12 Rabiulawal setiap tahun masyhur di negara Malaysia dengan sambutan Maulidur Rasul.
Alhamdulillah abah membuat sambutan maulud di rumah hari ini dengan menjemput ahli surau dan keluarga.Majlis bermula jam 9.
Bacaan selawat dipimpin oleh abang saya.Saya perlu belajar juga nanti untuk memimpin majlis seperti ini takut nanti abang saya tiada.
Jangan jadikan bulan ini sahaja mengingati Baginda.Teruskan pada 11 bulan yang lain.
Pada petangnya pergi berziarah sahabat di Pondok Pasir Tumbuh
Memang hasrat di hati mahu tinggal di sana namun apakan daya ada tanggungjawab untuk diselesaikan.
Pulang dari pondok itu singgah sembahyang maghrib di sebuah masjid.Tidak sangka imamnya adik kepada wanita yang saya minat.Ayahnya juga ada bersama.Tapi tidak berani nak tegur.Lupakanlah dulu pasal perasaan faris.Belajar dulu sungguh.Ada jodoh ada.Usaha dah kan
Semester baru akan bermula 8 haribulan ini.Mohon maaf segala kesalahan
Semoga umur 22 tahun ini menguatkan semangat lagi untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa