27 January 2012

Lalai


Di antara peringatan Allah dan Rasulullah ialah mengingatkan manusia tentang mati

Manusia semuanya dalam keadaan tidur lena,bila mati berlaku itu kejutan kepada mereka(terjaga mereka)~ustaz harun din

Mesej ini jelas.Manusia lalai.Dibuai dengan kenikmatan dan keindahan duniawi.Yang melupakan mereka dan ada yang terus lupa tentang hari pertemuan dengan Allah.

Marilah kita sama-sama saling mengingati tentang kematian.

Pesan syeikhuna Abdul Aziz

"kita dok cedey bendo nok tinggal sapa lupo ke nok gi"

maksudnya kita berpenat lelah mengejar dunia yang akan ditinggalkan ini sehingga terlupa nak buat bekalan untuk hari akhirat.

lai lai lai

26 January 2012

Maulid


Buat yang membidaahkan maulid...

pesan Syeikh Nuruddin

kalau tidak mahu bertanya...dengar
kalau tidak mahu dengar...fikir
kalau tidak mahu berfikir...renung
kalau tidak mahu merenung...senyap
kalau tidak mahu senyap...mati sahaja

dari sudut mana kesalahnnya?

dari sudut mana kebidaahnya?

dari sudut mana kemungkarannya?

boleh baca jawapan dari ahli sunnah wal jamaah mengenai maulid ini


25 January 2012

Bapa-Bapa Roh

Babo Ziq


Ibu bapa dipanggil abu jasad sedangkan guru-guru yang mengajarkan kita tentang agama dipanggil abu roh.(bapa roh)

Kalau ilmu Agama ini diperolehi daripada pembacaan, maka orang-orang orientalis akan lebih layak dipanggil 'ulama.

Belajarlah berguru.Tak faham boleh tanya.Ulama'-ulama' hebat dulu semuanya berguru jika kita kaji.

Pesan hampir keseluruhan guruku

"Carilah ilmu.Belajarlah.Tapi jangan belajar dengan golongan wahabi"

Formula mudah untuk mengetahui adakah guru yang benar dan menyebarkan ilmu-ilmu yang tahqi'. Berdasarkan formula mudah oleh As-Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maiki yakni dengan bertanya siapa gurunya kerana Apabila kita tahu mengenai sebab orang itu, hilanglah keraguan kita~Isdiyantie

Setakat yang diingati.Untuk ingatan saya di waktu tua nanti.Terima kasih kepada bapa-bapa roh saya ini.Teringin untuk belajar dan bermusofahah dengan Maulana Husin,Dr Yusri,Dr Usamah dan Habib Ali Al Jufri.

Masyaikhuna


Kelantan


1-Ustaz Abdul Aziz Syria(kitab matla' badrain,faridatul farid,penawar bagi hati,ta'limul aulad)

2-Ustaz Sanusi Masjid An Naim(kitab muhimmah,hidayatus salikin,minhajul abidin)

3-Ustaz Sobri(kitab hikam)

4-Ustaz Azli Babo Li Kubor(kitab faridatul faraid,pedoman sembahyang berjemaah,misbahul munir,hikam j***)

5-Ustaz Rahim(Kitab matla' badrain)

6-Ustaz Ilyas Melaka(Kitab ummu barahim,matan abi shuja')

7-Ustaz Alias Paya Bemban(kitab muniyatul musolli)

8-Ustaz Wan Omar(kitab bughyatul tulab,matla' badrain,faridatul faraid,bakurotul amani,darus samin,kifayatul muhtadi)

9-Ustaz Lutfi(kitab hikam qotrul ghaisiyah fi ilmi sufiah)

10-Ustaz Azri(kitab wusyahul afrah,mabuk dan muwafik)

11-Ustaz Fuad(kitab ta'lim mutaalim,sifat 20)

12-Ustaz Halim(kitab matla' badrain,muhimmah)

13-Ustaz Nik Ahmad(kitab penawar hati,hikam abi madyan,hikam ibnu athoillah)

14-Ustaz Naim(kitab sabila,faridatul faraid,risalatul irsyadi jawiyin ila sabilil ulama' amilin)

15-Babo Mad Ce Hir pondok berangan(kitab hikam,peringatan tentang umur)

16-Babo Ziq(tausiyah)

17-Pok Su Hamid Gunung(kitab hikam ibnu athoillah,sifat 20,faridatul faraid)

18-Pok Su Haji Musa Tumpat(aurad ahmadiyah)

19-Ustaz Azhar Idrus(kitab wusyahul afrah,anak kunci syurga)

20-Ustaz Azrihisyam(kitab muniyatul musolli)

21-Ayah Leh(kitab sabila)

22-Ustaz Sufian(kitab matla' badrain,hidayatus salikin)


Kuala Lumpur

1-Ustaz Muhadir(kitab penawar bagi hati,syarah abi jamrah,hidayatus salikin,bidayatul hidayah)

2-Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid(kitab safinatul najah,aqidatul awwan,tafsir,riyadus solihin,bidayatul hidayah,peringatan tentang umur)

3-Ustaz Fairuz(kitab abi shuja')

4-Syeikh Fahmi Zamzam(kitab sairus salikin)

5-Ustaz Zamihan(kitab sifat solat nabi)

6-Syeikh Fuad Kamaludin(kitab hikam ibnu athoillah,hikam abi madyan,muniyatul solihin,hadis)

7-Syeikh Afifuddeen(tausiyah)

8-Syeikh Raja Ashman(aurad nasyabandiyah)

9-Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre(tausiyah)


Lain-lain

1-Habib Umar Al Hafiz(tausiyah)

2-Syeikh Nuruddin Al Banjari(kitab hadis,tausiyah)

3-Habib Munzir(tausiyah)

4-Syeikh Husni Ginting(ktab syamail muhammadiyyah,hadis musalsal,hadis sulasiyat)

5-Habib Zain(tausiyah)xdam musofahah

6-Syeikh Muhammad Ibrahim Ab Baith Al Kattani(tausiyah)


Ya Allah peliharakanlah Guru-Guruku yang tercinta ini dan tambahkanlah ilmu mereka

Ibnu Sirin berkata

Sesungguhnya ilmu ini agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu"




24 January 2012

Pesanan Murobbi


Mencaci orang-orang muslim adalah perbuatan orang-orang fasik dan membunuh orang-orang muslim adalah perbuatan orang-orang kafir.

Bagaimanakah orang-orang itu bila mana dia mencaci para ulama'?
Bagaimana juga bila mana orang-orang itu mencaci para auliya'?
Bagaimana juga bila orang-orang itu mencaci para siddiqin?
Dan bagaimana juga bila mana dia mencaci kepada sahabat Nabi Muhammad?
Dan bagaimana juga bila mana dia mencaci kepada keluarga Nabi?

Itu merupakan kegelapan dan neraka~Habib Umar Al Hafiz

Jangan sesekali menghina orang lain

Kuat Ingatan


Tatkala Imam Bukhari ditanya apakah rahsia untuk mengekalkan ingatan yang kuat

maka jawabnya

"keinginan seorang lelaki dan sentiasa melihat yakni sentiasa mengulangkaji"

Berasa bersalah dengan hafazan yang dulu dihafal ketika di sekolah

Niat di hati mahu murajaah balik.Tapi dugaan dari syaitan terlalu kuat

Ya Allah kurniakan taufik kepadaku untuk kembali mengingati ayat-ayatMu


23 January 2012

Berusahe!



Tiga hal mutlak bagi seorang Mukmin, dalam segala keadaan, iaitu:

(1) harus menjaga perintah-perintah Allah,

(2) harus menghindar dari segala yang haram,

(3) harus redha dengan takdir Yang Maha Kuasa.


Jadi seorang Mukmin, paling tidak, memiliki tiga hal ini. Bererti, ia harus memutuskan untuk ini, dan berbicara dengan diri sendiri tentang hal ini serta mengikat organ-organ tubuhnya dengan ini.


