22 June 2009
Qada Allah Mengandungi Banyak Hikmah
Bahawasanya manusia yang kenal Allah ialah yang dapat mengetahui segala sesuatu,apakah suka@duka,apakah sejalan dengan kehendak manusia@tidak.Keadaanya bererti sudah dapat meringankan perasaannya sebagai manusia pada hal2 yang tidak sejalan dengan kemanusiaanya&kehendaknya.Maka bagaimanakah halnya apabila manusia itu tidak sampai perhatiannya kepada hikmah2 yang terkandung dalam ketentuan2 Allah.Misalnya hikmah2 yang tkandung dalam cubaan2 yg diturunkan Allah.Maka tentu saja tidak ada ertinya mengenal Allah bahawasanya Dia Yang Maha Menentukan sedangkan kita tidak dapat menjangkau hikmah2 yang terkandung di dalam cubaan2@bala2 yang ditakdirkan Allah atasnya bererti tdk sempurna tinjauannya penilikannya bahkan akalnya.untuk itulah yang mulia Ibnu Athaillah Askandary telah merumuskan hal keadaan ini dalam Kalam hikmahnya(105)
"barangsiapa yang menyangka lemah lembutnya Allah lekang dari qadar,maka itu adalah kerana pendek penglihatan(akal&hati)nya"
Kalam Hikmah ini dapat dihuraikan adalah sebagai berikut:
-Apabila Allah mendatangkan cubaanNya@balanya kepada manusia maka apabila manusia itu tidak dapat melihat dalam hatinya&tidak memikirkn dengan akalnya ada hikmah2 Allah yang terkandung dalam ketentuan2Nya,itu menunjukkan bahawa akal manusia itu pendek&penglihatan hatinya tidak jauh.Contoh apabila kita mendapat keputusan exam yang tidak seperti kita harapkan maka timbullah ketidakpuashatian.right???.Kita dah belajar bersungguh2 namun keputusan yang diharapkan tidak seperti yang dijangka.Lebih2 lagi apabila sahabat kita yang belajar pun tak seberapa berbanding kita mendapat keputusan yang lebih tinggi.Ini menjurus kepada sifat2 dengki.Oleh itu berwaspadalah dengan ini semua.Sesungguhnya perasaan2 ini datang dari musuh nombor 1 kita tak lain tak bukan SYAITAN LAKNATULLAH.Ini semua disebabkan kerana keimanan kita belum begitu mantap,keyakinan kita itu masih lemah&belum begitu kuat,apalagi belum sepenuhnya kenal dengan Allah.Jika manusia itu sudah benar2 kenal kepada Allah yang semestinya tidak seumpama dengan sesuatu&kenal pula kepada sifat2Nya Yang Maha Agung,pasti manusia itu akan melihat bahawa di dalam cubaan&bala yang ditakdirkan Allah atasnya,adalah mengandungi hikmah2 yang baik.Sebab itulah,maka mnusia yang kenal dengan Pencipta merasa senang&bahagia akan hikmah2 yang tersembunyi daripada ujian Allah,kerana cubaan&bala yang ditentukan Allah kepada mereka bererti menambah hampirnya mereka kepadaNya.Akhirnya baru ana mengerti mengapa ana tidak dipilih oleh Allah untuk melanjutkan pengajian ke luar negara berbanding rakan2 yang lain.
Ketahuilah hikmah2 yang terkandung di dalam cubaan&bala itu sangat banyak.di antaranya dapat kita ketahui adalah sebagai berikut:
1-Dengan sebab bala&cubaan Allah bererti manusia itu bisa mengambil hikmahnya untuk menambahkan lagi penumpuan kepada Allah.Sebab bala&cubaan adalah bertentangan dengan kehendak manusia,keinginan dan syahwatnya.Kita melihat bahawa tidak ada manusia yang ingin sakit,miskin,rugi&lain2.tetapi jika yang demikian itu menimpa manusia maka tentu saja tidak sejalan dengan nafsu manusia.Menyebabkan nafsu terdesak,tidak senang&ingin menjauh dari cubaan&bala itu.Apabila nafsu sudah demikian, maka itulah yang dimaksud oleh hamba Allah yang soleh.Sebab yang demikian itu bererti sudah terbuka pintu baginya untuk masuk gedung rahmat Allah(insyaallah),untuk masuk ke istana tempat manusia2 baik yang berhubungan secara langsung dgnNya tanpa perantaraan seperti agama lain.Kalaulah demikian alangkah besarnya faedah&hikmah yang terkandung dalam cubaan&bala yang diberikan Allah kepada hambaNYa.
2-Bala&cubaan seperti sakit misalnya,apabila datang menimpa manusia bererti ia dapat melemahkan nafsu manusia dapat menghilangkan kekuatan nafsu&dapat membatalkan sifat2 nafsu,di mana dengan nafsu&sifat2nya itu dapat menjatuhkan manusia ke dalam dosa ke dalam maksiat dan ke dalam cita2 yang kuat untuk semata-mata mengejar keinginan dunia meskipun terlepas dari keridhaan Allah.Semasa menunggu kemasukan ke universiti tahun lepas ana telah menjalani pembedahan.Selepas pembedahan barulah terasa nikmatnya kesihatan yang Allah kurniakan tidak ternilai.Menangis pun tidak dapat menyembuhkan penyakit.Setiap sesuatu ada hikmahnya.Di waktu sihat ini hargailah ia kelak kita akan kecewa.
3-Dengan datangnya cubaan&bala kepada hamba Allah yang soleh bererti menimbulkan taatnya kepada Allah.Hatinya tak dapat tidak untuk bersabar kepada cubaan&bala itu.Sebab yang mendatangkannya adalah Allah.Hatinya reda&tawakkal kerana qada&qadarnya mesti berlaku&manusia tidak dapat menolaknya&tidak mungkin menghindarinya.Bahkan pula dengan bala&cubaan itu apabila kita menanggapinya dengan husnu zon(anggapan yg baik),pasti akan membawa kita untuk lebih dekat kepada agama kepada kepentingan di akhirat dari kepentingan dunia dan pasti pula akan membawa kepada cinta bertemu dengan Allah.Moga2 kita tergolong di dalamnya.Apabila hati kita sudah diisi dengan hikmah2 tersebut maka meskipun hikmah2 itu menyelinap dalam hati sebesar atom namun kebaikannya adalah lebih tinggi nilainya dari amal ibadah lahiriah meskipun sebesar gunung.Sebab puncak&pokok utama dari sekalian amal ibadat adalah pada HATI.Apabila hati baik maka automatik sekalian amal ibadat akan baik&apabila tidak belum dapat dipastikan bahawa amal ibadat yang kita kerjakan akan baik.Ana menyesali tatkala diuji sering diri ini mengeluh.Semasa ana sakit dulu selepas pembedahan kesan sampingan dari ubat bius semasa pembedahan membuatkan ana merasa terlalu sakit menyebabkan ana tidak dapat mengawal perasaan marah ini terhadap doktor.Ini bermakna ana telah merasa marah terhadap Allah yang menguji diri ini.Ya Allah ampunkanlah dosa2ku.
4-Hikmah Allah mendatangkan bala&cubaan itu ialah untuk menghapus dosa2 kita&kesalahan2 kita terhadap Allah.
Nabi Isa berkata:
"belum dikatakan seorang itu mengenal(Allah),barangsiapa yang belum bergembira dengan masuknya berbagai musibah&penyakit atas tubuhnya&hartanya kerana harapan segala kesalahanya terhapus"
maksud perkataan Nabi Isa ini ialah apabila tidak senang@jengkel Kepada Allah dengan cubaan yang didatangkanNYa atas kita bererti kita belum kenal kepada Allah dan bererti kita tidak mengharapkan bahawa dosa2 kita&kesalahan2 kita diampunkan olehNYa.Tetapi apabila sebaliknya,ertinya kita menerima dengan baik cubaan &balaNya dengan keyakinan bahawa yang mendatangkan bala&cubaan itu adalah Allah mesipun kita berikhtiar untuk menghilangknnya tetapi kita juga berusaha untuk mendapatkan hikmah2nya,maka itulah yang lebih baik dan inilah maksud sabda Rasulullah:
"barangsiapa yang dikehandaki Allah pada orang itu kebaikan,maka Allah cuba orang itu dengan cubannya"
kesimpulan
Apabila kita didatangi cubaan@bala dari Allah,maka tanggapilah dengan baik&carilah hikmah2nya kerana tidak ada perbuatan Allah yang tidak mengandungi hikmah.Bagi hamba2 Allah yang soleh mereka akan mengambil hikmh2 yang membangun diri mereka untuk lebih dekat kepadaNya dalam erti yang luas.Tetapi apabila kita melihat dari sudut negatif ujian Allah,yakni tak ada hikmahnya pada cubaan&bala Allah terhadap manusia maka orang yang demikian akalnya pendek penglihatannya terbatas di mana hatinya&akalnya hanya melihat sesuatu yang sejalan dengan hawa nafsunya,keinginanya&syahwatnya saja.Yang demikian ini kita berlindung kepada Allah.Semoga kita dipeliharaNya daripada pandangan2 yang negatif.Sebab akibatnya bukan menambah dekat kepada Allah sebaliknya menambah jauhnya kita dari rahmat Allah Yang Maha Besar&Maha Agung.Amin
Nilailah ujian Allah mengikut pandangan mata HATI yang suci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment