27 February 2011

Segala Pengajaran Yang Indah-Indah (part2)


Sambungan terjemahan kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

Dan Pengajaran Kedua

Berkata Allah Subhanahu Wa Taala.Aku naik saksi bagi diriku bahawa tiada Tuhan melainkan Aku jua.Padahal esaKu tiada sekutu bagiKu.

Dan bahawasanya Muhammad itu hambaKu dan rasulKu.

Dan barangsiapa tiada Redha ia akan segala hukumku dan tiada sabar ia atas segala balaKu dan tiada syukur ia akan segala nikmatku dan tiada memadai ia dengan pemberianku maka keluarkan oleh kamu daripada bumiKu dan langitKu.

Maka tuntut oleh kamu akan tuhan yang lain daripadaKu.Dan barangsiapa pagi-pagi ia padahal dukacita(kecewa) akan dunia maka seolah-olah ia marah akan daku.

Dan barangsiapa mengadu-ngadu ia akan kesakitan maka sesungguhnya mengadu-mengadu ia akan daku.

Dan barangsiapa masuk kepada orang kaya atau bertemu ia dengan dia maka merendah ia akan dirinya baginya kerana kayanya(merendah diri pada orang kaya sebab dia kaya) nescaya hilanglah dua sulus agamanya(2/3 agama seseorang itu telah cedera).

Dan barangsiapa menampar ia akan mukanya(tanda protes) atau kepalanya kerana kematian(orang yang kita sayang) maka seolah-olah ia mengambil ia akan lembing membunuh ia akan daku dengan dia(lembing).

Dan barangsiapa memecah ia akan kayu atas kubur mayat maka seolah-olah meruntuh ia akan pintu kaabahKU dengan tangannya.

Dan barangsiapa berkemah(kencing) pada barang mana pintu masuk ia padanya(pintu masuk tempat lalu lalang orang) nescaya memasuk akan dia oleh Allah ke dalam neraka Jahannam(Allah akan memasukkan orang yang kencing tempat orang lalu lalang ke dalam neraka.Nauzubillah).

Dan barangsiapa tiada ada bertambah pada agamanya yakni tiada bertambah takutnya akan Allah Taala maka iaitu di dalam kekurangan(masih kurangnya pemahaman agama).Dan barangsiapa ada ia di dalam kekurangan maka mati itu terlebih baik baginya.(baik mati awal sebab sikit dosa orang macam ini)

Dan barangsiapa mengamal ia akan ilmu yang telah mengetahui ia nescaya memberi akan dia oleh Allah Subhanahu Wa Taala akan ilmu yang tiada mengetahui ia(Jika kita amal apa yang kita tahu nescaya Allah akan memberikan ilmu yang kita tidak tahu).

Dan barangsiapa panjang angan-angannya nescaya tiada hasil dengan dia(angan-angan boleh tapi panjang angan-angan tak boleh)

14 February 2011

Segala Pengajaran Yang Indah-Indah (part1)



Terjemahan kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.



Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Ku mulai kitab ini dengan nama Allah yang amat pemurah pada memberi rezki akan segala hambanya yang mukmin dan kafir dalam negeri dunia ini.Lagi yang amat mengasihani akan segala hambanya yang mukmin di dalam negeri akhirat itu.Segala pujian bagi Allah yang memilik sekalian alam.


Bermula rahmat Allah dan salam Allah itu iaitu sabit(tetap) atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW iaitu penghulu segala nabi dan penghulu segala nabi yang mursal(nabi yang jadi rasul).Dan atas segala keluarganya dan atas segala sahabatnya segala mereka itu(keluarga sahabat).


Adapun kemudian dari itu maka inilah suatu kitab dan kunamai akan dia(kitab) "Al-Mawa'idz Al-Badi'ah" ertinya Segala Pengajaran Yang Indah-Indah.



Hai anak adam laki-laki dan perempuan.Percayakan oleh kamu akan segala pengajaran ini.Jangan engkau syak akan dia(pengajaran) kerana segala pengajaran ini setengahnya aku ambil daripada perkataan Allah taala dan setengahnya aku ambil daripada perkataan Rasulullah.Dan setengahnya aku ambil daripada perkataan sahabat rodhiollohu anhum.Dan setengahnya aku ambil daripada perkataan aulia(wali-wali) Allah rodhiollohu anhum.Dan setengahnya aku ambil daripada perkataan hukama' dan ulama' yang amilin(yang beramal dengan ilmu) rohimullohu alaihim(semoga Allah merahmati mereka).



Hai anak adam,taruhkan pada sisi kamu jangan kamu beri jauh akan dia(pengajaran ini) dan tilik oleh kamu kepadanya(pengajaran) sehari sekali atau sejumaat sekali atau sebulan sekali.Jangan kamu ta'khirkan daripadanya(melambatkan ulang kaji pengajaran ini).Mudah-mudahan jadi lembut hati kamu.



Hai anak adam,jika kamu percaya akan pengajaran ini serta kamu amalkan akan dia(pengajaran),maka kamu lah hamba pilihan(terpilih) dan jika kamu mungkir(tak percaya) akan dia(pengajaran ini) dan tiada kamu amalkan akan dia(pengajaran ini),maka kamu la makhluk Allah yang kerugian dan jikalau kamu hafaz seribu kitab sekalipun.(walau hafaz kitab banyak tapi tak amal pengajaran ini jadi sia-sia).

