01 April 2010

Taubat


Ketahuilah bahawasanya taubat itu permulaan jalan bagi sekalian yang menjalani jalan akhirat dan anak kunci tuah.Dan taubat itu wajib bersegera daripada segala dosa sekalipun dosa kecil.Melambatkan taubat itu pula dosa yang lain.Berapa banyak dosa agak-agak dah kita buat sejak baligh?

Betulkah syahadah kita@sekadar mengikut orang tanpa mempelajarinya?
Sembahyang kita ikut syara'@sekadar tengok ayah kita sembahyang dulu?
Itu dengan allah
Allah wajibkan kita sembahyang 5x sehari
Sejak baligh berapa kali kah agaknya sembahyang kita yang memenuhi syara'?
Pernahkah kita terfikir diterimakah setiap sembahyang kita kerjakan tu?
Kalau tidak diterima macam mana?

Itu bab sembahyang
Bab zahir yang lain?
Mengumpat...
Mendedahkan aurat...

Bagaimana yang batin?
Riya'...
Takabbur...




Taubat?tangguh la dulu.Muda hanya sekali awak.

Sedangkan jari bila kena api di dunia cepat-cepat kita alih dari terkena sambarannya.

Ada berani bertangguh dengan api neraka?


Sesungguhnya taubat itu satu ibadat yang dijanjikan pahala.Allah nak terima tu kita serahkan kepadaNya

"Bahawasanya Allah kasih ia akan sekalian yang banyak taubat"2:222

"Dan taubat oleh kamu kepada Allah hai sekalian yang beriman"An-nur 31

Sabda Nabi

"Orang yang taubat dari dosa, seperti mereka yang tiada berdosa"

Tidakkah kita mahu bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa?

Perhatikan sabda nabi ini

"Wahai manusia,taubatlah kamu kepada Allah maka bahawasanya aku bertaubat kepada Allah satu hari seratus kali"

Sedangkan nabi kekasih Allah memohon ampun kepada Allah sebanyak 100x sehari.Kita hamba yang biasa ini,ingatkah bila kali terakhir kita bertaubat kepadaNya?Layakkah kita digelar hamba yang bersyukur?

Marilah kita bersegera bertaubat.Siapa yang dapat jamin esok masih ada untuk diri kita?Teringat kata-kata ustaz Muhadir kalau tak silap lecture saya di CFS tapi tak tahu dia ambil kata-kata ini dari ahli sufi@nabi.

"Barangsiapa yang dia tidur dan yakin dia akan bangun keesokan paginya maka dia telah takabbur kepada Allah"

"Esok awak ada plan ape-ape ke?"

"Saya nak pergi shopping"

Ini salah satu perbualan harian.Berhati-hatilah sebab takut-takut kita tergelincir dari jalan menuju Allah.Saya yang faqir ini tak berani nak ulas panjang-panjang kerana diri saya sendiri pun lagho.Sama-sama peringat memperingati.

Mana-mana dosa yang telah kita lupa itu maka pohonlah kepada Allah

"Ya Allah,jika ada bagiku akan dosa yang tiada aku ketahui,maka aku bertaubat daripadanya"

Rukun Taubat
1-Menyesal akan dosa yang dilakukan
2-Meninggalkan dosa itu
3-Bercita-cita tidak akan mengulangi dosa itu

Tidak sah taubat kita jika salah satu daripada 3 tersebut dikurangi.Ini dengan allah.Jika dengan manusia janganlah segan silu meminta maaf dari empunya badan.Jika empunya badan tidak memaafkan maka hendaklah kita bersungguh-sungguh mengikhlaskan taubat dan memohon kepada Allah.

"Allah jua yang menerima taubat daripada hambaNya"As-syura 25

Saya pun minta maaf kepada pembaca-pembaca blog ini dan yang mengenali diri ini sekiranya diri ini ada terkasar bahasa,terkomen di mana-mana,menegur dengan tidak berhikmah,melarakan anda dari mengingati Allah.Sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya sendiri.Maafkanlah saya.

Di kesempatan ini saya ingin berterima kasih kepada umi dan abah saya yang mana memberi bimbingan kepada saya.Tidak lupa kepada sahabat handai di sekolah maaahad dahulu dan CFS IIUM yang tidak putus asa memberi nasihat tatkala diri ini hanyut.


Kepada abang2,kakak2 dan blogger yang lain seperti abg mat,kak sinar,kak melati,adik farah adlina,adik farah aisyah,adik madiha dan yang lain yang banyak menasihati diri ini dan sudi berkongsi ilmu.

Special tribute kepada kak munee di German,kak izyan dan kak farah di Mesir kerana sering menasihati diri ini.Terutama sekali kak munee yang sudi mendengar masalah diri ini yang tak sudah-sudah dan berkongsi cerita menarik dari perantauan.Tabahlah anda semua di sana.Jangan seksi2 ya?

Blog ini akan deactivate buat sementara waktu disebabkan masalah hati yang serius.Tidak tahu bila akan kembali semula.Insyaallah suatu hari nanti.Saya hanya akan menjadi pembaca kepada blog rakan-rakan sekalian.Teruskan usaha murni kalian.Semoga dipermudahkan.Silalah baca entry-entry saya yang sebelum ini yang mana ada yang diambil dari blog rakan-rakan seperjuangan yang lain.Semoga ada yang bermanfaat.

Pesan saya

"Perbahurui iman,betulkan niat dan ingatlah allah selalu mengawasi kita.Bertakwalah kepada Allah.Jangan cari murkaNya walaupun Allah tidak membalasnya tunai di dunia ini.Dunia sekejap sahaja.Jangan sombong dengan ilmu yang ada.Jangan guna ilmu untuk mengkritik orang lain kerana tujuan menuntut ilmu adalah untuk memperbaiki diri sendiri dan agar diteladani orang lain"

Doakan saya menjadi insan yang bertakwa