08 November 2011

Akhir Zaman

Allah rahsiakan bila kiamat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SEMUA keindahan dan nikmat yang ada di dunia tidak dapat mengatasi ganjaran yang disediakan di syurga Allah. ——————————————————————————–

Mukadimah

Al-Maraghi berkata: Selepas Allah SWT menjelaskan kekuasaan-Nya dengan kebangkitan semula orang yang telah mati sebagaimana Dia berkuasa mencipta alam semesta. Kemudian Dia menerangkan berkenaan kebenaran yang diwahyukan kepada nabi-Nya bahawa hari kebangkitan manusia adalah milik Allah Tuhan Alam Semesta.

Ketika malapetakanya yang hebat melebihi segala bencana itu datang, ketika segala perbuatan diperlihatkan kepada para pengamalnya ketika itulah manusia mengingati apa yang telah dilakukannya.

Allah SWT memperlihatkan neraka di hadapan manusia sehingga semua mata dapat melihatnya. Pada hari itulah ditimpakan pembalasan kepada manusia yang melampaui batasan syariat Allah.

Ini kerana mereka mengutamakan kelazatan dunia dari akhirat untuk mereka itulah neraka sebagai tempat azab. Sementara manusia yang takut kepada kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya serta mengawal hawa nafsunya, maka sudah pasti syurga tempatnya sebagai pembalasan apa yang telah mereka kerjakan dahulu.

Firman Allah SWT: Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar. Ibn Abbas berkata: Iaitu hari kiamat. Ibn Kathir berkata: Disebut dengan perkataan Tammah kerana ia meliputi segala yang menakutkan lagi menyeramkan.

Firman Allah SWT: Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya. Al-Maraghi berkata: Pada hari itu manusia melihat perbuatannya termaktub dalam buku catatan amalannya yang hampir dilupakan tetapi dia segera mengingati kembali apa yang dilakukan dahulu.

Firman Allah SWT: Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. Syed Qutb berkata: Neraka kelihatan jelas kepada setiap mata yang membawa makna dan bunyi yang kasar dan keras dan menonjol pemandangan neraka di hadapan setiap mata.

Ketika itu manusia akan menerima balasan dan akibat yang berbeza-beza. Dan ketika itu lahirlah tujuan dan matlamat pentadbiran dan perencanaan Allah yang mewujudkan kehidupan dunia.

Firman Allah SWT: Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya), adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya). Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata. Maka sesungguhnya neraka jahanamlah tempat kediamannya.

Al-Maraghi berkata: Orang yang sombong, melampaui batas dan mengutamakan kelazatan dunia serta nafsu syahwatnya daripada akhirat, maka nerakalah tempat tinggalnya.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.

Syed Qutb berkata: Pencegahan diri dari keinginan hawa nafsu merupakan tiang seri ketaatan. Keinginan hawa nafsu merupakan pendorong yang kuat kepada tindak-tanduk yang melampau dan kepada perbuatan maksiat.

Ia menjadi punca segala bala bencana dan kejahatan. Jarang manusia binasa kecuali dengan sebab mengikut hawa nafsu.

Kejahilan mudah diubati tetapi penyakit mengikut hawa nafsu selepas berilmu merupakan penyakit jiwa yang memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh dan memerlukan masa yang lama untuk mengubatinya.

Perasaan takut kepada Allah SWT merupakan dinding yang teguh untuk mencegah segala keinginan nafsu yang kuat tetapi semua dinding yang lain jarang dapat mencegah gelojak hawa nafsu kerana itulah kedua-duanya dikumpulkan dalam satu ayat.

Yang bercakap di sini ialah Allah pencipta manusia. Kerana itu Dialah yang mengetahui tentang penyakit jiwa dan ubatnya. Begitu juga Maha Mengetahui dengan segala lorong dan likunya.

Dialah Maha Mengetahui di mana tersembunyinya keinginan nafsu dan apakah pula ubatnya dan bagaimana mengusir dan memburu hawa nafsu itu dari tempat-tempat persembunyiannya.

Firman Allah SWT: Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Begitu juga persoalan berlegar kepada orang yang telah mati, bila akan dibangkitkan? Ibn Kathir berkata: Pengetahuan tentangnya tidak diberikan kepadamu.

Firman Allah SWT: Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

Diriwayatkan oleh Aishah r.anha bahawa Rasulullah SAW sering menyebut hari kiamat dan hal itu selalu ditanya sehinggalah ayat ini diturunkan.

Al-Maraghi berkata: Kamu jangan bersedih hati dalam menangani masalah ini serta jangan memaksa diri kamu untuk mengetahui rahsia-rahsianya dan ingin mengetahui sesuatu yang disembunyikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Kepada Tuhanmulah terserah kesudahan ilmu mengenainya. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

Ibn Kathir berkata: Barang siapa yang takut kepada Allah SWT dan takut kepada ancaman-Nya, maka dia akan mengikutimu. Oleh yang demikian, dia sangat beruntung dan memperoleh kegembiraan. Kegagalan dan kerugian hanya untuk orang yang mendustakan dan melakukan penentangan.

Firman Allah SWT: (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Al-Maraghi berkata: Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan yang sama seperti kenyataan di atas: Aku akan mengunjungi kamu pada waktu petang atau pagi. Atau sebaliknya, ungkapan ini bermaksud mereka akan memendekkan masa kunjungannya dan sangkaan mereka hanya akan tinggal sepanjang waktu petang atau pagi.



07 September 2011

What Are You Fighting For


Apa sebab untuk mendengki akan nikmat yang diberikan kepada sahabatmu?

Apa sebab berasa jeles jika perempuan yang kamu cintai rapat dengan lelaki lain?

Tidakkah kamu mengerti semua itu ujian Tuhan.

Risaulah akan amalanmu untuk dibentangkan di hari pembalasan.

Risaulah apa yang akan disajikan sepanjang keberadaanmu dalam lubang kubor.

Pilihlah untuk sengsara sementara di dunia atau sengsara selamanya di akhirat.

Pilihlah dengan cermat mana yang penting untuk diperjuangkan.

Mengikut nafsu mahupun keredhaan Tuhan...






30 July 2011

Dengan KuasaMU


kawan saya menyanyi lagu ini dan tagged saya dalam fb...best2


Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta



26 July 2011

Semakin Menghampiri


Ramadhan semakin hampir...apakah persiapan kita?

diceritakan bahawa sahabat nabi di zaman dahulu mempersiapkan dari segi roh mereka terutamanya 6bulan sebelum ramadhan tiba...adapun kita mempersiapkan baju raya 2-3 bulan sebelum ramadhan

Habib Kazim berkata

Ramadhan itu umpama tetamu yg amat istimewa. Maka hendaklah kita menyambutnya dengan 3 perkara:

1. Mempersiapkan diri dgn niat yg baik².
2. Menzahirkan rasa gembira ツ dengan kedatangannya.
3. Memberikan hak seperti yg telah ditetapkan ke atasnya (berupa amal² keta'atan).


ada 5 hari sahaja lagi...semoga kita dapat menggunakannya masa yang tinggal untuk pembersihan hati sebelum kedatangan bulan yang mulia ini

Ya Allah sampaikan kami pada bulan ramadhan tahun ini

21 July 2011

3 years


Teringat ayat yang diberikan oleh sahabat saya melalui khidmat pesanan ringkas suatu ketika dahulu

al ilmu yuzbahu baina fakhizaihi imraatin

"ilmu itu disembelih dengan benda di antara dua paha perempuan"


sahabat saya memberikan kata-kata ini kepada saya adalah demi untuk saya melupakan dahulu hasrat untuk berkahwin...huhu...gatal sangat naa...

beliau juga berpesan supaya saya mengkhatamkan dahulu 6 kitab sebelum melangkah ke alam yang baru

antara kitab yang perlu dikhatamkan adalah:

1-faridah(bab tauhid sifat 20)
2-musolli(bab solat)
3-matla' badrain@kifayatul muhtadi(bab fekah)
4-iidohul bab(bab nikah)
5-muhimmah(bab cari jodoh)
6-penawar bagi hati(bab hati)


betul juga nasihat beliau...jadi saya hanya ada 3 tahun jika umur panjang untuk mempersiapkan diri memahami permasalahan tersebut

belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad

saya sangat bertuah mengenali dan terpilih menghadiri pengajian ilmu dari guru yang mursyid dan bersanad...alhamdulillah nikmat yang tiada tolok bandingnya...

walaupun saya mengenali pembelajaran talaqqi hanya selepas SPM sewaktu cuti panjang,walaupun agak lewat namun saya berazam untuk belajar sampai nafas yang terakhir dan mempraktikkan dalam kehidupan.Di masa akan datang saya boleh mengajak masyarakat pula...bermula dari keluarga hingga ke masyarakat...

saya amat tersentuh jika ada orang yang meremehkan sistem pengajian talaqqi ini dan membanggakan akan sistem usrah...usrah memang bagus namun eloklah jika ahli usrah juga menghadiri majlis2 ilmu juga kerana saya perhatikan ahli usrah jarang menghadiri majlis ilmu dan talaqqi ini...

sesungguhnya hati yang kotor tidak dapat menerangi hati yang kotor jua...hanya hati yang bersinar dapat menerangi hati yang kotor seperti saya ini...


hanya yang sudah jatuh cinta dengan talaqqi yang mampu menggambarkan perasaan tenang dan gembira bila menghadiri pengajian talaqqi ini...saya juga pernah menghadiri usrah namun perasaan itu tidak sama dari menadah ilmu dengan para ulama'...mendengar mutiara kata mereka...semoga Allah redha

16 July 2011

Kursus Kahwin 1st Day


huhu....memang sunke senlop las dengar penceramah ceramah hari ini...tak bunles cerita banyak-banyak...nantikan tak best nak pergi dengar kepada siapa-siapa yang baca post ini sebab cam dah hambar la dah tahu slot apa kan?


suka tu jangan la sampai suka seolah-olah masuk syurga...insaf


malam tadi pergi dengar kuliah ustaz sobri kitab hikam...sungguh indah mutiara-mutiara kitab tersebut...ini saja yang dapat saya berkongsi...sesungguhnya hati ini mahu bertaubat ya allah dari akwan dunia...


Kalu nk doa kena rendah ht...Ngaku kslhn yg tlh buat br minta dgn Allah...Hendaklah kamu bersama Allah...kalu xleh,bsama la org yg bsama Allah...

jgnlah kalian myibukkan diri kalian dgn byk myebut mnusia, krn itu adlh bencana. Sibukkanlah kalian dgn menyebut Allah (dzikir padaNya) krn itu adlh rahmat.

ALLAH adalah segala2nya...
حياتي وموتي وروحي إليك يا ربي


13 July 2011

Bersabarlah Wahai Hati


akhirat kelak saiyidatina Fatimah akan berjalan menuju ke syurga dalam keadaan semua lelaki-lelaki(kecuali ayah beliau, Nabi Muhammad saw) menundukkan kepala & wajah mereka kerana semasa hayatnya beliau tidak memandang lelaki ajnabi & berusaha agar dirinya tidak dipandang oleh semua lelaki.Dan semua wanita yang melakukan seperti saiyidatina Fatimah ini (menjaga pandangan dari memandang&dipandang lelaki ajnabi)akan berjalan dibelakang beliau bersama-sama menuju ke syurga


Time kecik-kecik dulu impian nak kahwin dengan wanita cantik-cantik...Masuk sekolah menengah nak kahwin dengan wanita cantik-cantik dan beragama...Masuk asasi nak kahwin dengan wanita yang cantik,putih,kurus,tudung labuh dan beragama...Masuk pondok nak kahwin dengan wanita pakai purdah...Masuk universiti impian hanya terima ketentuan Allah di samping berusaha mensolehkan diri...asalkan cintakan agama,tidak melakukan dosa dan mampu menjadi isteri solehah dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya kelak...haha...jauh berangan...angan-angan tak apa kalau panjang angan-angan itu yang tidak boleh

Hanya Allah yang tahu...

Ya Allah tabahkanlah hatiku untuk mencari ilmu terlebih dahulu...Andai jodohku telah sampai takdirkan yang terbaik buatku,keluargaku dan zuriatku...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui

Ya Allah kurniakan kami isteri solehah,bertakwa dan sejuk mata memandang...sesungguhnya kepadaMu segala ketentuan itu...Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaMu...

Ya allah takdirkan aku dengan orang yang aku cinta keranaMu dan dia mencintaiku keranaMu

amin

Segala Pengajaran Yang Indah-Indah (part3)


Sambungan kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.


Berkata Allah Tabaraka wa Ta'ala: Hai anak Adam, padakan oleh kamu dengan yang sedikit supaya kayalah engkau(rasa memadai dengan yang sedikit sebab orang yang betul-betul kaya adalah orang yang merasa memadai apa yang ada..tidak berhajat pada yang lain) dan tinggalkan olehmu dengki supaya senanglah hatimu(jika ada perasaan dengki salah satu penyakit hati) dan jauhkan olehmu akan segala yang haram supaya ikhlaskan akan agama.(supaya bersih agama)


Dan barangsiapa meninggal ia akan mengumpat-­umpat akan seseorang nescaya zahirlah kasih baginya.(kerana dosa mengumpat itu hanya allah ampun jika orang yang diumpat itu memaafkan..maafkan saya)


Dan barangsiapa menjauhkan dirinya daripada segala manusia nescaya sejahteralah ia daripada fitnah mereka itu.(sebab tiada orang kenal dia)


Dan barangsiapa sedikit perkataannya nescaya sempurnalah aqalnya.


Dan barangsiapa redha ia dengan barang yang sedikit, maka sungguh percaya ia akan Allah Ta'ala.(kalau redha pada yang sedikit yang banyak akan mari)


(Hai anak Adam), engkau dengan barang yang engkau ketahui tiada engkau amalkan, maka betapa engkau menuntut akan ilmu yang belum engkau ketahui.(yang kita tahu pun sukar nak amal macam mana nak amal dengan ilmu baru?)


Hai anak Adam, engkau kerjakan di dalam dunia seolah-olah engkau tiada mati selama-lamanya dan engkau himpunkan akan harta seolah-olah engkau kekal selama-­lamanya.(kuat kita kejar dunia seolah-olah kita tak mati nanti)


Hai dunia, dinding olehmu akan daku daripada orang yang loba (tamak) akan dikau dan daripada orang yang mengkehendak kelebihan daripadamu(peminat-peminat dunia) dan jadikan olehmu akan dirimu manis pada mata segala orang yang menilik kepadamu dan segala orang yang gemar kepadamu.(minta jauh dari orang-orang yang terpesona dengan dunia ibarat kita berjalan-berjalan di hutan yang tebal beramai-ramai.salah seorang dari kita terpesona dengan buah rambutan dan berhenti mengakibat rakan yang lain meninggalkan dia.berpisahlah mereka.maka sesatlah dia di hutan tersebut)

11 July 2011

Sedih


Alhamdulillah tadi berkesempatan pergi solat maghrib di masjid muhammadi...Terkejut boleh berjumpa dengan Sultan Kelantan...Tiada polis pun yang escort...tiada karpet kuning pun yang menyambut...Bersyukur dikurniakan Sultan yang melazimi solat berjemaah...Enshalllah ada barokah di bumi Kelantan...

Terkesan dengan untaian ceramah dari Ustaz Lutfi tadi...Sebenarnya tidak mengetahui dia akan mengajar di situ sebab malam isnin saya tidak tahu di mana kuliah maghrib yang menjentik hati saya untuk pergi...Tadi tergerak untuk ke masjid muhammadi kerana hari ini saya sedih...Selalunya saya sedih saya akan pergi ke masjid sana untuk menenangkan hati...Ada sesuatu yang sepesel di sana yang sukar untuk dinyatakan...Mungkin disebabkan ulama hebat dulu mengajar di sana...alhamdulillah

Antara untaian-untaian kata yang menarik tadi

‎1-mnglkan khndk yg tngi =sero cukup dh
2-mnglkn kasih kpd dunia=tngl yg nafsu suko
3-bkekalan dgn zikrullah=sebutlah allah dgn ht
4-sgera bertaubat bila mlakukan dosa=mhinakan diri ke allah
5-mnglkn angan2=jgn berangan sj tp kijoan xbuat

baru ht mnjd gementar bila dengar ayat2 allah.

'hal dunia kta xkebuluran dh bekalan.tp hal akhirat kta kbuluran.sma2 buat psiapan.kta pn xlama dh'~ustaz lutfi


Crying are words can't express...

08 July 2011

Bersih


Pemimpin Malaysia takut dengan kuning...Apa ke hal???

Walaupun saya tidak turun kerana mendengar kata-kata syeikh saya namun saya sangat geram dengan kepimpinan yang ada...terlalu banyak pembaziran yang berlaku...dalam kubur baru la kamu tahu erti penyesalan...ingat ya isteri perdana menteri!!

05 July 2011

Three


Hari ketiga adalah hari Isnin...Bangun pagi tu on9 dulu lepas solat subuh...Lama juga on9 hampir 2 jam juga...Lepas tu tido sampai la kena tengah hari...Kena ambil si kembar dan aqil...


Then kena pergi ambil umi kat sekolah dia..Gendong naik motor je dengan umi..Risau juga kerana takut jadi apa-apa...So bawa slow je...Tak nak jadi penyebab kehilangan umi...Nauzubillah

Petangnya berpeluang terpilih belajar dengan Ustaz Wan Omar...Hari ini bab pakaian dan tauhid...Susah untuk dibicarakan kerana perlu belajar lebih lagi..Belajar dari guru banyak kata-kata dan pengalaman beliau ceritakan..Paling menarik pasal Tok Kenali..

Malamnya pergi dengar Ustaz Wan Omar lagi..Kitab Bab Solat...Apa yang ingin dikongsi post kali ini mengenai orang yang tidak mahu solat...Masyaallah.Ada lagi ya orang yang tak nak solat...Setelah Allah bagi berbagai nikmat pada mereka...Ustaz juga bercerita mengenai neraka al-falaq yang disediakan untuk orang yang tidak solat.

al falaq merupakan salah satu pintu dari neraka...disediakan untuk org yang tidak mengerjakan solat sedangkan beliau sehat...luasnya ibarat seribu tahun perjalanan pun tidak habis ke penghujungnya dan dalamnya ibarat dilemparkan batu seribu tahun pun tidak smpai ke dasarnya

Ada lagi yang meremehkan solat ini...Dosa meninggalkan solat tidak diampunkan melainkan kita qadha...20tahun kita tidak solat maka kena la kita qadha...Jika semasa kita mengqadhakan itu ditakdirkan kita meninggal dunia enshaallah allah akan mengampunkan disebabkan kita telah berusaha...Bertaubatlah selalu jangan bertangguh

03 July 2011

2nd day Holiday


Permulaan hari ini perlu memberitahu sepupu saya yang saya menolak untuk bekerja dengannya disebabkan saya mahu menumpukan kepada pengajian ilmu fardhu ain di samping menjadi driver kepada umi dan adik2 saya...

Pagi tadi pergi hantar adik ke sekolah menengah lama saya yakni Maahad Muhammadi Lelaki...Mujurlah tidak bertemu dengan guru-guru lama saya...huhu...Banyak kenangan di situ dan tarbiyah pun bermula di situ...Malu nak ziarah sorang-sorang di tambah lagi dengan saya hanya belajar di universiti tempatan...hoho

Petangnya berpeluang belajar kitab dengan Ustaz Wan Arshad atau terkenal dengan nama Ustaz Wan Omar di rumahnya bersama junior Maahad dulu...Tapi saya tak mengingati mereka sebab perbezaan kami 4-5 tahun.

‎"Di beri kesempatan untuk berada dalam majlis ilmu merupakan nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yang terpilih"
~Syaikhna al Musnid Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله تعالى

Kelmarin juga keluarga saya menjemput isteri kepada sepupu saya baru kahwin untuk menikmati jamuan bagi mengalu-ngalukan kedatangan ke dalam kelurga besar kami...

Pada lewat petangnya ada game Kelayakan Piala Dunia 2014...Alhamdulillah Malaysia layak walaupun tewas...

Sekian


p/s


semoga sahabat saya di Jordan tabah menghadapi ujian yang bertimpa-timpa...Allahumma amin