29 April 2011

Rugi


Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita masih dikurniakan nikmat kehidupan dan dapat beribadat lagi kepada Pencipta.Baru balik dari kuliah bulanan Ustaz Azhar Idrus di Kelantan.Seperti biasa kuliah beliau tidak mengecewakan.Bab kata ore kelate "jeliro" dengar."Ore tua belago angin,ore mudo buleh masuk"

Di sini sedikit yang saya ingin berkongsi dari kuliah beliau tadi.

Semua kita ni akan berasa rugi lepas mati nanti.Tak kira kita buat maksiat atau ahli ibadah.Sebab apa?

Bagi seseorang yang suka berbuat maksiat jawapannya kerana bila si pelaku maksiat tersebut dalam kubur nanti mereka akan disiksa oleh Allah.Nauzubillah.Pada masa itu akan menyesal lah mereka-mereka yang di dunia dulu tidak mahu mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.Rugilah mereka kan?

Bagi seseorang yang kuat beribadah pula,mereka akan merasa rugi kerana mereka tidak buat ibadah kepada Allah lebih banyak lagi semasa di dunia.Contohnya antara kata-kata yang mungkin dimonologkan

"ruginyo aku atas dunio mulo tak solat sunat tahajjud 6 rakaat".

Rugi yang manakah kita mahukan?

Kaedah fekah kalau tak silap ada menyebut."Jika tidak mampu buat semua jangan tinggal semua"

Hayatilah hadis ini


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ فَانْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Dari Abu Hurairah R.A katanya: Rasulullah SAW bersabda:"kecewa dan merugi orang yang bila namaku disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasku, kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup di bulan ramadhan tetapi tidak terampun dosa-dosanya,kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama orang tuanya tetapi dia tidak bisa sampai masuk surga ,"

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Selamat beramal.

p/s.

Tadi ada orang tanya ustaz pasal nikah khitbah.Hasrat di hati nak nikah cara gitu juga.Kepada Allah saya berserah.Amin

1 comment:

coman said...

hidup ini keperluan tapi bukan tujuan?
kita hidup bertujuan,kan?