31 August 2010

Wasiat Imam Al-Ghazali



• Dunia ini laksana api yang akan membakar sesiapa sahaja yang cuba memegangnya. Kerana itu gunakanlah api hanya pada malam hari sahaja. Yang bererti jadikanlah dunia sekadar tempat untuk mencari tapak syurga.

• Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan membawa keperluaan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak.

• Sibuklah berfikir tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.

• Sebelum tidur ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun lagi.

• Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah.

• Berjuanglah di jalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan atas kematianmu nanti.

• Berjemaahlah bersama kawan muslimin di dunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan di mahkamah.

• Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersifat pemurah.

• Tataplah anak-anakmu baik-baik kerana mereka merupakan titipan Allah kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.

• Selepas bangun daripada tidur, bersyukurlah kerana Allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.


Ya Allah Ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami.Bantulah kami menjadi hambaMu yang taat

28 August 2010

Cara Hilangkan Sifat Takabbur




Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya


"Jangan takabbur sangat wahai pemimpin Israel dengan merampas tanah palestin.Nanti kamu akan mati juga.Lepas mati kamu tahu tak kesudahannya?Ketahuilah kehidupan selepas mati selama-lamanya.Tidak ada penghujungnya azab jika mati dalam kufur.Tidakkah kamu mengetahui azab allah itu pedih.Ada berani ke?"

22 August 2010

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Sungguh semua itu telah hadirkan perasaan yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak dan mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terjadi, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah untuk menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa kejayaannya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah hal itu apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi impian kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan, kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita boleh dimiliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (QS Al-Hadid ;22-23)


Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

".. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang bukan milikmu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila berkaitan dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

p/s amek dari fb orang

21 August 2010

Ramadhan Bukan Bulan-Bulan Yang Sebelumnya


Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".

15 August 2010

Ramadhan datang lagi

selamat berpuasa sahabat-sahabat.maafla tak dapat nak update.sibuk dengan hal-hal yang lebih penting.internet pun buat hal kat sini.erm

saya ada exam 28hb 9
1hb 9

tolong doakan ye.

3hb pulang beraye kat kota bharu tercinta

puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga ye.semoga menjadi insan bertakwa

01 August 2010

Palestin Dilupakan


Khalil Ismail al- haya ketua WHIP HAMAS berkata"

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.
Kami telah dipilih oleh Allah S.W.T. untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Illallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Kami akan terus tetap dalam perjuanagan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. "

p/s dulu masa heboh kapal bantuan ke palestin disarang oleh tentera laknatullah israel,kebanyakan rakan-rakan terutama dalam FB menukar gambar-gambar menyokong palestin serta mengutuk israel.Tapi setelah waktu berlalu hal tersebut hanya ditiup angin.Palestin dilupakan.Sesungguhnya penderitaan saudara kita di sana masih berterusan.Apakah usaha kita?sumbangan kita?Sekecil-kecil usaha kita buat mereka adalah kita berdoa agar Allah membantu mereka di sana.Persaudaraan kerana allah itu manis.Bukannya susah sangat untuk menadah tangan memohon pertolongan dari allah.

Ya allah bantulah saudara kami di bumi barokah palestin yang sekarang ditindas

25 July 2010

Belum Tentu Kesudahannya

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”


Maka sahabat, apa guna kita berlagak sombong, dengan jawatan dan aktifnya kita. Ingin saya berpesan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat saya,

“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang Berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”
Alangkah, saya teringat pesan saya kepada sahabat-sahabat yang mengambil bidang kedoktoran.

“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”


dzulkhairi.blogspot.com


“Yang kita bimbang adalah kesudahan hidup kita.” Ya, ketakutan orang siddiq adalah su’ul khatimah. Mungkin ia merupakan orang yang mulia dalam hidup tetapi penghujungnya adalah buruk"

berusahalah ke arah mencari keredhaan allah.allah kita baik.Dia takkan mensia-siakan usaha kita

p/s payah nk 0n9 kat u nih.hmm

12 July 2010

Penawar hati


Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.

Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.


http://abunuha.wordpress.com/2008/07/18/lima-penawar-hati/


p/s


yang no 2 sedang berusaha.ingin menjadi kurus semula.hoho



30 June 2010

Permata yang bernilai itu bukan untuk dipamerkan


“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawab dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”


Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”


Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.


“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

sumber (dalam caption gambar saya sayang islam via fb nurul isdiyantie)

p/s

pilihlah yang mana anda mahu dengan izin allah.mahu yang mahal atau yang murahan?

kerna permata yang bernilai itu tidak dipamerkan.Jika anda rasa anda cantik,janganlah menayangkan gambar-gambar anda kepada tontonan umum.Fitnah itu terlebih besar.Lebih-lebih lagi gambar yang tidak menutup aurat.Takut-takut setiap kali orang melihat gambar anda yang tidak menutup aurat akan menjadi asbab dosa anda bertambah dalam keadaan yang anda tidak sedar.

Banggakah kita melanggar hukum tuhan yang menyuruh hambanya menutup aurat sebaliknya anda mempamerkan aurat tanpa rasa segan silu?

Sesungguhnya azab allah itu pedih dan keras.Ada berani?

saya sayang akan sahabat dan saudara saya.Ya allah ampunilah dosa kami sebelum ini dan kuatkanlah kami menuju redhaMu

25 June 2010

Menuju ke penghujungnya


Dengan nama allah yang pemurah lagi maha penyayang

Sering ku panjatkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan Rahmat dan HidayahNya Yang Maha Esa

Dalam kecelaruan dunia ketika ini...Daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua dan menuntuni kita ke jalan diredhaiNya.

Ketahuilah realiti kita hari ini

Manusia tidak lagi Takut kepada Tuhannya...

Manusia tidak lagi dapat membezakan yang Hak dan yang Batil

Manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana Pahala dan yang mana Dosa

Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya walaupun kehidupan seharian kita kadang kala kita Lupa kepadaNya dan kadang kala kita Ingat kepadaNya.


Tapi yang pasti ...

Terlalu banyak masa kita habiskan Bukan untukNya


Ingatlah hidup hanyalah sekali.Tiada lagi peluang kedua.Janganlah kita menyesal bila mati nanti.Menyesal ketika itu tiada gunanya.

Oleh itu,sama-samalah kembali kepadaNya

Tuhan Yang Maha Pemurah

Tuhan Yang Maha Penyayang

"Tidak menjadi sesuatu yang ganjil bagi Tuhan untuk mengampunkan dosa-dosa kita jika Dia mahu walaupun seluas lautan tapi sebenarnya kita yang ganjil kerna tidak mahu meminta ampun kepadaNya"

Percayalah ....

kita tak akan rugi apa-apa jika memohon ampun akan dosa-dosa yang kita telah perbuat kepadaNya

Mati semakin menghampiri

Cukuplah mati menjadi pengajaran bagi kita



17 June 2010

Masih Tewas


Tatkala ahli sufi ditanya mana satu yang mereka pilih di antara solat 2 rakaat dan syurga firdaus.

ahli sufi tersebut menjawab:

"aku memilih solat 2 rakaat"

Sungguh saya terkejut mendengar jawapan ini kerana semua kita yang hidup ini semua mengidamkan syurga.Jika diberi pilihan sebegitu sudah tentu saya pun tanpa perlu berfikir akan memilih syurga.Rezki datang bergolek siapa yang tak nak kan?

Ahli sufi ditanya lagi mengapa beliau memberi jawapan yang sedemikian

Inilah jawapannya

"Sesungguhnya solat itu untuk tuhanku sedangkan syurga itu untuk aku"

Begitulah ikhlasnya golongan ahli sufi mengejar cinta allah dan mereka merasa asyik dengan kekasih mereka.Sedangkan kita?

Kita masih mengejar akan dunia yang fana ini.Sampai bila mahu menjadi hamba dunia?

Saya juga masih tewas dengan dunia...


14 June 2010

Pesanan Imam Al Ghazali


  • Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.
  • Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu sahaja.
  • Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.
  • Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sedar.
  • Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.
  • Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”