Dan barangsiapa berkehendak kemenangan di dalam dunia dan dalam akhirat maka hendaklah menaruh akan kitab ini serta melazimkan menilik ke dalamnya kerana adalah di dalam kitab ini beberapa pengajaran.Maka


PENGAJARAN YANG PERTAMA


Berkata Allah subhanahu wa taala.

"Tercenggang(hairan) Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan Mati,maka betapa Suka ia(masih berseronok dengan dunia.


Dan tercenggang Aku (kepada)barangsiapa yang yakin ia akan Hisab yakni kira-kira pada hari kiamat,betapa menghimpunkan ia akan harta(kita yakin tentang hisab tapi masih menyimpan harta dunia).


Dan tercenggang Aku bagi barangsiapa yang yakin mereka akan Kubur maka betapa tertawa-tawa ia(kita yakin mati masuk kubur tapi masih tak sedar dan suka dengan dunia).

Dan ajaiblah Aku yakni hairanlah Aku bagi barangsiapa ia yakin akan akhirat maka betapa bersenang-senang di dalam dunia.(kita tahu negeri akhirat nanti kita akan pergi tapi bagaimana masih boleh bersenang-senang lagi dengan dunia?).


Dan tercenggang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan fana dunia dan hilangnya betapa ia mengambil ketetapan ia di dalam dunia(kita tahu dunia ini tidak kekal tapi rasa dunia ini tempat segala-galanya dan tempat penghabisan.Rasa tiada akhirat dah lepas kehidupan dunia).


Dan tercenggang Aku bagi orang yang alim ia dengan lidahnya dan jahil dengan hati.(lidah petah berbicara tapi dalam hati kosong).


Dan tercengganglah Aku bagi orang yang bimbang ia keaiban manusia padahal lupa keaiban dirinya.(kita malu dengan keaiban kita pada manusia tapi tidak malu keaiban kita pada Allah)


Dan tercengganglah Aku bagi barang yang bersuci ia dengan air pada zahir jua padahal ia tiada menyuci akan hatinya(kita menyucikan diri hari-hari dengan mandi tapi tiada rasa nak cuci pun akan hati kita yang mana akan menjadi bahan tilikan Allah di hari akhirat)


Dan tercengganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya Allah Taala itu amat Melihat ia kepadanya betapa ia derhaka akan Dia(kita tahu Allah tengok kita setiap masa tapi kita tak segan pun buat dosa pada Allah seolah-olah Allah tidak melihat kita.


Dan tercengganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya dirinya itu lagi akan mati padahal seorang dirinya dan masuk kubur ia padahal seorang dirinya,maka betapa berjinak-jinak ia dengan segala manusia(kita tahu suatu masa nanti kita akan dipanggil Allah dan kita masuk kubur pun tiada teman untuk menemani.Namun di dalam dunia kita tidak menjadikan Allah teman rapat kita sebaliknya menjadikan manusia teman rapat kita.Maka berjinaklah dengan Allah)


pengajaran kedua later...

01 February 2011

Majlis Ilmu




“Sekiranya kamu melalui taman di antara taman syurga hendaklah kamu duduk menyertainya”, tanya para sahabat apakah taman di antara taman syurga tersebut wahai Rasulullah SAW? jawab baginda majlis ilmu ( majlis yang dalamnya ada peringatan kepada tuhan ) Berdasarkan keterangan hadis kita dapat fahami bahawa Rasulullah SAW telah menggambarkan kedudukan majlis ilmu dalam Islam begitu tinggi dan hebat sehinggakan diumpamakan dengan sebuah taman di antara taman - taman syurga. Justeru apabila kita melaluinya maka baginda memerintahkan kita agar menyertainya.

Antara Adab-Adab menuntut Ilmu:

1) Niat yang ikhlas kerana Allah Taala.Biarlah niat kita hanya untuk mengharap redha Allah dari ilmu yang kita pelajari,untuk menghilagkan kejahilan dari dalam diri kita,juga untuk
menghidupkan agama dan untuk mempelajari syariat Allah S.W.T.

2) Berusaha membersihkan zahir dan batin dari kekotoran dan kekhilafan.

3)Merendah diri kepada guru yang mengajar walaupun guru tersebut rendah kedudukannya
atau jawatan keduniaannya dari kita.Contohnya kita kerja dengan berjawatan atau gaji lebih
tinggi dari guru kita,kita dilarang memandang rendah kepada mereka.

4) Melihat dan memandang guru dengan pandangan kemuliaan dan kasih sayang.Maksudnya
memandang seorang guru dengan rendah hati dan memuliakan kedudukan mereka.

5) Membersihkan hati dari najis-najis dosa supaya ilmu mudah melekat di hati dan aqal kita,
Hati yang kotor membuatkan ilmu menjauh dengan kita.

6)Elakkan dari bermain-main dan melakukan perkara sia-sia semasa berada dalam majlis ilmu.
Contohnya ber'sms' atau bersembang dengan kawan sebelah ataupun berangan-angan semasa
majlis ilmu berlangsung.

7) Menjauhkan sebab-sebab yang menghalang kita dari menuntut ilmu,contohnya mengjauhkan
gangguan tetfon bimbit atau kemalangan yang menyebabkan tumpuan kita terganggu.

8) Sanggup menanggung kesusahan dan kepayahan semasa menuntut ilmu kerana menuntut
ilmu jalannya berliku dan penuh mehnah.
9)Bersungguh-sungguh dan beristiqamah

10) Memilih guru-guru yang muktabar.

11) Memilih sahabat sepengajian yang soleh dan solehah yang mana seorang sahabat yang baik
mampu membantu perjalanan kita sebagai penuntut ilmu Allah.