05 January 2010

Bakpo Nok Nikoh

Muzakarah saya bersama seorang sahabat baru-baru ini menarik minat saya untuk mengkaji lebih mendalam.Topik sebegini sebenarnya menjadi topik hangat di kalangan muda-mudi bahkan orang tua

Berbalik kepada perdebatan saya .

“Supo(macam) best jah nikoh” kata sahabat saya.
“Jolo bokali(betul kot)..kawan2 ramai yg dah kawen” saya menyampuk.
“Kalau mun..bakpo mun nak nikoh?” saya bertanya.
“Entah..” dia menjawab..

Haih.. mmg selalunya susah nak terima jawapan yang sebegini, entah, tak tau..dan sebagainnya.Jawapan orang tak belajar mengikut sahabat saya.

“Antara-antara sebab berikut, mana yang mun pilih?” saya terus lagi bertanya.

Cintakan kekasih? Sunyi, dan bosan keseorangan? kerana nafsu? nak ikut sunnah Nabi – demi menghalalkan yang haram?mahukan zuriat penyambung generasi? atau mak ayah yang paksa?mendekatkan diri kepada Allah?

Itulah lebih kurang soalan saya. Namun saya masih tidak puas hati. Dia masih lagi menjawab, “entahlah”. Aduhai,geram terasa. Saya mula memberi hujah mengenai hal ini.

“Kalu aku, aku mungkin akan bernikah kerana semua sebab tersebut, kecuali satu..CINTA.”


Cinta Sebelum Nikah Vs Cinta Selepas Nikah.

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa.Mungkin saya pernah laluinya. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt...kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”

– Riwayat al-Bukhari -

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif.
Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.

Dan kalau dah bertunang itu bukan tiket boleh untuk berdua-duaan tanpa mahram ya abang-abang dan kakak-kakak sekalian.Apatah lagi yang tiada sebarang ikatan.Seelok-eloknya kahwinlah secepat mungkin takut tertipu dengan pujukan syaitan.


Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai?

Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.

Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:

Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.

Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?

Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Maka. InsyaAllah, saya berjanji tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Saya pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.

”"allaumma inni asaluka hubbaka ma yuhibbuk"





Sumber rujukan:
1.
www.semut2comel.blogspot.com
2.
Alaf21.com.my


p/s teringat doa yang dikirim kepada mak saudara yang pergi ke mekah untuk saya bertemu jodoh dengan...( kalau cakap memang saya ini seorang yang memilih).Terima kaseh che na....Semoga dipermudahkan.

"Nok hok jurus keno jadi jurus la dulu wahai faris"adoi

1 comment:

Melatidaisy said...

salam..

kupasan yg menarik..ni tajuk famous di kalangan bdk2 uia jgk..lebih2 lagi di maincampus gombak ni.. btw..thanks :)