Puteri Balqis dan pembesarnya.Apabila mereka menyatakan perbincangan tentang apa yang mereka perlu lakukan setelah menerima seruan daripada Nabi Sulaiman adakah dengan menghantar bala tentera,kerana mereka mempunyai kekuatan ketenteraan yang lengkap ataupun dengan menerima seruan Nabi Allah Sulaiman.



Firman Allah SWT yang bermaksud



“Berkata dia (Balqis) Hai para pembesar! berilah aku pertimbangan dalam urusanku(ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlisku.Mereka menjawab’kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan juga memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan) dan keputusan berada ditananmu.Maka pertimbangkanlah apa yang akan perintahkan .Dia berkata ‘Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki sesuatu neeri nescaya mereka membinasakanmu dan menjadilah penduduknya yang mulia jadi hina dan demikianlah pula yang akan mereka buat”.



Dalam urusan dakwah yang sememangnya penuh dengan ujian,para pendakwah perlulah mengikhlaskan diri kerana Allah tanpa mengaharapkan balasan dan sanjungan,serta berhati-hati dengan tipu daya golongan yang benci kepada Islam,mereka akan sentiasa akan mencuba untuk memusnahkan usaha-usaha dakwah yang dilakukan samada pujuk rayu atau mengumpan dengan harta benda.Dalam hal ini ,para pendakwah perlu kembali kepada sikap Nabi Muhamad SAW dalam menghadapi golongan seperti ini,Nabi SAW menolak segala tawaran golongan Quraisy supaya beliau meninggalkan dakwahnya.Sabda Nabi SAW



“Demi Allah!Wahai bapa saudaraku,sekiranya mereka meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku agar aku meninggalkan urusanku ini sehingga Allah menzahirkannya atau membinasakan yang selainnya nescaya tidak akan aku tinggalkan urusanku ini.”



Nabi Sulaiman sepeti Nabi Muhamad SAW telah menolak tawaran hadiah daripada Puteri Balqis yang menyangka bahawa dengan tawaran tersebut Nabi Sulaiman tidak akan menghantar bala tenteranya keatas mereka.Ternyata sangkaan beliau meleset bahkan sebaliknya yang berlaku.Fiman Allah SWTyang bermaksud



“Dan sesungguhnya aku akan mengirimkan utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah,dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.Maka ketika utusan itu sampai Nabi Sulaiman berkata ‘Apakah (patut) kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu,tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu,kembalilah kepada mereka,sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak kuasa menawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba’) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina.”



Wasilah dan uslub yang digunakan oleh pendakwah perlu disertai dengan bukti dan hujah yang boleh memenangi hati para mad’unya.



Firman Allah yang bermaksud



“Berkata Sulaiman,hai pembesar-pembesar,siapakah diantara kamu yang mampu membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.Berkata jin Ifrit(yang cerdik),aku akan datang dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu.Sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dipercayai.Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari golongan ahli kitab’aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip’.Maka ketika Sulaiman melihat singgahsana itu terletak dihadapannya lalu baginda berkata ‘Ini termasuk kurniaan tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmatnya).”



KESIMPULAN



Didalam ayat ini juga terselit beberapa gambaran yang boleh digunakan oleh para pendakwah untuk menyampaikan mesej yang dibawanya.Pertamanya,pendakwah perlu menggunakan kemampuan dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dalam berlumba-lumba diarena dakwah dalam mengejar keredhaan Allah didunia dan akhirat disamping untuk mencapai tahap penerimaan mad’u yang tebaik.Keduanya setiap pendakwah perlu bersyukur kepada segala kurniaan Allah keatasnya daripada ilmudan kejayaan serta menghapuskan perasaan sombong dan ingkar serta mendabik dada dengan apa yang diperolehi.



Dalam menghadapi mad’u yang mempunyai berbagai karenah maka perlulah bagi pendakwah menguji tahap kemampuan fikiran dan keilmuan mad’unya.Dengan ini pendaie dapat menyesuaikan uslub yang bakal digunakannya mengikut tahap pemikiran setiap mad’u.Ianya juga perlu untuk menghadapi hujah dan perdebatan antara mereka.Sepertimana yang diterangkan dalam kisah tadi,Nabi Sulaiman menguji kepintaran Puteri Balqis dengan mengubah singgahsananya dari negeri Saba’ ke Palestin serta lantainya ditukar kepada kaca adakah dia mengenal akan singgahsananya itu.



Kemudian firman Allah SWT yang bermaksud



“Dia berkata ‘Ubahlah singgahsananya,maka kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk oran-orang yang tidak menganalinya’ dan ketika Balqis datang ditanyakan kepadanya ‘Serupa inikah singgahsanamu?’Dia menjawab ‘Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku,kami telah diberi pengetahuan sebelumnya (Kenabian Sulaiman) dan kami adalah orang-orang yang berserah diri.Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah mencegahnya (untuk melahirkan Islam) kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang kafir.Dikatakan kepadanya’Masuklah kedalam istana,maka tetakala melihat istana itu dikiranya kolam air yang besar dan disingkatkan kedua betisnya,berkatalah Sulaiman’Sesungguhnya ia adalah istana licin yan diperbuat dari kaca’.Berkata Balqis ‘Ya Tuhanku,sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah tuhan semesta alam”.



Demikianlah kesungguhan dan ikhtiar hud-hud telah memakaikan mahkota hidayah kepada Puteri Balqis ditangan Nabi Allah Sulaiman dan sesungguhnya amat patutlah bagi setiap pendaie menjadikan kisah ini sebagai pedoman dan pengajaran demi untuk mengukuhkan lagi nilai serta benih dakwah didalam dirinya mahupun mad’unya.wallahua’lam





(sumber tak ingat)

06 August 2009

Menjadi Tetamunya Lagi




Alhamdulillah bersyukur dapat juga terus menghirup udara segar kurniaan ilahi.Agak sibuk dengan peperiksaan baru-baru ini.Moga-moga dapat memperoleh markah yang baik untuk rakan-rakan di sini.Baru selesai khatam 16 episod cerita korea yang telah menghantuin diri saya beberapa hari ini.Terasa sedikit penyesalan membuang masa menonton cerita tersebut tetapi apakan daya nafsu mengatasi iman lagi dalam diri ini.astaghfirullah


Sedikit risau tentang cuti yang digembar-gemburkan minggu hadapan di Uia ini akibat penularan Virus H1n1.Moga-moga hal ini tidak menjadi kenyataan kerana saya tidak suka untuk cuti sebab baru saja datang ke sini selepas bercuti baru-baru ini.Selain itu,jika cuti ini menjadi kenyataan bermakna akan menyebabkan cuti raya kami di sini disingkatkan lagi.

Walaupun nifsu syaaban semalam telah berlalu namun saya ingin berkongsi tentang apa yang saya baca dari sebuh laman web tak ingat mengenai bulan syaaban.

Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:


  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Doa Malam Nisfu Syaaban.

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."


Kesimpulan



Masih juga kita terpilih menjadi tetamu syaaban tahun ini.Adakah kita berpeluang menjadi tetamu Ramadan yang mulia nanti? Wallahua'lam