30 June 2010

Permata yang bernilai itu bukan untuk dipamerkan


“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawab dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”


Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”


Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.


“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

sumber (dalam caption gambar saya sayang islam via fb nurul isdiyantie)

p/s

pilihlah yang mana anda mahu dengan izin allah.mahu yang mahal atau yang murahan?

kerna permata yang bernilai itu tidak dipamerkan.Jika anda rasa anda cantik,janganlah menayangkan gambar-gambar anda kepada tontonan umum.Fitnah itu terlebih besar.Lebih-lebih lagi gambar yang tidak menutup aurat.Takut-takut setiap kali orang melihat gambar anda yang tidak menutup aurat akan menjadi asbab dosa anda bertambah dalam keadaan yang anda tidak sedar.

Banggakah kita melanggar hukum tuhan yang menyuruh hambanya menutup aurat sebaliknya anda mempamerkan aurat tanpa rasa segan silu?

Sesungguhnya azab allah itu pedih dan keras.Ada berani?

saya sayang akan sahabat dan saudara saya.Ya allah ampunilah dosa kami sebelum ini dan kuatkanlah kami menuju redhaMu

25 June 2010

Menuju ke penghujungnya


Dengan nama allah yang pemurah lagi maha penyayang

Sering ku panjatkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan Rahmat dan HidayahNya Yang Maha Esa

Dalam kecelaruan dunia ketika ini...Daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua dan menuntuni kita ke jalan diredhaiNya.

Ketahuilah realiti kita hari ini

Manusia tidak lagi Takut kepada Tuhannya...

Manusia tidak lagi dapat membezakan yang Hak dan yang Batil

Manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana Pahala dan yang mana Dosa

Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya walaupun kehidupan seharian kita kadang kala kita Lupa kepadaNya dan kadang kala kita Ingat kepadaNya.


Tapi yang pasti ...

Terlalu banyak masa kita habiskan Bukan untukNya


Ingatlah hidup hanyalah sekali.Tiada lagi peluang kedua.Janganlah kita menyesal bila mati nanti.Menyesal ketika itu tiada gunanya.

Oleh itu,sama-samalah kembali kepadaNya

Tuhan Yang Maha Pemurah

Tuhan Yang Maha Penyayang

"Tidak menjadi sesuatu yang ganjil bagi Tuhan untuk mengampunkan dosa-dosa kita jika Dia mahu walaupun seluas lautan tapi sebenarnya kita yang ganjil kerna tidak mahu meminta ampun kepadaNya"

Percayalah ....

kita tak akan rugi apa-apa jika memohon ampun akan dosa-dosa yang kita telah perbuat kepadaNya

Mati semakin menghampiri

Cukuplah mati menjadi pengajaran bagi kita



17 June 2010

Masih Tewas


Tatkala ahli sufi ditanya mana satu yang mereka pilih di antara solat 2 rakaat dan syurga firdaus.

ahli sufi tersebut menjawab:

"aku memilih solat 2 rakaat"

Sungguh saya terkejut mendengar jawapan ini kerana semua kita yang hidup ini semua mengidamkan syurga.Jika diberi pilihan sebegitu sudah tentu saya pun tanpa perlu berfikir akan memilih syurga.Rezki datang bergolek siapa yang tak nak kan?

Ahli sufi ditanya lagi mengapa beliau memberi jawapan yang sedemikian

Inilah jawapannya

"Sesungguhnya solat itu untuk tuhanku sedangkan syurga itu untuk aku"

Begitulah ikhlasnya golongan ahli sufi mengejar cinta allah dan mereka merasa asyik dengan kekasih mereka.Sedangkan kita?

Kita masih mengejar akan dunia yang fana ini.Sampai bila mahu menjadi hamba dunia?

Saya juga masih tewas dengan dunia...


14 June 2010

Pesanan Imam Al Ghazali


  • Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.
  • Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu sahaja.
  • Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.
  • Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sedar.
  • Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.
  • Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”

10 June 2010

Syafaat Rasulullah Harapannya


Dengan hati tulus penuh cinta, Rabi`ah mengabdikan diri kepada Rasulullah s.a.w. Seharian, dari pagi hingga petang, ia terus-menerus berada di tempat Nabi s.a.w. berada; memenuhi kecintaan beliau, melaksanakan apa saja yang dikehendaki oleh beliau dan keluarga. Bahkan setelah melaksanakan shalat ‘Isya sekalipun, ia tidak meninggalkan kediaman Nabi s.a.w. Kalau Nabi s.a.w. telah memasuki kamar istrinya, Rabi`ah tetap berjaga-jaga di situ, di depan pintu rumah Nabi s.a.w., khawatir kalau-kalau Nabi s.a.w. memerlukannya di malam hari.

