29 March 2010

Dari Ku HAWA Buat Mu ADAM...




ADAM..
Maafkanlah jika coretan ini memanaskan hatimu..
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
teman mu yang kau pinta semasa di Syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusuk mu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidup ini sentiasa perlukan bimbingan darimu.
Sentiasa aku terpesong dari landasan kerana aku buruan Syaitan.

ADAM...
Maha Suci ALLAH mentakdirkan kaum ku lebih ramai dari bilangan mu di akhir zaman,
inilah sebenarnya ketelitian ALLAH dalam urusannya...
Jika bilangan ku sedikit dari kaum mu,
nescaya merahlah dunia dari darah manusia,
kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA.
Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa HABIL dan QABIL
sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang ALLAH yang mengharuskan beristeri lebih dari satu, tapi tidak lebih dari satu waktu.

ADAM...
Bukan kerana ramai isteri mu yang membimbing aku.
Tidak kerana sikitnya yang merunsingkan aku.
Tapi aku risau gundah gulana menyaksikan tingkah laku mu.
Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku pasti tunduk ketika menjadi isteri mu.
Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi sebenarnya.

ADAM...
Aku tahu bahawa kau tahu didalam Al' Quran ada ayat yang menyatakan
'kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita'...
Kau diberi amaran untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa didalam redha Tuhan mu dan juga Tuhan ku.
Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaum ku ini???
Aku dan kaum ku telah menderhakai mu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya ALLAH menghendaki aku tinggal tetap dirumah.
Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terrpaksa aku keluar rumah,
maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat dari apa yang patut.

ADAM...
Mengapa kau biarkan aku begini??..
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru pada anak-anakmu.
Tapi sekarang pada waktu yang sama, aku ke medan menguruskan urusan Negara.
Aku ke hutan memikul senjata, padahal kau duduk-duduk sahaja.
Aku diantara kaum mu yang menganggur tiada bekerja.
Kau perhatikan sahaja aku memanjat tangga di pejabat Bomba.
Kainku tinggi menyinsing peha mengamankan Negara.
Apa kau sekarang tidak lagi seperti dahulu???
Apakah telah hilang kasih sucimu terrhadap diriku???

ADAM...
Marahkah dikau jika ku katakan 'Andainya HAWA yang terpesong,
maka kau yang patut tanggung'.
Sebab apa ADAM???
Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak dia tak pandai mendidik,
jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar.
ADAM, kau selalu berkata, HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak makan nasihat, kepala batu!!!
Pada hemat ku yang Dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu.
Apakah didikkan mu terhadap ku sama dengan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isreinya???
Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad S.A.W. terhadap mereka??
Adakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat HAWA???
Aku kaum HAWA merindukan kata-kata yang penuh kelembutan seperti Muhammad S.A.W....
Namun aku mungkin tidak akan mendengar kata-kata seperti itu lagi,
kerana kau, kaum ADAM bukanlah seperti Muhammad S.A.W. yang ku rindui!!!

ADAM...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah Makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana engkau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akal mu sembilan, nafsu mu satu.
Akal ku satu, nafsu ku beribu!!!
Oleh itu ADAM, gunakanlah kelebihan akal mu untuk membimbing ku,
kerana aku sering lalai dan terlupa, sering tergelincir ditolak nafsu serta kuncu-kuncunya.

ADAM...
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu
Akan ku Amimkan bacaan doa mu...
Lebih aku suka kalau kau mengejutkan aku untuk Bertahjud bersama mu.
Kau kenalkan aku pada majlis-majlis Agama.
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al' Quran.
Kau ajarkan aku tentang Fardhu-fardhu yang aku patut tahu.
Tunjukkan aku tentang perkara sebenar yang aku patut tahu wahai ADAM!!!

ADAM...
Akhir kata, ajarilah aku untuk menjadi Isteri yang Solehah.
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormati setiap waktu.
Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku.
Bantulah aku supaya otak ku tidak buntu.
Selamatkanlah aku dari seksa Neraka yang azabnya sudah tentu tiada yang tegar menanggungnya....

25 March 2010

Cinta Itu Hebat


CINTA MEMANG HEBAT

Andai cinta kalah oleh mainan perasaan, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta. Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan kecantikan, keayuan wajah yang hanya bertahan hingga ke suatu masa sahaja. Allah bukan sahaja menguji cinta kalian kepadanya, tetapi menguji cinta kalian kepada-NYA.

Memberi cinta untuk dicintai. Penuhi cinta Allah untuk dicintai-Nya. Memberi bukan sahaja pada harta, masa atau tenaga, namun pada ilmu yang bisa mententeramkan jiwa, menjadi simpanan yang tiada pernah kurang bila diguna.

KEJUJURAN ITU KEKASIH ALLAH

Di mana kelembutan itu berada, ianya akan menyelubungi tempat itu. Bila memenuhi taman bunga, bunga akan mekar harum mewangi, bila membasahi aliran sungai, sungai akan mengalir manja. Inilah anugerah Ilahi, dikurniakan pada kelembutan sesuatu yang tidak diberikan kepada kekerasan.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan bermain api, kalau sudah tahu sifatnya membakar. Usahlah melakar cinta suci kerana hanya ingin mengusutkan cita-cita. Tinggalkan cinta palsu ini, kalau sudah tahu mudharatnya lebih banyak dari manfaat.

Buatlah pilihan tepat.
Mujahadah adalah keutamaan.

Air mata yang meratapi kesedihan ditinggalkan kekasih, belum memadai untuk memadam amarah api neraka membakar. Air mata adalah modal kalian, modal bagi orang-orang mukmin sebagai tukaran dengan syafaat Tuhan. Belailah ia, usahlah dinodai.

Kalian mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi, usahlah berhenti untuk terus mengharap, ada hikmah tersirat di sebalik tersurat itu.

Moga cinta-Nya teraih jua.

ameen

KEMUDI CINTA

Cinta adalah api.

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.

Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan hati. Memberikan seluruh cinta kalian kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cinta kalian, memberi sepenuh jiwa dan raga.

Bahagiakan hati kalian hanya cinta kepada-Nya.

Mengungkap cinta dan janji setia itu mudah, namun mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Buat lelaki, cinta dan janji setia yang hancur buat insan lain terasa parah dan perit menanggung.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kalian tidak dapat hidup terus dengan baik andai tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, dan terus meninggalkan dia jika tidak mampu untuk mengakhirinya dengan ikatan. Mendengar adalah proses belajar paling berkesan ketika ini, usahlah mengkritik kerana hanya ingin menghalalkan perbuatan kalian.

Percayalah pada pilihan (takdir) Allah Taala, pilihan paling bijak pada surat cinta seperti terkandung isi tersurat mahupun tersirat di lembaran Kalam suci Ilahi. Insha-Allah terbaik buat hamba-Nya yang berakal.


Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu...” al-Baqarah (2:216)

Hidup adalah seni, seni dapat dipelajari dan ditekuni. Belajarlah dari alam terbentang luas di hadapan kalian. Musibah datang adalah untuk dimuhasabah. Ketahuilah itulah tanda kasih dan cinta Ilahi kepada kita, sabar adalah aset utama.

Ramai yang tidak tahu atau mampu melihat keindahan hidup ini. Ini kerana buta mata hati, kerana terlalu menikmati manis kebendaan, perasaan yang lansung tidak mengeyangkan rohani kalian selama-lamanya. Tujuan hidup sebenar dipersiakan, dan dibiarkan begitu sahaja tanpa pengisian.

Berubahlah demi untuk mengubah


http://puteraazhari.blogspot.com

"bakpo demo buat post ni.keno tinggal ko gewe ko?"tanya muadz.

"dop eh.xdop gewe kito.cumo peringat diri sediri jah.mugo halal itu jelas dan haram itu jelas.takut-takut kawe hanyut pulop supo mulo"balas maher.

"hok dulu boleh lupo doh?"soal muadz lagi.

