27 February 2011

Segala Pengajaran Yang Indah-Indah (part2)


Sambungan terjemahan kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

Dan Pengajaran Kedua

Berkata Allah Subhanahu Wa Taala.Aku naik saksi bagi diriku bahawa tiada Tuhan melainkan Aku jua.Padahal esaKu tiada sekutu bagiKu.

Dan bahawasanya Muhammad itu hambaKu dan rasulKu.

Dan barangsiapa tiada Redha ia akan segala hukumku dan tiada sabar ia atas segala balaKu dan tiada syukur ia akan segala nikmatku dan tiada memadai ia dengan pemberianku maka keluarkan oleh kamu daripada bumiKu dan langitKu.

Maka tuntut oleh kamu akan tuhan yang lain daripadaKu.Dan barangsiapa pagi-pagi ia padahal dukacita(kecewa) akan dunia maka seolah-olah ia marah akan daku.

Dan barangsiapa mengadu-ngadu ia akan kesakitan maka sesungguhnya mengadu-mengadu ia akan daku.

Dan barangsiapa masuk kepada orang kaya atau bertemu ia dengan dia maka merendah ia akan dirinya baginya kerana kayanya(merendah diri pada orang kaya sebab dia kaya) nescaya hilanglah dua sulus agamanya(2/3 agama seseorang itu telah cedera).

Dan barangsiapa menampar ia akan mukanya(tanda protes) atau kepalanya kerana kematian(orang yang kita sayang) maka seolah-olah ia mengambil ia akan lembing membunuh ia akan daku dengan dia(lembing).

Dan barangsiapa memecah ia akan kayu atas kubur mayat maka seolah-olah meruntuh ia akan pintu kaabahKU dengan tangannya.

Dan barangsiapa berkemah(kencing) pada barang mana pintu masuk ia padanya(pintu masuk tempat lalu lalang orang) nescaya memasuk akan dia oleh Allah ke dalam neraka Jahannam(Allah akan memasukkan orang yang kencing tempat orang lalu lalang ke dalam neraka.Nauzubillah).

Dan barangsiapa tiada ada bertambah pada agamanya yakni tiada bertambah takutnya akan Allah Taala maka iaitu di dalam kekurangan(masih kurangnya pemahaman agama).Dan barangsiapa ada ia di dalam kekurangan maka mati itu terlebih baik baginya.(baik mati awal sebab sikit dosa orang macam ini)

Dan barangsiapa mengamal ia akan ilmu yang telah mengetahui ia nescaya memberi akan dia oleh Allah Subhanahu Wa Taala akan ilmu yang tiada mengetahui ia(Jika kita amal apa yang kita tahu nescaya Allah akan memberikan ilmu yang kita tidak tahu).

Dan barangsiapa panjang angan-angannya nescaya tiada hasil dengan dia(angan-angan boleh tapi panjang angan-angan tak boleh)

14 February 2011

Segala Pengajaran Yang Indah-Indah (part1)



Terjemahan kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.



Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Ku mulai kitab ini dengan nama Allah yang amat pemurah pada memberi rezki akan segala hambanya yang mukmin dan kafir dalam negeri dunia ini.Lagi yang amat mengasihani akan segala hambanya yang mukmin di dalam negeri akhirat itu.Segala pujian bagi Allah yang memilik sekalian alam.


Bermula rahmat Allah dan salam Allah itu iaitu sabit(tetap) atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW iaitu penghulu segala nabi dan penghulu segala nabi yang mursal(nabi yang jadi rasul).Dan atas segala keluarganya dan atas segala sahabatnya segala mereka itu(keluarga sahabat).


Adapun kemudian dari itu maka inilah suatu kitab dan kunamai akan dia(kitab) "Al-Mawa'idz Al-Badi'ah" ertinya Segala Pengajaran Yang Indah-Indah.



Hai anak adam laki-laki dan perempuan.Percayakan oleh kamu akan segala pengajaran ini.Jangan engkau syak akan dia(pengajaran) kerana segala pengajaran ini setengahnya aku ambil daripada perkataan Allah taala dan setengahnya aku ambil daripada perkataan Rasulullah.Dan setengahnya aku ambil daripada perkataan sahabat rodhiollohu anhum.Dan setengahnya aku ambil daripada perkataan aulia(wali-wali) Allah rodhiollohu anhum.Dan setengahnya aku ambil daripada perkataan hukama' dan ulama' yang amilin(yang beramal dengan ilmu) rohimullohu alaihim(semoga Allah merahmati mereka).



Hai anak adam,taruhkan pada sisi kamu jangan kamu beri jauh akan dia(pengajaran ini) dan tilik oleh kamu kepadanya(pengajaran) sehari sekali atau sejumaat sekali atau sebulan sekali.Jangan kamu ta'khirkan daripadanya(melambatkan ulang kaji pengajaran ini).Mudah-mudahan jadi lembut hati kamu.



Hai anak adam,jika kamu percaya akan pengajaran ini serta kamu amalkan akan dia(pengajaran),maka kamu lah hamba pilihan(terpilih) dan jika kamu mungkir(tak percaya) akan dia(pengajaran ini) dan tiada kamu amalkan akan dia(pengajaran ini),maka kamu la makhluk Allah yang kerugian dan jikalau kamu hafaz seribu kitab sekalipun.(walau hafaz kitab banyak tapi tak amal pengajaran ini jadi sia-sia).

Dan barangsiapa berkehendak kemenangan di dalam dunia dan dalam akhirat maka hendaklah menaruh akan kitab ini serta melazimkan menilik ke dalamnya kerana adalah di dalam kitab ini beberapa pengajaran.Maka


PENGAJARAN YANG PERTAMA


Berkata Allah subhanahu wa taala.

"Tercenggang(hairan) Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan Mati,maka betapa Suka ia(masih berseronok dengan dunia.


Dan tercenggang Aku (kepada)barangsiapa yang yakin ia akan Hisab yakni kira-kira pada hari kiamat,betapa menghimpunkan ia akan harta(kita yakin tentang hisab tapi masih menyimpan harta dunia).


Dan tercenggang Aku bagi barangsiapa yang yakin mereka akan Kubur maka betapa tertawa-tawa ia(kita yakin mati masuk kubur tapi masih tak sedar dan suka dengan dunia).

Dan ajaiblah Aku yakni hairanlah Aku bagi barangsiapa ia yakin akan akhirat maka betapa bersenang-senang di dalam dunia.(kita tahu negeri akhirat nanti kita akan pergi tapi bagaimana masih boleh bersenang-senang lagi dengan dunia?).


Dan tercenggang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan fana dunia dan hilangnya betapa ia mengambil ketetapan ia di dalam dunia(kita tahu dunia ini tidak kekal tapi rasa dunia ini tempat segala-galanya dan tempat penghabisan.Rasa tiada akhirat dah lepas kehidupan dunia).


Dan tercenggang Aku bagi orang yang alim ia dengan lidahnya dan jahil dengan hati.(lidah petah berbicara tapi dalam hati kosong).


Dan tercengganglah Aku bagi orang yang bimbang ia keaiban manusia padahal lupa keaiban dirinya.(kita malu dengan keaiban kita pada manusia tapi tidak malu keaiban kita pada Allah)


Dan tercengganglah Aku bagi barang yang bersuci ia dengan air pada zahir jua padahal ia tiada menyuci akan hatinya(kita menyucikan diri hari-hari dengan mandi tapi tiada rasa nak cuci pun akan hati kita yang mana akan menjadi bahan tilikan Allah di hari akhirat)


Dan tercengganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya Allah Taala itu amat Melihat ia kepadanya betapa ia derhaka akan Dia(kita tahu Allah tengok kita setiap masa tapi kita tak segan pun buat dosa pada Allah seolah-olah Allah tidak melihat kita.


Dan tercengganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya dirinya itu lagi akan mati padahal seorang dirinya dan masuk kubur ia padahal seorang dirinya,maka betapa berjinak-jinak ia dengan segala manusia(kita tahu suatu masa nanti kita akan dipanggil Allah dan kita masuk kubur pun tiada teman untuk menemani.Namun di dalam dunia kita tidak menjadikan Allah teman rapat kita sebaliknya menjadikan manusia teman rapat kita.Maka berjinaklah dengan Allah)


pengajaran kedua later...

01 February 2011

Majlis Ilmu




“Sekiranya kamu melalui taman di antara taman syurga hendaklah kamu duduk menyertainya”, tanya para sahabat apakah taman di antara taman syurga tersebut wahai Rasulullah SAW? jawab baginda majlis ilmu ( majlis yang dalamnya ada peringatan kepada tuhan ) Berdasarkan keterangan hadis kita dapat fahami bahawa Rasulullah SAW telah menggambarkan kedudukan majlis ilmu dalam Islam begitu tinggi dan hebat sehinggakan diumpamakan dengan sebuah taman di antara taman - taman syurga. Justeru apabila kita melaluinya maka baginda memerintahkan kita agar menyertainya.

Antara Adab-Adab menuntut Ilmu:

1) Niat yang ikhlas kerana Allah Taala.Biarlah niat kita hanya untuk mengharap redha Allah dari ilmu yang kita pelajari,untuk menghilagkan kejahilan dari dalam diri kita,juga untuk
menghidupkan agama dan untuk mempelajari syariat Allah S.W.T.

2) Berusaha membersihkan zahir dan batin dari kekotoran dan kekhilafan.

3)Merendah diri kepada guru yang mengajar walaupun guru tersebut rendah kedudukannya
atau jawatan keduniaannya dari kita.Contohnya kita kerja dengan berjawatan atau gaji lebih
tinggi dari guru kita,kita dilarang memandang rendah kepada mereka.

4) Melihat dan memandang guru dengan pandangan kemuliaan dan kasih sayang.Maksudnya
memandang seorang guru dengan rendah hati dan memuliakan kedudukan mereka.

5) Membersihkan hati dari najis-najis dosa supaya ilmu mudah melekat di hati dan aqal kita,
Hati yang kotor membuatkan ilmu menjauh dengan kita.

6)Elakkan dari bermain-main dan melakukan perkara sia-sia semasa berada dalam majlis ilmu.
Contohnya ber'sms' atau bersembang dengan kawan sebelah ataupun berangan-angan semasa
majlis ilmu berlangsung.

7) Menjauhkan sebab-sebab yang menghalang kita dari menuntut ilmu,contohnya mengjauhkan
gangguan tetfon bimbit atau kemalangan yang menyebabkan tumpuan kita terganggu.

8) Sanggup menanggung kesusahan dan kepayahan semasa menuntut ilmu kerana menuntut
ilmu jalannya berliku dan penuh mehnah.
9)Bersungguh-sungguh dan beristiqamah

10) Memilih guru-guru yang muktabar.

11) Memilih sahabat sepengajian yang soleh dan solehah yang mana seorang sahabat yang baik
mampu membantu perjalanan kita sebagai penuntut ilmu Allah.

27 January 2011

Bacalah Al-Quran


Hadith : Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir). ” (Muslim)

Masa yang terluang itu isilah dengan bertadabbur al-quran.Kelak masa yang kita bazirkan dengan benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat itu mungkin menjadi asbab bagi kita menerima azab dari Allah.Perjuangan menuju Allah memerlukan pengorbanan.Berkorbanlah untuk kehidupan yang indah nanti iaitu di syurga

24 January 2011

Pertemuan



pertemuan yang indah bukan sahaja dinilai dengan

pertemuan...

bersalaman...

senyuman...

dan perbualan...

tetapi nilai keindahan itu dinilai dengan keikhlasan hati kita mendoakan sahabat tanpa dia ketahui..bukan di dunia sahaja tetapi untuk di sana akhirat kelak..kerana bersahabat dengan keikhlasan dan redha hati mampu menarik diri kita dari terjerumus ke dalam bahang api neraka.."..


Semoga dapat bertemu kalian di syurga yang kita dambai dengan teman-teman yang dikasihi ini.insyaallah

20 January 2011

Nasihat


"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar."

Khalifah ‘Umar

Menjaga lidah membuatkan orang lain senang dengan kita

Nilai takwa dipandang di sisi Allah

Salinglah nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain kerana fitrah manusia itu pelupa

Bersabarlah menghadapi dugaan kerana ganjarannya terlalu besar tak ternilai dengan wang ringgit

16 January 2011

Al Fatihah




Pada 12hb Januari yang lalu,satu-satunya nenek yang saya ada telah kembali mengadap Ilahi.Semoga roh beliau diberkati.Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa nenekku.Al Fatihah buat allahyarhamah Meriam binti Fatimah.Sesungguhnya nenek saya telah menanggung kesakitan yang lama.Semoga kesakitan itu dapat menghapuskan dosa-dosanya

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Persiapkanlah bekalan kita secukupnya untuk perjalanan yang amat-amat panjang nanti di akhirat.




09 January 2011

Kehidupan Dunia


Syed Qutb berkata: Selesailah sudah kehidupan dunia yang selalu membuat penghuni-penghuninya berperang dan bertarung satu sama lain kerana merebut kenikmatannya. Dunia yang selalu membuat mereka mengutamakan kenikmatannya dan mengabaikan usaha mereka mendapat habuan di akhirat.

Dunia yang selalu membuat mereka sanggup melakukan untuknya segala jenayah, maksiat dan kezaliman, dan dunia yang selalu membuat mereka dihanyut nafsu dan hidup kerana nafsu.

Terlipatlah sudah kehidupan dunia ini dalam hati pencintanya hingga dirasakan mereka seolah-olah kehidupan itu hanya berlangsung selama satu petang atau satu pagi sahaja. Inilah kehidupan dunia yang singkat.

Adakah kerana kehidupan pagi dan petang, mereka sanggup mengorbankan kehidupan akhirat yang kekal?

Adakah kerana kepuasan hawa nafsu yang fana, mereka sanggup meninggalkan kediaman syurga yang kekal di akhirat? Tidakkah ini suatu kebodohan yang paling besar?

03 January 2011

2011


taun baru

azam baru

pemikiran baru

semakin muda menuju kematian

oh saya semakin muda ya?weee

semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya

umi abah doakan anakmu ini tabah~

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Mujaadilah, 58 : 11]


Tuntutlah ilmu kerana Allah

siapakah orang yang cerdik?

orang yang cerdik ialah orang yang menghitung keburukan dan kelemahan diri sendiri.Mereka juga beramal dengan amalan yang dapat membantu mereka dan amalan yang laku(bernilai) setelah mati


29 December 2010

Persinggahan


Semakin lama kita hidup di dunia ini, semakin banyak ujian dan cabaran dunia yang kita lalui, manis, pahit malah kadang-kadang ia mengundang 1001 perasaan apabila kita berhadapan dengan ujian ini. Umpamanya sebuah pelayaran di tengah lautan, air laut yang tenang tiba-tiba di landa ombak besar dan angin ribut. Penumpang-penumpang berusaha mahu menyelamatkan diri masing-masing, ada antara mereka yang jatuh, malah ada yang teggelam di lautan dalam. Ada pula penumpang yang berjaya berenang ke tepian pantai dan sekali lagi ia berusaha berlayar untuk sampai ke destinasi sebenar. Walaupun mereka tidak tahu apa yang bakal dilalui dalam pelayaran seterusnya samada berjaya atau tidak, mereka tetap teruskan dengan bekalan amal ibadat yang dibawa serta satu niat mahu bertemu Yang Maha Pencipta yakni Allah S. W. T.
Kita sekadar musafir yang singgah di dunia ini buat mencari bekalan untuk di bawa ke destinasi sebenar. Renung-renungkan bersama



Album : Nur Irsyad
Munsyid : Nur Irsyad
http://liriknasyid.com

Dunia bagai pulau kecil di tengah lautan
Tempat persinggahan semua insan
Dalam pelayaran arahan Tuhan

Tibalah kita di dunia untuk persinggahan
Hanya seketika beroleh bekalan
Hingga tiba masa sambung perjalanan

Kita insan dalam pelayaran
Merempuh lautan menuju ke kebahagiaan
Jangan lupa nakhoda berpesan
Leka kita jangan
Masih jauh perjalanan ke Syurga

Setelah tamat tempoh masanya persinggahan
Semboyan berbunyi melaung seruan
Teruskan perjalanan membawa bekalan

Sedarlah betapa dunia hanya sementara
Usah terlepaskan keredhaan Nya
Akhir nanti sesalan tiada gunanya


Dunia adalah tempat di mana setiap insan akan melalui tetapi ia hanya bersifat sementara.
Dari itu , dengarlah kita akan pesanan Rasulullah s.a.w pada kita dan janganlah kita lalai dengan perihal dunia.
Inilah masa nya untuk kita manfaatkan peluang yang ada dengan melakukan amalan kerana kelak akhirat jua yang akan kekal selamanya.

27 December 2010

Aku Sangat Rindu Untuk Bertemu Mereka


Pernah suatu ketika,sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat.Tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w..Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w..Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar..baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya..Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w..

"Bukankah kami ini ikhwanmu?..

Rasulullah s.a.w menjawab..

"Tidak,kamu semua adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"


Sama-sama kita perbanyakkan selawat

Sampai masa nanti kita memerlukan syafaat baginda

Oleh itu berselawatlah sebanyaknya.Semoga baginda mengingati kita tatkala kita meminta syafaat baginda di akhirat sana

Jangan menyesal di kemudian nanti tatkala kita memanggil baginda sebaliknya baginda tidak mengendahkan kita kerana kita di dunia tidak pernah berselawat ke atas baginda

bab kata pepatah

sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

24 December 2010

Amalan-Amalan Mulia


Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. (Sayidina Umar bin Khattab)


Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa). Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. (Sayidina Uthman bin Affan)


Selalu ketawa menggelapkan hati

Selalu berzikir akan membersihkan hati

Mana satukah pilihan hati?

Ayuh banyakkan berzikir mengingati Allah di awal pagi,siang hari dan malam yang sunyi

Selamat beramal~