Rabi`ah pernah menuturkan pengalamannya, “Sampai tengah malam, aku masih saja mendengar munajat (“bisikan mesra”) Nabi s.a.w. kepada Tuhan, Sang Pencipta dan Penganugerah: ‘Subhaanallaah wal-hamdu lillaah….. —Mahasuci Engkau ya Allah, Maha Terpuji Engkau ya Allah’. Munajat itu terus terdengar olehku hingga aku benar-benar lelah dan pulang ke rumah, atau tertidur di situ.”

Nabi s.a.w. memperhatikan ketulusan hati dan kesetiaan bakti sahabatnya ini. Beliau ingin menunjukkan kepadanya, betapa beliau menghargai itu semua. Beliau ingin membalas kebaikannya itu dengan sesuatu yang benar-benar membuat sahabatnya gembira.

“Wahai Rabi`ah, mintalah dariku sesuatu, aku akan memberikannya kepadamu,” kata Nabi s.a.w. di suatu hari.

“Kalau begitu, wahai Rasul Allah, berilah aku waktu untuk berpikir. Aku akan me-nyampaikan kepada Anda apa yang aku harapkan dari Anda dalam kesempatan yang lain.”

Nabi s.a.w. menyambut baik gagasan tersebut. Rabi`ah pun kembali ke rumahnya. Pikirannya terus berkelana dalam renungan, Apa yang patut kuminta dari Nabi s.a.w.? Aku harus hati-hati dalam menentukan pilihan. Kesempatan yang istimewa ini tak boleh sia-sia. Kekayaan duniawikah yang kuminta, sedangkan aku tahu kefanaan jua akhirnya? Dan Allah Sendiri telah menjamin rezki setiap makhluk. Rezkiku pasti datang dan ia akan mencukupiku. Aku akan meminta dari Nabi s.a.w. sesuatu yang berkenaan dengan kehidupan akhirat yang abadi. Sesuatu yang luar biasa, dengan memanfaatkan kedudukan Nabi yang mulia dan khusus di sisi Allah SWT.

“Apa sudah kamu fikirkan, Rabi`ah?” tanya Nabi s.a.w. setelah kembali bertemu dan berduaan dengan sahabatnya itu.

“Benar wahai Rasul Allah, sudah kufikirkan dan kurenungkan. Yang kuinginkan ialah, Anda sudi memberiku syafa`at, memohonkan untukku kepada Allah agar sudi membebaskan dan menyelamatkanku dari neraka, serta aku diizinkan untuk boleh bersama dengan Anda di surga kelak.”

Mendengar permintaan Rabi’ah ini, Nabi s.a.w. terpegun sesaat; kemudian dengan cepat beliau bertanya:“Siapa yang menyuruhmu untuk menyampaikan permintaan tersebut?”

“Demi Yang telah Mengutusmu dengan segala kebenaran, tak seorang pun yang memberiku saran begitu. Aku sendirilah yang berfikir dan merenung, setelah mendapat tawaran istimewa dari Anda, wahai Rasul Allah. Aku menyadari kedudukan Anda yang istimewa di sisi Allah Yang Maha Kuasa. Haruskah kuminta darimu dunia, sedangkan kefanaan jua akhirnya? Apalagi Allah telah menjamin rezki para makhluk-Nya. Rezkiku pasti datang, dan pasti mencukupiku pula. Maka aku berkesimpulan, bahwa akhiratlah yang harus ku dapatkan”

Rasulullah s.a.w. kembali terpegun. Kali ini cukup lama beliau berdiam diri tanpa sepatah kata pun, tapi kemudian beliau berkata: “Aku pasti memenuhi permintaanmu, wahai Rabi’ah. Hanya saja bantulah aku dalam membaiki kekurangan-kekurangan yang ada padamu dengan cara engkau memperbanyak ibadah.”

http://www.haddad-alwi.com/category/kisah/


kejarlah akhirat nescaya dunia dengan sendirinya datang


"dok ralit cedey ko dunio sehinggo lupo nok cedey ko akhirat"


ralit=leka

cedey=buat bekalan

08 June 2010

Tarbiyah

Babo zik

Jika benar aksiologi sebuah tarbiah itu adalah untuk menyucikan hati, maka bagaimanakah pandangan tarbiah terhadap aksi bantahan yang menggunakan kelasakan fizikal atau kelicikan berfikir? Bagaimana pula pandangan tarbiah terhadap manipulasi media yang dimainkan sebagai bahan propaganda yang mana; kesemua ini mengeraskan lagi keinginan hati untuk tunduk dan tadharru’ kepada pencipta.

Maka tarbiah ada jawapannya. Mengikut sejarah kehidupan para sahabat yang mulia, orang yang terbiasa dengan peperangan ada masa-masa tertentu untuk direhatkan. Tujuan rehat itu, selain rehatnya adalah untuk memulihkan kekuatan fizikal dan mengubat rasa rindu terhadap keluarga atau ketenangan, ia juga sebagai satu peluang untuk tentera Islam melenturkan kembali hati yang keras agar lembut dan mudah khusyu’ kepada Allah.



Maka mata yang terbiasa melihat darah yang terpancut di hadapan mata mestilah diubat dengan titisan air yang takutkan Allah. Badan yang dipenuhi debu pasir peperangan mestilah dihiasi dengan debu sendu dan sebak munajat yang bertali arus. Suara kuat yang dilaungkan untuk membangkitkan semangat, memberi arahan dan menakutkan musuh diganti dengan suara perlahan berdoa dan meminta harap kepada Allah.

Tarbiah ada jawapan kedua. Tarbiah tidak mengizinkan kesemua orang keluar berperang serentak. Maka di sana ada golongan yang direhatkan khas untuk menuntut ilmu sepuncak-puncaknya agar kelak mereka yang akan memberikan peringatan kepada golongan tentera Islam. Peringatan agar mereka tidak berbangga dengan kemenangan jika mereka menang. Peringatan agar mereka tidak lemah semangat jika mereka kalah. Peringatan agar mereka bersungguh memburu syahid. Juga di samping menambahkan ilmu dan thaqafah dalam dada agar bertambah utuh dan kukuh.

Tarbiah menyediakan jawapan ketiga. Sahabat handai, atau mungkin isteri harus memainkan peranan penting untuk sentiasa menghembuskan keimanan dalam diri pejuang. Mungkin seorang ahli gerakan Islam pulang daripada aksi demonstrasi yang sarat dengan amarah (seperti contoh himpunan mansuhkan ISA), maka sahabat yang tidak berkesempatan untuk pergi kerana ada masalah, atau isteri, atau sesiapa sahaja yang berkesempitan, atau mungkin ketua gerakan (meskipun ia pergi), mestilah sentiasa memperingatkan agar pejuang tidak leka untuk membersihkan hati mereka dari masa ke masa agar perjuangan mereka diredhai oleh Allah.

Inilah aksiologi dalam tarbiah. Segalanya kembali kepada satu hakikat yang terang-benderang, iaitu pembersihan hati dalam membentuk jiwa yang bersyukur kepada Allah yang Maha Kuasa.



al marhum syeikh muhammad bin syed alawi al maliki al husni via babo zik ado pesey "jangan isap rokok dan jangan kecek kosong kerana akan menjadi fitnah kepada jemaah kito.syeikh pun xterimo ado murid yang isap rokok mitok nok ngaji dengan dio mulo".ni salah suatu dari tarbiyah yang diterapkan oleh syeikh muhammad bin syed alawi kerana syeikh amat menitik beratkan perkara dalaman.Jika seseorang itu merokok apakah persepsi masyarakat terhadap orang yang membawa ugama.


"ustaz tu yang ngaji ugama pun isap rokok apatah lagi kito yang jahil nih"mungkin kata-kata masyarakat terhadap golongan agama yang merokok.


Pesan ustaz Yahya

"jangan golongan belajar ugama merogolkan agama.lagipun,ore ngaji ugama buat saloh, ore lain napok@mengato selalu kalu ore biaso-biaso buat saloh diore senyap jah tak bising pun kan?."

indahnya berdamping dengan ulama'

sayo berbuat maksiat sedangkan sayo tahu itu doso.awop lebih mulio dari sayo kerana awop buat maksiat sebab awok xtahu itu doso.ya allah ampunikanlah dosa-dosa kami yang telah lalu dan bantulah kami menempuh hari yang mendatang agar dalam taat kepadaMu

04 June 2010

Doa Rasulullah Yang Diharapkan


Harmalah ibn Zaid merempuh bulatan para sahabat yang sedang mengelilingi Rasulullah s.a.w. Ia datang tiba-tiba dengan segala beban kerisauan yang terlihat di wajahnya. Ia langsung menghampiri Rasulullah dan duduk betul-betul di hadapan beliau.

“Keimananku hanya bertumpu di sini wahai Rasul Allah.” Sambil berkata itu Harmalah mengarahkan telunjuknya ke lidahnya.“Sedangkan kemunafikan berakar di sini,” katanya kemudian, seraya menempelkan telapak tangannya ke dadanya. Ia lalu berkata lagi, “Hati ini, wahai Rasul Allah, tidak pernah mengingat Allah kecuali jarang-jarang. Bantulah aku hingga segera terbebas dari kerisauan yang terus membelengguku ini.”

Dengan lembut penuh empati Rasulullah s.a.w. menyemak dengan saksama keluhan dan pengaduan tamunya itu, namun beliau tetap tenang tanpa suara. Tak sepatah kata pun terucap dari mulut beliau yang mulia. Mungkin beliau ingin mendengarkan keluhan Harmalah ibn Zaid hingga tuntas, sebagai tanda orang itu benar-benar serius untuk bertaubat dari kemunafikan; dan ia benar-benar yakin bahwa beliaulah yang mampu memberinya rasa tentram. Ternyata Harmalah mengulangi sekali lagi keluhannya tersebut kepada Rasulullah s.a.w., dengan cara yang sama.

Kemudian Rasulullah s.a.w. —sambil memegang ujung lidah Harmalah— berkata dalam do’a:

“Duhai Tuhan Pemilik segala Sifat Maha Sempurna, anugerahkan dia lidah yang jujur, yang tiada berkata kecuali kebenaran; hati yang mampu menikmati kedermawanan-Mu dalam setiap kejadian, yang tiada berdetak kecuali dengan pujian kepada-Mu. Anugerahkanlah dia cinta kepadaku dan cinta kepada orang-orang yang mencintaiku. Dan jadikanlah semua persoalan hidupnya menuju kepada kebaikan.”

“Wahai Rasul Allah, aku memiliki teman-teman yang seluruhnya adalah munafik sepertiku. Aku selama ini diterima sebagai pemimpin mereka. Sudikah Anda jika kusebutkan tentang mereka satu per satu?” kata Harmalah kepada Rasulullah s.a.w.

“Tak perlu kamu melakukannya. Siapa saja di antara mereka yang datang kepadaku dengan penuh penyesalan, sebagaimana yang kamu lakukan ini, maka kami akan memintakan pengampunan dari Allah baginya,seperti yang sudah kami lakukan untuk kamu. Namun barangsiapa masih dalam kemunafikan, maka Allah jua yang paling berhak menyelesaikan persoalannya.”

Rasulullah s.a.w. merindukan kepulangan orang-orang yang berdosa tanpa perlu mencemarkan harga diri mereka.Jalan pulang itu gapailah dengan segera sementara masa masih ada kerana kelak kita akan berduka


http://www.haddad-alwi.com/category/kisah/

01 June 2010

Cinta Selepas Kahwin



"Umi nok nikoh bules?"tanya saya.


"xleh sebab tak abes ngaji lagi.nak bagi binin(isteri) makey gapo nati?makey pasir ko?"umi bertegas.

"ore gilo bules makey dan lembu-lembu kat padang pun bules hidup.rezki tangan tuhan kam?"saya jawab dalam hati jah la nih.ha2.So sabar jah la dulu faris.


Insyaallah panjang umur 7 tahun lagi la saya kahwin itupun kalu ado orang masuk meminang saya-p




Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


Dipetik daripada buku "PSIKOLOGI CINTA" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

"Ketika kita pinta cinta Allah,Allah akan membentangkan cinta makhlukNya kepada kita. Disaat itu,tegarkanlah hati,dan pilihlah cinta Allah,cinta pertama,cinta utama dan selamanya''


Cepat kahwin cepat boleh anak.Kepada yang dah berumur semoga cepat kahwin=).Yang masih belajar kuatkan hati.Anda sememangnya kuat untuk menghadapi dugaan itu