22 June 2009

Santapan Rohani



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih&Penyayang

Alhamdulillah akhirnya selesai sesi pemindahan barang2 kerana ana meminta ditukarkan Mahallah(asrama) dari Mahallah Umar Al-Khattab2@terkenal dengan Mahallah Aisyah bilik 219 ke Mahallah Umar Al-Khattab1.Alhamdulillah dekat untuk ke kelas berbanding mahallah yang lalu.Walaupun sepatutnya memang tidak boleh untuk ditukarkan namun dengan bantuan doktor Uia ana mendapat "supporting letter".Maafla pegawai Mahallah yang menukarkan ana dulu.Sesungguhnya setiap sesuatu ada jalan penyelesaiannya.Sedih jugak nak berpisah dengan roomate yang telah tidur sekali selama 3 sem@1tahun namun perpisahan tetap perlu demi keselesaan.Tak berpisah pun cuma jarang berjumpa.Minta maaf kepada Syahid&Zakir.Jadi bilik baru sekarang G07.Jemputla datang ek.

Berbalik kepada tajuk.Semasa mengemas barang2 tadi ana terjumpa buku nota agama yang ana tulis semasa mentelaah buku2 ilmiah time lepas Spm dulu.Ana tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian apa yang ana telah tulis.Berikut adalah:


6 Ramuan Santapan Rohani:

1-Percaya sepenuh hati kepada Allah
2-Setiap sesuatu yang ditakdirkanNya pasti terjadi
3-Kesabaran adalah jalan terbaik yang harus ditempuh oleh setiap orang yang mendapat cubaan.
4-Bagaimana kita tidak sabar padahal kita tidak dapat menentukan&memberikan pertolongan kepada diri kita sendiri dari kegelisahan.
5-Setelah musibah datang akan datang kemudahan
6-Jika tidak begini terjadi kepadaku mungkin musibah yang lebih buruk lagi


Tips mengusir Syaitan:
-Dalam menghadapi godaan syaitan cukup sekiranya berserah diri kepada Allah.Meningkatkan pengabdian&peribadatan kepadaNya.

Untuk ke Syurga:
1-Menyediakan kenderaan zuhud
2-Meninggalkan kesenangan dunia
3-Taat kepada Allah


Kenapa kemanisan dalam beribadat kepada Allah pergi?
1-Rakus terhadap keduniaan
2-Allah telah menunjukkan kelemahan kita memperlihatkan kepada kita betapa DIA MAHA KUASA kerana DIA mencabut kemanisan itu sehinggalah diri kita tunduk khusyu' kepada-Nya.


Itu saja untuk setakat ini.Kepada sahabat2 yang disayangi sekali doakan ana menjadi orang bertakwa di sini.Hati ini penuh dengan noda dan menjadi sang pendosa.Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.Dalam kesedihan atas dosa yang amat besar ana lakukan baru2 ini ada juga sahabat yang soleh menghantar emel di YM yang merupakan kurniaan Allah dalam ana menghadapi kesedihan ini.

“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!!.”

No comments: