03 March 2010

Lalai


"Buat gapo cuti panje ni yeh?"soal faizul.

"Kalu sep2 obesi(oversea) g travel dah europe ko mano2 pun.aku dok dumoh jah makan,on9 dan tido.Lepas taw result n ada perancangan lain.Hope ado jugak faedah nak buat kot.Tapi tak leh oyat la.rahsio dulu"balas saya.


"dua nikmat yang sering kita lupakan iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan"

saya ada waktu lapang dan sehat sekarang.semoga dapat menggunakannya dengan baik.amin


Al-Anbiya': 1-15

Ayat 1 dan 3, disebut tentang 'lalai'. Diulang 2 x, kalimat yg membawa maksud lalai
Ayat 1: Ghaflah=lalai
Ayat 3: Lahiyah=lalai

Di antara hakikat lalai yang paling membinasakan adalah lalai untuk meneliti hati sehingga hati yang segar bertukar menjadi gersang kemudian berpenyakit sehingga membawa kematian hati.

4 stages kehidupan hati:
1. Hati yg segar
2. Hati yg gersang
3. Hati yg berpenyakit
4. Hati yg mati

Seandainya hati kita mati lantaran kelalaian kita, Ibn Qayyim mengatakan

“Anda adalah seorang pembunuh!” Anda telah membunuh hati anda sendiri.

Ibn Qayyim al Jauziyah telah menulis: “Sesungguhnya Allah menjadikan hati adalah untuk ma’rifatullah, mentaati-Nya dan mencintai-Nya. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak berlaku maka hati itu sebenarnya telah cacat”

3 Tanda2 hati yg hidup:
1. Ma'rifatullah
2. Mentaati Allah
3. Mencintai Allah

Kematian hati sememangnya biasanya tidak dirasai oleh pemilik hati kecuali mereka yang masih dikehendaki kebaikan oleh Allah SWT. Kematian hati tidak memberhentikan penambahan usia. Kehidupan zahir tetap berjalan cuma hati kita telah berhenti berfungsi. Inilah kematian sebelum ajalnya.

Takutilah hari di mana anda kematian hati tetapi anda tidak menyedarinya. Jasad anda hanya ‘kubur’ yang menyimpan ‘hati yang telah mati itu’

Ubat hati yg lalai:

Ubat Hati ada lima perkaranya:
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
(Petikan nasyid)

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”

Selamat beramal!

Harapan cuti ini dapat digunakan untuk rejuvenated hati yang semakin jauh ini.amin

02 March 2010

Cinta yang satu

Assalamulaikum.maaf lewat kot artikel pasal maulud nabi ni.Walaupun saya telah menjangkau usia 20 Tahun sempena maulud ini kerana saya dilahirkan pada 12rabiulawwal Umi bagitahu.Namun masih banyak lagi amalan-amalan yang jahat dan jauh dari baginda rasulullah yang kita cintai.Tarikh lahir yang sama pun belum tentu seorang tu jadi baik.erm.Dalam mencari artikel yang menarik untuk dikongsikan inilah yang saya rasa sedih sikit yang saya baca yang padat dan pendek (sebab saya tak minat baca panjang-panjang) pasal maulud.Artikel dari Ustaz Hasrizal yang tak asing lagi.


“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


Bila tiba 12 rabiulawal.ramai la yang mgaku rindu cinta kepada insan yang mulia dirimu ya Rasulullah.Tapi bila berlalunya hari itu semua lupa.Bahkan selawat ke atasmu pun tidak pernah.Cinta dan kasihmu terhadap umatmu terlalu tinggi tapi cinta umatmu ke atsmu?Buang yang keruh amek yang jernih.jadikan Rasulullah qudwah hasanah kita. marhaban ya habibi qurrotu aini Muhammad SAW-jadi matang la faris.da tuo.no more 19


28 February 2010

Peliharalah Adab Berdoa Kepada Allah


Kita sering mendengar kata2 hikmah doa adalah senjata bagi orang mukmin.Bagaimanakah kita menghayati kata2 tersebut???Kenapa doa kita tidak dimakbulkan???Mengapa doa si fulan dimakbulkan sementara kita tidak???Mengapa umat terdahulu doa mereka dimakbulkan???Kita perlu menyelak kembali adab berdoa kita kepada Allah.Ada ketikanya Allah mengabulkan terus apa yang kita minta.Adakalanya Allah mengabulkan doa kita beberapa tahun selepas itu.Dan adakalanya Allah mengabulkannya selepas kita meninggalkan alam fana ini.

Manusia selagi mana masih disebut manusia yakni sebagai makhluk Allah yang masih berfungsi akalnya meskipun semua keperluannya cukup ada padanya,namun ia tidak dapat melepaskan dirinya daripada Allah Yang Maha Kaya Maha Kuasa dan lain2.Kerana itu,maka manusia tidak dapat tidak berhajat kepada Allah.Justeru,maka manusia perlu berdoa kepada Allah dan memohonkan segala sesuatu kepadanya.

Bermohon kepada Allah harus ada adab dan sopan santun seperti jugalah adab mengadap sultan.Contoh kita apabila menghadiri upacara yang dihadiri oleh orang ternama perkara yang dititikberatkan tentunya 'dressing'.Lebih2 lagi golongan muslimat.sori2.Tapi inilah hakikat kehidupan di zaman ini.Apabila kita ingin 'berdating' dengan Allah apakah pakaian yang dipakai kita untuk bersembahyang???Ditujukan kepada para muslimin termasuk diri ana sendiri.erm.

Adab dan sopan santun itu sebahagian daripadanya dapat kita ikuti dalam Kalam Hikmah Ibnu Athaillah Askandary yang ke 108

'Janganlah anda tuntut Tuhanmu dengan sebab lambat berhasilnya permohonanmu.Tetapi tuntutlah dirimu dengan sebab terlambat adab sopan santunmu.'

Kalam Hikmah ini tafsirnya sebagai berikut:
Apabila kita berdoa kepada Allah di mana dalam doa itu kita bermohon kepadaNya agar berhasil maksud yang kita mohonkan itu.Namun doa kita belum lagi kelihatan dimakbulkan.Yang dimohonkan itu hal2 yang berhubungan dengan kebatinan seperti memohon agar ditambahkan ilmu pengetahuan,keimanan dan lain2.Ataukah yang dimohonkan itu bersifat lahiriah sembuh dari penyakit,mendapat keuntungan dalam perniagaan dan dikurniakan isteri yang cantik???huhu.Amin

Apa yang kita mohonkan sama ada yang bersifat batiniah&lahiriah masih belum kelihatan juga.Doa kita itu tidak makbul.Maka baikkanlah sangka kita kepada Allah.Apabila tidak dikurniakan isteri yang cantik janganlah bersedih mungkin keran kita tidak begitu handsome.ho3.Apa yang penting mendapat isteri yang solehah.Macam dekat je nak kahwin.erm.Kita tidak boleh mendebatnya ataupun berputus asa kepadaNya,mengapa doa kita masih belum terkabul juga.Su'zon(berprasangka yang tidak baik) kepada Allah adalah tidak baik.Demikian juga bermohon supaya cepat2 doa kita dikabulkan olehNya.Hal demikian kurang elok bagi kita selaku hambanya.

