15 December 2013

Bidaahkah Membaca Al-Quran Kepada Mayat

Bid’ahkah Membaca Al-Quran untuk Mayyit?
Syekh Hasan Jabar pada kuliahnya di masjid Al-Azhar hari Ahad (8-12-2013) kemarin, memberikan penjelasan yang ciamik perihal bacaan Al-Quran yang dihadiahkan kepada mayyit? Berikut percakapan beliau dengan kami para muridnya. Syekh: Semua orang mati itu dikatakan mayyit kan? Baik yang sudah dikubur maupun yang hendak dikubur? Kami: Iya, Syekh. Syekh: Bukankah Rasulullah melakukan salat Jenazah? Kami: Iya, Rasulullah melakukannya. Syekh: Rakaat pertama saat salat Jenazah, apa yang dibaca? Kami: Surat Al-Fatihah, Syekh. Syekh: Surat Al-Fatihah itu termasuk dari Al-Quran tidak? Kami: Termasuk dari Al-Quran, Syekh. Syekh: Lha iya, Rasulullah Saw. sendiri membacakan Al-Quran kepada mayyit. Kok iya ada sebagian orang yang bangga mengatakan hal itu bidah dan sesat. Justru merekalah yang membidahkan dan menyesatkan Rasulullah. Dan merekalah yang sejatinya melakukan bidah. Beliau menambahkan, “Sebarkan dan sampaikan ini kepada orang lain agar umat kita bisa bersatu lagi dan selamat dari propaganda mereka.” Oleh: Mas Yaqin

21 December 2012

Belajarlah

Nasihat Ustaz Raja Ahmad Mukhlis : 

1. Sebahagian orang terpengaruh dengan fahaman wahabi kerana cuba mengenali "bid'ah" sebelum mengenali sunnah. Lalu, dengan hati yg terbuka, mereka akan semakin melepaskan kewahabian, setelah mereka semakin mengenal hakikat sunnah, lalu mengenal hakikat bid'ah melalui pengetahuan mereka terhadap hakikat sunnah. Wallahu a'lam..

2. Cuba fahami bid'ah sebelum fahami sunnah adalah bid'ah walaupun atas nama sunnah.

3. Masa kini, ramai org pandai berkata "ini bid'ah itu bid'ah sedangkan tidak ada satu kitab hadis pun yg dikhatamkannya di hadapan sheikh". Bagaimana tahu bid'ah jika belum khatam apa yg sunnah. Taqlid dlm amal sahaja dicela, bagaimana taqlid dalam membid'ahkan itu dipuji?

4. Menyalahi salaf lalu menyalahkan khalaf yg mengikuti salaf, atas nama salaf. Sallimna ya Rab..



Belajarlah dengan guru yang bersanad bukan sahaja guru yang pandai bercakap.

Berkata amirul mukminin fi hadis Ibnu Hajar Al Asqalani

Ilmu itu nasab


Carilah nasab kamu itu.Biarlah sampai kepada Rasulullah....Selamat hari ke 4 bulan cik Hayden

Maka ketahuilah nasab kamu itu...

12 September 2012

Semester Baru

10/9/12

Tarikh ini bermulalah semester baru saya di Universiti Islam Antarabangsa sebagai pelajar Tahun 3.

Selepas berfikir semasaknya saya akan mengambil 6 subjek sem ini

1- Physical Metallurgy
2- Polymeric Material
3- Quality Control
4- Ceramics
5- Ungs 3
6- Management

Mohon doa kalian agar dipermudahkan urusan saya...

Di awal semester diuji dengan sahabat tersilap format partition yang saya tidak suruh untuk diformat...Agak sedih kerana gambar yang dikumpul selama 4 tahun hilang. Namun dengan izin Allah sahabat yang lain dapat mengembalikan file-file yang telah hilang.

Pengajaran yang saya dapat bersabarlah ketika ditimpa ujian.Dan berdoalah kepada Allah dengan yakin

semester baru ini mestilah azam baru


Robbi Yassir Wala Tuassir

18 July 2012

Samsung Y

17.7.2012

Menjadi pengajaran buat saya untuk tidak gopoh dalam membeli keperluan nafsu.
Pada tarikh ini saya mengeluarkan wang RM 420 untuk membeli handphone Samsung Y.
At the end of the day, rasa menyesal sebab wang tersebut boleh digunakan untuk keperluan lain kerana handphone sedia ada boleh dipakai lagi.Tambahan lagi baru menyedari yang saya tidak berminat menggunakan touch screen.
Semoga ini menjadi pengajaran yang berguna.


11 July 2012

Aja² faiti (-‿-)ง



Japanese attitude for work: "If one can do it, I can do it. If no one can do it, I must do it."

 Arabic attitude for work: "Wallahi if one can do it, let him do it. If no one can do it, ya-habibi how can i do it ?"


10 July 2012

Tin Kosong

Tin kosong bilo ketuk akan berbunyi tapi bilo tin penuh bilo ketuk dio tidak berbunyi

http://www.youtube.com/watch?v=bMBZO4-xFaA&feature=relmfu

09 July 2012

Watch Your Words

3 tahun lepas ada orang marah ke kita sebab kita mulut jahat.huhu

"watch your words"



semalam ada orang hantar mesej ni.teringat kenangan kena marah dulu-dulu

"watch your thoghts, they become words.
watch your words, they become actions.
watch your actions, they become habits.
watch your habits, they become character.
watch your character, it becomes your destiny"


08 July 2012

Mengingati Allah

Pagi tadi terbaca dalam kitab mengenai binatang buas.

Pengarang kitab mengatakan binatang buas sekarang banyak di pasaraya dan di jalan-jalan.

Kenapa?

Kerana bila kita terserempak dengan binatang buas di dalam hutan kita akan melupakan Allah kerana takut akan binatang buas itu.Seperti itulah bila kita keluar ke pasaraya-pasaraya dan jalan-jalan.Makhluk-makhluk yang membuat kita melupakan Allah diibaratkan sama seperti binatang buas oleh pengarang kitab tersebut.

Imam Ghazali menulis dalam kitab tentang penghalang-penghalang untuk sampai kepada Allah ada 4:
1-makhluk
2-nafsu
3-syaitan
4-dunia


Oleh itu selalulah mengingati Allah pada setiap tempat dan masa.Walaupun susah, sama-sama kita berusaha.Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.




Hati Tersentuh

Pesan zaimul


Kita mari ngaji ni sebab nak ubah diri kita agar kembali pada Allah.Biar kita tunjuk perangai molek kepada ahli keluarga kita dan rakan-rakan kita.Kalu kita pun mari ngaji tapi perangai tidak berubah payah la orang lain nak contohi kita.

Tinggal la minat bola, kontek perempuan bukan mahram dan laro kokse.Seorang yang tiada berhubungan dengan wanita bukan mahram terlebih lagi diberi hidayah oleh Allah.

Banyak lagi pesan beliau sehingga aku membuat keputusan untuk tidak ambil semester pendek tahun 2 ini.
Kejar dunia tidak habis sedangkan benda akhirat tercicir.

Ya Allah ampunilah aku.Terima kasih kerana Kau menghantar teman yang soleh untuk menasihati ku.


07 July 2012

Futur

Di saat hati mahu disentuh dengan nasihat-nasihat yang membugar,Allah gerakkan jasad untuk pergi menadah mutiara kata dari Pok Su Hamid Gunong.

Kuliah maghrib terakhir beliau di Masjid Tok Kenali sebelum bercuti sempena Ramadhan.

Antara persoalan yang beliau utarakan

mahu jadi islam di sisi masyarakat atau islam di sisi Allah?

mahu Allah mengaku kita hambaNya atau kita mengaku kita hambaNya?

Seseorang wali Allah tidak menjadi wali secara automatik setelah keluar dari perut ibu namun seorang wali itu perlu menjalani tarbiyah hati terlebih dahulu.

Berusaha untuk melupakan persoalan remeh temeh berkenaan cinta terhadap wanita sebaliknya menumpukan sepenuhnya akan tarbiyah hati mendepani kebobrokan ummat.

Ya Allah kurniakanlah aku istiqamah

Matinya wali Allah seperti gembiranya seorang menyambut hari raya

28 March 2012

Kisah dari seberang



Ketika ku berumur 15 tahun ku mula mengenalinya.Mengenali dari jauh sahaja.Beliau seorang yang "free hair" dan berpakaian ala barat.Mungkin dalam diriku ku pernah memandang hina padanya waktu itu kerana beliau tidak menutup aurat.

Pada umur 17 tahun aku bertemunya kembali.Sedikit ada perubahan pada penampilan beliau.Sudah memakai tudung tapi masih tidak menepati lagi syarat yang dikatakan menutup aurat dengan sempurna.Lepas peperiksaan SPM aku sudah tidak tahu perkembangan beliau.

Ketika umurku 19 tahun aku bertemu beliau kembali melalui laman sesawang.Aku perhatikan beliau telah banyak berubah sejak mengikuti usrah di kampus baru.

Ketika beliau berumur 20 tahun, beliau telah menyambung pelajaran ke luar negara.Di sana, beliau semakin faham dan sayang untuk menjaga agamanya.Lebih bersemangat menebarkan dakwah.

Mungkin jika dipanjangkan umur beliau,bila umurnya menjangkau 24 tahun tatkala pulang menyumbang bakti di tanah air nanti, beliau sudah memakai purdah dan menjadi pendakwah yang hebat.

Benarlah kata guruku Habib Ali Al Jufri:

"Kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk.Hinalah maksiat tapi jangan kamu hina si pelaku maksiat.Hinalah kekufuran jangan kamu hina si kafir.Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kepada Allah, janganlah kamu memandang orang yang berdosa dengan pandangan yang hina. Ia adalah pandangan yang dilarang kerana ia menzalimi hati. Pandangan sedemikian menjadikan hati menjadi gelap..”


Semoga beliau istiqamah.Dosa-dosanya yang terdahulu mungkin Allah telah ampuninya.Tetapi dosa aku yang mungkin pernah memandang hina pada beliau suatu ketika dulu belum terampun.

Pengajaran buatku.Jangan melihat orang lain yang berbuat maksiat dengan pandangan yang hina sebaliknya tolong mereka dan doakan mereka.Tidak lupa juga untuk sentiasa bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk menjadi hamba yang taat.

Habib Ali Al Jufri juga menambah:

Kerana diibaratkan maksiat itu bau busuk yang ada pada seseorang.Bau busuk takkan hilang jika semua pandai mencaci maki semata-mata.Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.

from unknown

Masamu Tidak Ternilai


Masa berlalu dengan pantas bila buat perkara yang disukai syaitan.

Ya Allah berkatilah masaku agar tidak terbuang dengan perkara yang akan membuatku merana di akhirat kelak.

Perancangan itu penting.Perlu mencari semangat kembali.

Masa mu hanya ada sekarang ini kerana masa akan datang belum tentu kamu hidup.Gunakanlah sebaiknya!

Go Go Go Faris