Malulah pada Allah

Berusahe faris!

15 January 2012

Tips Dari Orang Berpengalaman


Alhamdulillah 11 hb 1 2012 sampai di kampung halaman yakni Kota Bharu Bandaraya Islam.Kali pertama menjejakkan kaki di sini pada tahun 2012

Rumah sunyi pada pagi sebab adik-adik pergi sekolah.Tinggal adik yang baru habis SPM saja tapi kena hantar dia ke tempat belajar memandu.

Terlupa menjemput adik kembar pulang ke sekolah sebab terlanjur tidur.Letih sangat sebab tak cukup tidur minggu peperiksaan sebelum ini.(alasan)

Pada malamnya pergi talaqqi dengan Syeikhuna Abdul Aziz syria di masjid Salor bersama 3 orang junior maahad menaiki kereta Babo Yo dan dipandu oleh Babo Nik.Banyak pengajaran yang dapat diambil.Semangat nak mengaji terus naik.Rasa sedap bila mengaji.Less Than Three

Babo Yo dan Babo Nik sudah berkerjaya dan berumahtangga.

Mereka berpesan

"kalu mad nak nikoh nati keno buat sunnah hok abe yo tak tahu dulu deh"abe yo memulakan bicara

"gapo dio abe yo"tanya saya kembali

"mad solat 2 rakaat dulu sebelum akad nikoh.lepas akad nikoh mad solat 2 rakaat pulop"jawab abe yo

"biasonyo ore lain buat yang lepas akad nikoh jah"tambah abe nik

"insyaallah"jawab saya

"pastu lepas akad nikoh tu malam itu sunat menjima' isteri selalu.sebab sunat jima' isteri sebelum walimah."abe yo berkongsi ilmu

"tapi payah sebab adat lepas akad nikoh lelaki keno balik rumah dio dulu.keluarga mertua pun memerhatikan jugak"abe nik berkongsi cerita.

"solusi dia gano abe yo?huhu"tanya saya dengan berminat.

"minta la izin dengan mertua nak bawa isteri pergi ukur baju ko malam tu dan mad sewa la hotel ko.haha.sebentar jah pun nak buat kijo ni.hehe"jawab abe yo.

"sunnah ini ramai tidak tahu.banyak lagi ado tapi keno pergi menuntut dengan ore yang lebih alim la.ni abe yo dengan abe nik dapat dari ustaz aziz"jelas abe nik

"keno tengok dulu tu.malu jugak takut isteri tak faham ko gano.haha"balas saya.

"abe nik nga abe yo tidak boleh buat doh dulu mugo baru tahu.harapnyo saf-saf baru hok tahu ini amalkanlah.orang yang mengamalkan sunnah di akhir zaman ini umpama pahala 100 orang mati syahid.wallahua'lam"abe nik membuat konklusi.


suka kalu berkawan dengan orang-orang alim.banyak ilmu dapat.

Ya Allah bantulah aku untuk istiqamah dan ikhlas dalam mencari ilmu

07 January 2012

Alhamdulillah


Alhamdulillah kerana semalam dapat bermusofahah dengan al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa dan dapat juga bermaulid dengan jemaah Darul Murtadza


Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda :

"Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan itu."

Kemudian malaikat itu berkata : "Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatinya dengan perhitungan tangan dan jari-jemariku ini."

Rasulullah SAW bertanya: "Perhitungan apakah itu?"

Ia menjawab : "Ketika suatu kaum dari umatmu menghadiri suatu majlis, lalu namamu disebutkan di majlis itu, kemudian mereka bershalawat kepadamu. Pahala shalawat mereka itulah yang tak sanggup aku menghitungnya.”

Kata Habib Ali Zainal Abidin

"Dahulu dikatakan bahawasanya jika seorang itu seorang alim itu datang, bagaikan Setiap tanah ini akan hidup dengan turunnya air hujan…"

"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras, yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… "