07 October 2010

Hidayah


Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

1. MAKSUD HIDAYAT :

· iaitu cahaya petunjuk daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk menuju jalan yang benar dan diredhai

2. SEBAB MANUSIA PERLU MEMOHON HIDAYAH

· Hidayat datangnya dari Allah dan bukan manusia yang memberi

· Fitrah manusia sendiri yang ingin kepada perkara yang baik dan benar, ia bertepatan dengan konsep hidayat yang diberi oleh Allah

· Hidayat mendorong sesorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik dan lebih beriman kepada Allah

· Hidayat Allah boleh menjauhkan sesorang dari melakukan dosa

3. CARA MENDAPATKAN HIDAYAT ALLAH

· Menggunakan akal fikiran dengan mengkaji dan meneroka alam supaya dapat mengetahui rahsia dan bukti kewujudan serta keesaan Allah

· Mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya

· Berakhlak mulia dalam pergaulan

· Membersihkan jiwa melalui amal ibadat

4. KESAN HIDAYAH ALLAH KEPADA MANUSIA

· Berubah tingkah lakunya daripada kufur kepada beriman

· Menikmati kemanisan iman

· Mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup

· Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat

· Peningkatan ketara dalam ibadat sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah

· Mengamalkan perbuatan baik dan meningglkan perbuatan mungkar

· Tetap beriman sekalipun diseksa atau diberi tawaran kesenangan dunia supaya meninggalkan Islam

5. TANDA-TANDA SESEORANG ITU TELAH MENDAPAT HIDAYAT ALLAH

· Jiwanya cenderung kepada akhirat

· Selalu menjauhkan dirinya daripada tipu daya keduniaan

· Selalu bersiap sedia menghadapi kematian

6. KEWAJIPAN UMAT ISLAM MELAKUKAN DAKWAH

Islam mewajibkan umatnya supaya menyampaikan dakwah dalam apa cara sekalipun. Bincangkan.

· Dakwah perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing

· Dakwah yang dilakukan perlu dengan cara yang baik supaya orang lain dapat berfikir tentang kebenaran Islam

· Kita tidak boleh berputus asa jika usaha dakwah tidak berjaya

· Kita dilarang menghukum dan menghina seseorang yang belum mendapat hidayat, sebaliknya hendaklah meneruskan usaha dakwah kerana tugas kita hanya menyampaikan dan bukan memberi hidayat.


Nafsu terus2an membisik,

‘nanti lah… kalau dah taubat sekarang, susah nak buat benda2 yang syok tu lagi’ ‘kejap lah… sikit je lagi nih. Berhenti sekarang tergantunglah pulak!!!’ ‘sat, sat. Muda lagi ni, insyaAllah, banyak lagi masa nak insaf dan bertaubat’ ‘alah… relak lah, lum sampai seru lagi tu…Allah lum nak buka pintu hati aku lagi nih!!!’

Dan kita terus kalah dengan seribu satu alasan yang dibisikkan syaitan dan nafsu. Dalam sedar bahwa syaitan itu adalah musuh kita yang nyata itu pun, kita masih gagal bangkit dari belenggu keseronokan menangguh taubat, menangguhkan dari bersegera melakukan kebaikan, meninggalkan yang maksiat maupun yang lagha… Sebabnya???

Kita sebenarnya belum benar-benar mau berubah, belum sanggup meninggalkan yang tidak-tidak itu. Kita yang belum bersedia bertukar haluan, lalu kita cari dan kita cipta alasan demi alasan bagi memurnikan ketidakupayaan kita untuk berubah. Ada yang sampai menyalahkan orang lain, malah, lebih malang lagi, ada yang sampai menyalahkan Allah sendiri kerana tidak membuka hatinya untuk berubah…. Astagfirullah, Subhanallah. Layakkah kita menyalahkan Allah, sedangkan berbagai ayat (tanda) telah Allah beri kepada kita, berbagai suara telah Allah ‘bisikkan’ juga kepada kita, hanya kita yang tidak mengendahkannya, memejam mata dan memekakkan telinga. Buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar.

Bila terdetik dalam hati keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik, itulah tandanya Allah mahu memberi kita hidayahNya, asal saja kita sambut ia dengan cara yang selayaknya. Apa cara yang selayaknya? Pening juga kita nak memikirkannya, kan? Tapikan Allah dah tunjukkan cara-cara tu dengan kitabNya melalui RasulNya saw? Kalau nak berubah, ayuh! tinggalkan yang tidak-tidak itu, bersegera melakukan yang baik-baik, moga-moga terhapus keburukan lalu dan diganti dengan kebaikan kini. Mulakan dengan yang itu dulu, lawan nafsu dan syaitan itu dengan memaksa diri, dengan bermujahadah melawan dan meninggalkan mana-mana yang tak soleh serta terlebih lagha. Dan dalam masa yang sama, perbanyakkan yang soleh lagi baik. Banyakkan sedekah dengan niat yang betul, banyakkan yang sunat disamping memantapkan yang fardhu.

Lalu apa lagi? Yang pasti, doa terus pada Allah, mohon diberi kekuatan melawan nafsu dan syaitan, kerana dari Allah jualah kekuatan itu, dan kita sangat perlu meminta dariNya. Sebagai hamba yang serba lemah, mohonlah pada ‘Tuan’ kita yang serba Agong. Jangan kita menyombong diri dan menyangka sekali kita berupaya meninggalkan kejahatan, kita akan terus dapat meninggalkannya dengan kudrat kita sendiri. Doa tetap perlu diteruskan, hatta berdoa untuk terus dalam keadaan berdoa hingga akhir hayat itulah yang sepatutnya dilakukan. ‘Perbanyakkan doa’, bagi ana maksudnya terus mohon pada Allah supaya kita tetap terus kuat berdoa dan memohon pada Allah. Sesungguhnya kita teramat lemah, segalanya memerlukan pada Allah swt.

Macam ada konflik pulak di sini. Tajuk tulisan kata HIDAYAH MILIK ALLAH, tapi kita kena buat pulak? Tak ke kalau dah hidayah tu milik Allah, berdoa saja lah sampai Allah beri ‘hidayah’ tu, baru kita boleh berubah…. Macamana tu?

Sebenar-benarnya di sini, tiada sebarang konflik kalau kita mengerti satu perkara, bahawa ALLAH SWT ITU MAHA TAHU, berbanding kita hambaNya yang serba tidak tahu. Maka yang tak tahu ni, kena buat cara orang tak tau apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Yang kita tahu janji Allah, siapa yang berusaha, dia pasti akan mendapatkannya. Dan kita juga tahu bahwa kita kena berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Allah yang Maha Tahu itu tahu sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kesungguhan kita untuk berusaha , seikhlas mana kita benar-benar mahu berubah. Maka dengan ILMU Nya itulah, Dia menetapkan segalanya untuk kita, kerana Dia Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah, segalanya milik Allah jua. Kerana Dia Maha Tahu.

Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;

“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”

(edited from pembacaan)



Saya sangat berharap orang yang saya kenal mendapat hidayah di samping saya sendiri mendapat hidayah

1 comment:

sinar_islami said...

Hidayah...satu kalimah yg amat bererti buat diri...
Taubat satu kalimah yang kadangkala amat pyh untuk diertikan dlm kehidupan...
Muhasabah..muhasabah