Sebab dia berbuat sekehendakNya dan Dia tidak boleh ditanyakan kenapa kehendakNya begitu dan kenapa perbuatannya begitu.

'Kenapa Ahmad mendapat isteri yang cantik lor aku tak???monolog Daud

Tetapi yang harus kita selidiki ialah diri kita sendiri apa sebabnya berlaku begitu.

'Mungkin kau tak begitu handsome'balas suara yang tak dikenali.

Mungkin diri kita kesopanannya kepada Allah sangat kurang,bahkan tidak ada sama sekali.Oleh sebab itu hendaklah kita selidiki di mana kekurangan-kekurangan diri kita.Kemungkinan kita tidak ada adab dan sopan santun kepada Allah.Untuk itu dapat kita lihat dalam berbagai gambaran seperti berikut:

1-Mungkin kita berdoa itu dengan maksud supaya doa kita diperkenankan oleh Allah.Jadi kita berdoa itu kerana sesuatu maksud dan tujuan.Yang begini sebenarnya kurangnya adab kita kepada Allah sebab hal keadaan ini merosakkan kesempurnaan ubudiyah kita(kehambaan kita kepadanya).Tetapi sebagusnya kita berdoa kepada Allah itu bukanlah kerana sesuatu maksud atau sesuatu tujuan.Bahkan didorong oleh rasa KEHAMBAAN(Abdullah) kita kepadaNya,di mana selaku hambaNya harus menyampaikan sesuatu kepadaNya,tanpa maksud apa-apa sekadar melaporkan kejadian-kejadian yang terjadi ke atas diri kita.Pada hari ini masalah kita sering diadukan kepada yang dah berpunya mengadu kepada awek dan lain-lain.Kita tidak perlu meminta kepadaNya supaya Allah memperkenankan doa kita,meskipun kita perlu berdoa kepadaNya.Kita hanya menyerahkan semuanya kepada Allah.

'Ya Allah jika muslimat itu adalah jodohku di sini temukanlah kami dalam redaMu'tangisnya di sepertiga malam.

'Allahumma Inni Asaluka Hubbaka Wahibbu Ma Yuhibbuka'

Allahlah yang lebih maklum atas segala sesuatu baiknya atau tidak baiknya.Dan tidak ada kehendaknya yang tidak baik di samping juga tidak ada perbuatannya yang tidak baik yang tidak mengandungi hikmah yang baik disebaliknya.Contohnya seseorang itu pada masa mudanya berfoya-foya dengan wanita dan lain-lain.Selepas dia mengetahui akan dosanya maka dia bertaubat dari dosanya.Maka dia sangat benci akan zaman mudanya dahulu.Itulah hikmah

2-Hendaklah dalam iktikad kita,jika belum nampak doa kita dimakbulkan bukan bererti doa kita tidak mustajab.Sekali-kali tidak!!Sebab mustajabnya doa adakalanya terang dan jelas seperti apa yang kita harapkan kepada Allah dan seperti apa yang kita niatkan.Tetapi di samping itu boleh jadi Allah memperkenankan doa kita tanpa kita sedari,misalnya apa yang kita mohonkan itu menurut Allah tidak baik atau kurang baik,sedangkan Allah menghendaki buat kita yang lebih baik itu.Oleh sebab itu permintaan yang kita mohon kepadaNya tidak berhasil dan tidak makbul tetapi hal lain yang diperkenankan olehNya.Misalnya saja sebagai pelajar seperti ana pada waktu selepas SPM sering berdoa agar dapat melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit.Lalu Allah tidak memperkenankan apa yang ana mohonkan itu.Tetapi Allah memberikan ketenangan belajar di UIA ini.Tidak semestinya melanjutkan pelajaran ke Luar Negara dapat memberikan ketenangan kepada ana.Kelihatan doa ana itu tidak mustajab,padahal sebenarnya makbul dan mustajab.Cuma 'timingya' atau waktu berhasilnya doa yang kita mohonkan itu belum sampai waktunya dan belum sesuai waktunya menurut Dia.Barangkali kalau diberikan sekarang,maka nikmat itu akan cepat hilangnya dengan dicuri orang.
Maka untuk menghilangkan itu,Allah berikan nikmatNya pada waktu yang tepat di mana jauh dari kemungkinan-kemungkinan musibah kepada hilangnya kurnia Allah disebabkan doa kita belum juga diperkenankan olehNya.
Jika kita cepat mengambil anggapan buruk sangka kepada Allah bererti kita tidak beradab dan tidak bersopan santun kepadaNya.

3-Kita merasakan seolah-olah kita itu berhak menentukan apa yang kita mohonkan kepada Allah.Jika A yang kita mahukan maka A yang kita harapkan.Kita mengakui bahawa yang menentukan segala sesuatu adalah Allah bukan kita dan kita tidak boleh mencampuri hak Allah.Apabila kita mencampuri hakNya maka kita menghinaNya.Padahal kita harus merendahkan diri kita sebagai makhluk yang lemah di hadapanNya.Sebab Yang Maha Berkehendak dan Yang Maha Berkuasa pada menentukan dan pada menciptakan adalah Allah.
Serahkan saja semua kejadian-kejadian yang terjadi itu kepadaNya.Sebab segala-galanya itu adalah menurut Qadar-QadhaNya.

Kesimpulan

Dalam bermohon kepada Allah kita harus berdoa dengan beradab dan bersopan santun,baik bersifat lahiriah maupun batiniah.Adab yang bersifat lahiriah ialah berdoa menghadap kiblat dengan air sembahyang(suci daripada hadas),membaca basmalah,puji dan selawat sesudahnya dan ditutup juga dengan selawat di samping tangan kita diangkat mengarah ke atas sedangkan hati kita khusyuk dan tawaduk.

