19 December 2009

Waktu Berlalu


Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menaip dengan sendiri akhirnya dapat juga menulisnya dan tidak copy dari blog orang lain.Sebab diri ini malas nak tulis walaupun banyak juga yang mahu ditulis.Semoga dipermudahkan di masa hadapan.Lagipun artikel dari blog lain lagi bermanfaat.

"Sebarlah walau sepotong ayat"

Setelah seminggu bercuti dan esok dah perlu bertolak ke Campus walaupun dalam hati dah tak mahu pergi.huhu.Semoga ditabahkan untuk menghabiskan pengajian last sem ni.

Sebelum Balik

"Aku balik cuti nih nak study gilo-gilo doh comp2 selepas subuh sampai maghrib"azam saya kepada Ramli(bukan nama sebenar).

"Betul?.Biasola tu sebelum balik azam macam-macam.Tapi sapa(sampai) rumoh terap(hancus)"sindir dia.

Selepas Balik

"Cepatnyo cuti.Nak habis doh.Aku tok jenguk lagi weh buku nih.Mu gano kiro?"adu saya kepada rakan Uia yang sama-sama kelantan semasa bertemu kelmarin.

"Aku supo tulo(sama je) jah weh.Lara ko mugo lain"jawab dio.

Kami akan menduduki peperiksaan comp2 23hb ni kalau tak silap(adush exam pun xtaw) dan BTQ(basic themes al-quran)26hb.Doakan la kami boleh jawab.

Waktu Cuti

Semasa bercuti ni saya rasa banyak juga masa dihabiskan untuk tidur dan on9.isk3

"Rilekla umi qada tidur dan kat rumah tenet laju.Dok sano ado kelas sokmo lagipun tenet slow.huhu"jawab saya kepada umi.(jangan jawab macam ni kalu dengan ibu bapa.tak manis-).Dan berkatalah baik kepada kepada kedua ibu bapamu.

Saya juga berkesempatan untuk melawat sahabat baik di pondok Pasir Tumbuh.Banyak juga mutiara kata yang dapat.Tapi sayangnya saya tak beramal sepenuhnya.Ya Allah ampunkanlah dosaku.

Lagipun saya belajar sekolah agama dulu,so amanah besar dipikul walaupun pada amnya semua manusia memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.Kat luar sana orang pandang tinggi kepada orang belajar agama realiti hari ini.So kepada budak maahad terutamanya amallah benda yang anda telah belajar di sekolah mulo.Jangan menjatuhkan maruah agama.Nanti orang akan pandang negatif kepada orang yang belajar agama.Tambah-tambah lagi ramai budak belajar agama lebih teruk dari yang tak belajar agama dari konteks yang baru masuk ke alam universiti.Jawapan yang biasa di dengar culture shock.(Ya Allah jauhkanlah dari kami).

"kerana nila setitik rosak susu sebelanga"

Kepada yang tak sekolah agama tapi mereka lebih beragama daripada orang yang sekolah agama teruskan usaha anda.Dan sedarkanlah kembali orang-orang belajar agama ini.

"Pakaian takwa itu adalah lebih baik"7:26


"barangsiapa amal apa yang dia tahu nescaya tuhan ajarkan dia apa yang dia tak tahu"mafhum hadis.Maka beramallah kamu apa yang kamu tahu.

Kefahaman itu penting.Belajar agama kalau tak faham sangatla rugi.Yang tak belajar agama tapi faham agama sangatlah beruntung tapi kena ada usaha untuk mendalami agama.Lagi la mantap.Kefahaman saya pun masih kurang sangat.Sama-sama lah kita muhasabah diri di takuk mana tahap kita sekarang.Sempena maal hijrah ini jom berhijrah dari kegelapan kepada cahaya nur ilahi.

Akhiran

Semoga cuti ini menjadi iktibar kepada saya agar tidak mensia-siakan waktu terluang sekadar untuk mencari kepuasan nafsu seperti tidur dan main game di masa akan datang.

"Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati."

dan ingatlah

"Kepuasan itu ialah gedung yang tak akan puas"

Doakan saya dan rakan-rakan yang akan menduduki exam dan saya tak berapa sihat semenjak ini.Doakan juga sama-sama menjadi insan bertakwa hingga sampai waktu dijemput oleh Rabb Jalil.

"Paru-paru tu tak dop nilai.Jagalah molep.Makan ubat tu dok sano"pesan umi tadi.

Saya diam membisu.Sekadar monolog dalam hati.

Doakan semoga cepat sembuh

Perjalanan kita di sana amat jauh.Bawalah bekalan secukupnya

Semoga kelalaian menjauhi diri ini lagi

"Andai lalai menghiasi diriku nescaya talkin ku nanti tawaan nafsu"

Minta maaf kepada semua yang mengenali diri dan kepada rakan yanti yang komen di blog http://theswordofallah.blogspot.com/ sebab saya ada buat kesilapan.Minta dimaafkan.

Barakalloh hu fik.Allahumma yassir wala tuassir

No comments: