30 January 2010
Kepada bakal-bakal ibu
Kisah ini bermula di sebuah pekan di dalam wilayah Turki moden. Ada seorang ibu tua tinggal di pekan tersebut. Ada beberapa orang anak. Yang pastinya penulis lagi kacak lah dari bebudak tu. Itu sudah pasti. Nak dijadikan cerita dihadapan rumah ibu tua tu ada sekolah tahfiz quran. Kalau kat Turki nama sekolah hafal quran dikenali sebagai Kursan Karnu. Nak tahu lebih lanjut pasal Kursan Karnu tanya Subky Latif. Hampir kesemua anak kepada ibu tua bersekolah di sekolah tahfiz itu."Doh depe rumoh, rugi la tok gi". Semuanya lulus hafal quran. Nak dijadikan cerita, ado sore anak lelaki kepada ibu tua ni sekolah kat tempat lain. Anak bongsu. Puaslah si ibu tua ni memujuk dia ni pegi bersekolah tahfiz depan rumoh tu.
Ugutan sang Ibu
"Budok ni malah(pemalas) sungguh. Patut keno napar(tampar) ni"
Puas lah si ibu tua ni memujuk budak sore ni. Nok tapa(tampar) mugo ren(kudrat) doh takdo. Last-last si ibu tua ni cakap,
"Kalu dok kerano air susu aku ni, tok(tak) besa(membesar) la mu.Mu nok aku halal@haramkan dop air susu aku ni ??" sergah si ibu tua. Dia claim balik susu badan dia pada budok malah(pemalas) ni. Buruk siku punyo mok. Ha Ha Ha.
"Yolah, yolah, esok ore(ganti nama untuk saya) tukar la sekoloh," sahut anak lelaki ni. Budak ni takut makan haram. Tau dia takut. Dialog tu dalam bahasa Turki bai. Saya translate dalam bahasa kelate. Jangan lak lepas ni ado yang mengobarkan bahasa kebangsaan Turki adalah bahasa kelate. Memey patut keno tapa(tampar).ngee.
Keazaman
Ringkas cito, budak ni pun daftar masuk sekolah tahfiz tu. Walaupun sekolah tu cuma kat depan rumah, setiap pelajar diwajibkan duduk kat hostel. Dan hanya dibenarkan pulang setelah habis hafal 30 juzuk Al-Quran. Bapak ganaz sekolah tu. Kalau cuti pun hanya bercuti bila tiba pada hari kematian Mustafa Kamal Ataturk. Itu yang budak sore tu taknak sekolah tahfiz. Sebab takdok cuti. Dah lah hobi dia main PS2. Tiap-tiap hari mesti tak miss main Pro Evolution Soccer. Lepas daftar je budak tu terus amik Quran dan mula menghafal Juz pertama. Oh lupa lak nak bagitahu, namo budok sore ni, Ali. Time rehat si Ali ni tak rehat. Datanglah si ustaz Turki ni tegur Ali.
"Eh bai, demo tokse(taknak) ko makan pizza demo kat kantin," kata ustad tu dengan gaya koya(kerek).
Ali:"Ambo poso la"
Ustad:"Poso gapo?"
Ali :"Poso sunat. Ustaz boleh jangan kacau dok?"
Ustad:"Ok ok"
"Mangkuk betul la ustad ni. Dahla tak hensem" kata Ali perlahan. Malam tu si Ali habis menghafal juz satu. Apa-apa hal Ali kena sahkan yang dia ni dah hafal juz pertama dengan pegawai tauliah kat sekolah tu. Sebelum tidur Ali pegi mengadap pegawai tauliah tersebut.
Ali: "Laa ustad mangkuk ni lagi"
Ustad:"Demo nok gapo bai tengah malam buto ni. Pizza dah habis. Tunggu tahun depe"
Ali:"Ustaz,ambo doh hafal juz pertama"
Ustad: "Demo wat lawok ke ni? Baru pagi tadi kau mendaftar. Jangan buang maso ustad lah"
Ali:"Ustad, dengar ambo baco dulu"
Ustad:"Demo tahu dok malam ni malam gapo? Malam jumaat. Bini ustad tengah tunggu kat rumah. hah cepatla nok baco gak !!!
" Lepas baca fatihah."Aliff lamm minn......," Ali baca sampai habis juz pertama Quran tanpa melihat mushaf Quran.
"Mantap sial!Demo main download ayat Quran ni dalam otak jah ko.? ustad bagi tauliah demo dah hafal juz satu. Esok demo boleh claim pizza hut," kata ustaz tu dengan penuh bangga. Esok, Ali tak claim pun pizza tu. Dia teruskan dengan menghafal juz kedua Al-Quran. Malam tu...
Ustad:"Demo lagi. Pizza hut dah abis. Padan muko. Sapo suruh tak datang amik"
Ali:"Ustaz, ana dah hafal juz kedua"
Ustad:"Biar betul demo ni. Ok. Demo baco dari juz pertama sampai abis juz keduo" "No sweat la Ustad:" "Huh kemain cakap omputih. Cepat baco !!!" Ali berjaya habis baca juz pertama dan kedua dari dadanya.
"Wow !!!," Ustaz tu terkezut.
"Ustad ado duo anak tino. Demo nok hok mano so(satu)?"ustad menawarkan anak perempuannya
"Peduli apo aku," Ali berkata dalam hati.
"Ustad, setiap malam ambo akan ke sini untuk mendapat tauliah dari Ustaz. Tiap-tiap malam ambo akan berjaya hafal satu juz. Itu janji ambo. Supaya hari ke 31 den berjaya main PS2"
"Gapo namo rima PS2 tu? "ustad garu palo.
"Laa orang tuo ni," cakap Ali dalam hati.
"PS tu Proton Saga"jawab Ali.
"Ooo Proton Saga tu. Tahu la ustad kereta Malaysia tu.Ustad baru jual bulan lepas.Mangkuk punya kereta"keluh ustad.
"Aii ustad, ustad pun pandai cakap mangkuk" "Apo ingat ustad sore jah yang tahu proton saga tu?"hahaha
Berjaya menjadi hafiz
Begitulah setiap malam. Ali akan berjaya menghafal satu juz dari Quran. Ini mula menjadi kegemparan pekan itu. Ibu Ali belum tahu tentang keajaiban anaknya. Memang benar pada malam ke-30 Ali berjaya menghafal kesemua juz dalam Al-Quran. Ali sudah berjaya menjadi seorang hafiz Al-Quran dalam masa 30 hari sahaja. Hari ke-31, Ali sedang syok main PS2.
"Gollllll !!!," Ali menjerit sebab berjaya jaring gol dalam game Pro Evolution Soccer.
"Astaga. Bertuah punya budak, mu keno buang sekolah ko? !!!," jerit si ibu tua.
"Eh mana ado.Ali dah berjaya menjadi al-hafiz lah"Ali menjelaskan.
"Mu jangan nok nipu.Pantang keturunan kito keno buang sekolah"ibu tu naik angin .
"Nah tengok sijil ni. Siap ada cop ibu jari kaki Reccap Tayyib Erdogan lagi"Ali bagi bukti .
"Mu jangan buat lawok. Eh !!! Biar betol.?Oh anakku Ali.Mu lah kebanggaan hati mok," Si ibu tua itu memeluk Ali.
"Tepila mok.Ali tengoh main bola nih"
"Cepat mu nak makan gapo arini"
"Gapo-gapo jelah"
"Ok. Mok g orda pizza"
"Balik-balik pizza.Balik-balik pizza. Kat sekolah pizza, kat umah pun pizza. Dah takdok bendo lain ko?" getus Ali dalam hati. Si ibu tua ni dengan langkah bangga nak keluar pergi membeli pizza.
Pintu rumah pun dibuka.
Cap ! Cup! Cap ! Cap ! Bunyi banyak kamera. Ramai jurukamera sedang amik gambar si ibu tua nih.
"Makcik, tahniah kerana anak makcik berjaya memecah rekod Turki dalam menghafal Quran," tanya wartawan tv Ankara.
"Tengokla sapo mok dio" kata sang ibu tua bangga.
"Sakitlah mato mok cik pakat-pakat dok amik gambar.Mok cik pakai rayban jap"
"Makcik, apa rahsianya?"
"Rahsia gapo nih. Sapo bunuh Altantunya ko? Mu g interview PM mak cik tak ingat negara ape. Ha Ha Ha." Ibu tua tu buat lawak.
"Bukan itu. Apa rahsia yang buat Ali anak makcik boleh hafal Quran dalam masa 30 hari"
"Sebab dia nak main PS2 lah. Tepilah mok cik nak gi orda pizza hut," kata ibu tua itu sambil meninggalkan para wartawan Turki yang terpinga-pinga.
"Makcik ni buat loyar buruk ke?" kata salah seorang wartawan.
Rahsia singkat menjadi Tahfiz Al-Quran
Kejadian Ali berjaya menghafal Quran dalam masa 30 hari telah menggemparkan Turki. Berita-berita tv di Turki telah membuat liputan besar-besaran tentang kejayaan Ali. Ali telah diberikan bermacam-macam hadiah dan anugerah. Dah ramai makwe-makwe dari seluruh dunia yang add facebook Ali. Termasuklah makwe dari negara Gabon. Negara ape tu ?? Hampir seminggu wartawan-wartawan Turki berkampung di rumah ibu Ali. Semuanya nak tahu apa rahsia Ali berjaya menghafal Quran dalam masa yang singkat. Apabila ditanya wartawan, ibu Ali akan memberi jawapan yang sama iaitu sebab Ali nak main PlayStation kat rumah. Kesemua wartawan tak mempercayai jawapan itu hatta Presiden Turki, Abdullah Gul pun meragui jawapannya.
Setelah berhari-hari cuba mendapatkan jawapan dari ibu Ali, ramai wartawan dah fed up dan pulang ke tempat asal mereka kecuali seorang iaitu seorang lelaki dari Majalah Oznannanuk. Persis majalah Mastika kat Malaysia. Member ni siap berkhemah kat depan rumah Ali. Bila ibu Ali keluar je, dia akan tanya soalan yang sama iaitu apa rahsia Ali. Ibu Ali akan bagi jawapan yang sama gak iaitu main PS2. Tak boleh jadi ni. Esoknya wartawan ni tukar taktik.
Rahsia terbongkar
"Good morning mokcik"
"Laa mu lagie. Tok reti bagi salam ko ?? mu takdo life ko??"
"Wow cantik rayban mokcik"
"Baru perasan. Ni rayban arwah abah Ali"
"Patutlah bergaya. Untung makcik dapat suami yang pandai bergaya.Tentu dia seorang yang kacak."
"Eh mestilah.Tengok kesemua anak-anak aku, semuanya kacak-kacak belako"
"Makcik tak ingat ke apa amalan mokcik bila membesarkan Ali dan abang-abangnya?"
"Mmm. Semua aku bagi minum air susu mok cik.Mok cik wojibkan 2 tahun hanya minum susu mok cik"
"Kalau anak-anak mokcik kencing kat dalam rumah, mokcik cumo main renjis-renjis air je la.Kan mudoh?"
"Oh begitu. Main renjis-renjis je. Bersih ke ??"
"Mangkuk jeluk betul la mu ni.Mu tok tahu hukum fekoh ko?"
"Oh ok ok. Abang-abang Ali hafal Quran dalam masa 2 tahun standard macam orang lain. Kenapa Ali berbeza ??" "Hmm. Mokcik tak tahulah, tapi dengan Ali ni dulu, masa dio minum susu dengan mok cik,mokcik pastikan ado wuduk. Datang bulan pun mokcik mesti ado wuduk. Dengan abang-abang Ali tak dapat do.Pok cik suko main kejar-kejar dengan mok cik. Ha Ha Ha" "Yes itu lah rahsia nya" "Rahsia apo ni bai. Mu jangan nok tulih mok cik main kejar-kejar dengan suami mok cik.Tok pasa mu keno tapar ko mok cik"
"Eh tak tak. Saya balik dululah makcik.Terima kasih banyak makcik". Jadi balik lah si wartawan ni. Maka kesimpulan yang dibuat oleh wartawan Majalah Ozonnanuk ialah Ali diberi hanya minum susu badan selama 2 tahun dan sebelum diberi minum susu badan, ibunya mempunyai wuduk. Dua perkara itu dirumuskan sebagai rahsia mengapa Ali boleh hafal Quran dalam masa 30 hari. Bukan disebabkan main PlayStation bai. Itulah citenya. Betulkah cite ini ?? Sebab penulis membaca akan kisah ini di internet pada tahun 2005 atau 2006(jika tidak silap). Harap sahabat boleh tolong penulis akan kesahihan cerita ini.
Suruhan Tuhan kepada kaum-kaum Ibu
Memang terdapat ayat-ayat Quran yang menyuruh para ibu menyusukan anak selama 2 tahun.
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan- Surah Al-Baqarah(2) ayat ke-223
Dan juga ayat Quran ini.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)- Surah Luqman(31) ayat ke-14
Penulis pulangkan kepada publik untuk membuat penilaian sendiri.
edited from baganutama.blogspot.com
p/s minta maaf kalu dialog ayat kasar2.xbaik berkasar dalam percakapan harian.-)
26 January 2010
PUPUS – Firdaus (ft Faizal Tahir)
apalah yang mampu ku beri
cinta yang tersulam tulusku rasakan pupus
mampukah rayuanku ini
22 January 2010
Kisah AJL 24
Seperti biasa, selepas sebarang pertandingan yang ber’prestij seperti Anugerah Juara Lagu sejak di adakan 24 tahun yang lalu, pasti akan ada sahaja cerita yang kita dengar. Macam kata pepatah lah rumah dah siap tapi pahat still berbunyi. Tapi untuk AJL ke-24 ni agak berlainan sikit bunyi pahat yang kita dengar.
TV3 dan ramai wartawan menyatakan pendapat mereka yang AJL ke-24 ini adalah AJL yang paling baik pernah berlangsung. Itu memang we all pun tak tahu nak nafikan di mana sebab memang hebat AJL pada malam 10 Januari 2010 hari tu. Tapi lepas beberapa hari, timbul isu hantu pula di AJL. Biarpun dikatakan ada bukti yang itu bukanlah stunt’man, tapi warga-warga TV3 tampak sibuk untuk menjelaskan perkara itu di mana lembaga tersebut dikatakan adalah stunt’man Faizal Tahir. Apapun kita tinggalkan isu hantu dan cuba renung-renungkan perkara berikut.
Hal ini telah tersebar dibeberapa web berkaitan keagamaan beberapa hari lalu. Dari website mereka yang prihatin dengan unsur Masonic dan Freemasonary yang mampu merosakkan akidah serta menghitamkan hati. Kami rasa pelik juga kerana penerbit AJL-24 ni rasanya orang melayu Islam. Tapi tidak peka dengan perkara-perkara sensitif seperti ini. Selalunya dalam isu-isu macam ni, kami di Oh! Artis lebih gemar berfikiran positif dalam sesuatu hal yang melibatkan agama. Tapi kali ini agak melampau kerana bukan satu, tetapi banyak sangat perkara yang boleh kita pertikaikan. Kebetulan? Orang yang berfikiran waras, pasti akan menganggap ianya tidak mungkin sama sekali.
Apapun korang baca artikel yang kami petik dari sebuah blog yang diberi-nama, Jejak Tinggalan Rasul. Kami kurang arif dengan perkara-perkara yang melibatkan “simbol” ini. Jadi kami keluarkan artikel yang ditulis oleh Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al al-Bayt University, Jordan. Guys, hiburan-hiburan juga tapi kalau melibatkan soal akidah, janganlah dipandang ringan.
Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.
* youtube (The Arrivals. ap 13)
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?
Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
sumber ohartis.com
16 January 2010
Jagalah Apa Yang Kamu Makan
“Cara untuk meraih derajat kasyaf dalam memahami sumber syariat adalah melalui suluk dengan bimbingan seorang yang Arif dengan syarat seseorang itu harus menyerahkan dirinya, hartanya dan keluarganya kepada pembimbing yang arif tersebut dengan hati yang lapang.
Seandainya pembimbing yang Arif itu menyatakan kepadamu: ‘Ceraikan istrimu, atau lepaskan hartamu atau pekerjaanmu’, misalnya, kemudian Engkau membangkang, maka Engkau tidak akan sampai kepada derajat kasyaf meskipun Engkau beribadah selama 1.000 tahun dengan cara biasa.
Apakah ada syarat-syarat lain dalam menempuh suluk? Ya, ada. Di antaranya tidak boleh menyandang hadats walaupun sebentar baik siang maupun malam, tidak makan selama menjalani suluk kecuali kalau sudah dalam kondisi mendesak, tidak memakan makanan yang asalnya bernyawa, tidak makan melainkan jika telah mengalami awal-awal tanda bahaya, tidak memakan makanan pemberian orang lain yang tidak wara’ dalam memperolehnya, seperti orang yang diberi makan karena ia orang baik atau karena ia zuhud, atau orang yang berjual beli dengan petani atau aparat penguasa yang tidak wara’. Syarat lainnya adalah tidak lupa kepada mengingat Allah siang malam meskipun sekejap, bahkan mesti muraqabah setiap saat.
Kalau sudah demikian, maka seseorang suatu ketika akan mencapai derajat ihsan dalam arti seolah-eoalah ia melihat Tuhannya. Atau bisa pula mencpai derajat keyakinan sesudah ihsan, sehingga ia dapat melihat Tuhannya setiap saat dengan mata iman, bukan dengan mata kepala, karena melihat Tuhan dengan mata iman itu lebih menyucikan Allah SWT daripada seolah-olah meilhat Allah dengan mata kepala yang tentunya dibayangi dengan khayalnya, padahal Allah Suci dari segala apa yang terlintas di dalam hatimu.
Jika ada orang bertanya: ‘Bagaimana pengarang kitab (Al-Mizan) ini menempuh suluknya?’ Jawabannya adalah sebagai berikut:
Pertama-tama saya mendapatkan suluk dari Nabi Khidhir As melalui ilmu, iman dan Islam. Kemudian saya mendapatkannya dari Sayid Ali Al-Khawash, sehingga saya dapat memahami sumber syariat melalui rasa (dzauq), kasyaf, dan yakin tanpa ada rasa ragu, kemudian saya bermujahadah dengan amalan-amalan tertentu selama satu tahun. Lalu saya berkhalwat berada di atas tali yang saya gantungkan ke atap sehingga tubuh saya tidak menyentuh bumi. Terus saya berupaya benar-benar dalam bersikap wara’, sehingga saya pernah memakan zat-zat tanah dengan terpaksa apabila saya tidak menjumpai makanan yang sesuai dengan maqam saya dalam ketaqwaan. Saya pun pernah memakan semacam lemak di atas tanah yang mirip dengan lemak daging atau lemak samin atau lemak susu. Suluk semacam ini pernah ada yang menjalani sebelum saya, yakni Ibrahim bin Adham Ra. yang bertahan selama 20 hari hanya memakan zat-zat tanah ketika ia tidak menemukan makanan yang halal menurut maqamnya.
Begitu pula saya tidak lewat di bawah atau di sebelah gedung-gedung istana penguasa. Tatkala Sultan al-Ghuri As-Sabath berkuasa yang saya pernah lewati di antara madrasah dan kubahnya yang biru, saya masuk melalui pasar Warraqin dan keluar lewat pasar minuman, jadi saya tidak lewat di bawah atau di sebelah gedung istana sultan. Gedung-gedung lain milik orang yang lalim dan penguasa serta aparatnya, hukumnya sama dengan gedung istana yang penuh dengan kelaliman tersebut.
Saya tidak memakan sesuatu kecuali saya teliti terlebih dahulu dengan betul kehalalannya, tidak langsung saya memakannya dengan berdasarkan adanya rukhshah, dan al-hamdulillah saya sampai saat ini tetap seperti itu. Dulu, saya meneliti kehalalan makanan dengan melihat siapa pemilik sebenarnya, tetapi sekarang saya bisa mengetahui halal, haram, dan syubhatnya makanan dengan melihat warnanya atau melalui baunya atau rasanya. Saya merasakan bau wangi kalau makanan itu halal. Saya merasakan bau busuk kalau makanan itu haram, dan saya merasakan busuk yang tidak sebusuk bau makanan haram kalau makanan itu syubhat. Kalau ada tanda-tanda tersebut maka saya tidak memakannya tanpa harus meneliti siapa pemiliknya yang sah. Segala puji milik Allah atas karunia yang demikian itu.
Setelah saya selesai dari perjalanan suluk itu, maka mata hati saya bisa melihat sumber syari’at, yang dari sumber syari’at itu muncul beberapa pendapat Ulama yang kesemuanya bersambung ke sumber itu. Saya bisa mengetahui bahwa semua pendapat tersebut berada di dalam lingkup syara’ yang murni, dan mata hati saya bisa membuktikan bahwa semua mujtahid itu benar dengan pembuktian secara kasyaf dan yakin, bukan sekedar sangkaan dan kira-kira. Mata hati sayapun bisa mengetahui bahwa tidak ada suatu madzhab yang lebih kuat daripada madzhab lain di dalam syari’at. Kalau ada 1000 orang yang membantah saya bahwa ada satu madzhab lebih kuat dari lainnya, saya tidak terpengaruh. Anggapan tersebut hanya karena keterbatasab pemahaman seseorang terhadap sumber syari’at, dan kebenaran anggapan tersebut hanyalah berlaku sepihak.
Di antara yang bisa saya lihat secara kasyaf adalah bahwa ada saluran-saluran parit dari para Imam Mujtahid sebagai tokoh madzhab, di mana parit-parit itu bermuara sampai ke sumber syari’at bagai lautan yang luas. Tetapi parit-parit tersebut mongering airnya dan membatu / menjadi batu, hanya ada 4 parit yang airnya terus mengalir (4 madzhab). Saya memberikan takwil bahwa madzhab 4 Imam tersebut akan bertahan kekal hingga menjelang kiamat. ….
Ketika saya menunaikan ibadah haji pada tahun 957 H. saya berdoa di dalam Ka’bah, memohon kepada Allah agar diberi tambahan ilmu, kemudian saya mendengar suara dari atas sebagai berikut: “Belum cukupkah kitab Al-Mizan yang telah Kami anugerahkan kepadamu, yang dengan kitab itu kamu meyakini kebenaran semua pendapat para Mujtahid dan para pengikut mereka sampai hari kiamat, yang anugerah tersebut tidak diberikan kepada orang lain pada zamanmu?” Kemudian saya mengatakan: “Cukuplah kepada Allah saya berharap tambahan rahmat”. ……
Jika engkau yang bertanya: “Apakah orang yang memakan makanan yang halal dan meninggalkan maksiat lalu menempuh suluk dengan dirinya sendiri tanpa pembimbing yang Arif bisa sampai ke tingkat kasyaf sehingga mampu melihat sumber syari’at dengan mata hati?”
Jawabannya adalah 2 hal:
1. Adakalanya karena jadzab (tarikan) yang langsung diberikan oleh Allah.
2. Adakalanya dengan menempuh suluk di bawah asuhan dan bimbingan Guru yang Arif, agar bisa membuang cacat dan kotoran di dalam batinnya. Bahkan seandainya ia bisa menghilangkan aib dan kotoran batinnya melalui ibadahnya sendiri, ia tetap tidak akan sampai ke maqam kasyaf yang mampu melihat sumber syarai’at dengan mata batin, karena ia terkurung di dalam sikap taklid terhadap imam madzhabnya. Jadi imam madzhabnya itulah sebagai penghalang untuk melihat sumber syari’at, padahal imamnya sendiri mampu melihat sumber syari’at tersebut……
Apabila engkau ingin sampai ke tingkat yang setara dengan kitab Al-Mizan ini secara dzauq (rasa) dan engkau ingin mempunyai kemantapan bahwa semua madzhab itu benar sebagaimana yang diakui oleh para Imam madzhab itu benar sebagaimana yang diakui oleh para Imam madzhab itu sendiri, maka tempuhlah melalui suluk dan riyadhah dengan asuhan seorang Guru yang Arif yang mengajarkan bagaimana cara engkau agar bisa menjadi orang yang ikhlas dan jujur dalam memahami ilmu dan amal, bagaimana cara engkau agar terhindar dari kotoran-kotoran yang mengotori batin yang menghambat dan menghalangi perjalanan taqarub kepada Allah SWT dan mematuhi anjuran Gurumu, agar engkau bisa sampai ke maqam kesempurnaan yang tertentu, sehingga engkau berperasaan bahwa semua manusia itu selamat kecuali dirimu sendiri, seolah-olah engkau melihat bahwa dirimu celaka. Kalau engkau sudah sampai di mana engkau bisa melihat sumber syari’at secara seksama dengan mata batin, yang dari sumber itu mengalir beberapa pendapat Ulama.
Adapun suluk yang engkau tempuh tanpa bimbingan Guru yang Arif, biasanya tidak bisa menyelamatkan dan membebaskan engkau dari sifat riya’, perdebatan, dan cenderung mencintai harta benda, walaupun sifat-sifat tersebut hanya ada di dalam hati tanpa diucapkan, sehingga tidak bisa mengantarkan engkau ke maqam kasyaf tersebut, walaupun teman-temanmu sudah terlanjur menjulukimu sebagai Wali Quthub.
Dalam masalah ini, Syekh Muhyiddin Ibnu Arabi memberikan penjelasan di dalam kitab Al-Futuhat al-Makiyyah pada Bab 73 sebagai berikut: ‘Barang siapa menempuh suatu cara taqarub kepada Allah tanpa bimbingan seorang Guru yang Arif dan tanpa bersikap wara’ dalam menghadapi hal-hal yang diharamkan Allah SWT, maka ia tidak akan sampai ke maqam makrifat seperti yang telah dicapai oleh para Ulama yang Arif, walaupun ia telah beribadah kepada Allah selama umur Nabi Nuh As. Kalau seseorang sudah sampai ke tingkat makrifat maka tidak ada lagi penghalang antara dia dengan Allah SWT, sehingga ia bisa mengetahui Asma-asma Allah secara kasyaf dan yakin, mampu memehami bahwa semua pendapat mujtahid itu tidak menyimpang dari Asma-asma Allah tersebut, sehingga tidak ada lagi pertentangan dan perbedaan di antara madzhab, karena kesemuanya bermuara dari satu sumber yang sama’.
(Petikan Kitab Al-Mizan, Syekh Abul Mawahib Abdul Wahab Asy-Sya’rani)
Telitilah makanan yang kita makan kerana ia akan menjejaskan hati dan minda.Makanan bersih tidak semestinya suci.Tapi makanan yang suci itu bersih.Susahnya nak makan sekarang makanan yang suci.
"Ya Allah kurniakan murabbi yang dapat membimbingku untuk mendapatkan rahmatmu"
11 January 2010
Muhasabah Cinta
copied from: http://aferiza.wordpress.com/
Hidup memang tidak mudah, tetapi kemudahan dapat dihidupkan. Kepenatan, kemarahan, turunnya kualiti ibadah dan kegersangan ruhiyah adalah titik klimaks dari kelalaian seorang hamba dalam menjalani ujian hidup. Matikan kelalaian itu dengan hati yang hidup dalam mewujudkan kemudahan hidup.
Berhentilah sejenak saudaraku… Berhentilah di sini…
Berhentilah di terminal ruhiyah, agar hati damai dan tenang terasa hingga tulang sum-sum.
Jangan pernah berhenti saudaraku… Untuk selalu dalam istiqamah.
Jangan pernah berhenti, untuk selalu bermunjat pada-Nya ketika kesibukan dan kepenatan hati telah menguasai diri…
Jangan pernah berhenti, untuk selalu memohon dan meminta pada-Nya ketika cita-cita telah sirna namun kemahuan masih menggunung.. .
Jangan pernah berhenti, untuk selalu memupuk semangat dan optimis ketika hati mulai rapuh dan patah, sampai Allah memberikan kemenangan.
Jangan pernah berhenti saudaraku… Untuk selalu melantunkan bait-bait doa meskipun di pejabat, jalan, sekolah, kampus, pasar, kendaraan, kereta, pesawat….dan di hati ini… Allah Maha Mendengar bisikan hati…
“Iman seorang mukmin akan nampak pada saat ia menghadapi ujian. Di saat ia tenggelam dalam berdoa, tapi ia belum melihat pengaruh apapun dari doanya. Ketika, ia tetap tidak merubah keinginan dan harapannya, meskipun sebab-sebab putus asa semakin kuat. Itu semua dilakukan seseorang kerana keyakinannya bahwa hanya Allah saja yang paling tahu apa yang lebih maslahat bagi dirinya. Ia yakin bahawa dengan ujian itu, Allah ingin melihat tingkatan kesabaran dan keimanannya. Ia yakin bahwa dengan keadaan itu, Allah menghendaki hatinya menjadi luruh dan pasrah kepada-Nya. Atau, boleh jadi melalui ujian itu, Allah menghendaki dirinya untuk lebih banyak lagi berdoa sehingga ia lebih dekat lagi dengan-Nya melalui doa-doanya. ” (Shaidul Khatir, 375). Begitulah nasihat dari Ibnul Jauzi.
Jangan pernah berhenti untuk selalu berusaha ikhlas dan tawadhu mengumpulkan butiran-butiran amal dalam setiap fasa-fasa hidup, kerana kelak ia yang akan menjadi kawan kita ketika menemui Rabb Semesta Alam..