"bules doh kot slow-slow.keno cayo pado takdir la.kalu tok leh lupo gak nok wat gano.allah jugo bagi perasaan tu.cumo kawe janji tokse kontek dio doh"maher jawab dengan sayu

"sedih jah bunyi nada tu?"muadz tanyo pulop.

"adola sikit-sikit sedih.tapi tidak bererti dunia n akan berakhir kawe buat gitu.wanita kam ramai.semoga kito sumo temun nga hok molek belako.so pakat jadi molep sep kito dulu.jangan dok cagho lagi"maher buwi nasihat pulop.

"tu jawapan kawe nok dengar nyo.taubat allah itu luas kito jah tokse mitak ampun nga allah.allah tidak jemu tapi kito yang jemu"muadz menambah.

"bagus demo loni sejak ngaji jauh"maher memuji.

"jangan kato gitu.demo puji gitu supo demo kerat palo kawe la."muadz tidak suka dengan pujian.

"maaf bos.semoga ilmu kita sumo diberkati"maher menyudahi perbualan.

Ya Allah kuatkanlah aku menghadapi masalah hati ini

p/s pese abe red amik medic kuantan jangan jadi hamba wanita

22 March 2010

SMS




Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.

Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.

Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

Sumber: Agensi

http://kijang59.blogspot.com/2010/03/dibedah-kerana-sms.html


Kepada yang ada pakwe dan makwe tu.Saya tahu kalau dah bercinta ni memang lebih dari 100 mesej sehari.hehe.

"awk wt pe tu?"tny si teruna dalam mesej.

"mkn".balas si dara.

"mkn ape?"tny teruna lagi.

"nasi ayam"balas si dara lagi.

sambunglah sendiri.permesejan masih panjang lagi tu.ngee.


"daripada mad mesej,chatting dan kecek bendo yang xpekdoh(takde faedah) baikla mad baco quran cuti-cuti n"pesan umi.


Kadang-kadang waktu lapang tu membunuh kita.Ya Allah berkatilah masaku

19 March 2010

Hawa dengarlah ini


Hawa....
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..


Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya


Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..


Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman

sumber we love islam


"wes,hok laki tak dok ko?"tanyo syamsul.

"ado.mu keno buat sediri la.tapi supo jah laki puan pom.mu keno la jago kaum wanita ini dulu.jangan dok gelenya nok kontek kaum wanita nih.sebab diore kaum lemah.kalu mu nok isteri mu jadi mutiara,mu keno jadi mutiaro la jugak.mu keno jual mahal la jugok sul wes "balas syafie

permata yang bernilai bukan untuk di pamerkan

Peringatan


Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.

2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).

4. Suami taat pada isteri.

5. Anak mendurhakai ibunya.

6. (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.

7. (dan) menjauhkan diri dari bapanya.

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

11. Arak diminum di merata-rata tempat.

12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

14. Banyak jenis muzik dimainkan.

15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.


p/s kecewa dengan situasi politik tanah air.erm


14 March 2010

Martabat Nafsu


Firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya" Hadis Qudsi,firmanNya: "Sesungguhnya manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya.Dan rahsia itu sifatKu dan sifatKu tiada lain, Aku lah jua" Mengenai soal makrifat pula Allah berfirman dalam hadis Qudsi: "Akulah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin supaya dikenali(dimakrifat i), maka Aku jadikan alam ini,maka mereka makrifat kepadaKu"

FirmanNya lagi:

"Sesungguhnya Allah memrintahkan kamu (manusia) memulangkan amanah kepada yang berhak (Allah)"
Jadi taraf kemuliaan sesorang hamba Allah itu adalah bergantung sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap sebenar-benar makrifat jadilah kita sebaik-baik makhluk sebagaimana firmanNya:
"Sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik baik makhluk"
Tapi sebaliknya sekiranya kita gagal untuk mengembalikan amanah untuk makrifat maka jadilah kita sebagai mana yang

di firmankan olehNya:

"Kemudian Kami kembalikan dia di tempat yang serendah-rendahnya"

Dan firmanNya lagi:

"Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk"

Baik buruknya manusia adalah bergantung kepada tahap-tahap kesucian batinnya atau nafsunya.
Nafsu mempunyai dua pengertian:

1. Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat: spt. marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau"

2. Makna yang kedua adalah berkaitan kejadian "latifah rabbaniyyah' iaitu sesuatu yang batin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia adalah melibatkan soal-soal kerohanian.
Jenis-jenis nafsu yang saya huraikan adalah:

1. Amarah
2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah

1. AMARAH

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburuka n). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

Firman Allah:
• "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya"
• "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar) "
• "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)"

Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi barat lebih dari orang barat. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya:

"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."

Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.

Firman Allah:

"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa."
Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan) . Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.

Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya.

Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti:

"Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai".

Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri.

Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud.
Dalam konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu guru mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah "
Pada tahap amarah ini kalau berzikirpun hanya dibibir sahaja tanpa meresap ke dalam jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun walaupun ada kelulusan Azhar, walupun berserban dan berjubah. Amarah tidak pernah takut dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang. Yang ia takut hanyalah zikrillah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya"

2. NAFSU LAWWAMAH

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

Rasulullah s.a.w bersabda:

• "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri"

• "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya."
Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah.

Firman Allah:

• "Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim"

• "Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka , setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf.

Rasulullah s.a.w bersabda:

• "Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang"

• "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan"

Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia.
Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah.

Firman Allah:
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah"

Sebagai contoh kalau tertinggal sembahyang terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal sehingga terus pergi kadha.

Antara sifat nafsu lawwamah adalah:

1. Mencela diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana ria
4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri

Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada tahap nafsu lawwamah. Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam .

Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah. Pada peringkat ini memang sudah timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya. Rasa semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat lain.

Pada pringkat ini sudah boleh menerima sedikit ilham hasil dari zauk dan kadang-kadang mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh guru. Bila berterusan dengan petua dan amalan yang diberi oleh guru InsyaAllah nafsunya lawwa-mah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya.

3. MULHAMAH

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.

Firman Allah:
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya( nafsu)

Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi.

Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan shaj di mulut tetapi hakiki.
Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah.

Firman Allah:

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesunggu hnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketiak itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan ."

Sabda Rasulullah S..a.w:

"Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin"

Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebur nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan.

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka"

Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya.

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:

1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu'
6. Taubat hakiki
7. Sabar hakiki
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada. Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata. .

Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringakat sir. Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas. Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sir itu ada kawan berbual. Biasanya suara ghaib itu adalah waliyulah atau ambia yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah.

Tapi perlu ingat guru murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini. Sebab tu kalau tak ada murysid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar. Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, dimana pada permulaannya merasa berdesing. Kemudian barulah dapat dengar jelas.
Zikir tetap meningkat. Pada peringkat inilah Allah berfirman:

"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah.Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati menjadi tenteram".

4. NAFSU MUTMAINAH

Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah. Hakikat inilah yang difirmankan Allah:

"Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah,pulangla h kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai olehNya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam syurgaKU".

Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil.

Antara sifat-sifat maqam ini adalah:

1. Taqwa yang benar.
2.. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

Pada maqam ini biasanya(walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahsia dari LohMahfuz. Adanya sifat lidah masin. Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai 'inkisaf'. Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sir dan juga sirussir, iaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah. Yang dikatakan menerusi sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin. Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul-betul macam melihat TV. Malah siap boleh rewind lagi. Kalau guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memrhati rakaman hidup kita dan mengesan dimana kesilapan kita dan memberi petua untuk membetulkannya. Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi. Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. Perlu dingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain. Melalui penerimaan sirussir ini dia berupaya melihat alam barzakh, menjelajahi alam alam malakut. Keyakinan mereka sudah pada tahap ainul yakin dan haqqul yakin.

Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai "fana qalbi" iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata. Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH. Keadaan inilah yang digambarkan Allah:

"Semua yang ada adalah fana (tiada wujud hakikinya).Dan yang kekal(baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan"

Namun fana qalbi ini tidaklah kekal.

5. NAFSU RADHIAH

Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

Firman Allah:

"Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerungsingan di atas mereka".
Ini kerana nur syhuhud sudah sebati dalam jiwa mereka. Alam sekeliling seperti cermin yang boleh mereka melihat Allah setiap ketika. Ini adalah maqam musyahadah tahap ihsan seperti hadis Rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu menyembah Allah sebagaimana kamu melihatNya.. ."

Ini adalah maqam wali dalam martabat khawas.

Pada masa inilah apa yang diisyaratkan oleh rasulullah s.a.w:

"Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan Nur Allah".
Pada tahap radhiah ini ,ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya , bertindak melalui perintah ilmu laduninya.Mulutnya dan doanya sangat mustajab..'Barang dipinta barang jadi"

Orang dimaqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat.Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.Masih lagi mengalami fana qalbi.tapi tidak menentu.Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah.Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata:

Firman Allah:
"Di mana saja kamu menghadap, maka disitulah wajah Allah

Itu yang terjadi pada Al Junaid:Tiada apa dalam jubahku, melainkan Allah.
Mereka sudah memandang yang banyak kepada satu.Keadaan inilah boleh menimbulkan fitnah, malah kadang-kadang orang akan anggap gila. Inilah maqam Ana'al Haq-Mansur Al-Hallaj.

Zikir pada peringkat ini adalah secara 'khafi' yang telah meliputi seluruh anggota zahir dan batinnya. Pada peringkat inilah kulit berzikir, daging berzikir, tulang berzikir, malah semuanya berzikir. Tu yang jadi darah Al-Hallaj membentuk tulisan Allah lalu keluar zikir, malah kematian wali-wali seperti Tok Ku Paloh, masih lagi terdengar zikir di badannya. Kadang-kadang mereka dijemput menjelajah alam ghaib kubra yang diluar akal manusia. Malah mereka di ajar ilmu tinggi yang lebih canggih dari manusia biasa yang boleh dicapai oleh zaman moden ini. Mereka boleh buat perhubungan secara langsung dengan para rasul, nabi, ambia dan waliyullah yang lain. Mereka menuntut ilmu dengan aulia macam berbincang dengan kawan melalui handphone, malah boleh berinteraksi beramai-ramai walaupun masing-masing berada di berbeza tempat.

Sifat-sifatnya:

1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini

6. NAFSU MARDIAH

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa.. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi" , maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata. Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazib Bistami: "Subha Inni.."

"Pandanglah yang satu pada yang banyak"

Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk.

Namun begitu ia mmepunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akan kembali normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus.

Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.mereka berpegang kepada konsep:

Firman Allah:

"Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal".

Perkataan syatahah sudah hilang.Mereka suka hidup nafsu nafsi.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah"

Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun.

Firman Allah:

"Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring... "

Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir.

Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah. Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang. Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal

Sifat-sifatnya:

1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.

7. KAMALIAH

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham.

Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. Wahai Tuan -tuan sila perbetulkan dan tambah lagi mana-mana yang kurang.Mengenai kaedah zikir pada maqam-maqam saya rasa ada saudara yang akan menghuraikanya berpandukan kaedah tariqat masing-masing. InsyaAllah.

Semoga Allah mengampun saya atas segala kesilapan.Dan harap memberi manafaat pada semua.

12 March 2010

Alhamdulillah


Dengan nama allah yang pemurah dan penyayang.Alhamdulillah masih dapat bernafas lagi.ho2.tak pandai nak intro2.

Ketika entry ini ditulis perasaan saya agak berkecamuk antara sedih dan gembira.
Straight to the point.Sedih sebab seorang pelajar lelaki malaysia di Tanta Mesir telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat kemalangan.Marilah kita menyedekahkan al-fatihah kepadanya.Macam mana la perasaan kedua orang tuanya mendengar khabar berita ini sebab dengar cerita pelajar ini 1st year student.Aritu hantar sehat balik dengan kain kafan.erm.Tapi meninggal pada malam jumaat molek orang cakap.Husnu zon pesan kak munee-).Walaupun tak kenal tapi sebab abang saya,kakak-kakak dan rakan-rakan ramai belajar di sana agak sedih juga la mendengar berita ini.mesti mereka pun tengah rindu nak balik malaysia ni.Sabarla ye anda semua manusia terpilih dapat belajar di bumi barakah.Ada insan-insan lain yang nak pergi sane terhalang nak pergi.Allah mempermudahkan anda di sana so kena fikir macam ni la bile rasa ingin pulang.ecece nak bagi nasihat.Dok Uia ni pun rindu nak balik kelate sokmo

