31 August 2010

Wasiat Imam Al-Ghazali



• Dunia ini laksana api yang akan membakar sesiapa sahaja yang cuba memegangnya. Kerana itu gunakanlah api hanya pada malam hari sahaja. Yang bererti jadikanlah dunia sekadar tempat untuk mencari tapak syurga.

• Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan membawa keperluaan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak.

• Sibuklah berfikir tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.

• Sebelum tidur ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun lagi.

• Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah.

• Berjuanglah di jalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan atas kematianmu nanti.

• Berjemaahlah bersama kawan muslimin di dunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan di mahkamah.

• Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersifat pemurah.

• Tataplah anak-anakmu baik-baik kerana mereka merupakan titipan Allah kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.

• Selepas bangun daripada tidur, bersyukurlah kerana Allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.


Ya Allah Ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami.Bantulah kami menjadi hambaMu yang taat

28 August 2010

Cara Hilangkan Sifat Takabbur




Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya


"Jangan takabbur sangat wahai pemimpin Israel dengan merampas tanah palestin.Nanti kamu akan mati juga.Lepas mati kamu tahu tak kesudahannya?Ketahuilah kehidupan selepas mati selama-lamanya.Tidak ada penghujungnya azab jika mati dalam kufur.Tidakkah kamu mengetahui azab allah itu pedih.Ada berani ke?"

22 August 2010

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Sungguh semua itu telah hadirkan perasaan yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak dan mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terjadi, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah untuk menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa kejayaannya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah hal itu apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi impian kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan, kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita boleh dimiliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (QS Al-Hadid ;22-23)


Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

".. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang bukan milikmu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila berkaitan dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

p/s amek dari fb orang

21 August 2010

Ramadhan Bukan Bulan-Bulan Yang Sebelumnya


Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".

15 August 2010

Ramadhan datang lagi

selamat berpuasa sahabat-sahabat.maafla tak dapat nak update.sibuk dengan hal-hal yang lebih penting.internet pun buat hal kat sini.erm

saya ada exam 28hb 9
1hb 9

tolong doakan ye.

3hb pulang beraye kat kota bharu tercinta

puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga ye.semoga menjadi insan bertakwa

01 August 2010

Palestin Dilupakan


Khalil Ismail al- haya ketua WHIP HAMAS berkata"

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.
Kami telah dipilih oleh Allah S.W.T. untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Illallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Kami akan terus tetap dalam perjuanagan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. "

p/s dulu masa heboh kapal bantuan ke palestin disarang oleh tentera laknatullah israel,kebanyakan rakan-rakan terutama dalam FB menukar gambar-gambar menyokong palestin serta mengutuk israel.Tapi setelah waktu berlalu hal tersebut hanya ditiup angin.Palestin dilupakan.Sesungguhnya penderitaan saudara kita di sana masih berterusan.Apakah usaha kita?sumbangan kita?Sekecil-kecil usaha kita buat mereka adalah kita berdoa agar Allah membantu mereka di sana.Persaudaraan kerana allah itu manis.Bukannya susah sangat untuk menadah tangan memohon pertolongan dari allah.

Ya allah bantulah saudara kami di bumi barokah palestin yang sekarang ditindas