Jangan pernah berhenti untuk selalu memohon pada-Nya kembali yang baik dan khusnul khatimah, kerana akhir yang baik adalah muara dari kasih sayang Allah.
Ya..jangan pernah berhenti untuk selalu berikhtiar, berdoa dan bersabar dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah.
*hatiku, yakin lah.. Allah tak pernah menzalimi hamba2Nya..*
Muhasabah Cinta
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
----------------------------------------------------------------
Sudah terlalu lama..tidak memuhasabah cinta..
Astaghfirullah...
http://yaqeen190479.blogspot.com
08 January 2010
Rindu Sama Keluarga
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dapat juga meneruskan sisa kehidupan.Minggu ini agak sedih sikit sebab keputusan mid sem untuk fizik tidak memberasangkan.Terlalu kecewa walaupun muka masih cool tapi dalam hati ada luka yang mendalam.Ini kerana janji untuk mendapat keputusan cemerlang tidak dapat dilaksanakan kepada kedua ibu bapa saya yang masih hidup untuk sem yang terakhir insyallah doa-doa kan la ye dipermudahkan untuk lulus program asasi di bumi penuh kenangan, suka-duka di Petaling Jaya ini.
"Mu nok tunggu diore mati dulu baru nok ngaji sungguh ko payeh?"monolog dalam hati sebagai pembakar semangat.
Dulu semasa sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya sering mendapat keputusan yang elok dan dapat menggembirakan kedua ibu bapa saya.Tapi semenjak menjejakkan kaki ke alam pra-universiti ini saya rasa belum berpuas hati lagi dengan keputusan peperiksaan saya.Mungkin kerana usaha yang tak seberapa di samping menangguhkan perkara-perkara yang penting menyebabkan saya berubah.Nak bagi alasan kejutan budaya pun tak logik sebab dah hampir 1 tahun lebih di sini.Penyakit malas menjadi faktor dominan.
Di saat ini saya merindui umi saya kerana dia tempat saya meluahkan perasaan,pemberi semangat dan sebaga kekasih sejati kerana setiap kali saya sakit dia la yang menjaga saya.Teringat semasa kena operate dulu.Dua kali saya kena operate dia ada di sisi.Abah saya tidaklah saya rindu sangat tak tahu kenapa.Mungkin hubungan kami renggang disebabkan abah saya terlalu sibuk dulu.Atau mungkin sikap saya yang malu untuk berhubung dengan abah sejak dari kecil.Adush
Adik kembar bongsu baru masuk darjah satu.Teringin sangat nak hantar dan ambik dia kat sekolah seperti rutin kerja saya masa lepas SPM dulu.Walaupun agak nakal dan banyak kerenah mereka tetap saya sayang.Maafla dik kalu ada marah-marah masa kat rumah dulu-dulu.
Rindu kat adik beradik yang lain juga.Tapi paling rindu sama abang kat mesir.Semasa abang kat malaysia dulu tidakla rapat sangat.Tapi bila berjauhan rindu,cinta dan belas kasihan itu baru timbul.Sayang abang.
Hargailah keluarga kita selagi diorang masih ada.Semoga saya dapat menghargai diorang sebelum dijemput oleh Ilahi..
Ya ayyuhal lazina amanu ku anfusakum wa ah likum naro
Semoga rindu ini mekar sampai ke hujung nyawa daripada merindui orang lain.(allah dan rasul dan rakan2 exceptional la).
Jangan malas-malas lagi wahai hati.Doakan saya ya sahabat-sahabat.
"Tanpa mujahadah kamu tidak akan ke mana faris"
05 January 2010
Bakpo Nok Nikoh
Berbalik kepada perdebatan saya .
“Supo(macam) best jah nikoh” kata sahabat saya.
“Jolo bokali(betul kot)..kawan2 ramai yg dah kawen” saya menyampuk.
“Kalau mun..bakpo mun nak nikoh?” saya bertanya.
“Entah..” dia menjawab..
Haih.. mmg selalunya susah nak terima jawapan yang sebegini, entah, tak tau..dan sebagainnya.Jawapan orang tak belajar mengikut sahabat saya.
“Antara-antara sebab berikut, mana yang mun pilih?” saya terus lagi bertanya.
Cintakan kekasih? Sunyi, dan bosan keseorangan? kerana nafsu? nak ikut sunnah Nabi – demi menghalalkan yang haram?mahukan zuriat penyambung generasi? atau mak ayah yang paksa?mendekatkan diri kepada Allah?
Itulah lebih kurang soalan saya. Namun saya masih tidak puas hati. Dia masih lagi menjawab, “entahlah”. Aduhai,geram terasa. Saya mula memberi hujah mengenai hal ini.
“Kalu aku, aku mungkin akan bernikah kerana semua sebab tersebut, kecuali satu..CINTA.”
Cinta Sebelum Nikah Vs Cinta Selepas Nikah.
Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa.Mungkin saya pernah laluinya. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt...kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”
– Riwayat al-Bukhari -
Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif.
Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.
Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.
Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.
Dan kalau dah bertunang itu bukan tiket boleh untuk berdua-duaan tanpa mahram ya abang-abang dan kakak-kakak sekalian.Apatah lagi yang tiada sebarang ikatan.Seelok-eloknya kahwinlah secepat mungkin takut tertipu dengan pujukan syaitan.
Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai?
Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.
Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:
Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.
Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?
Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.
Maka. InsyaAllah, saya berjanji tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Saya pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.
”"allaumma inni asaluka hubbaka ma yuhibbuk"
1. www.semut2comel.blogspot.com
2. Alaf21.com.my
p/s teringat doa yang dikirim kepada mak saudara yang pergi ke mekah untuk saya bertemu jodoh dengan...( kalau cakap memang saya ini seorang yang memilih).Terima kaseh che na....Semoga dipermudahkan.
"Nok hok jurus keno jadi jurus la dulu wahai faris"adoi
02 January 2010
Tanda-Tanda Cinta
Aku cinta kamu? I love You? Uhibbukifillah? Uhibbukafillah?
Indah kalimah ini kalau kita menerimanya. Terawang-awang dibuatnya. Kalau namanya cinta, seolah-olahnya indah belaka kan? Belum kena penangan cinta belum tahu. Kalau cinta manusia, haru biru juga kalau tidak kena cara. Tapi ada satu cinta ni, aman bahagia hati dibuatnya. Apa ya?
Kali ini cinta pada siapa Sinar ingin bawakan? Pada manusia? Oh tidak…Hari ini kita pulang mencari Yang Maha Mencipta. Sudah pastinya pada Allah. Tahukah kalian tanda-tanda cinta pada-Nya. Kita dalam mengejar kejayaan jangan lupa kasih Allah jangan sekali-kali dipinggirkan.
Mudah untuk kita lafazkan “Saya sayang Allah. Saya cinta Allah.” Namun. cinta itu memerlukan bukti dan tanda. Jika kita selalu menyalahi perintah Allah, bukan cinta namanya. Justeru jika tidak ada bukti, maka kata-kata cinta sudah tidak bermakna. Kita cintakan sahabat? Kita cintakan dakwah? Kita cintakan Allah? Jika ya, maka tunjukkan bukti dan tandanya, kerana kata-kata bukanlah segalanya. Hatta iman pun menuntut bukti.
“Apa tanda cinta?”
“Ha, Rindu. Pastu mestilah akan selalu teringat kat dia kan kak.” sambil senyum nakal adik usrahku menjawab. Dan turut disambung dengan beberapa jawapan yang lain yang turut mengundang tawa petang itu.
“Alhamdulillah semuanya betul. Cuma akak nak juga bagi tau. Cinta ni bukan cinta biasa-biasa. Cinta seorang hamba dengan Pencipta. Cinta ni mahal bukan murah tau nilai-Nya. Cari dulu cinta Allah. Jangan pi cari yang lain. Nampaknya semua ni pakar cinta. Erm... Tapi make sure! Zahirkan! Jangan hanya meniti dibibir sahaja. Ops! Jangan salah cari cinta ya. Buruk padahnya. Ok! Jom kita tengok apa tanda cinta.”
“Betul betul betul.” Macam-macam reaksi kanak-kanak ini bila disebut pasal cinta. =)
Baiklah. Ada 8 semuanya yang dapat dikongsi. Lepas ni masing-masing boleh periksa. Adakah benar dan bulat cinta kita pada Allah? Sudah jitukah?
- Selalu menyebut (Kasratuz zikr)
- Kagum (Al-I'jab)
- Redha(Ar-Redha)
- Pengorbanan( At-Tadhiyah)
- Takut (Al-Khauf)
- Berharap (Ar-Raja')
- Patuh (At-Taah)
- Mencintai apa yang dicintai oleh Kekasih
Selalu Menyebut
Seseorang yang mencintai kekasihnya pasti akan banyak menyebut dan mengingatinya. Kerana mabuk cinta pada kekasihnya, ingatannya sentiasa bersama orang yang dicintai dalam sedar atau tidak, bahkan dalam mimpi dan saat membuka mata. Syair arab ada menyebut
"Kaulah yang terakhir kusebut sebelum terlena "
"Kaulah yang pertama kusebut setelah terjaga"
Begitulah hebatnya cinta. Namun hanya cinta pada Allah boleh mengalirkan ketenangan dalam jiwa yang keresahan. Sudah pasti kalian sendiri pernah merasainya. Di saat diuji anda pulang mencari Dia. Mengadu dan mengadu akhirnya Dia membuka jalan.
“…dan lelaki dan perempuan yang banyak menyebut Allah, Allah akan menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab:35)
Kagum
Orang yang dilamun cinta akan memandang kekasihnya penuh ketakjuban, tiada cacat dalam dirinya. Semua terasa indah dan menarik pandangan matanya. Biar apa pun kata orang. Hanya dialah yang terbaik di mata kita.
Rasulullah bersabda , “Cintamu terhadap sesuatu dapat membuatmu buta dan tuli” (Riwayat Ahmad)
Inikan pula Allah adalah Zat Yang Maha Sempurna tiada cacat cela. Maka Allah pantas kita kagumi melebihi manusia yang penuh dengan kelemahan demi kelemahan. Rasulullah adalah khudwah dalam melayari cinta pada Allah. Baginda sangat mencintai Allah. Baginda cukup kagum dan terkesan dengan kalamullah. Bahkan pada suatu hari baginda ingin mendengar kalamullah dibacakan oleh insan lain agar penghayatannya lebih terkesan dihati.
“Bacalah untukku Al-Quran” pinta baginda kepada Ibnu Mas’ud pada suatu ketika.
Ibnu Mas’ud bertanya,” Wahai rasulullah, apakah saya akan membacakan Al-Quran kepadamu, sementara kepadamulah Al-quran diturunkan?”
Rasulullah bersabda,”Aku senang mendengar daripada orang lain selain diriku.”
Ibnu Mas’ud lalu membaca Surah An-Nisa hinggalah pada ayat
“Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi(rasul) dari tiap-tiap umat dan Kamu mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka.” (An-Nisa:41)
Tiba-tiba Rasulullah bersabda, “Cukuplah sampai di situ”
Ibnu Mas’ud mengangkat kepala dan memandang Rasulullah,”Ternyata, kedua mata beliau menitiskan air mata.” (HR Bukhari dan Muslim)
Begitulah kecintaan yang dari awalnya lahirnya kekaguman akan membibitkan kerinduan.
Redha
Tika kita diuji dengan ujian dan dugaan apapun oleh Allah, redha akan mengiringi. Inilah antara bukti cinta pada-Nya. Pejuang dan pencinta di jalan Allah akan sentiasa tulus dan ikhlas menerima semua risiko perjuangan dan takdir yang Allah tetapkan. Jauh sekali bibirnya menuturkan…
“Mengapa aku diuji sedemikian…”
Tapi apa yang akan ditutur,” Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Biar apapun redha-Nya menjadi pelengkap hidupku”
Pengorbanan
Pengorbanan adalah bukti cinta. Tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Seseorang yang tulus cinta akan bersiap sedia untuk mengorbankan dirinya untuk orang yang dicintai. Cinta pada Allah akan membentuk individu yang sedia meninggalkan kenikmatan lain untuk mendapat cinta-Nya. Hartanya, kesenangannya, tenaganya semuanya dikerahkan untuk meraih cinta yang hakiki. Begitulah hebatnya cinta. Sanggup berkorban apa sahaja.
Takut (Al-Khauf)
Seseorang yang mencintai akan merasa takut ditinggalkan oleh orang yang cintai. Hatta dia juga takut menguriskan hati orang yang dicintai. Tentu kalian pernah mendengar cerita Tsa'labah Bin Abdurahman. Beliau sangat takut dosanya mengundang murka Allah. Beliau takut Allah tidak mencintainya. Lalu beliau memencil diri memohon keampunan hingga akhirnya meninggal kerana takutkan Allah. Kita mahu jiwa seperti ini. Hati yang sensitif sekiranya melakukan maksiat terus menerus bertaubat. Alangkah indahnya seperti Tsalabah, dia dikenali oleh penduduk di langit dan di bumi kerana perasaan takutnya pada Allah. Moga keampunan buat kita juga. Takut ini dalam erti kata yang lain menyumbangkan kepada tingkatnya ketakwaan kita kepada Allah.
Berharap
Seseorang yang mencintai insan lain sudah pasti berharap agar cintanya itu diterima dan ia turut dicintai. Kerana cinta yang hanya 'bertepuk sebelah tangan', sungguh perit jika dialami. Dalam kisah Laila Majnun, Abu Qais Bin Al-Mulawwah mengharapkan cinta dari Laila dengan alunan syairnya
"Aku tidak akan pernah bertaubat untuk mencintaimu"
Itu cinta manusia apatah lagi orang yang beriman sudah pasti sangat berharap dicintai Allah swt, kerana Dialah sumber segala kasih sayang dan keredhaannya yang menjadi dambaan setiap hamba. Allah berfirman
"Katakan wahai Muhammad, "Jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"
(Ali-Imran : 31)
Mereka yang tidak mengenali Allah semestinya tidak menaruh harapan. Namun sebenarnya itulah kerugian yang nyata kerana hanya Dialah tempat kita berharap. Rasa harap inilah akan mengalahkan segala rasa putus asa, Pantang bagi seorang pencinta berputus asa mengharap rahmat dari Kekasihnya. Inilah sumber kekuatan seorang hamba untuk terus tabah menjalani kehidupannya.
Taat
Cinta akan melahirkan ketaaatan, kepasrahan.Orang yang beriman kepada Allah akan sentiasa taat kepada Allah. Inilah tanda cintanya. Sesekali tidak ingin berjauhan dari rahmat Allah.
"Wahai orang-orang beriman , taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada pemerintah di antara kamu...."
(An-Nisa : 59)
Mencintai kekasih
Mencintai apa yang dicintai kekasih adalah bahagian dari tanda cinta. Adalah tidak mungkin seseorang menyatakan cinta pada kekasih lalu dalam tindakan dan sikapnya menunjukkan perilaku yang bertentangan dengan kehendak orang yang dicintai. Allah sangat mencintai keimanan dan kebaikan, maka hamba-Nya yang soleh turut mencintainya. Allah sangat mencintai ukhwah, maka hamba-Nya yang soleh turut mencintainya. Allah sangat mencintai jihad maka hamba-Nya yang soleh turut mencintai jihad di jalan-Nya.
Ibnu Taimiyah pernah berkata
"Mencintai sesuatu yang dicintai kekasih adalah bahagian dari mencintai kekasih, dan ketahanan menerima risiko yang menyusahkan adalah sebahagian dari cinta kepada kekasih"
Justeru mari kita buktikan cinta kita. Kita sebagai umatnya perlu menyahut setiap seruan yang Allah gariskan agar kita dicintai oleh Allah dengan menghadirkan kelapan-lapan ciri ini dalam diri. Sama-sama kita realisasikan cinta kita kepada Allah bukan hanya meniti dibibir sahaja =)
Sumber rujukan : Buku Iman dan Mahabbatullah, Cahyadi Takariawan
http://mukshim.blogspot.com/Cinta Itu Buta.Butakan pada yang selayaknya.Cintailah Allah dan rasul
01 January 2010
Peganglah Api Bila Teringatkan
Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.
Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:
''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''
Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:
''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."
Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.
Surah An-nisa,ayat 31:
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."
Surah Al-Israak,ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Pesanan Hassan Al Banna
IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal. Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:
10 Pesanan
• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.
• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.
“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain” (Hasan Al-Banna)
“Jika dikalangan kamu terdapat mereka yang berpenyakit hatinya, pincang matlamatnya, tersembunyi ketamakannya, tercalar latarbelakangnya, maka keluarkanlah mereka dari saf kamu kerana sesungguhnya mereka penghalang dari turunnya rahmah Allah, menyekat Dakwah ini dari beroleh taufiqNya” (Hasan Al-Banna).
Wahai pendokong Islam, Berdoalah dan letaklah kita menjadi golongan yang murni fikrah Islamnya, tidak dipengaruhi dengan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang banyak merosakkan fikrah yang suci ini. Menjadi pendokong Islam yang sama-sama berada dalam barisan pejuang yang meletakkan Redha Allah matlamat utama dalam hidup, yang sangat merindui kemenangan Islam dan merindui tertegaknya syariat Islam dimuka bumi ini. Yakinlah!! Janji Allah itu pasti!!
Firman Allah s.w.t.:
"Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Imran 126)
Imam Hasan Al Banna menyatakan:
“Ikhlas ialah setiap akh muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala daripadaNya. Semua perkataan, amalan dan jihadnya tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kemajuan atau kemunduran. Dengan itu dia menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar keinginan atau manfa’at.”