Adab yang bersifat batiniah pula adalah berdoa kepada Allah itu adalah dengan tujuan melaporkan segala sesuatu yang terjadi kepadaNya.Meskipun Dia telah mengetahui segala-galanya.Tetapi kewajipan kita selaku hamba Allah,sebagai petanda bahawa kita ini makhlukNya dan hambaNya,kita harus menyampaikan dan melaporkan semua yang terjadi kepadaNya,meskipun laporan itu bersifat doa,yakni bersifat memohonkan permintaan apa saja yang kita minta kepadaNya mengenai apa yang lebih baik buat kita menurut pengetahuanNya.Jangan sekali-kali terlintas dalam hati kita bahawa kita berdoa itu bertujuan agar Allah memperkenankan doa kita.Dan kalau tidak diperkenankan,maka kita tidak berdoa.

Apalagi kalau kita menyangka yang tidak baik pula kepada Allah,iaitu kita berasa putus asa kepadaNya dan lain-lain.Berkeadaan yang begini ini adalah tidak baik dan tidak beradab sebagai kita selaku makhlukNya dan hambaNya.Cuma apabila belum kita lihat,doa kita itu makbul dan mustajab,maka hendaklah kita selidiki diri kita,apakah kita telah melaksanakan adab kita kepadaNya ataukah adab kita masih kurang dan belum sempurna.Dan kita pun harus menggali hikmah-hikmahnya.Kenapa kita belum juga melihat doa kita itu makbul dan mustajab.

Barangsiapa yang muhasabah dirinya sendiri di samping melihat hikmah-hikmah yang berhubungan antara doa dengan kenyataan,bererti orang itu adalah orang yang telah dikatakan oleh Rasulullah S.A.W dengan "Al-Kaiyisu" yakni orang cerdik,bukan orang tolol dan bukan orang bodoh.

Mudah-mudahan kita diberikan Allah taufiq dan hidayah ke jalan keselamatan dan kebahagiaan.

Amin ya Rabbal-alamin

-edit dari kitab Hakikat Tauhid Dan Tasawuf(Al-Hikam)
Prof Dr. K.H Muhibbudin Waly

repost

23 February 2010

Message Ana Buat Enti


Cha ya nun ta alif. CINTA. Tema kali ini memang menarik untuk diperkatakan. What is L.O.V.E. Ana tersenyum~

Asyik terasa asyik kalau bicara cinta

Apalagi cinta kepada diriNya

February muncul kembali dan tanggal itu datang lagi. Maka setiap inci bumi sibuk mencari kunci-kunci bagi membuka hati-hati yang diimpi. Memburu buah hati kesayangan mencari teman mencipta kenangan berpegangan tangan di sepanjang jalan.

Astaghfirullah, istighfar di hati memandu pulang ke pangkal jalan. Tiba-tiba,

1 message received

enti
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti
yang bakal mengukirkan senyuman di setiap pagi
di hari-hari yang pasti

bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti
tetapi ana selalu tersenyum dalam hati
agar senyuman ini ‘mahal’ di hari penyarungan cincin ke jari

bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti
tetapi ana bimbang senyuman ini bakal pudar layu
di hari-hari yang pasti

bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti
tetapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana
tika mana ana dan enti bukan lagi sekadar ‘ana’ dan ‘enti’
di har-hari yang pasti

bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti
tetapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti
di hari-hari yang pasti

bukan ana tidak mahu membalas SMS enti
tetapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini

enti yakinlah,

bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Ilahi
kerana hari ini masih bukan hari yang pasti

enti,
intailah sebentar hari-hari yang pasti
tika itu andai ana jatuh enti hulurkan tangan memberi ana harapan
tika ana bersedih enti berikan senyuman yang mendamaikan
tika ana keseorangan entilah teman
tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan
tika itu, ana dan enti
bukan lah ‘ana dan enti ‘lagi
kerana…

ia adalah hari-hari yang pasti
antara abbi dan ummi
berdoalah untuk hari-hari yang pasti
di sana bunga c.i.n.t.a akan mekar bersemi

Bintang malam kembali terang, langit kelabu kini gemilang, mentari terbit tersenyum riang, berbunga mekar hati seseorang. Mengejar cinta teman dunia, mencari kasih dambaan manusia, lupa cinta agung Sang Pencipta, malanglah nasib mereka yang sia-sia.
Sahabat, usah bazirkan peluang bercinta.

Saya juga masih memburu cintaNya.Terima kaseh kak munee.ngee.Faris akan jadi matang.Going to 20.No more be a greatest crocodile

ich liebe meine Mamma

Dank für das Advicing mich meine ältere Schwester

Spieler müssen stark sein

http://www.ismaeropah.com

15 February 2010

Syeikh Ahmad Yasin

Assalamualaikum.Bagi memenuhi permintaan sahabat@sepupu saya di mesir yang suruh siarkan pasal Palestin dalam artikel di blog ini.Ini artikelnya.Jika siapa-siapa yang melihat dan membaca dan dalam hati mereka tidak timbul perasaan insaf tentang kematian di hujung pembacaan dan pemerhatian,maka saya tidak dapat menafsirkan hijab hati mereka dengan sang Pengcipta













Mula-mula tengok gambar nih memang rasa nak marah kat tentera israel.Rasa nak gi je palestin.Tapi jihad tidak semestinya kita pergi sana.Jihad dengan nafsu pun telah dikira jihad.

"Nok g palestin konon,jihad nga nafsu pun tok leh lawe lagi"itu kot sinis syaitan kepada saya.

Semoga kita semua dapat bermujahadah dengan nafsu serakah yang ada dalam diri.Terutama bagi saya nafsu akan tidur menyelubungi dalam diri.

Pesan Imam Syafei

"Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat,dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan bercakap,mengurangkan makan dan berpada-pada dengan rezki"

Bila semua ditanya begini

"Lepas mati nih mu nak masuk syurga ko nerako?"

Dan semestinya semua akan menjawab

"syurga"

Tapi masalah di sini nya amalan yang kita buat sekarang ini membawa kita ke syurga ke?.Kebanyakannya yang kita selalu buat adalah amalan ahli neraka.Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami.Semoga sama-sama dapat bermuhasabah sebelum ajal menjemput.

Dan akhirannya.semoga dapat mengambil iktibar dari kisah syuhada Syeikh Ahmad Yasin ini.Teringat kata-kata senior Farid yang belajar di mesir dalam staus YM dia semalam.

"Jangan dok meto gak dok atah bumi Allah ni dan jangan bodo gak sambut valentine".

Maksud dalam ayat skema

"Jangan jadi orang tak bersyukur la tinggal atas bumi allah n dan jangan jadi bodoh pergi sambut valentine".

Status Ym dia mungkin timbul disebabkan kekecewaan kepada anak-anak muda yang menyambut valentine semalam.Berapa ramai yang mengorbankan teruna dan dara semalam?.Sedihnya.

Di bawah kronologi peristiwa pengeboman kepada syeikh ahmad yasin.

Semasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.

Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.

Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.

Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."

Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu), apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."

"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... "

Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya."

Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara.

Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

Ulama Menyeru Tindakan Balas Ke Atas Pembunuhan
Syeikh Ahmed Yassin

Ulama Islam menyeru pembesar-pembesar negara Arab dan Islam, rakyat serta kerajaannya supaya membantu perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin. Demikian reaksi mereka terhadap pembunuhan Syeikh Yassin oleh Israel (laknatullahi alaihi).

Dr. Yusof Al-Qardhawi ketika dihubungi oleh Islam-Online berkata "Saya ucap takziah kepada saudara-saudaraku dalam Hamas dan di Palestin, saya juga ucap takziah kepada kaum muslimin dan juga kepada saya sendiri" dengan menekankan bahawa Syeikh Yassin bukan sahaja lambang bagi perjuangan rakyat Palestin tetapi juga bagi orang-orang Islam seluruh tempat.

Qardhawi menambah "Syeikh Yassin telah dibunuh oleh tangan-tangan yang zalim dan taghut ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjidnya selepas menunaikan solat Subuh. Beliau telah menemui Tuhannya dalam keadaan suci, bersolat, menyerah diri kepada Allah, redha dan diredhai Allah, tidak ada yang lebih afdal lagi daripada mayat ini."

Akan tetapi beliau menyambung "Mati syahid ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dijangkakan Sharon dan konco-konconya, Israel tidak akan mencapai kestabilan dan keamanan". Beliau menjelaskan bahawa "pembunuhan Syeikh Yassin dalam bentuk ini akan menjadi api dan laknat ke atas Israel, darahnya (Syeikh Yassin) akan mengakhirkan hayat Israel yang sudah semakin hampir."

Dr. Yusof Al-Qardhawi menyeru seluruh umat Islam di segenap penjuru dunia supaya "menyokong dan membantu (support) perjuangan Palestin", sambil menegaskan bahawa pembunuhan Syeikh Yassin "menunjukkan bahawa apa yang dinamakan rundingan damai dan segala perbincangan itu adalah bohong semata-mata, tidak layak melayan thugah ini melainkan dengan kekuatan dan jihad. Inilah dia zionisme, ia tidak berperikemanusiaan dan tidak berakhlak.

Beliau juga meminta rakyat Palestin "supaya berada di saf yang satu...pihak berkuasa dan pergerakan penentangan, rakyat dan kerajaan, menentang kebejatan zionisme yang didalangi oleh Amerika." Beliau menambah "rakyat Palestin dengan segala kemampuannya, wajib meninggalkan segala selisih faham dan sama-sama bangkit menuntut bela di atas kematian Syeikh Yassin dan pembantu-pembantunya."

Syeikh Faysal Mawlawi, Setiausaha Jamaah Islam Lubnan meminta supaya fail rundingan (dengan Israel) ditutup buat selama-lamanya, dan bertukar kepada penentangan bersama rakyat dan para mujahid. Mawlawy juga meminta pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan dengan zionis supaya membatalkan semua perjanjian, menyingkirkan duta-duta zionis serta menutup kedutaan mereka.

Mohamed Mahdi 'Akif


Mursyidul-Am Al-Ikhwanul-Muslimoon, Mohamed Mahdi 'Akif pula meminta pemimpin-pemimpin Arab bersungguh-sungguh dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin dan pemimpinnya.

Beliau berkata : "Kalaulah mereka ada perasaan, sensitiviti dan kewajipan, nescaya mereka akan menghalau semua zionis dan memutuskan hubungan dengan mereka", merujuk kepada pemimpin-pemimpin Arab dan Islam.

Syeikh Hamed Al-Baitawi, khatib Masjid Al-Aqsa mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin, Arab dan semua muslimin di atas kesyahidan Yassin. Beliau berkata : "Kerugian kita adalah besar, akan tetapi takziah kita bahawa Syeikh Yassin telah mencapai permitaannya daripada Allah sebagai syahid. Beliau telah memperoleh 'syahadah' ini selepas menunaikan solat Subuh dan bacaan wirid. Kami ucapkan tahniah kepada kamu wahai "as-syaheed", tidurlah dengan damai'.

Syeikh Al-Azhar, Dr. Mohamed Sayed TantawiDr. Mohamed Sayed Tantawi mengutuk pembunuhan yang dilakukan ke atas Syeikh Yassin. Beliau menegaskan bahawa pemimpin Hamas itu adalah "orang yang membenarkan yang haq dan menyalahkan yang batil, apabila dia mengatakan sesuatu, beliau berkata bagi tujuan mempertahankan agamanya dan tanahairnya." Ditanya tentang peranan Al-Azhar terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin oleh tangan penjajahan Israel, Tantawi berkata : "Peranan Al-Azhar adalah kutukan yang keras, dan menyeru umat Arab dan Islam supaya berada di saf yang satu bagi mempertahankan hak rakyat Palestin, dan juga mengajak dunia supaya memerangi Israel dan mengisytiharkan perang ke atasnya."

diterjemah bebas oleh saya dari laman web islam-online dan al-jazeera


http://mazuki5.tripod.com/syeikh_yassin.htm

p/s tolong doakan saya dan rakan-rakan.ad 5 paper lagi tinggal
17hb-chemistry lab2
19hb-computer 2
20hb-mathematics 4
21hb-physic lab2
22hb-physics 3



12 February 2010

Didiklah Isterimu


Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.

05 February 2010

Anis hanya seorang


sebuah cerpen .. sebuah memori..

Anis Hanya Seorang

Perasaannya berkecamuk. Bagaikan kering air mata menangisi berita yang disampaikan oleh Doktor Abdullah. Alangkah remuknya hati seorang isteri yang ingin menghadiahkan cenderamata yang cukup berharga buat seorang suami yang tercinta. Dia menangis teresak-esak. Basah lenjun bantal di bilik tidurnya menjadi mangsa. Namun, apa lagi yang mampu dilakukan Anis selain menangis. Ya, takdir adalah satu hakikat yang perlu diterima, namun jiwanya diakui terlalu lemah untuk menerima ujian ini.


"Ya Allah, tabahkan hati ini…" Anis merayu di dalam tangis. Hanya kepada Allah mampu dipanjatkan doa agar dirinya ditabahkan dalam menghadapai ujian ini. Anis sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan suaminya nanti apabila mendengar berita ini.


"Anis, kenapa ni…? Abang rasa dari tadi kan Anis menangis..?" Muhammad yang baru saja pulang dari kerja cuba bersuara dengan lembut memujuk isterinya yang sudah dilanda banjir.


"Abang…. tadi Doktor Abdullah telefon. Dia nak cakap dengan abang… Tapi bila Anis bagitau abang tak ada, dia sampaikan satu berita.."


"Berita? Berita apa ye..?"


"Abang….." Anis di dalam sedu cuba mencari kekuatan untuk mengungkap khabar.


"Doktor Abdullah mengesahkan, hasil pemeriksaan kita baru-baru ini, kita tidak akan mendapat anak. Anis tak mampu mengandung bang…..!!" Anis menggagahkan dirinya bersuara sekalipun diiringi tangis yang semakin kuat.


"Innalillahi wainna ilaihirajiun…." Muhammad mengeluh panjang. Menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Anis pasti suaminya turut menangis..

***********


Rumahtangganya cukup bahagia. Malah tiada siapapun yang dapat menafikan kebahagiaan rumahtangga mereka. Seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati kepada gadis idamannya yang rupa-rupanya dalam diam turut menyimpan kasih yang terpendam. Anis, satu nama yang cukup gah di kampus pengajian mereka satu masa dulu. Menjadi idaman bukan seorang di kalangan pemuda-pemuda yang terlibat dengan gerakan di kampus. Tiada siapa menduga di dalam diam, hubungannya terbina dengan cukup indah dan terjaga dengan seorang seniornya, Muhammad. Walaupun berbeza negeri kelahiran dan jarak umur yang agak jauh memisahkan mereka, namun takdir Allah SWT mempertautkan antara dua hati, Muhammad dan Anis.


Masih terbayang jelas di ruang fikiran Anis, episod demi episod di dalam hubungan kasihnya dengan Muhammad, insan yang kini bergelar suami. Tanpa sebarang dating dan hubungan terlarang antara dirinya dengan Muhammad, mereka dijodohkan setelah mendapat persetujuan di antara kedua-dua belah keluarga. Rupa-rupanya, Muhammad melakukan langkah yang lebih ke hadapan apabila bertindak nekad menghantar rombongan peminangan ke rumahnya.


Mereka dijodohkan dengan begitu ringkas. Tanpa majlis perkahwinan yang memakan belanja yang besar dan tanpa diiringi paluan kompang yang menggamatkan seluruh kampung, mereka akhirnya bergelar suami isteri yang sah. Saat-saat manis bermula di dalam kehidupan bagaikana bunga-bunga yang kembang mekar disirami titisan-titisan hujan. Keharuman melebar ke segenap ruang pelusuk taman.


Anis akui, suaminya cukup baik. Perkongsian hidup dengan Muhammad baginya adalah satu pengalaman yang cukup indah. Tidak sesekali Muhammad meninggikan suara biar betapa letih menguasai dirinya. Bahkan, cukup bahagia dirinya sebagai seorang isteri dilayan dan dibelai oleh suami sebaik Muhammad. Anis akui, bagaikan tiada suami yang lebih baik dari Muhammad.


Namun, dugaan Allah pasti akan menimpa sesiapa sahaja di kalangan hambaNya. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, hidup yang mana tidak dilanda ujian. Sepanjang 5 tahun perkongsian hidup dengan Muhammad, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Anis sering melirik cemburu apabila melihat anak-anak kecil bermain riang di hadapan rumah. Apatah lagi apabila mendengar tangisan bayi, bagaikan tertarik-tarik naluri keibuan di dalam dirinya untuk turut sama mempunyai cahaya mata. Namun, Muhammad sering kali bijak memujuk emosinya, "Kalau dapat anak, kita tak mungkin dapat berpimping tangan lagi…."


Anis sering tersenyum apabila mendengar gurauan Muhammad sekalipun hati kecilnya begitu yakin bahawa Muhammad seperti dirinya, begitu merindukan kehadiran seorang cahaya mata. Hinggalah akhirnya, dia mencadangkan agar mereka bertemu doktor….

***********


"Anis sudah yakinkah dengan keputusan ini..?" Muhammad meminta kepastian dari isterinya.


"Anis yakin bang… Anis sudah istikharah.. Anis yakin, inilah pengorbanan Anis untuk abang.."


"Anis, abang tidak perlukan satu lagi sayap.. Cukuplah Anis menjadi sayap kiri abang dalam perjuangan.."


"Abang… tapi abang perlukan zuriat. Anis tak mampu nak berikan abang zuriat…" Lemah suara Anis sambil menahan perasaan. Tanpa disedari manik-manik halus mula berkumpul di kolam matanya menanti masa untuk ditumpahkan.


"Anis…." Muhammad menggenggam erat tangan isterinya.


"Abang bukan seperti lelaki yang lain. Cukuplah seorang isteri buat abang melayari hidup ini. Abang kasihkan Anis, dan selamanya kasih ini tidak akan berubah. Ingatkah dulu.. kita pernah berjanji, kasih kita tidak akan terlerai, selama-lamanya, kan? Anis masih ingat?"


Anis terdiam. Ruang fikirannya memutar semula satu demi satu episod manis yang menemukan dirinya dengan Muhammad. Ya, mereka pernah berjanji… hidup bersama dengan kasih dan cinta yang dibina hinggalah tiba ketentuan Allah. Mereka juga pernah berjanji, akan menjaga keutuhan mahligai yang dibina agar kekal bahagia… bahagia hingga ke anak cucu. Sekali lagi Anis sebak apabila mengenangkan gurauan Muhammad yang mahukan anak yang ramai..


"Abang……" Anis mencari kekuatan yang sering kali hilang sejak akhir-akhir ini.


"Abang, Anis tahu abang kasihkan Anis. Namun, abang juga perlukan zuriat. Kahwinilah dia bang… Anis kenal dia. Malah bagi Anis, itulah yang terbaik yang mampu Anis persembahkan buat abang…"


"Kalau abang ternyata tidak mampu berlaku adil, bagaimana? Anis bersedia untuk menerima? Anis…. persoalan ini berat.. terlalu berat buat abang.."


"Tidak abang… Anis yakin dan kenal siapa abang… Abang, Anis rela berkorban, untuk kebahagiaan abang…" Semakin hebat tangisan Anis mengiringi pengakuannya. Muhammad mengerti, bukan mudah untuk seorang isteri melalukan pengorbanan seperti Anis.


***********

Langit yang mendung malam itu bagaikan mengerti bagaimana perasaan seorang isteri yang ditinggalkan keseorangan. Anis membelek perlahan album kenangan sewaktu bermulanya kenangan indah bersama Muhammad. Kadang-kadang tersenyum bila mengingati bagaimana kemanisan cinta mereka bermula yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Malam itu, cukup sejuk diiringi dengan hembusan angin yang seolah-olah mengundang turunnya hujan yang lebat dari langit. Namun, gundah di hati Anis lebih hebat dari itu..


Malam itu, dalam satu majlis yang serba ringkas Muhammad dijadualkan akan diijabkabulkan dengan Zulaikha, insan yang akan menjadi madu Anis. Petang tadi, Anis sudah mempersiapkan Muhammad untuk menjadi bakal pengantin. Saumniya turun dari rumah dengan langkah yang berat. Anis tahu, hati Muhammad masih berbelah bahagi.


Zulaikha, bekas junior Anis semasa di kampus dicadangkan Anis sendiri untuk diperisterikan oleh suaminya. Insan yang bakal berkongsi kasih sayang dengannya sepanjang hayat. Anis kenal siapa Zulaikha dan cukup menyenanginya. Cuma, kadang-kadang Anis termanggu sendirian, betulkah apa yang dia lakukan? Dan mampukah dia menghadapi hidup ini kelak? Biarpun sesekali penyesalan bertandang, namun Anis yakin, itulah pengorbanan yang paling agung yang dapat dilakukan olehnya seorang isteri. Dan sekali lagi, Anis merasakan, manik-manis halus terasa suam menuruni pipinya. Anis cukup pasti, waktu ini tentu suaminya sudah lena di dalam kehangatan layanan isteri barunya. Namun, biarlah dia pula menikmati kelazatan bermunajat kepada tuhannya.


Bagaimanapun, langkah Anis terhenti seketika. Ada seseorang cuba membuka pintu pagar dan memasuki halaman rumahnya.


"..Abang..!!" Anis terkejut kepulangan serta merta suaminya di waktu yang tidak sepatutnya. Lantas spontan dia tunduk mencium tangan suaminya, namun kali ini tidak seperti biasa, Muhammad tidak ingin melepaskan tangannya.


"Anis…..!!"


"Abang berbincang panjang dengan Zulaikha dan ayahnya. Abang tidak akan berkahwin lain… Anis, dalam hidup abang, Anis hanya seorang…!!" Serentak dengan itu, Anis teresak-esak di dada suaminya.


Ahmad Fadhli bin Shaari

11 Januari 2004

http://nuryanie.blogspot.com/




p/s cerita ini ditulis oleh S/U akhbar MB Kelantan yang baru dan tiada kena mengena yang hidup atau yang mati

30 January 2010

Kepada bakal-bakal ibu


Kisah ini bermula di sebuah pekan di dalam wilayah Turki moden. Ada seorang ibu tua tinggal di pekan tersebut. Ada beberapa orang anak. Yang pastinya penulis lagi kacak lah dari bebudak tu. Itu sudah pasti. Nak dijadikan cerita dihadapan rumah ibu tua tu ada sekolah tahfiz quran. Kalau kat Turki nama sekolah hafal quran dikenali sebagai Kursan Karnu. Nak tahu lebih lanjut pasal Kursan Karnu tanya Subky Latif. Hampir kesemua anak kepada ibu tua bersekolah di sekolah tahfiz itu."Doh depe rumoh, rugi la tok gi". Semuanya lulus hafal quran. Nak dijadikan cerita, ado sore anak lelaki kepada ibu tua ni sekolah kat tempat lain. Anak bongsu. Puaslah si ibu tua ni memujuk dia ni pegi bersekolah tahfiz depan rumoh tu.
Ugutan sang Ibu

"Budok ni malah(pemalas) sungguh. Patut keno napar(tampar) ni"

Puas lah si ibu tua ni memujuk budak sore ni. Nok tapa(tampar) mugo ren(kudrat) doh takdo. Last-last si ibu tua ni cakap,

"Kalu dok kerano air susu aku ni, tok(tak) besa(membesar) la mu.Mu nok aku halal@haramkan dop air susu aku ni ??" sergah si ibu tua. Dia claim balik susu badan dia pada budok malah(pemalas) ni. Buruk siku punyo mok. Ha Ha Ha.

"Yolah, yolah, esok ore(ganti nama untuk saya) tukar la sekoloh," sahut anak lelaki ni. Budak ni takut makan haram. Tau dia takut. Dialog tu dalam bahasa Turki bai. Saya translate dalam bahasa kelate. Jangan lak lepas ni ado yang mengobarkan bahasa kebangsaan Turki adalah bahasa kelate. Memey patut keno tapa(tampar).ngee.


Keazaman

Ringkas cito, budak ni pun daftar masuk sekolah tahfiz tu. Walaupun sekolah tu cuma kat depan rumah, setiap pelajar diwajibkan duduk kat hostel. Dan hanya dibenarkan pulang setelah habis hafal 30 juzuk Al-Quran. Bapak ganaz sekolah tu. Kalau cuti pun hanya bercuti bila tiba pada hari kematian Mustafa Kamal Ataturk. Itu yang budak sore tu taknak sekolah tahfiz. Sebab takdok cuti. Dah lah hobi dia main PS2. Tiap-tiap hari mesti tak miss main Pro Evolution Soccer. Lepas daftar je budak tu terus amik Quran dan mula menghafal Juz pertama. Oh lupa lak nak bagitahu, namo budok sore ni, Ali. Time rehat si Ali ni tak rehat. Datanglah si ustaz Turki ni tegur Ali.

"Eh bai, demo tokse(taknak) ko makan pizza demo kat kantin," kata ustad tu dengan gaya koya(kerek).


Ali:"Ambo poso la"


Ustad:"Poso gapo?"

Ali :"Poso sunat. Ustaz boleh jangan kacau dok?"

Ustad:"Ok ok"

"Mangkuk betul la ustad ni. Dahla tak hensem" kata Ali perlahan. Malam tu si Ali habis menghafal juz satu. Apa-apa hal Ali kena sahkan yang dia ni dah hafal juz pertama dengan pegawai tauliah kat sekolah tu. Sebelum tidur Ali pegi mengadap pegawai tauliah tersebut.

Ali: "Laa ustad mangkuk ni lagi"
Ustad:"Demo nok gapo bai tengah malam buto ni. Pizza dah habis. Tunggu tahun depe"

Ali:"Ustaz,ambo doh hafal juz pertama"

Ustad: "Demo wat lawok ke ni? Baru pagi tadi kau mendaftar. Jangan buang maso ustad lah"

Ali:"Ustad, dengar ambo baco dulu"

Ustad:"Demo tahu dok malam ni malam gapo? Malam jumaat. Bini ustad tengah tunggu kat rumah. hah cepatla nok baco gak !!!

"
Lepas baca fatihah."Aliff lamm minn......," Ali baca sampai habis juz pertama Quran tanpa melihat mushaf Quran.

"Mantap sial!Demo main download ayat Quran ni dalam otak jah ko.? ustad bagi tauliah demo dah hafal juz satu. Esok demo boleh claim pizza hut," kata ustaz tu dengan penuh bangga. Esok, Ali tak claim pun pizza tu. Dia teruskan dengan menghafal juz kedua Al-Quran. Malam tu...

Ustad:"Demo lagi. Pizza hut dah abis. Padan muko. Sapo suruh tak datang amik"
Ali:"Ustaz, ana dah hafal juz kedua"

Ustad:"Biar betul demo ni. Ok. Demo baco dari juz pertama sampai abis juz keduo"
"No sweat la Ustad:" "Huh kemain cakap omputih. Cepat baco !!!" Ali berjaya habis baca juz pertama dan kedua dari dadanya.

"Wow !!!," Ustaz tu terkezut.

"Ustad ado duo anak tino. Demo nok hok mano so(satu)?"ustad menawarkan anak perempuannya

"Peduli apo aku," Ali berkata dalam hati.

"Ustad, setiap malam ambo akan ke sini untuk mendapat tauliah dari Ustaz. Tiap-tiap malam ambo akan berjaya hafal satu juz. Itu janji ambo. Supaya hari ke 31 den berjaya main PS2"


"Gapo namo rima PS2 tu? "
ustad garu palo.
"Laa orang tuo ni," cakap Ali dalam hati.
"PS tu Proton Saga"
jawab Ali.
"Ooo Proton Saga tu. Tahu la ustad kereta Malaysia tu.Ustad baru jual bulan lepas.Mangkuk punya kereta"keluh ustad.
"Aii ustad, ustad pun pandai cakap mangkuk" "Apo ingat ustad sore jah yang tahu proton saga tu?"hahaha

Berjaya menjadi hafiz

Begitulah setiap malam. Ali akan berjaya menghafal satu juz dari Quran. Ini mula menjadi kegemparan pekan itu. Ibu Ali belum tahu tentang keajaiban anaknya. Memang benar pada malam ke-30 Ali berjaya menghafal kesemua juz dalam Al-Quran. Ali sudah berjaya menjadi seorang hafiz Al-Quran dalam masa 30 hari sahaja. Hari ke-31, Ali sedang syok main PS2.

"Gollllll !!!,"
Ali menjerit sebab berjaya jaring gol dalam game Pro Evolution Soccer.


"Astaga. Bertuah punya budak, mu keno buang sekolah ko? !!!," jerit si ibu tua.
"Eh mana ado.Ali dah berjaya menjadi al-hafiz lah"Ali menjelaskan.

"Mu jangan nok nipu.Pantang keturunan kito keno buang sekolah"ibu tu naik angin .

"Nah tengok sijil ni. Siap ada cop ibu jari kaki Reccap Tayyib Erdogan lagi"
Ali bagi bukti .
"Mu jangan buat lawok. Eh !!! Biar betol.?Oh anakku Ali.Mu lah kebanggaan hati mok," Si ibu tua itu memeluk Ali.


"Tepila mok.Ali tengoh main bola nih"

"Cepat mu nak makan gapo arini"

"Gapo-gapo jelah"

"Ok. Mok g orda pizza"

"Balik-balik pizza.Balik-balik pizza. Kat sekolah pizza, kat umah pun pizza. Dah takdok bendo lain ko?"
getus Ali dalam hati.
Si ibu tua ni dengan langkah bangga nak keluar pergi membeli pizza.
Pintu rumah pun dibuka.

Cap ! Cup! Cap ! Cap ! Bunyi banyak kamera. Ramai jurukamera sedang amik gambar si ibu tua nih.


"Makcik, tahniah kerana anak makcik berjaya memecah rekod Turki dalam menghafal Quran," tanya wartawan tv Ankara.
"Tengokla sapo mok dio" kata sang ibu tua bangga.

"Sakitlah mato mok cik pakat-pakat dok amik gambar.Mok cik pakai rayban jap"

"Makcik, apa rahsianya?"

"Rahsia gapo nih. Sapo bunuh Altantunya ko? Mu g interview PM mak cik tak ingat negara ape. Ha Ha Ha." Ibu tua tu buat lawak.
"Bukan itu. Apa rahsia yang buat Ali anak makcik boleh hafal Quran dalam masa 30 hari"
"Sebab dia nak main PS2 lah. Tepilah mok cik nak gi orda pizza hut," kata ibu tua itu sambil meninggalkan para wartawan Turki yang terpinga-pinga.
"Makcik ni buat loyar buruk ke?" kata salah seorang wartawan.

Rahsia singkat menjadi Tahfiz Al-Quran

Kejadian Ali berjaya menghafal Quran dalam masa 30 hari telah menggemparkan Turki. Berita-berita tv di Turki telah membuat liputan besar-besaran tentang kejayaan Ali. Ali telah diberikan bermacam-macam hadiah dan anugerah. Dah ramai makwe-makwe dari seluruh dunia yang add facebook Ali. Termasuklah makwe dari negara Gabon. Negara ape tu ?? Hampir seminggu wartawan-wartawan Turki berkampung di rumah ibu Ali. Semuanya nak tahu apa rahsia Ali berjaya menghafal Quran dalam masa yang singkat. Apabila ditanya wartawan, ibu Ali akan memberi jawapan yang sama iaitu sebab Ali nak main PlayStation kat rumah. Kesemua wartawan tak mempercayai jawapan itu hatta Presiden Turki, Abdullah Gul pun meragui jawapannya.

Setelah berhari-hari cuba mendapatkan jawapan dari ibu Ali, ramai wartawan dah fed up dan pulang ke tempat asal mereka kecuali seorang iaitu seorang lelaki dari Majalah Oznannanuk. Persis majalah Mastika kat Malaysia. Member ni siap berkhemah kat depan rumah Ali. Bila ibu Ali keluar je, dia akan tanya soalan yang sama iaitu apa rahsia Ali. Ibu Ali akan bagi jawapan yang sama gak iaitu main PS2. Tak boleh jadi ni. Esoknya wartawan ni tukar taktik.

Rahsia terbongkar

"Good morning mokcik"

"Laa mu lagie. Tok reti bagi salam ko ?? mu takdo life ko??"

"Wow cantik rayban mokcik"

"Baru perasan. Ni rayban arwah abah Ali"

"Patutlah bergaya. Untung makcik dapat suami yang pandai bergaya.Tentu dia seorang yang kacak."

"Eh mestilah.Tengok kesemua anak-anak aku, semuanya kacak-kacak belako"


"Makcik tak ingat ke apa amalan mokcik bila membesarkan Ali dan abang-abangnya?"

"Mmm. Semua aku bagi minum air susu mok cik.Mok cik wojibkan 2 tahun hanya minum susu mok cik"



"Kalau anak-anak mokcik kencing kat dalam rumah, mokcik cumo main renjis-renjis air je la.Kan mudoh?"

"Oh begitu. Main renjis-renjis je. Bersih ke ??"

"Mangkuk jeluk betul la mu ni.Mu tok tahu hukum fekoh ko?"

"Oh ok ok. Abang-abang Ali hafal Quran dalam masa 2 tahun standard macam orang lain. Kenapa Ali berbeza ??" "Hmm. Mokcik tak tahulah, tapi dengan Ali ni dulu, masa dio minum susu dengan mok cik,mokcik pastikan ado wuduk. Datang bulan pun mokcik mesti ado wuduk. Dengan abang-abang Ali tak dapat do.Pok cik suko main kejar-kejar dengan mok cik. Ha Ha Ha" "Yes itu lah rahsia nya" "Rahsia apo ni bai. Mu jangan nok tulih mok cik main kejar-kejar dengan suami mok cik.Tok pasa mu keno tapar ko mok cik"
"Eh tak tak. Saya balik dululah makcik.Terima kasih banyak makcik". Jadi balik lah si wartawan ni. Maka kesimpulan yang dibuat oleh wartawan Majalah Ozonnanuk ialah Ali diberi hanya minum susu badan selama 2 tahun dan sebelum diberi minum susu badan, ibunya mempunyai wuduk. Dua perkara itu dirumuskan sebagai rahsia mengapa Ali boleh hafal Quran dalam masa 30 hari. Bukan disebabkan main PlayStation bai. Itulah citenya. Betulkah cite ini ?? Sebab penulis membaca akan kisah ini di internet pada tahun 2005 atau 2006(jika tidak silap). Harap sahabat boleh tolong penulis akan kesahihan cerita ini.

Suruhan Tuhan kepada kaum-kaum Ibu

Memang terdapat ayat-ayat Quran yang menyuruh para ibu menyusukan anak selama 2 tahun.
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan- Surah Al-Baqarah(2) ayat ke-223

Dan juga ayat Quran ini.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)- Surah Luqman(31) ayat ke-14

Penulis pulangkan kepada publik untuk membuat penilaian sendiri.

edited from baganutama.blogspot.com

p/s minta maaf kalu dialog ayat kasar2.xbaik berkasar dalam percakapan harian.-)

26 January 2010

PUPUS – Firdaus (ft Faizal Tahir)

pertemuan yang ku idam

masih belum bersua

perpisahan yang ku takutkan

hadir sudah tiada ku pinta

harapan pudar mati tuk mencari lagi

bagai lilin yang menerangi

lalu padam jua
apalah yang mampu ku beri

agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri

tak mampu ku mendusta hati ini lagi
cinta yang tersulam tulusku rasakan pupus

hingga ada terluka

pada setiap bicara ku

kasih yang mengukir mesra

hilang dalam tawa

namun ingin ku semula

merasai nikmatnya
mampukah rayuanku ini

membuatkan ia kembali

setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci

hadirkanlah sekali lagi cuma

agar bernyawa cinta semula

maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini

22 January 2010

Kisah AJL 24

Seperti biasa, selepas sebarang pertandingan yang ber’prestij seperti Anugerah Juara Lagu sejak di adakan 24 tahun yang lalu, pasti akan ada sahaja cerita yang kita dengar. Macam kata pepatah lah rumah dah siap tapi pahat still berbunyi. Tapi untuk AJL ke-24 ni agak berlainan sikit bunyi pahat yang kita dengar.

TV3 dan ramai wartawan menyatakan pendapat mereka yang AJL ke-24 ini adalah AJL yang paling baik pernah berlangsung. Itu memang we all pun tak tahu nak nafikan di mana sebab memang hebat AJL pada malam 10 Januari 2010 hari tu. Tapi lepas beberapa hari, timbul isu hantu pula di AJL. Biarpun dikatakan ada bukti yang itu bukanlah stunt’man, tapi warga-warga TV3 tampak sibuk untuk menjelaskan perkara itu di mana lembaga tersebut dikatakan adalah stunt’man Faizal Tahir. Apapun kita tinggalkan isu hantu dan cuba renung-renungkan perkara berikut.

Hal ini telah tersebar dibeberapa web berkaitan keagamaan beberapa hari lalu. Dari website mereka yang prihatin dengan unsur Masonic dan Freemasonary yang mampu merosakkan akidah serta menghitamkan hati. Kami rasa pelik juga kerana penerbit AJL-24 ni rasanya orang melayu Islam. Tapi tidak peka dengan perkara-perkara sensitif seperti ini. Selalunya dalam isu-isu macam ni, kami di Oh! Artis lebih gemar berfikiran positif dalam sesuatu hal yang melibatkan agama. Tapi kali ini agak melampau kerana bukan satu, tetapi banyak sangat perkara yang boleh kita pertikaikan. Kebetulan? Orang yang berfikiran waras, pasti akan menganggap ianya tidak mungkin sama sekali.

Apapun korang baca artikel yang kami petik dari sebuah blog yang diberi-nama, Jejak Tinggalan Rasul. Kami kurang arif dengan perkara-perkara yang melibatkan “simbol” ini. Jadi kami keluarkan artikel yang ditulis oleh Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al al-Bayt University, Jordan. Guys, hiburan-hiburan juga tapi kalau melibatkan soal akidah, janganlah dipandang ringan.

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?

Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

freemansory-AJL24

freemansory-AJL24

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.



* youtube (The Arrivals. ap 13)

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.

freemansory-AJL24

freemansory-AJL24

Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.

freemansory-AJL24

freemansory-AJL24

freemansory-AJL24

freemansory-AJL24

freemansory-AJL24
* ketika persembahan Jeffry din

Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?

freemansory-AJL24

Apa persamaannya?

freemansory-AJL24

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.

freemansory-AJL24

freemansory-AJL24

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.



sumber ohartis.com