Di saat hati mahu disentuh dengan nasihat-nasihat yang membugar,Allah gerakkan jasad untuk pergi menadah mutiara kata dari Pok Su Hamid Gunong.
Kuliah maghrib terakhir beliau di Masjid Tok Kenali sebelum bercuti sempena Ramadhan.
Antara persoalan yang beliau utarakan
mahu jadi islam di sisi masyarakat atau islam di sisi Allah?
mahu Allah mengaku kita hambaNya atau kita mengaku kita hambaNya?
Seseorang wali Allah tidak menjadi wali secara automatik setelah keluar dari perut ibu namun seorang wali itu perlu menjalani tarbiyah hati terlebih dahulu.
Berusaha untuk melupakan persoalan remeh temeh berkenaan cinta terhadap wanita sebaliknya menumpukan sepenuhnya akan tarbiyah hati mendepani kebobrokan ummat.
Ya Allah kurniakanlah aku istiqamah
Matinya wali Allah seperti gembiranya seorang menyambut hari raya
No comments:
Post a Comment