"allah bagi yang kita perlu bukan yang kita mahu"

Kita yang masih hidup ini kena ingatla kepada tempat kembali kita.

"sesungguhnya orang yang paling cerdik itu adalah orang yang selalu ingat mati"

"nok buat jahat tu payeh keno ingat jugok ko mati.lamo kan time tengoh galok(berseronok dengan dunio) malaikat mai cabut nyawo"cam dengar ado orang cakap je n.

Lepas itu allah datangkan berita gembira yakni saya lulus exam baru-baru ini.Alhamdulillah berkat doa ibu bapa dan sahabat-sahabat.Sesungguhnya Allah itu pemurah.Sepanjang saya hidup ini peperiksaan ini la yang paling saya bergantung kepada pertolongan Allah.Next time kena bergantung kepada Allah sokmo doh.Lulus juga subjek comp 2 yang amat ditakuti.Terima kasih kepada kak munee di German kerana menasihati diri ini agar belajar bersungguh-sungguh sebab ilmu allah juga yang kita belajar tu walau bukan di bidang agama pun.Gembira sebab dapat cuti lama kot.Alhamdulillah

Dengan lulus exam tu maka kena penuhi apa yang telah dinazarkan untuk membotakkan kepala.

"mu tok nyesa ko payeh botok palo?mu tok saye ko rambut sipey setahun lebih tu"nafsu melemparkan persoalan.

"Nyesal jugop tapi ado apo pada rambut.Bukan boleh bawa mati pun.Next time boleh sipey lagi panje umo.Pergi jauh la mu nafsu.aku gocoh kan"bermonolog dengan nafsu.

Gembira juga sebab adik-adik junior di bumi tercinta Maahad Muhammadi Lelaki berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.Lebih manis tinggi daripada sekolah Adik Madiha yang dapat 21A dulu spm 08.Hu2.Sebelum ni asyik tewas je bermula zaman Siti Fatimah dulu spm 06.


Tapi sekolah kitorang macam adik-beradik la.Tak kesah sapa menang pun cuma dapat menggembirakan hati cikgu-cikgu tu la yang penting sebab cikgu nak sangat beat sekolah Maahad Muhammadi Perempuan tu.Terima kasih adik-adik kerana dapat menebus kesilapan abang-abang dahulu.-).

Sebab entry tajuk alhamdulillah teringat lirik lagu Maher Zain.Kak Sinar mesir minat kot lagu-lagu maher zain.Mesti pergi persembahan Maher Zain kat mesir baru-baru ini?-)

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take. Alhamdulillah,
Elhamdulillah All praises to Allah,
All praises to Allah Alhamdulillah,
Elhamdulillah All praises to Allah,
All praises to Allah.
I never thought about All the things you have given to me
I never thanked you once I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you. Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah Alhamdulillah,
Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah. Allah,
I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Mitak maaf la entry yang agak mengarut.Last terima kasih abang-abang,akak-akak dan sahabat-sahabat yang tak jemu berdoa untuk faris ni.Semoga kita semua dapat menjadi hambanya yang bersyukur.jangan lupa kita berselawat kepada junjungan besar kita selalu.

"Di sini ana lancarkan projek selawat kepada nabi 1 juta kali sebelum kita di jemput allah.Sama-sama kita ringankan lidah kita berselawat kepadanya.Kita sangat-sangat berharap mendapat syafaatnya nanti di hari pengadilan.Jangan kedekut sangat nak selawat tu." ini projek ustaz mad mustofa adun Demit semasa dia memberi kuliah agama di medan ilmu minggu lepas.Saya menyampaikan je.Semoga bermanfaat.

Selalu ingat mati nafsu juga turut ikut mati terhadap dunia


11 March 2010

Dugaan


Dugaan Hidup…
Dugaan hidup datang dan pergi,
Datangnya sebagai ujian,
Perginya sebagai pedoman,
Datangnya tidak diundang,
Perginya meninggalkan seribu satu pengalaman,

Didiklah hati,
Lembutkanlah hati,
Walau betapa resah,
Walau betapa kesal,
Walau betapa pedih,
Terimalah musibah dengan hati yang terbuka,
Jadikanlah setiap detik hidup kita sebagai tanda penghargaan,
Keatas nikmat yang tidak terhingga kurnia-Nya.

Kesabaran,
Akan seNtiasa TERuji,
Bertahan dan tingkatkanlah kesabaran,
Nilailah tahap kesabaran diri,
Sebagai penilaian kepada keimanan diri,

Janganlah ragu,
Janganlah menyesal,
Dan Janganlah bersedih,
Setiap yang berlaku dijanjikan sebagai yang terbaik untuk diri kita,
Jika kita seorang yang bersyukur,

Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui,
Sesungguh manusia dijadikan untuk berfikir…

“Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatan AKU, sesungguhnya mereka akan berada dalam kehidupan yang sempit. Dan KAMI akan membangkitkan mereka ketika hari kiamat nanti dalam keadaan buta. Dan berkatalah(mereka yang berpaling) Wahai RABB, kenapa KAU bangkitkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulu(di dunia) merupakan seorang yang celik? Begitulah telah datangnya ayat KAMI kepada kamu tetapi kamu melupakannya, maka seperti itu jugalah pada hari kau dilupakan pula(oleh ALLAH)”


p/s perjalanan kita masih jauh saifullah@abe mat.he3

09 March 2010

Aku Bagaimana?


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu risau kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. jadi,dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebihwara’, lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya: “Wahai Aba Abdur-rahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.”


Aku berdiri dengan penuh waspada dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat, ku cuba fahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersholat selama 30 tahun.”

Setelah Isam mendengar, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

……..

dan SOLAT aku bagaimana?


"payeh,mu jauh sangat lagi tahap tu.semaye pn dok koya mugo lain.erm.jangan dok galok la kalu tok lepah niti lagi"


http://www.ismaeropah.com

07 March 2010

Fitnah di hujung lensa


Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?www.iluvislam.com
oleh:private_xplorers
(dipetik dari blog WEWR ~khabar dari urdun~)
&

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan+(facebook), menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.


Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda,
ya muslimah sekalian,
namun,
sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.
Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju.
Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi.
Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.


Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu,
mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati,
manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda.
Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti.
Namun mungkin juga ia fantasi.
Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah.
Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain.
Diri anda, andalah yang harus menjaganya.
Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat?
Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu?
Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah?
Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar.
Belajarlah daripada yang tahu.
Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat.
Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup.
Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang.
Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...


terima kasih utk penulis artikel ini.
thank you
tapi,
bagaimana kalau gambar diri sndiri termasuk dlm laman sosial org lain tanpa pengetahuan kita sendiri?
tak ada niat atau tak terlintas langsung nk letak dalam laman web sosial, tapi kalau dalam laman kawan2 bagaimana??salah siapa???.Ada juga yang di luar berpurdah tapi dalam laman sosial tak pun.So bagaimana?.Sama-sama check balik niat.

http://halinihamzah.blogspot.com/2009/10/fitnah-di-hujung-lensa.html

Daripada Ibnu Mas'ud R.A: Rasullullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya yang manusia yang paling keras diseksa pada hari kiamat adalah para tukang gambar(mereka yang meniru ciptaan Allah).~ (Muttafaqun alaih)

p/s. kadang-kadang sakit jugak mata tengok gambar kawan-kawan,kakak-kakak dan adik-adik kat facebook terutamanya.erm.tapi bakpo mu gi tengok nyo faris?.isk3.Tundukkan pandangan.bbahsya!!!
sumber unique-durrofa.blogspot.com